Saturday, August 15, 2015

TaNda-TaNda SuDaH mOvE oN


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Nak cakap pasal ex jap. 
Maaflah, bukan nak bukak cerita lama...
Tapi cuma nak share.





I still remember, the day we know each other, 14/03/14. On the phone. Meleret sembang tiap-tiap hari sampailah masing-masing sedar masing-masing ada feeling dekat masing-masing. And 14/03/15, after exactly a year, after one crisis and another, after I finally had enough, I texted him, 'I nak break up.' Yup. Aku yang hantar mesej tu dulu and his silent says everything. Reason? He cannot stand long-distance relationship agaknya sampai pasang orang lain dekat Pulau sana tapi jawapan standard kalau orang tanya 'kenapa-break-up?' aku cuma akan cakap, 'we-just-stop-hurting-each-other'. Penat meroyan, then I guess, this is the best for us. The best for me actually.





So, nak jadikan cerita, exactly after four months, 14/07/15, I met this guy. Of course dalam masa empat bulan tu ramai lagilah lelaki yang aku jumpa tapi the significant of this date '14th day' in my life and yesterday, I realize that I feel something towards this guy. Tapi belum tahap cinta lagilah, it's just a feeling yuno there's no particular reason aku pun tak tahu nak cakap macam mana tapi ada something la dekat dalam hati. Well, mana tahu after a year... (ok, we talk about this later bye!)





Now, I'm officially and happily and excitedly declare that I am over my ex! Hopefully. Hah. Statement tak kukuh ntah pape ntah. Well, bila aku boleh dok sembang pasal dia depan orang it's like he is nothing to me, then aku tahu aku dah move on. Bila aku boleh dok compare dia dengan another man and that man win, then aku tahu aku dah move on. (gay mana boleh menang bila compare dengan real man). Ok and bila aku boleh cakap 'i-love-penang' without my ex as the reason, then aku sedar aku dah move on. Penang best kot. Takkan sebab ex jahanam tu sorang aku terus nak ban orang-orang penang lain yang ramah-tamah, kiut-miut, hansem, gantang, gila merata satu Malaysia ni apalah budak-budak sangat perangai.





Dan paling confirm bila seriously aku tahu aku dah move on bila aku boleh nyanyi lagu 'berpisah jua', 'hurt', 'shouldn't come back', 'amnesia', dan rock-rock kapak jejiwang dengan memberi tumpuan kepada aspek vokal instead of emotion... Haaa, nampak? Nampak? Dan bila aku dah tak peduli dengan dia, tak peduli apa nak jadi dengan dia, tak rasa nak ambik tahu pasal dia, tak rasa nak stalk dia, tak rasa nak marah dia, tak rasa nak rujuk dengan dia choooiii, itu laaaaagilah tak. 





And I finally realize, breaking up with him actually tak adalah teruk mana cuma manalah tahu kalau aku terserempak dengan dia suatu hari nanti, the only thing aku nak cakap ialah 'thank-you.' 'I-learned-a-lot-from-you.' Lepas tu bagi penampar satu hah kalau dia baca ni terus solat hajat agaknya mintak kat Tuhan janganlah bagi dia terserempak dengan aku. Agaknyalah... Lepas tu dia akan cakap, "lamanya you ambek masa nak move on." "memanglah. i bukan macam you senang nak move on pasal awal-awal dah simpan perempuan apalah bangang punya soalan."





Eh, aku bagitahu aku dah move on je. Aku tak cakap aku dah maafkan dia, aku tak cakap aku dah halalkan duit yang aku bagi kat dia, aku tak cakap yang aku doakan dia bahagia hingga ke anak cucu ke apa, nope, not yet. He don't deserve it. Dan aku bukan cakap aku dah move on sebab aku dah jatuh cinta dengan orang lain ke apa. Nope. Not yet either. Kan aku dah cakap tadi dok tanya aku apasal lama sangat ambek masa untuk move on nak aku keluarkan sumpah seranah lagi ke???





Hek hek, jangan serious sangat. Hujung-hujung minggu ni kasi chan laaa aku nak release tension sekejap BFF balik Malaysia minggu depan ohmai mai maaaiii double esaited!





Healed.

Friday, August 14, 2015

DiNnEr and DaTe - ReTiS JeMpUtaN, DiVaMaTeS


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Please search Engineers Coffee sekarang dekat google. It might not be famous (yet) but I'm doing free promotion service bersempena hari Jumaat ni dan disebabkan I'm a coffee-holic juga maka jemput-jemputlah ke Engineer Coffee dekat Bandar Baru Nilai baru bukak weeeiii, I'm not sure bila tapi memang baru lagi laaa. I bet we're still part of the early customers hah kalau bukan sebab ex-staff tempat kerja sekarang yang bukak tak tergerak jugak nak datang sebab konon-konon nak visit member laaa skali member ntah pi mana anyway memang berbaloi la walaupun a bit mahal sepinggan spaghetti 20 hengget haaa apa tak menggeletau kau nak bayau?






