Wednesday, May 30, 2012

Mr.FoOd, I uSeD tO LoVe YoU... (butnownotanymore)


In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Peace Be Upon Him, Our Beloved Messenger, Prophet Muhammad SAW
And Peace Be Upon You Too, My Dear Brothers And Sisters,



The Messenger of Allah saying: "No human ever filled a vessel worse than the stomach. Sufficient for any son of Adam are some morsels to keep his back straight. But if it must be, then one third for his food, one third for his drink and one third for his breath."



I am a person with a huge desire for food. Tiba-tiba cakap pasal desire padahal orang tak tanya pun. Okey. Takpe. Takde hal punya. Cause I’m telling you in case that you might ask me in future (or you had already know about that?) Okey. Takpe. Takde hal punya.






Aku tiba-tiba tergerak tulis pasal makan ni bukan apa. Sebab ada satu cerita aku nak bagitau. Tak tahulah lawak ke tidak bagi korang tapi bagi aku memang lawaklah. Minggu lepas, aku pergi satu restoran ni. Nama dia biarlah rahsia ye. Memang ekslusif habes nak cakap budak-budak hingusan taraf-taraf aku ni memang tak layak langsunglah nak masuk. Tapi sebelum masuk tu tak sedar diri lagi. Dengan konfiden nye aku angguk dengan kawan-kawan yakin sungguh lalu kami pun melangkah masuk. Ye kami. Pasal aku pergi restoran tu dengan kawan-kawan aku.




Azab. Ekslusif itu rupa-rupanya memang “ekslusif ya amat”. Ambek hang harga spaghetti sepinggan 22 hengget campur air pisang 10 hengget mana nak dapat? Secret Recipe, Kenny Rogers, Pasar Ikan Manhatan pun aku boleh selamba. Tapi restoran ni memang tak boleh belah betul sampaikan aku balik kolej rasa macam nak solat taubat. Rasa macam dah buat dosa besaq hangpa tau dok?




Tak tahulah kan kalau aku rasa macam tu pasal dah hujung-hujung sem ekonomi dah mula merosot ke apa kan tapi logik la sikit dengan service charge lagi ntah apa yang depa dok service aku haish 36 hengget in total tu aku boleh beli baju raya tau! (kain jela, jahit sendiri) Menyesal? Forget the past. Malas nak fikir dah. Tapi lepas ni, no more makan benda-benda macam tu lagi. Taubat. Sungguh taubat nasuha dah.






And I just suddenly remember something on that day. Lepas balik kolej petang tu aku rasa mengantuk sangat. So aku pun tido. Malam pun aku rasa mengantuk lagi. So aku pun tido awal. Lepas tu hajat nak bangun qiam, tapi terlajak. Subuh je yang aku mampu. Lepas tu, baca ma’thurat pun tersengguk-sengguk. Lagi best, lepas subuh aku pi sambung tido balik. Haaa, ini yang aku kata cerita lawak tu. (sure korang tak gelak) – aku tahu. aku pun tak gelak. Tapi aku define dia lawak sebab peristiwa ni bagi pengajaran yang sangat-sangat-sangat besar dekat aku.




First – Jangan membazir. Kena sedar diri, kena tahu tahap kemampuan sendiri. Kau bukan anak raja, anak tan sri, datuk sri nak belanja duit macam air macam tu. Kalau kau anak raja, anak tan sri, anak datuk sri pun, kau tetap kena berjimat-cermat jugak sebab dalam al-quran ada sebut,



“Membazir itu amalan syaitan”






Second – Jangan banyak makan. Nanti hati gelap tak ada nur. Walaupun makanan yang kita makan tu halal macam Nabi cakap ni:



“Janganlah kamu mematikan hati dengan banyak (berlebih) makan dan minum, walaupun yang halal. Kerana hati itu ibarat tumbuh-tumbuhan, ia akan mati jika terlalu banyak disirami air”.






