Tuesday, May 18, 2010

i HaTe YoU...!

Do u noe something...?

i hate the way you talk to me,
and the way you ask me to do something i can't do,
i hate the way you drive my car,
and the way you ride your bike,
i hate it when you stare,
and the way you read my mind.
i hate you so much it makes me sick,
it even makes me rhyme.
i hate the way that you're always right.
i hate it when you lie.
i hate it when you make me laugh,
even worse when you make me cry
i hate it when you're not around,
and the fact that you didn't call or text me at night,
i hate the way i don't hate you,
not even close,
not even a little bit,
not even at all.

p/s: tuan belog ni tengah konfius ape motif dia tulis menda nih...~

Monday, May 17, 2010

To aLL tEaChErS...

saya, AiN nAtAsHa BiNtI oMaR,
ingin mengucapkan,


SELAMAT HARI GURU...!!!





p/s: entry ni mempunyai unsur kemalasan sikit. Aaah, pedulik hape..!

Saturday, May 15, 2010

Owh, TiBa-TiBa RiNdU sEkOLaH sAYE...~

cUti sEm ni... Owh, i guess this is the perfect time untuk aku kembali mentarbiahkan diri bersama adik-adik dekat Maahad Ahmadi tu. Alaaahai, setakat ulang alik pagi petang dari rumah aku ke pintu gerbang Maahad tu, takde hal laah~ Abang guard tu, i repeat, ABANG guard, tu konfirm akan muak mengadap muka aku mulai minggu nih...

Owh, kawan-kawan, kenapalah kau jauh sangat kat KL and MELAKA tu? Kenapalah time ni kau nak buat intersession course? Kenapalah time ni kau nak buat short sem? Kenapalah time ni kau nak start kuliah? Habis, aku nak shopping dengan siapa ni? Aku nak lepak minum ABC dengan sape? Nak mandi jeram dengan sapa? Nak dating dengan sapa? Nak tengok muvie dengan sapa? Hadooooi....!!!

Eh, jap2. Aku harus cakap yang aku sudah semakin tua, sebab aku lupa pulak yang aku cakap nak mentarbiahkan diri dengan adik-adik Maahad kat sebelah rumah tu tadi kan...? Hmm, adik-adik ye? Fine laah. Nampak sangat aku dah lama tinggalkan sekolah. Dan memanglah aku ni dah tuaaaa...!!!

Daaan, untuk adik-adik Maahad tu. Hei2, antum sume, kak ocha kecewa tau bila bukak page iluvislam tadi and nampak artikel ni. Betapa kecewanya akak korang lakukan... Isk, isk, isk.

Huwaaaaa...!!!!! Sampai hati tak roger akaaaaak datang Maahad jumpe motivator yang ensem tuuu....!!!





p/s: Weh2, aku tak segedik tu okeh...~

Tuesday, May 11, 2010

HaRi IbU?

Hari ibu. Eh, bukan hari ni ke? Owh, dah lepas? Hari ahad, minggu kedua, setiap bulan Mei? Owh, hari AHAD hari tulah maknanya ye? Patut la rasa macam ada something wrong je. Hek eleeh, yela tu, ocha...


Hellooo, siyesly, I dont remember what date of MOTHERS DAY laah. Tak tahu dan tak pernah ambik tahu pun hari ibu berapa haribulan. Tapi HARI BUNDA saya ingat! Sebab hari-hari pun hari untuk bunda...;P Yeah. (Bunda mesti bangga ni...kui3)


Eh, jangan ingat ocha ni tak menghargai para ibu-ibu pulak. Bunda cakap, HARI IBU ni tak elok disambut. Semua tu, PENGARUH BARAT semata-mata! Kasih sayang dan ketaatan kepada ibu bukan hanya dilakukan pada HARI IBU je okeh. Tapi itu adalah KEWAJIPAN kita sepanjang masa. That is, OUR OBLIGATION! Cuma...


"Maybe tak salah kot kalau nak express kan kasih sayang tu lebih sikit on that day, isn't bunda...?"


