Monday, February 22, 2010

CAtAtaN CuTi MiD tErM SaYe...wEeE~

Ada pemberitahuan di sini yer.. Bile ocha rasa excited, bila ocha rasa nak jalan2, bila ocha rasa nak sharing something, itu semua bakal termasuk dalam lebel post hini.. kau diam, baca saja ape yang aku tulis menurut kamus dewan ini..kui3 (penipu besar punye orang)

Heh, mari2, kita mula dengan SABTU k..
- Cuti sudah bermula. hasrat di hati nak balik naik LRT dengan zura, terpaksa dibatalkan kerana ocha mengalami sedkit kesulitan peribadi yang tidak dapat di elakkan. Apakah? Haa, asignment2...! so, saye men'decide' untuk pulang dgn ayahanda walaupun terpaksa mengambil alih tugas beliau selaku pemandu.. Xpe, as long as duit minyak bukan duit aku (mcm pernah je)

AHAD
-Cuti terisi dengan undangan perkahwinan anak tok imam. Fine, nasi minyak yang berkolesterol itu, masuk jugak akhirnye ke dalam usus besar dan kecil aku nih walaupun puas kutahan nafsu untuk menyentuhnya. Dan petang pulak, mak lang call. ajak balik rumah nenek (belah mak) coz ada stok ikan sembilang yang begitu banyak... heh. (pandai mak lang umpan kitorang) goreng pon sodap nih, hape lagi, mari berkonvoi ke rumah nenek... balik kampong, oo.. oo.. oo.. balik kampong...~

ISNIN
-Hari kedua raya cina weyh. We went to air terjun sagil, gunung ledang as stated before in my last post. But dengan hampehnye beta mengumumkan, marilah kita berpatah balik, kerana jem ini teramat sangatlah banyak sampai x cukup roti kau nak makan.. dah, blah3. sangat hot aku melihat dan bercakap tentangnya...

da penah upload da gmbar ni...

SELASA & RABU
-Sekadar menghabiskan masa di rumah dengan adik2 beruang i sebelum i hantar depa suma berambus balik asrama... And of course, kalo dah duduk rumah tu, i musti akan goyang kaki sambil makan nuuget ayam cap burger ramly dan menjeling-menjeling ke arah buku yang bertingkat-tingkat susunannya di atas meja study tanpa langsung mempunyai nafsu untuk menodai mereka (pergh ayat)

KHAMIS
-Pergi tampin seorang diri dan bertungkus lumus mensetelkan borang ptptn disamping assgnment yang x setel2 jugak achelly. then still sempat bershopping kejap. merembat dua pasang kasut yang kau rasa konon2 amat indah dipandangan mata dan tahan lasak laksana Reebok, Crocs dan adik-beradik dengannya (neway, thnks 4 da money, bunda). Tapi sumanya bersendirian berhad since my adik2 beradik beruang da balik asrama. Bahagianya kalo ada teman shopping jalan2 carik makan i di sini. Serina, Blair, x geti2 nak angkat tangan..?

ok, cumel da tu...:P

JUMAAT
-Menziarah sahabat yang tidak wujud di rumahnya. Pelik? Tapi benar? Aku pergi rumah humaira yang sekarang ni sedang berhempas pulas study kat mesir tu dengan geng adik beradik asgnment aku yang lain. Thanks to my mastermind, coz agenda dating kami kami yang konon-konon nak serius di ukm, bertukar menjadi dating yang sangat2 fun di jeram tengkek..heh. Seronok sangat3...! thnks everyone..!

lepas geram since x dapat mandi kat gunung nuang time camping kembara aritu n gunung ledang kan... hah, hambek2..!

SABTU
-As for today, hasrat nak jejak kaki ke UKM tercapai jugak.. Buku yang dicari2 dan diidam2 kan berjaya dikesan, dan asgnment ku mencapai matlamatnye... (tahniah ocha, tahniah...) well, thank you to my mastermind again kerana dengan suka hati dan rela hatinya menjadi driver saye dan thnks jugak sebab bawak saye pusing2 tengok kampus awak kat USIM. (Ni lawatan universiti ke hape nih..?) Not to forget, to my lecturer cik sri, yg sudi bantu kami cari Perpustakaan ATMA UKM tu, siyes punye strategik dia menyorok. Da la paneh. Ok, cukup cakap pasal universiti. Achelly, hasrat nak melepak dgn lebih lama di libraray UKM, tiba-tiba tidak tercapai because mastermind i tibe2 ajak pergi Alamanda...? Pergh...? Adakah kau akan menolak invitation begitu...? Haa, asignment2. Of course akak x sanggup, dik. Siyes x sanggup nak refuse. So, ape lagi, dating la...!

Owh, gambar kontroversi... no komen..!