Third – Banyak makan jugak boleh buatkan hati rasa tak tenang. Apatah lagi kalau makanan tu mendorong ke arah pembaziran (mahal sampai 36 hengget tenang apakebendanya?) Lalu hati pun jadi resah gelisah. Tak tenteram. Tak senang duduk. Gelisah macam orang bercinta. Betul. Sebab aku dah rasa dan aku tahu dan aku bagitahu supaya korang tak buat apa yang aku buat.




Fourth – Banyak makan akan mengurangkan ibadah dan kemanisan dalam beribadah. Simple example macam yang aku cakap tadi la. Dah kenyang, balik bilik, mengantuk tak sudah-sudah. Seronok sangat agaknya syaitonirojim tu bergayut dekat mata aku sampai qiamullail terbabas nasib baik yang wajib dapat diselamatkan. Alhamdulillah. Tapi ibadah pun tersengguk-sengguk. Mana kusyuknya? Mana manisnya? Jadi kurangkanlah makan. Because...



Allah grants this world to those whom He loves and those He does not love but only grants hunger to those whom he loves.






Fifth – Aku bukan nak bersangka buruk dekat restoran tu, tapi boleh jadi ada benda-benda yang syubhah masuk ke dalam perut aku waktu tu so that’s why aku jadi biol for the whole day. Ibadah memang hancus. Syaitonirrojim tepuk tangan dengan gemuruh. Lagi-lagi bila aku dok makan western punya menu. Aaah, logiklah kalau bahan-bahan dia tu ada unsur-unsur syubhah kan. Bukan syu’zun (bersangka buruk). Tapi betul apa. Aku pun bukanlah nak janji yang aku tak akan makan western lagi, tapi insyaAllah lepas ni aku akan cuba elakkan dari makan kat luar. Alaa, bukan tak reti masak sendiri haih.




Sekian. Dah. Aku bukan nak ceramah banyak dekat sini walaupun aku boleh je buat sukahatiaku. Tapi benda yang baik, why not kita share. Aku cerita kesilapan aku, kekhilafan aku, bukan sebab nak bukak aib sendiri, tapi nak bagi pengajaran supaya orang lain tak buat silap macam aku. Aku tulis dengan muka seriyes ni.




Dan tambahan sikit. Rasulullah pernah bersabda lagi, sesungguhnya:



“Berat atau ringannya sakit sakaratulmaut itu bergantung kepada sedikit atau banyaknya kenikmatan dunia yang kita ambil. Jika banyak kenikmatan dan kesenangan dunia yang kita ambil dan nikmat, maka beratlah kita hadapi sakit sakaratul maut, kerana sedih dan sayang untuk meninggalkan dunia yang telah mendarah-daging bagi kita.”



In short, kalau nak senang mati, jangan banyak makan. Peringatan untuk aku, jangan membazir dan harus lebih alert soal halal haram. Pernah dengar kan we-are-what-we-eat? Nikmat dunia ni banyak. Bukan tak boleh ambil, tapi gunalah berpada-pada. Cukup sekadarnya sahaja. Rasulullah sendiri tak pernah berasa kenyang seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a;



The family of Muhammad (sas) never filled themselves with wheat bread three days in a row from the time he came to Madinah until he passed away."



Haa tudiaa budak comey!



Kalau boipren lapaq sanggup kita terkontangkanting pi cari nasi. Kalau dia lapaq, kita pun sanggup berlapaq skali. Tapi kenapa Rasulullah berlapaq kita tak ambik port langsung? Dia bukan kekasih kitakah? Contohilah Baginda, InsyaAllah semuanya indah. Sekian, Assalamualaikum ^_^


Tuesday, May 29, 2012

KaTaKaN TiDaK kEpaDa NaFsU DaN sYaiToNniRrOjiM - ThE DEcLaRaTiOn Of WaR


Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah saw
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, abang2 kakak2, anda sihatkah?



Kalau sihat, jangan lupa...



Kalau sakit pun cakap alhamdulillah jugak sebab itu tandanya Allah mengingati kita dan menyayangi kita.