The most recommended. Spaghetti Lomak Cili Api. Style habes ntah mana dia dapat idea nak masuk lemak cili api dekat spaghetti actually aku tau it's a cream base spaghetti just letak extra cili laaa itu je pun. Hah. Konfiden komen resipi orang skali kang salah. Ok fine nanti pergi cuba sendiri baru kau tahu apa perasaan aku.






Fettuccine Carbonara dia pun sempoi gak bak ang sebab Kak Wan cakap dia bukanlah into carbonara or creamy-creamy punya type sebab dia cepat muak tapi this carbonara macam kena pulak dengan dia wah wah kemain kalau hakak aku dah komen cenggitu maka kau harus percayalah memang semua makanan dia sangat kena dengan tekak dan selera the divas.






Atau maybe makanan tu jadi kena dengan tekak Kak Wan sebab dia lapau nau nau kot...hah.






See, kemain payah nak ambek gambau sungguh la perempuan ni lapau...






Yes, finally dia pandang kamera dah aku pulak yang gelabah cover muka lapau Iman pun tak reti laaa nak tunggu aku pose indah sikit asal dia ready je dia snap kuanghajau. Oh another thing nak cakap air dia kurang manis sket. But sesuwai laaa dengan tekak aku dah berlemak-lemak makan kau nak bermanis-manis pulak minum dasar tekak Kelantan ok gurau aku tak racist Iman je mintak tambah gula aku ngan Kak Wan takde weeeiii. Next time aku try coffee dia pastu aku up lagi Engineers Coffee ok. Tu je cerita hari ni. Ok dah, bye!





p/s: aritu lepak Little White Coffe dekat Bangi rasa cam nak highlight jugak tuuu tapi sokey laaa next time masih ada insyaAllah... later guys. papai...

Tuesday, August 11, 2015

tHe DiVas ReUNiTe (finally)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Alhamdulillah, aku masih hidup. Cuma tak berkesempatan nak mem'belog' dua tiga minggu ni senang cerita aku tak ingat dah bila last aku duduk diam-diam masa weekend and apatah lagi duduk diam-diam sambil menghapdet belog. Oh yang entry sebelum ni pun aku sempatkan jela apa yang yang lalu kat kepala otak sebab tulis dengan penuh emosi itu yang macam laju sikit tu weeeiii...





Tapi this time aku gagahkan diri jugak sebab dah seminggu simpan draft dah la setahun boleh kira berapa kali jumpa lepas tu kuanghajau perangai tak nak simpan dalam belog ye sayang, I tulis entry kita yang finally berdating selepas sekian lama sumpah laaa wei aku tak pernah cukup masa setiap kali melepak dengan perempuan ni...






Nampak muka esaited sebab finally dapat jumpa gay partner...
iklan gigi sekali alang-alang. Caption dia, Haaajaaaaaaarrrrrr!!!!!





 Tapi sebelum tu nak bagitau itu sunglasses baru sila cakap 'it's gorgeous' (paksa). Tq.




And yesh, mana lagi lokasi percintaan kami kalau bukan di Melakau. Setakat ni belum pernah lagi la kalau dating dengan Haajar lua kawasan Melakau yes itu Haajar kau readers jangan berani tanya siapa-haajar dia femes kot dalam belog aku sekarang je dia da selow down sket sebab masing-masing pun busy lepas tu jarang-jarang jumpa tapi setiap kali jumpa pun tak pernah puas hanta ujiaan keimanan sebab beliau sangatlah tabah dan sabar dan pasrah ke camana ntah nak cakap setiap kali aku sarcastic ke meroyan ke mengarut ke ntah apa-apalah dia memang redha je dengan aku. Nampaknya, jauh bukanlah alasan untuk kau setia Haajar. You're still you. Phew.






Tapi walaupun Melakau, kali ni lain sket lokasinya Dataran Pahlawan gigih kan tengah-tengah panas bergambau semata-mata nak latar belakang tulisan DP tuuu. DP bukan default picture ye, DP for Dataran Pahlawan.






Adoooii, tak tahu kenapa aku dan perempuan ni gigih nau-nau.






Panas terik kot wei kau bayangkan laaa SK-II treatment aku hancur dalam beberapa minit di Dataran Pahlawan itu kau nampak tak betapa aku sayang kau Haajar. Demi kau aku sanggup... aku sanggguuupppp! And thanks to 360 jugak. Tidaklah ketara sangat muka monster bawah terik mentari.