AHAD
-Lenguh-lenguh satu badan. Kesudahan yang cantik sekali kan? After hantar beha, balik rumah dia, aku terus pecut 80km/h ke rumah atok dan wan (belah ayah). Jalan kuala pilah, x leh bawak laju2, dik. Elok sangat la tu, opening kat rumah nenek, closing kat rumah atok dgn wan. Ayah kirim buah limau. Aku pulak kirim borang ptptn sebab nak mintak cop tok penghulu...kui3. atok sebelah rumah atok aku yang penghulu. bukan atok aku.. Okeh, perasaan sangat hampa kerana sepupu2 i yang sengal sume da balik rumah. tinggal la aku sorang2 tercangak sambil berborak-borak dengan atok dan wan. Haha, not to forget, aktiviti wajib aku, membute kat serambi... sejuk weyh rumah kampong, mene leh tahan. and bila dah petang, pandai2 la kau nak blah ye ocha...

AND TODAY
-Wujudku di sini, di tanah anak bangsaku, bagai obor ilmu... Pergh3, siyes bangge dapat balik uitm... and everything back to normal. hari2 pergi kelas, buat homework, buat asgnment, prepare 4 presentation and bla3... bosan bagai nak mati...!

Sekian sahaja catatan cuti saye.
sumber dipetik dari BERNAMA...
(BERNAMA achik kau..! Sabak Bernam ah...~)

Sunday, February 21, 2010

MoRaL oF tHe StOrY...?

Al-kisah... Nak dijadikan cerita la kan, start je mid-sem break hari tu, aku terus khabarkan pada ayahanda,

"Ayah, jom pegi berkelah mandi air terjun nak...?"

Request = APPROVED...!

Maka, berangkatlah duli2 kami sekeluarga menuju ke...


Tapi, alangkah kecewanya kau bila sampai ke destinasi impian tersebut, dan melihat situasi berbentuk begini...


Pergh, jem dasyat punye teruk ah.. Kan da frust... Yela, frust menonggeng nih... Penat2 terpekik terlolong dalam kereta all the way dari rumah ke gunung ledang tu, sambil menyanyi2 lagu 'mariam jaga kambing' la, lagu 'gunung kinabalu' la, lagu 'twinkle2 little star' la, sampai beruang2 aku pon da naek sempout layan kakak beruang depa nih.. sekali haish... nak merajuk ah...

Dan, tanpa menyempurnakn hasrat, duli2 pon berangkat dan berpatah semula pulang ke rumah singgahsana dan singgahsini sambil singgah di melaka untuk bersinggah-singgahan seketika.. (ayat orang sengal + merajuk)

And, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, itu je nak bagitahu... Moral of the story, 'JANGAN PICNIC PADA WAKTU CUTI UMUM...!' GONG XI FA CHAI, ada baiknya kau duduk di rumah kawan2 cina kau (walaupun x ngam ho) dan celebrate tahun baru harimau ini dengan mereka... x dapat ang pau pun kurang-kurangnya dapat buah limau... me0w~

BESAR PUNYEEE...!!!
(tq auntie @ nyonya sebelah rumah punye sebelah)

Wednesday, February 17, 2010

PeRiNgAtAn UnTuK kAu, 'bLoGgEr'...!

Selamat Pagi sume... (Konfirm kau cakap sorang2)

Biarlah, saje je nak ambik mood, study pukul 3 pagi mcm ni... (Oh, study ea...?) Nak bukak 'Nahu Melayu Mutakhir?' 'Tatabahasa Dewan?' 'Linguistik Am?' dihening pagi beninih...? Erm, pikir jap ea. Pikir sambil online... Ngahaha. (Sape mengaja kau?)

As usual, bila tertera perkataan 'internet connected' dekat skrin laptop aku ni, first page yg akan aku bukak, 'Facebook', 'Blogspot' and 'hmetro.com'... Oweys and of course... (camne la cik sri x tegoq dlm kelas, asyik dok fb je...haish)

So, bukan nak cerita pasal facebook la. Tapi about Blog. Or more specific, 'blogger' sorang ni. Well, u noe that kalo aku bukak 'blogger.com' tu, sama ada because aku nak tulis entry baru or nak update the latest entry of my blogger friends... Lain2, insyaAllah x ado... (yang ado...?)

Haaa, wokeh2.. Nak dijadikan cerita, aku bukak la page sorang blogger ni... Pastu gedik la pulak pegi kelik entry blogger tu, yang lampau2 punye cerita.. Sekali, istighfar panjang akak, dik. The word 'f*ck', kalo x de dalam entry dia, memang x sah. Ape lagi, MENCARUT ah namanye tu... Bukan si blogger ni je, kawan2 keliling aku yang lain pon x kurang hebatnye.. No need to mention ah, kang kontroversi pulak..

Tapi yang aku x faham tu, xde word lain ke nak mencarut? Kalo ye pon marah, x perlu kot keluarkan perkataan sampai gitu sekali... Kadang2 bukannye marah sangat. Bukan 'BESAR PUNYE' masalah pon sampai kau nak mencarut sebegitu rupa... Kau tu perempuan, melayu pulak tu... Haish, segan aku nak mengaku melayu kalo Francesc Fabregas tanye aku nanti... Kau punye pasal la nih... =P

Ok, x payah tunggu lima minit kemudian, sekarang pon aku dah terasa dah... (Pandai ek nak tegur orang, tapi diri sendiri tak tengok...) Alaaa, jangan la cakap macam tu. Saye sedang berusaha untuk berubah la ni... Berubah ke arah kebaikan dan kebenaran... Pergh...