Aku lupa nak cakap dalam entry aku yang sebelum ni. Kawan-kawan, please jangan jadi macam aku. Aku bukan kawan yang baik. Aku memang tak layak dapat gelaran ‘bestfriend’ dari sesiapa pun because I am really not. Seriously. Kalau nak cakap this-is-the-end-of-our-friendship dekat aku, boleh dipersilakan. I deserve that.




Tapi itu saja. Aku bukan nak cakap pasal kawan lagi hari ni. Tengok tajuk, aku sure mesti ada antara korang yang dok pikir aku nak cakap pasal hawa nafsu, nafsu seks, nafsu nak berlaki dan sewaktu-sewaktu dengannya ye dok? Memang itu namanya nafsu tapi nafsu itu bukan semata-mata ‘itu’ (malas nak ulang banyak kali), tetapi lebih kepada perasaan dalam diri kita yang selalu buatkan kita rasa aman bahagia suka seronok gembira happy habes semua sinonim perkataan aku sebut padahal maksud sama je.




Siapa kata tak ada hadith tentang nafsu? Sabda Baginda Rasulullah, jihad melawan nafsu itu lebih besar daripada jihad di medan peperangan. See? Nak katakan betapa besarnya pengaruh nafsu tu dalam kehidupan manusia sampaikan kau peranglah sekuat mana pun dekat medan perang, tapi kalau kau tak berjaya berperang dengan nafsu kau sendiri, kau bukanlah orang yang hebat.



Jadi, marilah kita...






Aku tak sure aku dengar atau baca dekat mana, tapi seseorang ada menyebut (rasanya imam muda ashraf kot). Katanya, kita ni ibarat dalam satu kapal yang sedang berlayar menuju ke suatu tempat bernama Akhirat. Dan kapal itu sekarang sedang singgah di sebuah pulau bernama Dunia. Nakhoda kapal kita pesan pergilah cari apa-apa bekalan yang patut sebagai keperluan kita bila dah sampai Akhirat nanti. Maknanya, pulau yang bernama Dunia ini bukan destinasi kita. Jadi bagaimana kita boleh rasa senang dan seronok sedangkan orang lain bertungkus-lumus cari stok nak bawa pi Akhirat. Analogi sahaja. Harap hangpa paham noh?




So berbalik kepada nafsu tadi. Kalau nak cerita aku punya sejarah nafsu serakah (saja bagi ayat gempak padahal tak refer kamus dewan pun apa makna serakah), ok kalau nak cerita aku punya nafsu ni, paling simple, SHOPPING! Tanyalah orang perempuan mana pun, weh kalau jumpa yang bukan kaki shopping tu aku salute habes lah. Memang stock idaman lelaki. Kewangan rumah tangga di masa hadapan konfirm terjamin tapi masalahnya percentage dia tu berapa?






Kita ambik ibadah pulak. Katalah kan kita dah niat nak qiamulail ni lepas tu kita pun set alaram. Lepas alarm tu dah bunyi, kita pun dok tersengguk-sengguk kat hujung katil lagi muhasabah (saja bagi ayat sedap lagi padahal termenung je pun), fikir nak qiam ke nak tido. Mata memang berat gila ni. Rasa macam sekontena setan dok bertenggek. Pandang katil luaih (luas) macam padang bola, empuk siap gummy bear lagi. So di pagi-pagi hening begitu agak-agaknya berapa ramai yang berjaya bangun pergi bilik air ambil wudhuk and perform their qiamullail? Nafsu jugak tu.




Contoh lain lagi? Marah-marah time traffic jam dah memang duduk Shah Alam bandaq besaq nak buat camana sabaq saja la tak mau jam pi caghi keja kat lereng bukit sawah padi bendang suma nun. Nafsu nak pandang lelaki. Aigoo, comey gilos hero cerita korea ni aaaw cool dowh dia perform on stage MasyaAllah dia bukak baju pulak pergh abs dia tak boleh tahan (berdarah hidung). Memang tak boleh tahan tengok aurat orang sebut MasyaAllah pulak tu. Eh eh, macam kena kat batang hidung kan? Kena kat batang hidung aku jugak. Sekian.



