Wednesday, March 10, 2010

1st PoSt BuLaN ni, PaSaL eXaM yEer...!



Waa, lama suda aku x tulis belog an. Rindu saye x..? Ok, tak rindu xpe... Tapi rindu penulis belog ni kan? Haha, ngaku jela. Xpe, kita berdua je yang tau.. Weewit... :P



Well, almost two weeks kan, masuk suda bulan march ni and there are soooo many things yang aku nak cakap, nak luah, nak lepaskan kat sini tapi segala-galanya terhalang when it is all about time. Now u noe, y people oweys said that ‘time is gold’ ‘time is sword’ ‘time is this, time is that’. Wah, kalau masa itu betul2 emas, maknanya, kaya betul orang yang selalu update belog diorang tu an? Yela, banyak masa nak tulis, banyak la emas dia. Saye ni orang miskin. Dah nak jadi papa kedana dah pun.. (Haish, ocha ni aku lempang jugak kang.)



Ok hi there, this is the real blogger. At the moment i have to remind u that there is another 38 days left for final. Push away ur eating, sleeping, playing and shopping time, nah.. berapa hari lagi tinggal..? wait, don’t forget ur study week as well and plus ur time 4 assignment, weekend balik rumah lagi, bergayut dengan boyfriend la, chatting, ym, ‘facebook’ing, heh, pejam celik pejam celik, tau2 je kau dah terkial2 nak bukak student portal, print slip exam.



Pastu nak salin jadual exam lagi... and time tu la kau akan mula menolak semua invitation kawan-kawan kau, even jemputan vvvvvip drp anak raja ntah kerabat mane ntah yang ajak kau kuar makan malam candle light dinner pon kau sanggup tolak semata-mata nak bersengkang mata untuk final examination. Cuak kan..? Haaaa, saye faham sangat tu. Same la kite, dik...:D



So, that the reason y i jarang dah ber’blogging sekarang. Tapi who cares kan? Yela, i sedar, i tau, blog i x popular. Datuk Najib pun x follow. Haram jadah la kalao nak melihat komen2 dari beliau kan..huu~ tapi betul ke x blogging sebab kau study nih?



Hmm, betul la. tapi itu salah satu faktor kejadian je. Faktor2 lain, adalah seperti, sibuk buat assignment, prepare presentation, pegi group discussing, pegi clubbing, pegi shopping, dating.. bha..? ini maksiat namanya. Ok, ocha kalau menulis jangan bagi dia terus menulis, kalau tidak, kerepek-kerepek di atas tidak akan laris dijual. Sekian dulu untuk post pertama di bulan march ini, i balik dulu ye sayang... nak format balik nerve system nih... biol dah kau..!



p/s: Bile la nak servis si beno i ni. Dia pon da biol dengan i kot.. haish..



(beno = nama laptop saye..;)...)

Monday, March 1, 2010

EntRy rAhsiA..heE~

kau menjaga tiga hati
kau curah kasih tidak terperi
dan kau selalu diuji
pengorbanan dan ketabahan dirimu

kau insan yang kucintai
kau buat hidupku lebih beerti
maafkanlah diriku
andai ada aku mengguris hatimu

hanya satu kudamba darimu
syurga di bawah tapak kaki itu
doakanlah kejayaanku
kan kuhadiahkan padamu
ku janji

*
kaulah wanita yang amat kurindu
aku terlalu mencintaimu
kau bagai nadi dalam kehidupanku
aku tak mampu hidup tanpamu

ulang chorus*

p/s: macam x rahsia je

Saturday, February 27, 2010

SeLaMaT MeNyAmBuT mAuLiDur RAsUL...

Assalamualaikum wbt

Sempena Malidur Rasul ni kan, marilah kita hayati sikit peristiwa-peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini.

Kalau korang nak tau, antaranya ialah;

Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. (itu sudah pasti la akan) Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah.

Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Wawawa, seriyes, nampak sangat copy paste..haha. Memang pon. Sumber di petik dari sini...


Ok la, sekian dahulu dari ocha:


(JOM KITA BERARAK!)

Friday, February 26, 2010

LeTS sINg A sOng..!

~Nyanyi samE2 semua~

happy birthday to u,
happy birthday to u,
happy birthday to fay yeyo,
happy birthday to UuuUuUUuu...


Nilah rumet saye yang umurnya sudah bertukar angka dua di depan...hehe. happy birthday dear nur farahin.. da twenty an 23hb ari tu.. status, its complicated i guess..hehe. pape pun semoga panjang umur, murah rezeki happy sokmo deh..

her cake..!