Ok, ni konon-konon nak ambek gambau ala-ala retis kena terjah ngan paparazi kan tapi kamera ntah cap apa berangan jela weeeiii penat aku gigih raba sunglasses dalam beg kejadah apa ntah pakai spec dalam bangunan gila punya orang!






Part tangan aku punya camera, lagilah haram jadah jadinya. Tak ado tokoh paparazi maaflah wei Haajar rosak gambau kau. Tapi kepala hotak kau punya idea jugak yang gila sebenarnya aku tak terfikir nak paparazi mamarazi ke apa ntah mana kau belaja perangai camni ni Haajar...





Sekian, tak ada apa nak membebel lagi dah. 
Aku tengah pening-pening, mabuk-mabuk sebenarnya ni tapi sebab nak update hari ni jugak, nah, perhentian terakhir Grind Shack ke apa nama ntah kau tengok sendiri laaa gamba last skali tuuu.






Muchroom suuuppp for me.
(sukatilah aku nak eja camana)






and chiken chop for haajar.






Well, yuno the agenda, bukan kisah sangat nak makan ke apa. Nak melepak, mengumpat, meroyan, melalak-lalak kasi drama keluar semua itu sahajalah kerjanya. Maka gamba tu letak side to side sebab nak bagitau timing melepak dia tuuu daripada siang bawak ke malam itu sahajalah nak bagitau sekian terima kasih. Ok bye! 





Haajar, as always, you're the best. Aku dah keluar perangai paling extreme untuk bagi kau annoyong hari tu pun tapi kau tetap cool as like tak berubah rupanya kawan aku ni. And that's why I love you and I will forever do. Till our next meeting. Please make it to Perak darling. The team will not be perfect without you. Gituuu...





Wednesday, July 29, 2015

Be GraTeFuL, iT's ThaT tOo MuCh To AsK?


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Kau tahu aku punye seriau nak menghadapi hari raya hari tu, lagi-lagi bila hari raya pun bersamaan dengan hari jadi aku terus rasa macam soalan wajib mak-mak sedara akan semakin menjadi-jadi dengan tetiap tahun pun raya single, dengan umur meningkat lagi satu angka, dengan status dah kerja walaupun diorang ni tatau kerja aku pensyarah ni diorang ingat gaji terus lima angka ke macamana ntah aku sebenarnya nak cakap, aku dah ready sesangatlah dengan soalan makcik-makcik aku ni yang sibuk nau-nau tanya bila-nak-kawen-bila-nak-kawen aish dengan lancarnya aku menjawab tahun-depan-insyaAllah ingatkan habis kat situ dah aish diorang ni sambung lagi tanya dengan-orang-mana? aku pun dengan konfidenlah menjawab orangnya-tak-tau-lagi-masih-dalam-proses-saringan pergh pergh pergh sungguh weh aku berjaya mendiamkan memulut makcik-makcik aku dengan menjawab begitu Alhamdulillah setel bab soalan bila nak kawen yang aku nak cerita ni aku tak ready pulak dengan soalan lain macam contoh duit-raya-untuk-maklong-makngah-maklang-makteh-makcik-maksu-maktam takde keeeee? Aku dah terkebil-kebil sambil cuba menyengih dengan harapan maksedaraukauhijau itu semua faham tapi mereka tidak habes di situ dia sambung lagi, ingatkan-tahun-ni-baru-nak-rasa-rezeki-anak-buah-yang-sorang-ni aku terus ambek tutup periuk wan aku lempang muka sorang-sorang eh dah kau jangan menokok tambah cerita, aku sebenarnya hanya mampu untuk terus tersengih kuang hajau diorang ni aku tak prepare soalan ni yang aku mampu jawab makcik-bagilah-no-akaun-nanti-along-bank-in... amekaaawww.




Dear, sumorang,

Bersyukurlah, jangan meminta-minta...

Bersyukurlah, walaupun tak banyak yang orang beri, yang penting ada...

Bersyukurlah, kerana rezeki manusia berbeza-beza...

Bersyukurlah, kita tidak ditempat mereka yang lebih susah daripada kita...

Bersyukurlah, aku tak minta duit kau...








People please, it's just so damn annoying...



Friday, July 24, 2015

sEkUeL GaMbaU RaYaU KeDuaU


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Aku masih belum move on dengan gambau-gambau (gambar-gambar) rayau (raya). Sebab sangatlah banyak dan semestinyalah yang banyak-banyak tu selfie selfiaq belaka well, ini bukan gambau rayau pertamau (pertama). Aku belum collect daripada cousin aku lagi makanya aku letak gambau rayau keduau (kedua) maafkan aku sebab tulis macam ni tak tahu kenapa aku rasa sukau (suka) korang harap bersabau (bersabar).