Huwaaa, since terasa dengan entry sendiri, so x jadi la nak ceramah panjang lebar. Nanti orang cakap Ocha ni poyos pulak.. Eh, aku x poyo la. Aku tau, aku manusia x sempurna.. Aku pon buat dosa jugak.. Aku x baik macam kau... Wawawa..

But, you... I x mencarut macam u ek. i mencarut sopan sikit. Y not u try this; 'achik kau', haaa, kan comel tu... Hey 'blogger', (kau la)... U noe what, i mohon ampun dan maaf kalo u terasa dengan i ye... I just nak bagitahu, i sangat2 x berkenan dengan perangai u yang teramat sangat gemar untuk MENCARUT itu... I dah pernah pesan dekat enrty yang lepas2 dulu... Dulu la, dulu... Tapi kali ni, macam da melampau sangat U.. So, i cannot stand it lagi deh...

"F**k, S**T, *UC*, *HI*,"

Kalau aku dengar mulut or tangan kau keluar perkataan tu lagi,
memang KAU NAK MATI...!

Sunday, February 14, 2010

hApPy BiRtHdAy...!!!

FeEl FrEe ThIs MoRnInG;

tHeN sUdDeNtLy ThOuGhT AbOuT tHe 'VD';

tHe DaY ThAt MoSt Of My FrIeNd MiGhT GoInG tO ceLEbRaTe It;

HmMm... NoT iN mOoD tO tAlK bOuT iT;

sO hErE, jUsT a sImPLe AnD sHoRt PoSt To My BoLoVeD pErSoNs;


CiK sRi QaMaRiAh
(mY BoLeVeD LEcTuReR & sEnIoR aS wElL)


hAnAfI
(mY Ex-sChOolmAtE)
RecEntLy, StUdYiNG aT eGyPt

And AnOtHeR oNe Is NaBiHa (mY eX-ScHoOlMaTe, cLaSsMaTe & DoRmMaTe) wHiCh at ThE mOmEnT, sTudyInG aT USIM ~sorry, ocha pon nak jugak enter frame..hihihi~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

So, fOr cIk SrI, hAn AnD bEhA, wIsH u A VeRy HaPpY bIrThDaY To ALL oF yOu...

MaY gOd BlEsS yOu,

MaY aLL uR dReAm CoMe tRue,

MaY u GrOw WiSeR tOo,

14 FERBRUARI 2010

(sambut birthday x pe, sambut valentine jangan ye)

nah, ambek ni kek dengan hadiah

Saturday, February 13, 2010

oChA pEsAn AwaL2 Ni...

Salam dear... Nak pergi dating ye..? Singgah belog ni kejap boley..? (Amboi ocha, selalu kau halau orang bace blog kau, tetibe ari ni kau seru pulak ea..?)


Alaaa, part merepek2 tu, x payah la bace. Tapi bile masuk tang ilmiah ni, haa, kite sharing la same2.. Kan sharing tu caring..:)

Owkey la. I'm going to the main point here, 'what is Valentine Day?' Fullamak, macam nak buat academic writing pulak ek. Siap bagi definisi nih.. Bagus2, ade improvement...

Okeh, menurut sumber yg boleh di percayai, VD ni merupakan satu bentuk budaya yang dinantikan oleh anak muda yang bercinta, baik Islam atau bukan Islam di seluruh dunia. Hmm, boleh percaya ke definisi ni? Boleh la tu. Ok, fine la kalo yang bukan islam tu. But how about the word 'MUSLIM'... (Those, those, those yg terasa diri awak tu MUSLIM, sila alert ye..!)

Baeklah kawan2 ocha yang tershayang, if u want to know, berterasaskan 2 peristiwa ni, VD WAJIB TIDAK DISAMBUT oleh kita semua...! Because...

Pertama: Valentine merupakan ritual keagamaan iaitu agama Kristian sehingga ia diangkat sebagai ibadah bagi penganut agama Krsitian. (Hey, kau worang ni ISLAM ke KRISTIAN?) Bukti ni da jelas sangat menunjukkan Valentine tu ritual agama diorang yang diperkukuhkan oleh seorang Pope iaitu POPE GELASIUS yang mengisytiharkan 14 Februari 496M sebagai hari Valentine yakni untuk memperingati dua orang yang diberikan gelaran suci oleh orang-orang kristian; SANTO MARIUS dan ST VALENTINE.

Diorang berdua ni kena bunuh sebab kononnye melanggar arahan CLAUDIUS II yang melarang diorang ni berkahwin. Kita ni, umat islam, bukankah dituntut supaya berkahwin. Rasulullah pun bersabda, siapa yang berkahwin, maka sempurnalah separuh daripada imannya. Okeh, bagus depa ni coz konon2 mempertahankan cinta depa la tu.

Tapi, perlukah menyambut @ memperingati depa dua orang tu? Berjasa sangat ke diorang kat kita? Islam jatuh, islam berkembang, depa pedulik ka..? NO, NO and NO. So why should we follow their ritual? their celebration? their culture? Nak sangat jadi sebahagian daripada depa? Nak sangat beribadah macam depa? Apa hang dapat..? Cuba habaq mai kat aku...