Yup. This is what I USED TO BE.
Alamdulillah, sekarang tak lagi (kot)



Perempuan. Biasalah. Kita ada berapa nafsu dik? Sembilan nafsu dan satu akal. Ye pandai. Tapi bukanlah semua nafsu itu jahat. Nafsu pun ada tingkat-tingkat dia. Daripada seteruk-teruk syaitonirrojim sampailah ke tahap para Nabi dan Rasul yang serba sempurna subhanallah.




Jadi cara aku senang je. Sebaik-baik cara nak kawal nafsu, PUASA. Ye. Satu alternatif terbaik untuk mengekang nafsu chewah mengekang ayat aku. Nabi pun ada cakap pasal ni remember? Ok, kalau nak cara lain, rajinkan diri beribadah dan jangan tangguh-tangguh. Bertangguh tu nafsu la tu. Nak tips elak bertangguh? Refer entry aku yang sebelum-sebelum ni yang pasal macam mana nak berubah tu. Kalau tak boleh jugak, berdoa banyak-banyak kat Allah mintak dibersihkan hati. 




Ada la tu something wrong somewhere. Pi hantaq workshop, service balik noh. (macam hati aku dah cukup service sangat). Tapi insyaAllah dalam proses lagi. Tengah dok repair la ni. Sebab tu aku post entry lagu ni. Cakap pun suma nak slang utara pengaruh Imam Muda Asyraf dengan Ustaz Don sunnguh. Lain kali aku cakap Nismilan (negeri sembilan) ala-ala Imam Muda Fattah pulak. InsyaAllah kalau berkesempatan.




So in conslusion. Tak ada jalan shortcut nak lawan nafsu ni. Aku cuma berkongsi tips. Bukanlah bermakna aku dah terer sangat nak lawan nafsu aku sendiri. Kita amalkanlah bersama-sama. Ambil yang baik-baik. Mudah-mudahan kita bawak bekal yang cukup untuk ke destinasi kita nanti. InsyaAllah. (muka serius macam budak comey kat bawah ni ^_^)



Hei setan, hang pi main jauh-jauh!



Sekian, wabillahi taufiq walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. ^_^


Sunday, May 27, 2012

iT's NoT aBoUt ThE PiCtUrEs, iT's aBoUt Us


IN THE NAME OF ALLAH
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM RASULULLAH SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT



Ibn Hazm said: “Anyone who criticises you cares about your friendship. Anyone who makes light of your faults cares nothing about you.” 



(amaran: entry ini ditulis semalam tapi baru post hari ni. jadi sila jangan fenin. dan entry ini juga sangat panjang. jadi kalau rasa-rasa tak nak buang masa, sila jangan baca ^_^)



Alhamdulillah. Baiti jannati. Rumahku syurgaku. My home my paradise (direct translate teghoih). Tengok muka ayah, tengok muka mak, nothing else to say – GEMBIRA. Adala dalam sejam lebih yang lalu aku sampai. Lepas salam mak ayah, terus terjah dapur cari nasi. Kalahorangsetahuntakmakan. Lauk masak lomak cili api pulak tu YA ALLAH memang inilah syurga. Lepas sembahyang asar terus mintak duit dekat ayah nak beli buttercup. In short, sekarang tengah tunggu kek vanila masak dalam oven. Mengidam tiba-tiba ^_^ tak tahu kenapa. And of course I’m in the kitchen right now. Sekian. Dah. Tamat mukadimah.




Tapi, semalam ada cerita best dengan totally spies. Clover, Alex and Me. Sila pengsan sekarang aku pun tak tahu kenapa tulis macam ni. Ye, semalam after a looooooong period of time, we finally hang out together (sungguh kalau boleh aku nak tambah lagi huruf ‘o’ dekat perkataan ‘long’ tu). And this time around, JUST 3 OF US! Aku tulis capital letter macam nak cakap jangankacaukawanakuduaekoqni kan? Ye. Kalau ikutkan hati, begitulah. But...