Bukan nak cerita apa pun actually. Aku saja nak letak kronologi ambek gambau family masa pagi raya kedua tu je sebab masa slide satu-satu gambau dalam album tengok dia punya sequel macam cantek macam kelakau (kelakar) pun ada. So itu je nak bagitau. Ok bye!






Take one:
Drag daddy dulu sebab daddy orang first yang siap pagi tuuu. (Selepas aku)






Take two:
Lepas tu tomato muncul terus ambek port tengah-tengah. 
Aku maintain tepi sebab jadi tukang tekan camera timer.






Take three:
Mummy masuk, dia tolak tomato terus turun darjat bersila kawan tuuu.
Padan muka kau.






Take four:
Aku switch position nanti beruang masuk dia tahu mana nak duduk.
Tomato dah take over jadi tukang tekan camera sebab dia paling dekat.






Take five:
Beruang dah masuk. Tapi dia tak ready. Mummy daddy pun tak ready. 
Aku dengan tomato je maintain gedik.






Take six:
Finally, a complete family members with a decent pose.
Yang dok buat 'peace' tu maka tak berapa nak decent sangat pun sebenaqnyaaa.






Mak aku apahal ntah bahagia sangat tu.






Ok dah habis. Sekian saja entry hari ini. Dan disebabkan aku orang yang paling awal siap pagi raya hari tu, dan disebabkan ini aku punya belog, redho sajalah kau semuorang dengan gambau geli ini. Ok bye!





p/s: kau jangan ingat kau boleh lega. raya pictures spamming masih belum berakhir. kau tunggu kau tunggu kau tungggguuuuu!!!

Wednesday, July 22, 2015

tHe DaY sHe TuRnS 25 On HaRi RaYa


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Ini entry raya ketiga. Bukan nak cerita pasal raya, tapi nak bagitahu dia dah 25 tahun 19 Julai hari tu. Yup. She turns 25. Ni dia yang sedang gedik-gedik dibawah niii.










Finally. Selepas 3 ke 4 tahun entah celebrate birthday masa puasa and tahun ni it's raya ketiga which means boleh celebrate sambil makan di siang hari sambil sedara-mara sepupu anak buah kau nyanyi-nyanyi 'Allah-selamatkan-kamu' lepas tu riang ria sumbat ayam kepci yang dibelanja oleh birthday girl apa ni apa ni apa niii???






Tak adalah meroyan mana sebenarnya. Memang niat nak belanja atok, wan, sedara mara sekaum keluarga semua seramai-ramai mujur 3 bucket ayam tu cukup. Tricknya kena bagi semua orang makan nasi banyak-banyak dulu kang kalau tak kasi nasi bukan tiga bucket, tiga lori ayam pun belum tentu cukup weeeiii perut-perut saka semua diorang ni! Sabau jelah aku.






It was fun anyway. Berkumpul ramai-ramai. Makan-makan. Gelak-gelak. Nyanyi-nyanyi. Keluar masuk dapur segala uish penat wei terus tibe-tibe nak sambut birthday masa bulan puasa. Tak kira, puasa pun puasalah!






Tapi, alang-alang raya, alang-alang birthday, sempat jugaklah menadah-nadah tangan baca doa selamat. Ya Allah, selamatkanlah bakal jodoh aku mana dia pergi ntah tak muncul-muncul dari dulu.






See paklong aku bersungguhnya baca doa kasi jampi anak buah dia ni sampai jodoh cepat-cepat. Amin paklong, amiiiinnn.....






That's the birthday girl chu olsss!
(plus the super big adik bodyguard ohmai besaunya adik sedara akuuu)






And these are some of them. My big family yang setahun sekali berkumpul reramai begini yes tahun ni penat sikit raya sebab dah besau so banyak jugak berabis dan beriya untuk siapkan segala. But that moment... was priceless. Thanks sumorang! Itu je cerita birthday? Ye. Itu je...





p/s: oh ya, thanks for the wishes dekat fb dekat instagram dekat twitter dekat whatsapp dekat phone yang nyanyi-nyanyi lepas aku penat pulang beraya dekat semualah. raya kelima baru sempat reply. nak sangat birthday masa raya kaaaannn.






and this ONLY present tooooooo!!!

Wednesday, July 15, 2015

KeNaPa KaU BiLaNg aKu DeMaNd?


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Semenjak, dua menjak, tiga dan empat menjak ni selalu nau dengar ayat-ayat orang keliling macam, "Kau ni demand sebenarnya kan?" "High maintenance ke?" "Kenapa memilih sangat?" Ohmai ohmai ape ni weeeeiii...bukan dulu aku pernah tulis entry aku beli baju kat tesco 30 ringgit, baju pasau malam semua haish apa high maintenance apa apa apaaa??? Saja bagi aku meroyan mentang-mentang lama aku tak tulis cerita meroyan korang saja bagi modal ke apa ni?