Okeh, yang kedua: Valentine adalah untuk meperingati DEWI JUNO, di mana ritual dilakukan oleh orang-orang Romawi kuno yang menyembah berhala atau dewa. Haa, yang ni toksah nak cakap la. Dah terang2 syirik. Syirik yang paling besar pulak tu...

Ketiga: VD ni juga merupakan salah satu cara mencari jodoh oleh orang Eropah. Mereka bertahayul bahawa kasih sayang mula bersemi pada tanggal 14 Februari. Tahayul tu kan salah satu bentuk ke'syirik'an. So, x geti2 lagi ke hukumnya HARAM..??? Apa, korang tunjuk kasih sayang korang tu setahun sekali ka..? Kasih sayang dalam islam tak ada limit, dik. Alert that...!

Next, the 4th reason: VD ni kalau korang nak tahu, ia adalah salah satu cara yang digunakan oleh musuh Islam supaya orang Islam rosak dan hanyut. Yelah, cuba korang pikir, kalo dah sibuk sangat berasmaradana dengan couple masing2, x ke maksiat namanya tu? Pegang2, peluk2, cium2, lepas tu entah ape2 lagi la agaknye. Hah, refer balik ayat kat atas tadi. Rosak ke tak rosak orang islam tu jadinya? Hanyut ke tak hanyut? Menangis ke tak menangis mak ayah korang...?

Kawan2, kalau kalian dah lupa, biar ocha ingatkan balik ye. Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dalam golongan tersebut."

Hadis ni sangat2 fames dan sangat2 jelas maksudnya. So, kalau rasa2 nak sambut Valentine Day tu, apa kata semak balik, buat double check diri tu, periksa IC ke, tanya kawan2 ke...

"AKU NI ISLAM ATAU TIDAK?"

Ocha pesan ni, sebab ocha sayang korang semua. Plez, kita ni manusia umat akhir zaman... Jangan la biarkan penghulu kita, Rasulullah SAW menangis tengok umatnya lagu ni naa...~ X ada unsur dengki, riak, atau takabur di sini.. cuma nasihat-menasihati ke arah kebaikan dan kebenaran.


p/s: Hari ni hari JUMAAT. Mybe thats the factor why i'm quite "MAHADIAN" in this entry... :D

tq, wassalam...

Friday, February 12, 2010

wAhAi HaTi, tEnAnGLaH...


Kadangkala Allah sembunyikan matahari,

Dia datangkan petir dan kilat.

Kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana menghilangnya sinar.

Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal,

kemiskinan yang paling besar adalah jahil,

keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat,

tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri

kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


Tuesday, February 9, 2010

mEnJeLaNg KeCaK KhEmBaRhE...

Apasal pulak menjelang...? Ingat ari raye ke..? Hish, sukati aku la, nak letak title hape pon.. Hmm, agak sedey jugak coz x snap gmbar banyak2 tyme Kecak ari tu.. Yela, orang tgh bercamping, ko sibuk modelling. Kan da kena marah. Langsung patah hati, patah semangat, patahnya sayap malam.. (???) untuk bergambar lagi..heee. Kalo berterus terang kang, takut ade yg terasa.. Never mind la. Benda da lepas. Kalo post sebelum ni just report pasal kecak an, so for this entry, sila2 lah enjoy sebahagian dr gambar2 simpanan peribadi cik ocha ni yerk...! Ni je yg dibenarkan. Kalo nak lebih... Kirim salam, Assalamualaikum wbt...

(BANYAK ENSEM MUKE KAU...!)


First time ocha meeting dgn team member. Malu2 dpn diorang, tapi x malu pulak ambek gambar depan diorang..hehe,


kak liza, kak fiova and kak wanie, antara muke2 wajib..
biase lar, kelasmet...


Ini pun waktu rehersal.. Ari jumaat, after sembahyang jumaat.. konfirm x ramai yg datang.. so, waktu yg ada, dimanfaatkan dgn ber 'GAMBAR', yeah..!








Maaf la ye.. Bosan sangat waktu tu...
Thats why x boleh nak kawal diri dari bergambar dgn budak2 nih.. :D
Bosan ek tengok gmbar aku..?
Ok, skroll bawah lagi...

time beratur dengar taklimat depan kolej teratai.. Time nilah ade sorang komander tu dapat title 'aku anti beliau' dr aku.. ngehehe.. series, aku x memain nih..! sebab ape..? secreto de amor..haha.

waktu ni dekat delima pulak. depan pusat koko. tengah tunggu bas sampai.

Aksi alia sangat comel.. Sambil bercekak pinggang...
Hamboi3...~

dalam bas... and on the way nak ke...???

SEKSYEN DUA...!!!
Sarapan la dulu dik.. Akak lapar nih..heee

Haha, bajet macam dah sampai hutan, padahal masih kat tengah bandar lagi nih..
Caye atau tidak, tolonglah caye.. (nada paksaan)

Okeh, ini baru da sampai betul2..
Wee, ocha masak weyh, ocha masak...

anok2 kawe yang comel lote blako deh..