#~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~#
nyanyi lagi sekali..
tapi yg ni versi arab... ok 1,2,3

Sanah helwa ya jAmilaH,
sanah helwa ya jaMilAh,
sanah helwa ya nuRul JanNaH,
Sanah helwa ya jAMilah...


wiwiwiwiwi

yang ni, 'friendship never die' kalau kau nak suruh aku berpisah dengan dia, haram jadah, sampai mati pon kau mimpi jela.. she's my best friend ever.. nurul jannah @ ummu anisah mohd nidzar (giler panjang ah nama) lahir pada 24 februari 1990. single yet it complicated.. haha... Happy birthday NURUL... i want u 2 know, dat i'll oweys love u, May God bless u, and cepat dapat menantu.. (mak kau la, bukan kau)
:P

komersial an...?
Alaamak, dua kali pandang macham bosan la pulak..
(balik2 indulgence, balik2 indulgence, pergh...~)

p/s: maaflah kalo bosan dengan post nih..~

Thursday, February 25, 2010

KeTiKa CiNtA bErTaSBiH...

Cerita ni...? Seriyus, sungguh, sumpah best...! Jalan cerita yang ringan tapi boleh terus sampai ke hati orang yang menontonya (kalo orang itu ocha). Ringkas dan padat la senang cerita.

Better than ayat-ayat cinta. sorry for comparing. perhaps sebab cerita ni ada dua episod kan, so sebab tu lah penonton lagi rasa macam bace the real novel kot... (hamboi, semangat nih)

Hurm, lagi, this is the first movie yang aku tengok di mana pelakonnya memang betul-betul bertudung (wallahualam). Tapi mengikut penilaian saya, begitu la yer...! And tibe2, boleh rasa macam nak masuk mahad balik... (Pergh, tipu2...!)

scenery pon memang real shooting kat mesir... kat alexandra, tonto, cairo.. urm, bnyak la scene2 yang menarik kat sana... Kalo ayat-ayat cinta, scene dia kan konon-konon je kat mesir. padahal shooting kat indon..

Haa, lastly, not to forget, aku nak mention watak FURQAN... Waaa, dia sangat cute...!

cube kau teka yang mana satu FURQAN?
~me0w~

Monday, February 22, 2010

CAtAtaN CuTi MiD tErM SaYe...wEeE~

Ada pemberitahuan di sini yer.. Bile ocha rasa excited, bila ocha rasa nak jalan2, bila ocha rasa nak sharing something, itu semua bakal termasuk dalam lebel post hini.. kau diam, baca saja ape yang aku tulis menurut kamus dewan ini..kui3 (penipu besar punye orang)

Heh, mari2, kita mula dengan SABTU k..
- Cuti sudah bermula. hasrat di hati nak balik naik LRT dengan zura, terpaksa dibatalkan kerana ocha mengalami sedkit kesulitan peribadi yang tidak dapat di elakkan. Apakah? Haa, asignment2...! so, saye men'decide' untuk pulang dgn ayahanda walaupun terpaksa mengambil alih tugas beliau selaku pemandu.. Xpe, as long as duit minyak bukan duit aku (mcm pernah je)

AHAD
-Cuti terisi dengan undangan perkahwinan anak tok imam. Fine, nasi minyak yang berkolesterol itu, masuk jugak akhirnye ke dalam usus besar dan kecil aku nih walaupun puas kutahan nafsu untuk menyentuhnya. Dan petang pulak, mak lang call. ajak balik rumah nenek (belah mak) coz ada stok ikan sembilang yang begitu banyak... heh. (pandai mak lang umpan kitorang) goreng pon sodap nih, hape lagi, mari berkonvoi ke rumah nenek... balik kampong, oo.. oo.. oo.. balik kampong...~

ISNIN
-Hari kedua raya cina weyh. We went to air terjun sagil, gunung ledang as stated before in my last post. But dengan hampehnye beta mengumumkan, marilah kita berpatah balik, kerana jem ini teramat sangatlah banyak sampai x cukup roti kau nak makan.. dah, blah3. sangat hot aku melihat dan bercakap tentangnya...

da penah upload da gmbar ni...

SELASA & RABU
-Sekadar menghabiskan masa di rumah dengan adik2 beruang i sebelum i hantar depa suma berambus balik asrama... And of course, kalo dah duduk rumah tu, i musti akan goyang kaki sambil makan nuuget ayam cap burger ramly dan menjeling-menjeling ke arah buku yang bertingkat-tingkat susunannya di atas meja study tanpa langsung mempunyai nafsu untuk menodai mereka (pergh ayat)

KHAMIS
-Pergi tampin seorang diri dan bertungkus lumus mensetelkan borang ptptn disamping assgnment yang x setel2 jugak achelly. then still sempat bershopping kejap. merembat dua pasang kasut yang kau rasa konon2 amat indah dipandangan mata dan tahan lasak laksana Reebok, Crocs dan adik-beradik dengannya (neway, thnks 4 da money, bunda). Tapi sumanya bersendirian berhad since my adik2 beradik beruang da balik asrama. Bahagianya kalo ada teman shopping jalan2 carik makan i di sini. Serina, Blair, x geti2 nak angkat tangan..?