Ok jujur. Memang ramai cakap macam tu. Member-member cakap aku memilih, students cakap aku memilih, mak aku pun sama jugak cakap aku memilih tang mana memilihnya dia tak tahu ke aku nilah anak yang paling tak banyak songeh kalau dia masak nasi dengan goreng telur dadar dengan kicap pun aku hentam je manade aku mintak lauk ayam daging stew kari kurma dap dap semua tuh walaupun aku tau itu cerita makan yang ni cerita kawan sehidup semati a.k.a laki a.k.a memang tak sama ye aku tau aku tau tapi apa kau expect aku boleh scan mana-mana lelaki lepas tu terus boleh detect dia tu laki aku ke weeeeeiii???





Sebab itu bila proses 'scanning' itu berlaku (pergh scanning kau ayat), aku tak boleh nak rushing. Aku cari laki untuk sebumbung serumah sebilik sekatil semeja sepinggan sebantal sekereta sesama seiring sejalan semuda setua sesampai semati dengan aku tak ada kena mengena dengan demand atau high standard atau memilih di sini sebab blaja tinggi-tinggi, muka hensem, kaya raya semua itu tidak menjamin dia boleh tolong aku buat kerja-kerja rumah lepas kahwin nanti, tak menjamin juga dia mampu pandang muka aku sambil jawab soalan remeh-temeh aku dengan senyuman lepas balik kerja walaupun penat kerja dia berganda-ganda daripada aku dan tak menjamin juga dia boleh bertolak ansur tiap-tiap tahun aku nak balik raya rumah mak aku apakah itu demand juga?





Aku tahu lelaki begitu masih wujud. Lelaki yang sungguh-sungguh sayangkan aku dan bukan yang spesis cepat move on lepas break up sebab awal-awal dah ada back-up kau pun tahu cerita-cerita curang di luar sana bersepah bersepai di laman sosial dan akhbar apatah lagi yang undercover yang kita tak tahu tapi sebenarnya memang banyak mesti kau pening baca ayat aku, ye aku taulah. Jadi point aku sebenarnya aku bukan nak cari prince charming. Prince charming pun curang juga kita mana tau kan? At least dia setia. Cukuplah. Susah senang sama-sama. Terima buruk baik lebih kurangnya. Mana ada manusia sempurna. Itu memang sampai mati aku scan pun takkan jumpa punya. So, faham maksud 'memilih' aku tu?





Dah alang-alang cakap pasal curang tadi, teringat plak aku ada tweet something pasal curang kan haritu viral dekat online kawen berapa minggu dah cerai tu hailaaa, macam mana aku nak low kan standard? Macam mana aku nak percaya lelaki sekarang? Macam mana aku nak settle down wei kalau macam tu punya spesis...






And you already know ayat-ayat aku dekat twitter macam mana kan weh...





Maka, bertabahlah wahai bakal suamiku. Aku masih dalam proses menapis, menepis, menyuling, mengguling, menyahkaudarisini, mensyuhpimainjauhjauh semua lelaki yang hadir dalam hidup aku sebelum kau. Jangan lambat sangat 3 hari lagi aku dah 25 dan aku tak sabau nak menimang cahaya mata muncullah cepat apa gps kau rosakkah bakal suami?



Sunday, July 5, 2015

So, wE iFtOr ToGeThEr? ok!



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



The best part about Ramadhan is, semestinyalah the 'berbuka puasa' part. Sebab kalau hari-hari biasa dinner sensorang tu alaaa, normal la. Tapi kalau bulan puasa, as far as I remember, tak pernah lagilah makan tak berteman. Daripada family, housemates, officemates, students semua eh eh besties tak sempat nak iftor-bersama-bff tajuknya dah sorang pun tak dan nak free camano?





Well, ini entry ringkas sebab seharian mengerjakan kuih muih raya otak tak boleh function dah nak merepek apa. Nak buat essay apatah lagi... Just throwback gambar-gambar buka puasa last week lagipun ini first entry sempena Julai motif memang tak tahu apalah apa kata korang buat-buat faham saja memang selalu pun perangai macam ni kan...






Gamba intro saja dah terpaksa crop Amin. 
Sorry bro, lambat sangat duduk. Camera dah tak saba nak snap.






Ok nah. Have a chance. Kak Syaz, Myn, Fitri, Amin and my forever ahli mesyuarat tingkap, Kak Wan. Depa nilah yang duduk dari buka puasa sampailah staff Nilai Spring tu dok jeling-jeling bagi pandangan bilalah-korang-semua-ni-nak-blah-hoooiii?