See, kerakusan mereka menunjukkan betapa sedapnye masakan aku..
hwahaha, (gelak jahat pulak!)

its learning tyme...!
bagus2, semuanye tekun..
aku je tak tekun sebab asyik snap gmbar orang..~

diam semua, komandar tengah bagi kuliah tu... fokus2...!

Cheh, patutlah kusyuk, komander sikit punye rapat mendemonstrasikan tali2 tu sume...

Okeh, sume pandai...
tali dah berjaye di simpulkan...
tapi kalo suruh buat lagi sekali, konfirm meninggal...!

Wajah bangga, riak dan takabbur ocha dan anaknye, Alia... Weheee

So, itulah yang dikatakan menjelang. Because most of the pict was taken before kecak. So, xde la kecak sangat. Tapi jangan ingat gambar2 lain xde okeh... InsyaAllah, kalo sudi aku upload lagi. Kalo x nak upload, korang pandai2 la makan hati ye.. So, sekian dulu laporan saye OCHA OMAR @ OCHA OMAR..heheh. Malas da nak upload gambar dah. So, ape kata kite sign out...? Jom3...!

p/s: KeCaK bEsT, tApI aKu MeNteL HaBiS2aN...

Monday, February 8, 2010

OooH kEmBaRe...~

Selamat petang semua.. bertemankan ujan di kala ini, (terperangkap kat kenanga, so x boleh la nak balik melati), saye dengan penuh sentimentalnye menaip sebuah entry untuk tatapan sendiri.. korang sume x payah bace..! biarlah kisah menyayat hati ini saya simpan di dalam hati dan blog ini.. korang jangan baca tau...! x payah...! pegi bukak buku, buat asgment, cari artikel and apa2 jelah yg patut.. faham..? okeh, kalo faham, bagus la tu..!





So, ocha dengan hati yg sentimentel lagi sekali, mula la menaip. (walaupun asgment lain x 'tertaip' smpai la ni, weyh) Kembara owh kembara, aku memang sangat happening walopun depan orang len 'ala, boley la', 'best la jugak', 'urm, boleh tahan je'.. hik3, but the truth is, THE BESTest...! wink3.





Hello sayang, i nak bagitahu u ni, starting KECAK aritu, sumpah x best... beberapa orang komander da masuk dalam list 'ANTI OCHA' da pagi tuh.. aku anti mereka, mereka tu x tawu la anti aku ke tidak..hik3. but, thats ok, perjalanan berjalan lancar.. sungguh hep 'pening'.. dalam bas pon harok.. and the best part is, dengar 'syameow2' main gitar n nyanyi lagu2 sabahan n ntah hapa2 lagu lagi yg mostly aku sumpah x penah dengar n hafal n konfirm x bole masuk 'jgn lupa lirik' versi diorang tu.. ek..?





Ok, setibanya di tapak perkhemahan, (aicheh, ayat spm tu), bas xleh masuk, thus all of us have to carry all the 'khemah', 'barang2 dapur' and segala macham logistik *dont noe y they used that term,* sejauh beberapa kilometer dan kilogram jauhnye, dik. emosi agak tidak stabil kerana sedang mengalami masalah 'wanita' pd waktu tu... dan semuanya kembali lancar, selepas dating dengan En.Tan. That easy..? Pergh...!





Lepas tu ada la taklimat sikit, ceramah sikit, kuliah tntang 'apa itu khemah', whohoho, ayat nak gempak je.. Sik da la.. Just a reminder from all commanders there. Intro to 'What is outdoor activities', 'what type of them' and bla3'.. Stop..! Lepas da habis, kitorang pon start buat khemah, eh silap, dirikan khemah, lunch, smbahyang dan sume2 yg patut dibuat lah time tu. Then, petang pulak, sesi belajar pon bermula.. Macam2 ikatan, simpulan, hapa kejadah tu sume aku belajar dr pukul dua sampai la pukul petang..ngeehehe. Syok... Ada rasa ala2 pengakap la pulak eh.. Whoho, tetiba teringat Mr.Ikhwan, my fav scout teacher..ngee =D





Masuk pulak sesi kedua, erm, i mean after done mandi, sembahyang, kuliah mghrb hape sume, kitorang ada pulak 'Malam Kebudayaan' haish..! Sekali arab daa.. Part ni, x mo cerita la.. Sumpah malu ya amat, dik. Okeh2, tapi overall best la.. Enjoy sangat. Kalo ada permintaan nak re'dance' lagu 'Ali Baba' tu pon, still boleh consider lagi kot..hik3. Gediknye ocha..!





Sudah la tu, our next activity ni, aku x leh la nak report panjang.. Coz, since i was not in an allowed condition an.. Paham2 yela.. Orang macam i ni, memang faveret hantu2 kat sana.. So, untuk keselamatan diri, i buat keputusan untuk 'TIDUR'... ngahaha (gelak jahat coz x jadi mangsa hantu2 tiruan di sana) Eeeeeeleh.. x komersial punye hantu..