Persahabatan itu juga bukanlah sebab kita ingin memilikinya. Tetapi kerana kita inginkan kasih sayangnya tidak kiralah walau di mana pun dia berada.




I used to be in the dark world. Zaman kegelapan. Maksud aku zaman kegelapan hati, kegelapan akal, kegelapan dalam menilai. Aku jadi macam alat permainan syaitonirrojim. Apa yang aku buat, apa yang aku cakap, apa yang aku tulis, semuanya tak berlandaskan iman dan syariat. Sesat habes. Aku main redah je tanpa pedulikan hati dan perasaan orang.




And yes. I am talking about them. Totally spies tadi (haish apela totally spies tak ada katun yang islamic sikit ke?). Sebab diorang yang paling rapat dengan aku dekat UiTM ni dari Merbok sampai Shah Alam, so most of the entries here were talking about them. About having fun together, facing problems, sharing our thoughts, bad talk about each other, sindir-sindir, perli-perli, you name it. They were all here in this blogspot. Kalau rajin carilah. Sebab aku tak pernah padam entry-entry tu semua. And those will be my bittersweet moments that I will never forget. InsyaAllah.




But, these few semesters, which I can say that I regret the most. Don’t know where and when it begins. We were slowy apart from each other. she talked about her. her talk about she. Who said that I excluded? aku rasa akulah manusia yang paling banyak bunuh kawan aku sendiri. Kalau boleh nak je aku menjerit kat diri sendiri BODOH-BODOH-BODOH dua-dua-pun-kawan-kau-la-itu-pun-tak-reti-nak-jaga-ke?





And hey Hani. Eh silap. Assalamualaikum Hani. This is me, Ain Nathasha Omar. Your stupid ex-roomate and your foolish friend (if I can still be considered as a friend).






I was in a great faulty way before. I always do bad assumptions towards you. Talk behind you. I didn’t treat you equally. I didn’t treat you the way I supposed to. Yes. I used to be biassed. I used to hate you as well. I thought that I can understand you the way I understand Haajar. But I was wrong. You both are different. You are different. You’re special on your own way. It’s true that you’re a bit annoying. A bit over. A bit loud. But I am in a BIG regret for covering myself from looking at your good side. Your kindness, your sweetness, your goodness. It's all there. It's all in you.




For me, there’s nothing to make up actually. We all do mistakes. Yang dah lepas tu biarkanlah. As I said just now, let it be our bittersweet moments. From now onwards, I just want to be friend with you because of you. Because that is you. And don’t forget sayang, because Allah want us to. This is all what I’m dying to say. I can’t say it out loud because we know each other kan? Masing-masing nak jaga hati masing-masing. Plus masing-masing nak pegang ego masing-masing. As you said, we’re fergile. Rapuh. Sensitive. Nodding. Yes we are.




So here, I let my heart talks to you. Walaupun tak aci korang boleh baca luahan aku tapi aku tak boleh baca luahan korang but I guess I can be a mind reader. Lepas tu buat assumption sendiri. Lepas tu misunderstand lagi. Lepas tu gadogado lagi. Lepas tu taching lagi. Nay. InsyaAllah. Aku doakan semua tu takkan berulang lagi. Because I...






Patah balik cerita yesterday. We didn’t talk much right. Apatah lagi korang asyik cakap pasal assignment and project korang hew rasa macam nak jerit dari seat belakang tu ‘couldyoucutthosecraps?’ kuat-kuat but it’s ok since nobody can tell how much I appreciate those time we spend together. Lebih-lebih lagi after such a long period of time. Akward? At first it was. In the middle pun it was. Sampailah akhirnya aku berjaya tunjukkan perangai gedik dan annoying aku dekat korang then you know siapa si gedik yang annoying itu kan? The same Tasha that you know 5 years ago.




What? We’ve been friend for 5 years seriously?




Aku tak mintak banyak.
Aku cuma nak korang jadi kawan aku sampai bila-bila.




p/s: btw, we still need to talk face to face. and don't simply judge me from this entry ok. iloveusomuch berapa kali nak cakap ni?