Yes, we were at Nilai Spring berbuka puasa hari tu. It's like annual punya dinner sebab tahun lepas pun bos bawak berbuka sini jugak well ini saja gamba makanan yang sempat di snap yuno I bukan food-porn punya perangai so apa yang ada depan mata terus ngap tak kuasa nak caption gamba-gamba makanan ni dengan hashtag yang melimpah ruah la segala oh fokes kat jet tengah-tengah tu please...






Furqan punya. Anak Kak Syaz. Debut as a calon menantu nombor dua.
Nombor satu siapa lagi Irpan laaa hoooi bila nak berbuka puasa dengan mummy ni sayang?
#krikkrikkrikkrikkrik






Calon bapak mertua Irpan by the way....haish. Kalau calon tak ada maknanya aku nak letak gambar terang-terangan begini. Amin, my best drama-partner-in-crime. Semenjak-menjak Lala tak hado ni, takda sapa nak layan drama aku dah. Mujur orang tua ni rajin naik 3rd floor. Kalau tidak tak hado jugaklah dramanya. Ngko time buka puasa pun sempat lagi nak drama kan Amin.






And the rest of the village people. Tabahlah berhadapan dengan selfie aku yang melimpah ruah ini sebab malam tu tiga gelas air asam boi, dua cawan nescaffe, kambeng, lauk pauk, cempedak goreng, satay, otak-otak, kerang rebus, aiskrem, kuih-muih, kek, yang entah dari mana datang nafsu syitonirrojim malam itu semua orang pun tersampuk hyper aku ampuuunnn... kalau dalam office aku tetiba ngajak korang selfie macam ni lagilah tersampuk apa ntah kan perangai so baiklah aku tersampuk satu malam daripada tersampuk sepanjang siang dalam office itupun dah paling behave punya selfie aku keluarkan kaaayyy...






Ye, masih lagi disampuk.






Sampai dengan bos sekali aku sampukkan. The coolest all I can say.
#sebabbosdahbelanjakan






Sekianlah ini penutup. Part yang last ni banyak gila gambau wei tapi aku normal lagi tak sampai tahap nak edit each and every gambar combine semua letak dekat sini dengan saiz jumbo walaupun honestly aku rasa memang nak letak semua jadi sampai berjumpa lagi sumorang! Anak-anak dah selamat pulang dan selamatlah mempengsankan diri for the 1st week of semester tomorrow. But I don't think I'm gonna start teaching bulan puasa ni. Masuk kelas sembang-sembang sajalah dulu bebudak pun sure mood raya tuuu. Ok bye!





Sunday, June 28, 2015

YoU CaN aSsUmE, BuT MaKe SuRe iT's aLmOsT tRuE


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Aku senduuu...huhuhu. This one guy is making me so out of nowhere fidgeting every-time we're talking to each other. Even tak se'creepy' kes yang pernah jadi kat aku before which is ada sorang ni text aku everytime aku pergi mana is like dia tau je aku tengah buat apa, aku keluar dengan siapa, aku balik rumah pukul berapa creepy kan weh? *thank god now tiada lagi*, but dia datang 'creepy' yang lain pulak. Haish, ini pun menakutkan actually. Extremely over read orang lain punya perangai sampaikan boleh come out dengan assumption begini. Apa kau tiada kerja lain???






Anyway, abaikan 'syg' and 'baby' itu semua the thing is aku sungguh impress sampai tahap macam tu sekali orang 'membaca' aku. Well, yes, I am transparent. Orang memang boleh nampak aku punya riak on the spot boleh tau tengok muka tension, maknanya memang tensionlah tu. Tengok muka happy, memang tengah happylah tu. Tengok muka emo, tengah datang bulanlah tu. Tapi ini dalam text pun boleh 'baca' jugak wah wah... kemain you punya internet lah, study lah, pergi jadi ahli nujum sanalah.





But he's good at reading me actually I can't deny it. A good friend tho. Sampai boleh 'read' macam tu sekali. No. He's saying the truth. I feel so 'bff' sebab tak payah buat essay panjang-panjang dia scan sekali je pap terus keluar report berjela-jela macam tu. Tapi part yang 'lonely' tu is not really. Sumpah kerja banyak gila weeeiii nak buat sampaikan aku hari-hari tengok tiket flight sungguh rasa nak lari pergi jauh-jauh nak off communication dengan sumorang nak duduk diam-diam cari ketenangan kat mana-mana ohmai makin hectic rupanya kehidupan ini.