Sekian dahulu cerita pasal hantu ye. So now, kita beralih kepada topik pagi.. (Chewah, da macham radio pulak). Pagi2 subuh da kena beratur. Biase la kalo da namanye ber'camp', kan. Then kitorang pergi joging.. Dont know how many kilometers that we had go through.. Tapi yg pasti, busuk jugak la sweater akak tu, dik. Seronok dan x seronok, always datang silih berganti.. Eeeh, jgn x tawu ek, ingat jonging tu seronok all the tyme ke..? Tambah2 lagi kalo jogging dengan Komanderrrr... Pergh, nak seronok sendiri, joging kat pusat sukan laaa... kat MELATI ke..hee =D





Lepas joging, kitorang jungle tracking panjat Gunung Nuang tuh.. Quite adventure la jugak sebab bila dengar word 'PACHAT' and 'LINTHAH' tu an, automatik nerve system ni jadi x teratur.. all the negative thought pon akan datang mencurah2 di lubuk fikiran.. Ntah apsal ntah fobia nih masih x berenti2 sampai sekarang... But never mind la. Semua tu lakonan semata2. Aku pon pelik apsal kem kali ni sebijik pacat pon x sudi nak hinggap kat aku.. hmm, wonder girl, plez wonder bout this case ye..!





Okeh next point is, lunch hour.. makan air tangan Cikgu Tun.. Dua kali dapat makan ayam tau..haha. And kerana aku sangat tamak, so aku tapau lagi ayam masak kunyit tu.. Sedap memang sedap.. Tapi x tau nape x abis di makan..heee. Lastly i decided nak buang je sebab nk kejar masa, an? Sekali... Haish, kantoi pulak dgn komander Fik.. 'Ocha, habiskan ayam tu'... Hahah, padan muke aku..! Terkulat2 telan daging dada ayam tu sume sampai habis..





Sudahlah kau, diamlah kau.. aku yg kegelisahan ni x tau mane nak campakkan diri dari kenanga nihaa... hujan masih x berenti2.. haa, now and sekarang, dipersilakan lah untuk menutup entry ini dengan kisah majlis penutupan 'KECAK' tu.. Erm, x banyak yg aku ingat, juz the best part is, our platun got the best war cry, and bong got the best 'siswa', and not to forget air 'secret recipe' yg dibancuh khas oleh komander2 sume..huh. Ntah hape2 feeling pon aku x tawu la waktu minum air tu.. yg pasti... aku kagum kot dgn diri aku sendiri.. (hahaha, syabas ocha).





Kemudian kami bergerak pulang... Kaki yg krem, tidak menghalang mulut aku drp bergossip dengan alya dan anisah di dalam bas.. siap karoke lagi tau.. mujur x menari sekali..hik3. (Ada hati lagi tuuu)





Itulah dia... Coret coret kembara yg sempat aku tulis di sini.. comin soon, i'll post the pictures pulak ek.. wait la kalo nak wait... peace no war, my heart will go on, u took my heart away... Adios sayang2 ocha semua.. jumpe lagi lain entry ok.. tataaaa... Muah100x...!



Monday, February 1, 2010

hApPy AnNiVeRsArY...!







WiSh U,

HAPPY 2ND ANNIVERSARY MY DEAR,
WhAtEvEr OuR rElAtIoN iS,
I wiLL OwEyS LoVE yOu..

because

THE BEST PART OF ME IS

YOU, yOu, YoU
& FoReVeR yOu


P/S: hE's My bEsTfReNd EvEr...

aKu x TeNgOk 'JUARA LAGU' laa...

Salam semua...

Entry ni yang terakhir untuk Januari. di samping nak cukupkan lima belas entry, aku nak kongsi something sebenarnye di sini... berkongsi bahan2 ilmiah sikit... eh, ni ilmiah la ni... benda yang x tahu, kita bagitahu... kalau dah tahu, maknanya kita da ada penge'tahu'an... (terbentuk drp mofem bebas 'tahu' dan morfem terikat penge-an..haha. masuk grammar sikit ye)





So, malam tadi bace la post kawan aku dari mesir ni. bese la, ex-maahad ahmadi... agak alert benda2 macam ni. Tapi excluded aku... Onestly, aku ni bukan la 'produk' maahad yang sejati dan berkualiti. Tapi masih ada nilai2 komersial yang tersendiri. So, jangan nak nafikan ye...! Aku sayang maahad tau...





Ape kes kau merepek ni ocha...? Baiklah, x mau merapu like ikan kerapu masin di sini, so lets talk about juara lagu yang aku dah lama miss a long tyme ago... Ini fakta, anything about anugerah2 or reality show like 'Akademi Fantasia, Malaysian Idol, My starz LG, Anugerah juara lagu, anugerah skrin, anugerah kecemerlangan pelajar... (eh, termasuk ke?) Oh, yang tu tidaklah... Rancangan2 yang aku cakap tu, memang x termasuk dalam senarai 'wajib tonton' aku... kalau 'Barbie'... Itu senarai wajib jugak... 'wajib x miss'...!