ok, cumel da tu...:P

JUMAAT
-Menziarah sahabat yang tidak wujud di rumahnya. Pelik? Tapi benar? Aku pergi rumah humaira yang sekarang ni sedang berhempas pulas study kat mesir tu dengan geng adik beradik asgnment aku yang lain. Thanks to my mastermind, coz agenda dating kami kami yang konon-konon nak serius di ukm, bertukar menjadi dating yang sangat2 fun di jeram tengkek..heh. Seronok sangat3...! thnks everyone..!

lepas geram since x dapat mandi kat gunung nuang time camping kembara aritu n gunung ledang kan... hah, hambek2..!

SABTU
-As for today, hasrat nak jejak kaki ke UKM tercapai jugak.. Buku yang dicari2 dan diidam2 kan berjaya dikesan, dan asgnment ku mencapai matlamatnye... (tahniah ocha, tahniah...) well, thank you to my mastermind again kerana dengan suka hati dan rela hatinya menjadi driver saye dan thnks jugak sebab bawak saye pusing2 tengok kampus awak kat USIM. (Ni lawatan universiti ke hape nih..?) Not to forget, to my lecturer cik sri, yg sudi bantu kami cari Perpustakaan ATMA UKM tu, siyes punye strategik dia menyorok. Da la paneh. Ok, cukup cakap pasal universiti. Achelly, hasrat nak melepak dgn lebih lama di libraray UKM, tiba-tiba tidak tercapai because mastermind i tibe2 ajak pergi Alamanda...? Pergh...? Adakah kau akan menolak invitation begitu...? Haa, asignment2. Of course akak x sanggup, dik. Siyes x sanggup nak refuse. So, ape lagi, dating la...!

Owh, gambar kontroversi... no komen..!

AHAD
-Lenguh-lenguh satu badan. Kesudahan yang cantik sekali kan? After hantar beha, balik rumah dia, aku terus pecut 80km/h ke rumah atok dan wan (belah ayah). Jalan kuala pilah, x leh bawak laju2, dik. Elok sangat la tu, opening kat rumah nenek, closing kat rumah atok dgn wan. Ayah kirim buah limau. Aku pulak kirim borang ptptn sebab nak mintak cop tok penghulu...kui3. atok sebelah rumah atok aku yang penghulu. bukan atok aku.. Okeh, perasaan sangat hampa kerana sepupu2 i yang sengal sume da balik rumah. tinggal la aku sorang2 tercangak sambil berborak-borak dengan atok dan wan. Haha, not to forget, aktiviti wajib aku, membute kat serambi... sejuk weyh rumah kampong, mene leh tahan. and bila dah petang, pandai2 la kau nak blah ye ocha...

AND TODAY
-Wujudku di sini, di tanah anak bangsaku, bagai obor ilmu... Pergh3, siyes bangge dapat balik uitm... and everything back to normal. hari2 pergi kelas, buat homework, buat asgnment, prepare 4 presentation and bla3... bosan bagai nak mati...!

Sekian sahaja catatan cuti saye.
sumber dipetik dari BERNAMA...
(BERNAMA achik kau..! Sabak Bernam ah...~)

Sunday, February 21, 2010

MoRaL oF tHe StOrY...?

Al-kisah... Nak dijadikan cerita la kan, start je mid-sem break hari tu, aku terus khabarkan pada ayahanda,

"Ayah, jom pegi berkelah mandi air terjun nak...?"

Request = APPROVED...!

Maka, berangkatlah duli2 kami sekeluarga menuju ke...


Tapi, alangkah kecewanya kau bila sampai ke destinasi impian tersebut, dan melihat situasi berbentuk begini...


Pergh, jem dasyat punye teruk ah.. Kan da frust... Yela, frust menonggeng nih... Penat2 terpekik terlolong dalam kereta all the way dari rumah ke gunung ledang tu, sambil menyanyi2 lagu 'mariam jaga kambing' la, lagu 'gunung kinabalu' la, lagu 'twinkle2 little star' la, sampai beruang2 aku pon da naek sempout layan kakak beruang depa nih.. sekali haish... nak merajuk ah...