And part 'keras hati' tu pun tidak benar sama sekali. Kau pujuk-pujuk sikit, nescaya cairlah aku. Dah kenapa aku cerita semua benda ni? Pasal sebenarnya nak bagitau, jangan mudah buat assumption dekat orang. Cakap depan-depan macam member aku ni, tak apalah. Tapi kalau cakap belakang-belakang, Mengumpat perangai orang? Depan orang lain? Rupanya perangai orang tu tak macam yang kau cakapkan. Haaa, jangan berperangai macam tu. Musnah rumah tangga kau rosak binasa. 





Aku bukan revenge-revenge punya orang. Cuma nak berpesan, hati-hatilah bila bercakap pasal aku. Atau orang lain. Kadang-kadang Allah dengar, tapi Dia tak nak kau melutut cari aku atau orang yang kau burukkan tu kat Padang Masyar mintak ampun nanti. So, Dia bayar cash. Aku tak mintak. Tapi dah Tuhan nak tunjuk. Tulah, orang yang spesis mulut manis santan kelapa bergula-gula ni tapi belakang aku ntah apa sampah dia tabur tuu. Sampai aku senyum sorang-sorang bila nampak 'the truth' Tuhan reveal satu demi satu. Sempena bulan yang mulia ni agaknya. Oh, peringatan untuk diri aku sendiri juga.





So, was thinking to go to the south instead of Krabi. *tibe-tibe* JB? Singapore maybe? You... read me again please...hah! Ok bye people. Wish me not having blue monday tomorrow please perempuan ni bukan boleh percaya, haish...





Friday, June 26, 2015

sO I'm GoNna GiVe aLL mY sEcReTs aWaY


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Alhamdulillah, selepas beberapa hari menderita batuk kronik, hari ni nampaknya beransur lega. Kronik tak kronik mana sampai kawan-kawan opis menjeling jugaklah. I seriously need a vacation. Nak pergi cuti wei (macam bau krabi tibe-tibe). Tak ingat last vacation pergi mana? Tengoklah lepas raya nanti. Sekarang mood saving sebab terbayangkan anak-anak buah berderet manadah tangan kat kampung di pagi raya diorang ni tak tahu ke raya nanti birthday maklong maka maklonglah yang diorang patut treat bukan mintak treat haish...





Nak masuk Julai dah... Ohmai, sekejap je dah setengah tahun. How time flies so fast. Dah tua sangat rasa. Remember when I mentioned "14 days to go" since I posted my entry on 1st of June hari tu? (ayat pening) Well, it's not that I forgot about that. I just decided to not talking about that particularly, here. 14th of June. Whatever it is, biarkanlah saja tarikh tu.





Well, another week to go! Anak-anak bakal pulang ke pangkuan ohmai tujuh subjek aku kena hentam this upcoming semester. Get ready to die memang aku kena ke Krabi jugaklah nampaknya ni. Soon baby soon! Aku tak kira... Itu je ke nak cerita? Ye. Itu je. Tujuh subjek ke, tujuhbelas subjek ke, tujuhpuluhtujuh subjek ke at least aku ada reason to be happy and working every single day lately. Ye, lately laaa. Sebelum ni pun happy, tapi lately ni happy dia sampaikan kepala asyik nak senget ke kanan je entah apa pesen ambek gambar ntah dia ni.






Perlu ke aku cerita semua?





Nanti aku fikirkan. Mungkin lepas raya. Sebab macam awal sangat pulak rasa.
Atau mungkin aku patut diam-diam saja. Ok, nak sambung kerja.
Happy weekend you beautiful people!





Nah. Lagu tema sempena tajuk entry. Motifnyaaaaa...






Sunday, June 21, 2015

CaNdLe LiGhT DiNnEr WiTh ThE A-LiSt hUsBaNd-MaTeRiaL


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




You know what, antara ciri-ciri husband-material yang selalu boleh bagi aku melting kaw-kaw punya, ialah... suka bagi aku makan. Tak kiralah, offer makan ke, bawak aku pergi makan ke, yang lagi best tak sampai sejam lepas makan dia akan tanya, 'lapar lagi tak?' atau 'nak makan apa-apa tak?' atau 'nak order apa-apa lagi order lah.' atau anything yang berkaitan dengan makanan macam contoh dia tau mana nak cari nasi ayam paling best, satay mana yang banyak pilihan dan kuah sedap atau area mana boleh makan dengan suasana paling santai atau romantik atau klasik atau apa-apa jelah, seriously ini bukan mainan perasaan atau lakonan, ini betul-betul boleh kasi aku jatuh cinta sungguh rasa macam nak cakap depan orang yang offer makanan tu marilah-kita-berumah-tangga. #danorangitupunpengsan






Eh, tadi tu statement general je. Yang ni cerita masa nak berbuka puasa hari tu. Sebelum makan, sempat paksa aku snap gambar makan dulu dengan alasan nak upload dalam instagram tak tahu ke perut ni dah meronta-ronta tengok rendang daging dengan sayur dengan telur dadar tu mintak kesian? Nasib baik bawak candle light dinner terus tak jadi nak marah ambek gambar makanan dengan dia-dia sekali aku ambek nak mintak upload dalam instagram skali la tu kalau tak takkan cover mulut begitu kaaannn...