So, ape benda yang kau nak cakap pasal ANUGERAH JUARA LAGU ni...? Kalau aku, setakat tahu, juara, naib juara, suda la... Coz memang x pernah tengok, kan... So, nak komen ape lagi...? But kawan aku sorang ni, yang aku cakap kat Mesir ni, x pasal2 buat aku seram sejuk... Apasal ek...? Senang cerita, if you love your Islam, lets check this out...


terima kasih...

"cuz i care about you, thats why i share"

Sunday, January 31, 2010

KaLaU bALiK uMaH x bUaT kEk X BoLeY kEr..?

Eeeh... i punye suke lar.. Today, i ade kat rumah, so buat macham rumah sendiri la kan...ngee. Setelah 3 minggu x jumpe bilik tidur kesayangan, akhirnya kerinduanku sudah terubat... Aicheh...

And not to forget, atas permintaan adik2 i yang 'beruang2' belake tu, yaaah, ocha pon menapak lagi ke dapur deh... Menapak, menapak, menapak...

MENAPAK KAU MASUK DAPUR...!!!

Kali nih, resipi saye diberi nama, KEK LUMUT. (Komersial ea nama tu) Resipi ni dah lame, tapi baru 1st time nak post dalam belog... Sebab nak bagi dia komersial macam kawan2 dia kek coklat, kek gulung, kek pelangi dan kawasan2 yang sewaktu dengannye tu kan... So, pleez scroll down and kita mulakan dengan bahan2nyer...

owh, senang je nih... Ade tepung, nestum, horlicks, gula, planta, telur, kaya, susu, esen vanila sket dan juga pewarna hijau. kalau biru orang x panggil kek lumut ye, perhaps orang akan panggil, kek nila, or kek laut ke, or... (Diam kau)

kemudian nak habaq mai kat hangpa suma, horlick dengan tepung, dengan nestum tu, kita satukan dalam mangkuk dan gaul rata, ok... Kacau sampai sebati.. Selalunye, step ni, 'beruang' i yang paling kecik tu suke buat... ntah ape yang seronok kacau bende nih, x tawu lah i...

step seterusnya, ialah part 'beruang' i yang second tu punye faveret... sila leburkan semua bahan2 anda ke dalam mixer... cheh, bab ni yang buat aku naik hantu nih.. x pe, mujur step lebur melebur tu wujud dalam resipi nih... nak maklumat lanjut, layari laman web www.tanyelahochasendiri.com okey...=D

Next, tuang dalam achuwan, dan balut dgn aluminium foil dan kukus. Hoho, senang je deh.. Mu jange riso, selalu kalau teringin sangat nak makan kek lapis sarawak, mesti agak keberatan kan..? mybe sebab harga yg mahal mengalahkan kek secret recipe atau leceh nak buat atau susah nak dapat selain hari raye atau pape jelah, menjadi faktor korang kempunan kan3..? so, bile dah tawu buat kek ni, x payah pegi sarawak... rasa dia memang macam kek sarawak.. cuma x de 'lapis' je... x caye..? torai laa...


Weewit, komersial an pict...?
Tengok la sape yg snap...huu.

Akhirnyee, end of the moon January ni (awat tibe2 jadi bute mat saleh ni ocha?), okeh abaikan tu. Yang penting, hari ni, ocha telah kembali ke pangkuan keluarga terchenta. Terubat rindu nak makan masakan bunda. Rendang ayam maman, sambal petai udang, kangkung goreng belacan, ikan goreng, ayam goreng, spaghetti, sume tu jadi menu untuk dua hari nih... Haa, x lupe jugak kek ni dan buah oren 'kong si pacai' dirembat khas oleh ayahanda dari mane ntah.. Hehe, konfirm 'beruang2' dalam umah ni akan merembat limau2 tu sume bawak balik asrama... asrama sekolah ke, asrama universiti ke, aaah, samah sajah... Bunda pulak akan dapat kotak limau je...hehe. Sume beruang2 nih punye pasal...

(xpe, bunda kan ade kebun limau sendiri..hik3)

Ok la, sekian dulu laporan dari saye...
'OCHA'

Saturday, January 30, 2010

GoD kNoWs BeSt...


"God Knows Best" He knows what's best for us, So why should we complain, We always want the sunshine, But He knows there must be rain, We love the sound of laughter And the merriment of cheer, But our hearts would lose their tenderness If we never shed a tear. He tests us often With suffering and with sorrow; He tests us, not to punish us, But to help us meet "tomorrow." For growing trees are strengthened When they withstand the storm; And the sharp cut of the chisel Gives the marble grace and form. God never hurts us needlessly, And He never wastes our pain; For every loss He sends to us Is followed by rich gain. And when we count the blessings That God has so freely sent; We will find no cause for murmuring And no time to lament. He loves His children, And to Him all things are plain; So He never sends us "pleasure" When the "soul's deep need is pain." So whenever we are troubled, And when everything goes wrong, It is just God working in us To make "our spirits strong."
~ Helen Steiner Rice ~

Sunday, January 24, 2010

oChA, sAbArLaH...


Setiap sem, mesti akan ada satu hari untuk didatangi perkara2 macam ni. Jentik sikit je, terus hilang semangat. Terus rasa nak balik rumah. Terus rasa nak menangis sambil peluk2 bunda dan cerita semua dari A sampai Z without miss a single part.