Dan, tanpa menyempurnakn hasrat, duli2 pon berangkat dan berpatah semula pulang ke rumah singgahsana dan singgahsini sambil singgah di melaka untuk bersinggah-singgahan seketika.. (ayat orang sengal + merajuk)

And, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, itu je nak bagitahu... Moral of the story, 'JANGAN PICNIC PADA WAKTU CUTI UMUM...!' GONG XI FA CHAI, ada baiknya kau duduk di rumah kawan2 cina kau (walaupun x ngam ho) dan celebrate tahun baru harimau ini dengan mereka... x dapat ang pau pun kurang-kurangnya dapat buah limau... me0w~

BESAR PUNYEEE...!!!
(tq auntie @ nyonya sebelah rumah punye sebelah)

Wednesday, February 17, 2010

PeRiNgAtAn UnTuK kAu, 'bLoGgEr'...!

Selamat Pagi sume... (Konfirm kau cakap sorang2)

Biarlah, saje je nak ambik mood, study pukul 3 pagi mcm ni... (Oh, study ea...?) Nak bukak 'Nahu Melayu Mutakhir?' 'Tatabahasa Dewan?' 'Linguistik Am?' dihening pagi beninih...? Erm, pikir jap ea. Pikir sambil online... Ngahaha. (Sape mengaja kau?)

As usual, bila tertera perkataan 'internet connected' dekat skrin laptop aku ni, first page yg akan aku bukak, 'Facebook', 'Blogspot' and 'hmetro.com'... Oweys and of course... (camne la cik sri x tegoq dlm kelas, asyik dok fb je...haish)

So, bukan nak cerita pasal facebook la. Tapi about Blog. Or more specific, 'blogger' sorang ni. Well, u noe that kalo aku bukak 'blogger.com' tu, sama ada because aku nak tulis entry baru or nak update the latest entry of my blogger friends... Lain2, insyaAllah x ado... (yang ado...?)

Haaa, wokeh2.. Nak dijadikan cerita, aku bukak la page sorang blogger ni... Pastu gedik la pulak pegi kelik entry blogger tu, yang lampau2 punye cerita.. Sekali, istighfar panjang akak, dik. The word 'f*ck', kalo x de dalam entry dia, memang x sah. Ape lagi, MENCARUT ah namanye tu... Bukan si blogger ni je, kawan2 keliling aku yang lain pon x kurang hebatnye.. No need to mention ah, kang kontroversi pulak..

Tapi yang aku x faham tu, xde word lain ke nak mencarut? Kalo ye pon marah, x perlu kot keluarkan perkataan sampai gitu sekali... Kadang2 bukannye marah sangat. Bukan 'BESAR PUNYE' masalah pon sampai kau nak mencarut sebegitu rupa... Kau tu perempuan, melayu pulak tu... Haish, segan aku nak mengaku melayu kalo Francesc Fabregas tanye aku nanti... Kau punye pasal la nih... =P

Ok, x payah tunggu lima minit kemudian, sekarang pon aku dah terasa dah... (Pandai ek nak tegur orang, tapi diri sendiri tak tengok...) Alaaa, jangan la cakap macam tu. Saye sedang berusaha untuk berubah la ni... Berubah ke arah kebaikan dan kebenaran... Pergh...

Huwaaa, since terasa dengan entry sendiri, so x jadi la nak ceramah panjang lebar. Nanti orang cakap Ocha ni poyos pulak.. Eh, aku x poyo la. Aku tau, aku manusia x sempurna.. Aku pon buat dosa jugak.. Aku x baik macam kau... Wawawa..

But, you... I x mencarut macam u ek. i mencarut sopan sikit. Y not u try this; 'achik kau', haaa, kan comel tu... Hey 'blogger', (kau la)... U noe what, i mohon ampun dan maaf kalo u terasa dengan i ye... I just nak bagitahu, i sangat2 x berkenan dengan perangai u yang teramat sangat gemar untuk MENCARUT itu... I dah pernah pesan dekat enrty yang lepas2 dulu... Dulu la, dulu... Tapi kali ni, macam da melampau sangat U.. So, i cannot stand it lagi deh...

"F**k, S**T, *UC*, *HI*,"

Kalau aku dengar mulut or tangan kau keluar perkataan tu lagi,
memang KAU NAK MATI...!

Sunday, February 14, 2010

hApPy BiRtHdAy...!!!

FeEl FrEe ThIs MoRnInG;

tHeN sUdDeNtLy ThOuGhT AbOuT tHe 'VD';

tHe DaY ThAt MoSt Of My FrIeNd MiGhT GoInG tO ceLEbRaTe It;

HmMm... NoT iN mOoD tO tAlK bOuT iT;

sO hErE, jUsT a sImPLe AnD sHoRt PoSt To My BoLoVeD pErSoNs;


CiK sRi QaMaRiAh
(mY BoLeVeD LEcTuReR & sEnIoR aS wElL)


hAnAfI
(mY Ex-sChOolmAtE)
RecEntLy, StUdYiNG aT eGyPt

And AnOtHeR oNe Is NaBiHa (mY eX-ScHoOlMaTe, cLaSsMaTe & DoRmMaTe) wHiCh at ThE mOmEnT, sTudyInG aT USIM ~sorry, ocha pon nak jugak enter frame..hihihi~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

So, fOr cIk SrI, hAn AnD bEhA, wIsH u A VeRy HaPpY bIrThDaY To ALL oF yOu...