So, kalau ada lelaki yang bawak dinner a.k.a berbuka puasa dekat restoran garden-garden macam ni, siap dengan candle la bagai walaupun bukan candle macam hotel tu, seriously, hargailah dia sebab dia takkan bagi kau lapar maknanya kalau dah kahwin, dia akan bagi kau cukup nafkah makan minum macam tak ada kena mengena makan dekat garden candle light restaurant dengan lepas kawin, well, kalau ada perempuan di luar sana yang berminat dengan partner dinner I ni, boleh pm. I'm sure you will like him.






Tapi kena blur kan gambar sikit untuk effect misteri.
*acah-acah misterilah sikit sebab background pun dah acah-acah hutan dah kat belakang tuuu*






Lepas tu, kalau dah makan and dia bawak kau beli selipar baru sebab selipar lama dah putus and alasan dia bila dah beli selipar baru boleh sambung jalan-jalan kalau tak memang nak hantar balik rumah je so bila dah beli selipar baru tiba-tiba rasa nak pergi jambatan Putrajaya and dia terus isi minyak and terus shoot pergi Putrajaya kenapa rasa macam ini pun patut letak dalam list husband-material jugak eh? Haaa, orang suruh halang lampu belakang tu dengan kepala lambat sangat kan dah muka penuh nur cahaya bagus jugaklah tak payah susah-susah edit blur dan sebagainya.






Ataupun saja letak gamba time you tutup muka macam ni??? Haha. I memang suka dengki dengan orang. Sila tabah.






And bila dari jambatan tu nampak ada something terapung-apung tepi tasik and you were so curious to know what exactly that floating things and ask him to figure out together and dia pun tanpa banyak songeh layankan je perangai curious kau itu maka secara rasminya that is another husband-material list. Meaning that dia nak tolong kau hilangkan question marks dalam kepala otak dengan membawa kau kepada jawapan a.k.a memberi jalan penyelesaian bukan memberi masalah dalam hidup kau aicheeeyyy. Ooohh, that floating things, rupa-rupanya ada sky expo dekat tepi tasik Putrajaya ala-ala wipe out punya game kalau tak tahu wipe out tu ape sila gugel malas pulak nak explain.






And when he asked how much for the hot air ballon ride tengah-tengah malam begitu and orang dekat entrance tu jawab 38 ringgit for 15 minutes ride maka aku terus buat muka innocent say thank you bagi hint untuk teruskan perjalanan cukup-cukuplah menyusahkan diri awak tu Encik Husband Material. *haaa... dapat nickname baru*





Anyway, thanks for your kindness. Haruslah paling seronok sekali bila bab makan tadi. Not to forget first time pergi bazaar Ramadhan dekat Nilai ni seumur hidup. Padahal nak cari kuih je. Padahal tak padan dengan kurus, siap dah plan next week nak buka puasa dekat mana, lepas tu dekat mana, lepas tu dekat mana sebab memang setiap kali dia bercakap pasal makan terus aku akan jadi lapar sampai sanggup la merayau cari berger pusing Nilai padan muka siapa suruh cerita pasal berger lepas tu tak jumpa lepas tu nak bawak pergi berger mekdi tak tau ke aku nak berger tepi jalan yang sos melimpah ruah tu bukan berger mekdi bukan bukaaaaannn...





Oh, ini bukan boyfriend saya. Not yet. Dia kawan baik tapi kadang-kadang saja nak fefeeling boyfriend jugak sebab dia sangat baik dan gentleman dan kelakar dan sporting lagi-lagi bila kita tanya dia soalan-soalan merepek dan menguji kesabaran macam contoh, apa beza minyak ron 95 Petron dengan ron 95 BHP? Kenapa orang Johor cakap besar tu beso? Kenapa jambatan Putrajaya ada tiga? Kenapa bentuk dia lain-lain? Kenapa yang ni melengkung, yang sana macam sayap burung, yang lagi satu macam bentuk kapal layar? Kenapa? Hah kenapa? Jawablah...





And you will never expect his answer believe me... sebab tulah aku cakap dia ni husband-material. Ok bye guys! PM sekarang sebab dia single and available and hot and muka macam Fauzi Nawawi konfirm anak comel... kah.





the history

Followers