Dia kawan aku yang sangat baik. Yang rapat dan senang bila bergaul dengan dia. Bila orang lain buli aku, dia akan hantar sms, pujuk aku and cakap "nak aku suruh dia nyanyi lagu 'maafkan kami' depan aspuri..?"

Orangnya sangat suwit. Hitam manis. Sukee sangat ketawa and makes others laugh too. He tackles my mom alreday. Mujur dah ada buah hati. If he's not, (ok, dont ever think about it).

Selama ni, bila aku cakap apa2, x pernah pulak dia marah sampai macam ni. Kau cakap lepas macam mana pun, x kan dia marah punya. Sebab dia punya 'lepas' pun, boleh tahan jugak. Ntah macam mana kali ni... Erm.. lain sikit. Mungkin kesibukan imtihan membuatkan dia agak sensitif dengan kata-kata aku. Stress or in pressure, perhaps. I'm trying to think about all his kindness and try to write it down here. Sebab ada satu kata-kata ni;

Ketika sahabatmu melukaimu tulislah di atas pasir agar terhapus oleh angin. Tetapi, bila kebaikan yang dilakukan, pahatlah di atas batu agar tidak terhapus oleh apa sekalipun...

Tapi kadang2 bila hati sedih dan pedih, susah nak ingat kebaikan orang tu. Kalau jumpa pasir pun, bukan nak tulis, tapi nak campak pasir tu kat muka dia. Come on ocha, fikirkan lagi kebaikan dia...

Hmm.... He's just kind. He's just a sweet person. He got the beautiful voice, beautiful handwriting, beautiful manners. I just loves him. Aku x nak dia benci aku. Aku x nak hilang seorang sahabat seperti dia. There's a lot of moment and memories that we used to shared together.

YA, ALLAH... Aku sayang dia. Jangan kau pisahkan ikatan persahabatan ini hanya kerana satu kesilapan yang aku tidak sengajakan... Maafkan aku, sahabat. Andai aku bukan yang terbaik, perbaikilah aku. Aku juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan...

ocha, sabarlah. benda2 macam ni memang selalu didatangkan untuk kau. untuk menguji sekuat dan setabah mana hati kau. u're a big girl. u know him very well. dont make this tiny mistakes mess up ur friendship. promise me, u'll be strong. just 5 words; S.A.B.A.R.

Thursday, January 21, 2010

ChEcK tHE SiMiLaRiTy AgAiN..HEHE.

My girl's birthday 2009
at TESCO, Sungai Petani






My girl's birthday 2010,
at JUSCO, Klang





Siapa boleh bagitau jawapan 'similarity' tu,
i belanja aiskrem kat DC...hik3.

Dear Hani,
once again, your birthday is due,
hoping this birthday u'll find the great happiness in ur life,
wish u will stay 'teen' everyday in every way,
may u be loved every time,
by ezwar, by me, B, and all those u hold most dear,

may all your wishes come true,
and may this year make you grow wiser too

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR
remember these word

"I WILL ALWAYS LOVE YOU..."

ThiS iS 4 u, HoNeY...!!!








I'm not finished yet. Wait for the exclusive one... next post, ok...!

Tuesday, January 19, 2010

AkU sUkEeeee...!!!



Sejak kes dia hangat kat paper baru2 ni kan... bertambah2 suke akak, dik.
Korang x minat..? Korang meluat..? Ah, pedulik hape akak...

Monday, January 18, 2010

iNtrOduCiNg, My 'new' mAtE


Assalamualaikum, wbt...


Sihat...? Dah makan...? Ada kelas hari ni...? Aku pon ade jugak. Tapi dah habis. Makan pon sudah. Makan waffle dengan Zura dekat fakulti dia tadi. FSG. Zura? Pulak dah siapa lagi yang aku nak introduce ni.




Ni haa, aku nak kenalkan la ni, Zura...








Atau nama penuh dia SITI NURNAZURAH HAMDAN. Kawan dari sekolah rendah, sekolah menengah, after PMR berpisah kejap. (Aku masuk maahad n zura masuk sekolah sains). Then, after SPM, masing2 tercampak kat KEDAH. (Aku asasi law kat sungai petani and zura dekat matrik kulim). Hinggalah seterusnya, kami bertemu jodoh semula di UiTM Shah Alam semula. (Okei Zura, tolong tahan mual ko untuk menatap muka aku selama tiga tahun lagi.)




Aku dengan zura ni sekampung. Rumah dia dekat ya amat dengan rumah aku. Rempit 2,3 minit, sampailah kau. Sebab tu kalau tak satu sekolah pon kau tak heran sangat. Bila cuti sekolah ke cuti sem bila-bila masa boleh je lepas dekat kedai abc depan rumah kau bayangkan perasaan muak itu macam mana.




Since sekarang aku dengan zura dah satu Shah Alam, maka lagi kerap la kitorang jumpe. Nama je duduk rumah sewa, tapi every weekend muka dia harus terpacak depan pintu bilik aku. Takpe aku suke kau main pacak-pacak ni.



So itu saja. Sekian...

the history

Followers