MaY gOd BlEsS yOu,

MaY aLL uR dReAm CoMe tRue,

MaY u GrOw WiSeR tOo,

14 FERBRUARI 2010

(sambut birthday x pe, sambut valentine jangan ye)

nah, ambek ni kek dengan hadiah

Saturday, February 13, 2010

oChA pEsAn AwaL2 Ni...

Salam dear... Nak pergi dating ye..? Singgah belog ni kejap boley..? (Amboi ocha, selalu kau halau orang bace blog kau, tetibe ari ni kau seru pulak ea..?)


Alaaa, part merepek2 tu, x payah la bace. Tapi bile masuk tang ilmiah ni, haa, kite sharing la same2.. Kan sharing tu caring..:)

Owkey la. I'm going to the main point here, 'what is Valentine Day?' Fullamak, macam nak buat academic writing pulak ek. Siap bagi definisi nih.. Bagus2, ade improvement...

Okeh, menurut sumber yg boleh di percayai, VD ni merupakan satu bentuk budaya yang dinantikan oleh anak muda yang bercinta, baik Islam atau bukan Islam di seluruh dunia. Hmm, boleh percaya ke definisi ni? Boleh la tu. Ok, fine la kalo yang bukan islam tu. But how about the word 'MUSLIM'... (Those, those, those yg terasa diri awak tu MUSLIM, sila alert ye..!)

Baeklah kawan2 ocha yang tershayang, if u want to know, berterasaskan 2 peristiwa ni, VD WAJIB TIDAK DISAMBUT oleh kita semua...! Because...

Pertama: Valentine merupakan ritual keagamaan iaitu agama Kristian sehingga ia diangkat sebagai ibadah bagi penganut agama Krsitian. (Hey, kau worang ni ISLAM ke KRISTIAN?) Bukti ni da jelas sangat menunjukkan Valentine tu ritual agama diorang yang diperkukuhkan oleh seorang Pope iaitu POPE GELASIUS yang mengisytiharkan 14 Februari 496M sebagai hari Valentine yakni untuk memperingati dua orang yang diberikan gelaran suci oleh orang-orang kristian; SANTO MARIUS dan ST VALENTINE.

Diorang berdua ni kena bunuh sebab kononnye melanggar arahan CLAUDIUS II yang melarang diorang ni berkahwin. Kita ni, umat islam, bukankah dituntut supaya berkahwin. Rasulullah pun bersabda, siapa yang berkahwin, maka sempurnalah separuh daripada imannya. Okeh, bagus depa ni coz konon2 mempertahankan cinta depa la tu.

Tapi, perlukah menyambut @ memperingati depa dua orang tu? Berjasa sangat ke diorang kat kita? Islam jatuh, islam berkembang, depa pedulik ka..? NO, NO and NO. So why should we follow their ritual? their celebration? their culture? Nak sangat jadi sebahagian daripada depa? Nak sangat beribadah macam depa? Apa hang dapat..? Cuba habaq mai kat aku...

Okeh, yang kedua: Valentine adalah untuk meperingati DEWI JUNO, di mana ritual dilakukan oleh orang-orang Romawi kuno yang menyembah berhala atau dewa. Haa, yang ni toksah nak cakap la. Dah terang2 syirik. Syirik yang paling besar pulak tu...

Ketiga: VD ni juga merupakan salah satu cara mencari jodoh oleh orang Eropah. Mereka bertahayul bahawa kasih sayang mula bersemi pada tanggal 14 Februari. Tahayul tu kan salah satu bentuk ke'syirik'an. So, x geti2 lagi ke hukumnya HARAM..??? Apa, korang tunjuk kasih sayang korang tu setahun sekali ka..? Kasih sayang dalam islam tak ada limit, dik. Alert that...!

Next, the 4th reason: VD ni kalau korang nak tahu, ia adalah salah satu cara yang digunakan oleh musuh Islam supaya orang Islam rosak dan hanyut. Yelah, cuba korang pikir, kalo dah sibuk sangat berasmaradana dengan couple masing2, x ke maksiat namanya tu? Pegang2, peluk2, cium2, lepas tu entah ape2 lagi la agaknye. Hah, refer balik ayat kat atas tadi. Rosak ke tak rosak orang islam tu jadinya? Hanyut ke tak hanyut? Menangis ke tak menangis mak ayah korang...?

Kawan2, kalau kalian dah lupa, biar ocha ingatkan balik ye. Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dalam golongan tersebut."

Hadis ni sangat2 fames dan sangat2 jelas maksudnya. So, kalau rasa2 nak sambut Valentine Day tu, apa kata semak balik, buat double check diri tu, periksa IC ke, tanya kawan2 ke...

"AKU NI ISLAM ATAU TIDAK?"

Ocha pesan ni, sebab ocha sayang korang semua. Plez, kita ni manusia umat akhir zaman... Jangan la biarkan penghulu kita, Rasulullah SAW menangis tengok umatnya lagu ni naa...~ X ada unsur dengki, riak, atau takabur di sini.. cuma nasihat-menasihati ke arah kebaikan dan kebenaran.


p/s: Hari ni hari JUMAAT. Mybe thats the factor why i'm quite "MAHADIAN" in this entry... :D

tq, wassalam...

Friday, February 12, 2010

wAhAi HaTi, tEnAnGLaH...


Kadangkala Allah sembunyikan matahari,

Dia datangkan petir dan kilat.

Kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana menghilangnya sinar.

Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal,

kemiskinan yang paling besar adalah jahil,

keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat,

tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri

kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


Tuesday, February 9, 2010

mEnJeLaNg KeCaK KhEmBaRhE...

Apasal pulak menjelang...? Ingat ari raye ke..? Hish, sukati aku la, nak letak title hape pon.. Hmm, agak sedey jugak coz x snap gmbar banyak2 tyme Kecak ari tu.. Yela, orang tgh bercamping, ko sibuk modelling. Kan da kena marah. Langsung patah hati, patah semangat, patahnya sayap malam.. (???) untuk bergambar lagi..heee. Kalo berterus terang kang, takut ade yg terasa.. Never mind la. Benda da lepas. Kalo post sebelum ni just report pasal kecak an, so for this entry, sila2 lah enjoy sebahagian dr gambar2 simpanan peribadi cik ocha ni yerk...! Ni je yg dibenarkan. Kalo nak lebih... Kirim salam, Assalamualaikum wbt...

(BANYAK ENSEM MUKE KAU...!)


First time ocha meeting dgn team member. Malu2 dpn diorang, tapi x malu pulak ambek gambar depan diorang..hehe,


kak liza, kak fiova and kak wanie, antara muke2 wajib..
biase lar, kelasmet...


Ini pun waktu rehersal.. Ari jumaat, after sembahyang jumaat.. konfirm x ramai yg datang.. so, waktu yg ada, dimanfaatkan dgn ber 'GAMBAR', yeah..!








Maaf la ye.. Bosan sangat waktu tu...
Thats why x boleh nak kawal diri dari bergambar dgn budak2 nih.. :D
Bosan ek tengok gmbar aku..?
Ok, skroll bawah lagi...

time beratur dengar taklimat depan kolej teratai.. Time nilah ade sorang komander tu dapat title 'aku anti beliau' dr aku.. ngehehe.. series, aku x memain nih..! sebab ape..? secreto de amor..haha.

waktu ni dekat delima pulak. depan pusat koko. tengah tunggu bas sampai.

Aksi alia sangat comel.. Sambil bercekak pinggang...
Hamboi3...~

dalam bas... and on the way nak ke...???

SEKSYEN DUA...!!!
Sarapan la dulu dik.. Akak lapar nih..heee

Haha, bajet macam dah sampai hutan, padahal masih kat tengah bandar lagi nih..
Caye atau tidak, tolonglah caye.. (nada paksaan)

Okeh, ini baru da sampai betul2..
Wee, ocha masak weyh, ocha masak...

anok2 kawe yang comel lote blako deh..

See, kerakusan mereka menunjukkan betapa sedapnye masakan aku..
hwahaha, (gelak jahat pulak!)

its learning tyme...!
bagus2, semuanye tekun..
aku je tak tekun sebab asyik snap gmbar orang..~

diam semua, komandar tengah bagi kuliah tu... fokus2...!

Cheh, patutlah kusyuk, komander sikit punye rapat mendemonstrasikan tali2 tu sume...

Okeh, sume pandai...
tali dah berjaye di simpulkan...
tapi kalo suruh buat lagi sekali, konfirm meninggal...!

Wajah bangga, riak dan takabbur ocha dan anaknye, Alia... Weheee

So, itulah yang dikatakan menjelang. Because most of the pict was taken before kecak. So, xde la kecak sangat. Tapi jangan ingat gambar2 lain xde okeh... InsyaAllah, kalo sudi aku upload lagi. Kalo x nak upload, korang pandai2 la makan hati ye.. So, sekian dulu laporan saye OCHA OMAR @ OCHA OMAR..heheh. Malas da nak upload gambar dah. So, ape kata kite sign out...? Jom3...!

p/s: KeCaK bEsT, tApI aKu MeNteL HaBiS2aN...

Monday, February 8, 2010

OooH kEmBaRe...~

Selamat petang semua.. bertemankan ujan di kala ini, (terperangkap kat kenanga, so x boleh la nak balik melati), saye dengan penuh sentimentalnye menaip sebuah entry untuk tatapan sendiri.. korang sume x payah bace..! biarlah kisah menyayat hati ini saya simpan di dalam hati dan blog ini.. korang jangan baca tau...! x payah...! pegi bukak buku, buat asgment, cari artikel and apa2 jelah yg patut.. faham..? okeh, kalo faham, bagus la tu..!





So, ocha dengan hati yg sentimentel lagi sekali, mula la menaip. (walaupun asgment lain x 'tertaip' smpai la ni, weyh) Kembara owh kembara, aku memang sangat happening walopun depan orang len 'ala, boley la', 'best la jugak', 'urm, boleh tahan je'.. hik3, but the truth is, THE BESTest...! wink3.





Hello sayang, i nak bagitahu u ni, starting KECAK aritu, sumpah x best... beberapa orang komander da masuk dalam list 'ANTI OCHA' da pagi tuh.. aku anti mereka, mereka tu x tawu la anti aku ke tidak..hik3. but, thats ok, perjalanan berjalan lancar.. sungguh hep 'pening'.. dalam bas pon harok.. and the best part is, dengar 'syameow2' main gitar n nyanyi lagu2 sabahan n ntah hapa2 lagu lagi yg mostly aku sumpah x penah dengar n hafal n konfirm x bole masuk 'jgn lupa lirik' versi diorang tu.. ek..?





Ok, setibanya di tapak perkhemahan, (aicheh, ayat spm tu), bas xleh masuk, thus all of us have to carry all the 'khemah', 'barang2 dapur' and segala macham logistik *dont noe y they used that term,* sejauh beberapa kilometer dan kilogram jauhnye, dik. emosi agak tidak stabil kerana sedang mengalami masalah 'wanita' pd waktu tu... dan semuanya kembali lancar, selepas dating dengan En.Tan. That easy..? Pergh...!





Lepas tu ada la taklimat sikit, ceramah sikit, kuliah tntang 'apa itu khemah', whohoho, ayat nak gempak je.. Sik da la.. Just a reminder from all commanders there. Intro to 'What is outdoor activities', 'what type of them' and bla3'.. Stop..! Lepas da habis, kitorang pon start buat khemah, eh silap, dirikan khemah, lunch, smbahyang dan sume2 yg patut dibuat lah time tu. Then, petang pulak, sesi belajar pon bermula.. Macam2 ikatan, simpulan, hapa kejadah tu sume aku belajar dr pukul dua sampai la pukul petang..ngeehehe. Syok... Ada rasa ala2 pengakap la pulak eh.. Whoho, tetiba teringat Mr.Ikhwan, my fav scout teacher..ngee =D





Masuk pulak sesi kedua, erm, i mean after done mandi, sembahyang, kuliah mghrb hape sume, kitorang ada pulak 'Malam Kebudayaan' haish..! Sekali arab daa.. Part ni, x mo cerita la.. Sumpah malu ya amat, dik. Okeh2, tapi overall best la.. Enjoy sangat. Kalo ada permintaan nak re'dance' lagu 'Ali Baba' tu pon, still boleh consider lagi kot..hik3. Gediknye ocha..!





Sudah la tu, our next activity ni, aku x leh la nak report panjang.. Coz, since i was not in an allowed condition an.. Paham2 yela.. Orang macam i ni, memang faveret hantu2 kat sana.. So, untuk keselamatan diri, i buat keputusan untuk 'TIDUR'... ngahaha (gelak jahat coz x jadi mangsa hantu2 tiruan di sana) Eeeeeeleh.. x komersial punye hantu..





Sekian dahulu cerita pasal hantu ye. So now, kita beralih kepada topik pagi.. (Chewah, da macham radio pulak). Pagi2 subuh da kena beratur. Biase la kalo da namanye ber'camp', kan. Then kitorang pergi joging.. Dont know how many kilometers that we had go through.. Tapi yg pasti, busuk jugak la sweater akak tu, dik. Seronok dan x seronok, always datang silih berganti.. Eeeh, jgn x tawu ek, ingat jonging tu seronok all the tyme ke..? Tambah2 lagi kalo jogging dengan Komanderrrr... Pergh, nak seronok sendiri, joging kat pusat sukan laaa... kat MELATI ke..hee =D





Lepas joging, kitorang jungle tracking panjat Gunung Nuang tuh.. Quite adventure la jugak sebab bila dengar word 'PACHAT' and 'LINTHAH' tu an, automatik nerve system ni jadi x teratur.. all the negative thought pon akan datang mencurah2 di lubuk fikiran.. Ntah apsal ntah fobia nih masih x berenti2 sampai sekarang... But never mind la. Semua tu lakonan semata2. Aku pon pelik apsal kem kali ni sebijik pacat pon x sudi nak hinggap kat aku.. hmm, wonder girl, plez wonder bout this case ye..!





Okeh next point is, lunch hour.. makan air tangan Cikgu Tun.. Dua kali dapat makan ayam tau..haha. And kerana aku sangat tamak, so aku tapau lagi ayam masak kunyit tu.. Sedap memang sedap.. Tapi x tau nape x abis di makan..heee. Lastly i decided nak buang je sebab nk kejar masa, an? Sekali... Haish, kantoi pulak dgn komander Fik.. 'Ocha, habiskan ayam tu'... Hahah, padan muke aku..! Terkulat2 telan daging dada ayam tu sume sampai habis..





Sudahlah kau, diamlah kau.. aku yg kegelisahan ni x tau mane nak campakkan diri dari kenanga nihaa... hujan masih x berenti2.. haa, now and sekarang, dipersilakan lah untuk menutup entry ini dengan kisah majlis penutupan 'KECAK' tu.. Erm, x banyak yg aku ingat, juz the best part is, our platun got the best war cry, and bong got the best 'siswa', and not to forget air 'secret recipe' yg dibancuh khas oleh komander2 sume..huh. Ntah hape2 feeling pon aku x tawu la waktu minum air tu.. yg pasti... aku kagum kot dgn diri aku sendiri.. (hahaha, syabas ocha).





Kemudian kami bergerak pulang... Kaki yg krem, tidak menghalang mulut aku drp bergossip dengan alya dan anisah di dalam bas.. siap karoke lagi tau.. mujur x menari sekali..hik3. (Ada hati lagi tuuu)





Itulah dia... Coret coret kembara yg sempat aku tulis di sini.. comin soon, i'll post the pictures pulak ek.. wait la kalo nak wait... peace no war, my heart will go on, u took my heart away... Adios sayang2 ocha semua.. jumpe lagi lain entry ok.. tataaaa... Muah100x...!



Monday, February 1, 2010

hApPy AnNiVeRsArY...!







WiSh U,

HAPPY 2ND ANNIVERSARY MY DEAR,
WhAtEvEr OuR rElAtIoN iS,
I wiLL OwEyS LoVE yOu..

because

THE BEST PART OF ME IS

YOU, yOu, YoU
& FoReVeR yOu


P/S: hE's My bEsTfReNd EvEr...

aKu x TeNgOk 'JUARA LAGU' laa...

Salam semua...

Entry ni yang terakhir untuk Januari. di samping nak cukupkan lima belas entry, aku nak kongsi something sebenarnye di sini... berkongsi bahan2 ilmiah sikit... eh, ni ilmiah la ni... benda yang x tahu, kita bagitahu... kalau dah tahu, maknanya kita da ada penge'tahu'an... (terbentuk drp mofem bebas 'tahu' dan morfem terikat penge-an..haha. masuk grammar sikit ye)





So, malam tadi bace la post kawan aku dari mesir ni. bese la, ex-maahad ahmadi... agak alert benda2 macam ni. Tapi excluded aku... Onestly, aku ni bukan la 'produk' maahad yang sejati dan berkualiti. Tapi masih ada nilai2 komersial yang tersendiri. So, jangan nak nafikan ye...! Aku sayang maahad tau...





Ape kes kau merepek ni ocha...? Baiklah, x mau merapu like ikan kerapu masin di sini, so lets talk about juara lagu yang aku dah lama miss a long tyme ago... Ini fakta, anything about anugerah2 or reality show like 'Akademi Fantasia, Malaysian Idol, My starz LG, Anugerah juara lagu, anugerah skrin, anugerah kecemerlangan pelajar... (eh, termasuk ke?) Oh, yang tu tidaklah... Rancangan2 yang aku cakap tu, memang x termasuk dalam senarai 'wajib tonton' aku... kalau 'Barbie'... Itu senarai wajib jugak... 'wajib x miss'...!





So, ape benda yang kau nak cakap pasal ANUGERAH JUARA LAGU ni...? Kalau aku, setakat tahu, juara, naib juara, suda la... Coz memang x pernah tengok, kan... So, nak komen ape lagi...? But kawan aku sorang ni, yang aku cakap kat Mesir ni, x pasal2 buat aku seram sejuk... Apasal ek...? Senang cerita, if you love your Islam, lets check this out...


terima kasih...

"cuz i care about you, thats why i share"

the history

Followers