Yaaa, ada something yang Ocha nak share kat sini. Want to know how I celebrate this Mother’s Day? Celebrate? No, I mean, show my love for her. Al-kisahnye lah, memang dah lama dah nak bawa bunda keluar. Even bunda tu geti je drift, tapi beliau tak 'kaki jalan' macam I. U know, 5 days a week, non-stop working. Sooo, this is the best time kot nak 'paksa' bunda keluar, jalan-jalan cari makan... (Agak kuang hajau ye ayat 'paksa' tu). Takpe kan bunda. Sekali sekala...~


Mule-mule bunda tak nak tau. Tapi aku pujuk jugak. Pandai-pandai la mengayat kaaan.. Dan akhirnya, sampai jugak ke Nilai 3, tempat yang dulu masa kecik-kecik aku pergi, hampeh, haram jadah tak ada apa benda, tapi sekarang ni... terus rasa macam,


Huwaaa...!!!

Wa buleh pengsan lorgh kalau mau shopping kasi habis ini Nilai.


Lepas tu, mulalah cuit-cuit hujung baju bunda, and cakap;


“Bunda, nanti kalau along nak kahwin, kita datang shopping kat sini tau, tau, TAAAAU...!”


Amboi, gediknya kau ocha. Nak kena rembatan kencang Zaquan Adha? Okeh, tak komersial sangat skuad Hobin Jang Hobin. Tukarlah. Nak kena rembatan kencang midfield Arsenal, Francesc Fabregas...???


Dah. Diam. Tapi memang tak dinafikanlah, memang cantik. Sebab orang cakap, Nilai ni SYURGA PENGANTIN. Pusat BORONG terbesar kat Negeri 9. Tempat SHOPPING yang semua kaum wanita pun boleh jadi GILA laaah. Tak percaya, WAIT! Take a look at these first:



Nih, hantaran pengantin. Macam pondok kan? Cumeeel je.
Dekat sofa kecik tu, tempat letak cincin.
Komersial, komersial.


Ni random hantaran.
Tema: Putih suci lagi murni. Yang ni pon komersial.


Untuk Haajar, my beloved 'Blair',
u might like this theme i guess ;)
PURPLE YEAH...!


Yang ni pulak hantaran tema FIFA.
Nampak bentuk gelanggang bola sepak tu?
Haa, dah la kaler hijau.
Maybe, this going to be my NURULs (Jannah and Bib) punye hantaran kot.


Not sure what color is this.
MAROON perhaps.
Haah, since Hani x mention tadi, kan, I bagi U yang nilah k..hihi ;)
Yang penting komersial jugak.


Ok. Kek 5 tingkat nih saya punyeee...!


Dan tema untuk saye pulak, GARDEN WEDDING ye!
So, semua hadirin, jemputlah menghadiri majlis perkahwinan saya nanti ye.
Hari Jumaat, lepas sembahyang jumaat.
Sape tak sembahyang jumaat tak boleh datang.
Wahaha...!!!

p/s: Nilai 3 tu bukan tempat pengantin semata-mata ye. Banyak lagi yang ada. Langsir, karpet, baju-baju, kain ela (bukan ella penyanyi 'retak' tu ok), cadar, lampu, perabot, pasu bunga, bunga-bunga (bunga-bunga cinta tak jual), daun-daun, pokok-pokok, ranting-ranting, dan @!~#$&^%*(&^)+$@! Tapi, yang menarik untuk di snap, adalah beberapa gambar ciput di atas tu laaah. Yang lain not interested!


Haa, kau dah percaya kan sekarang? Memang sangat cantik semuanya. Dan memang puas hatilah. Berjalan seharian pun tak rasa penat. Alhamdulillah, walaupun cuaca tak berapa nak ok, tapi mood bunda, memang TERBAIK...! Sporting habis. Haha, biasalah tu, kalau dah namanya shopping berdua, dan geng shoppingnye tu pulak sekepala, sama je taste, gila-gila sengal, mana tak hepPENING...!


Even tak habis masuk semua kedai, tu pun dah cukup puas hati daah. Nilai 3 tu besar dik oooi. Jangan kata bunda, akak pun tak larat nak khatam semua dalam masa satu hari...haish~


Hmm, to my beloved BUNDA. I just hope that my little things I did last saturday will make U feels bit happy coz that’s the best I can do for U just now. (X keje lagilah bunda, mana ada duit sendiri nak sponser karpet yang sekangkang kera tapi beharga RM460 hengget tuuu..)


Takpe, kan. Yang penting, bunda dah rembat ape yang bunda nak rembat. Muke pon ceria je berseri-seri lepas shopping. Haaah, memang terbaiklah tu maknanyaaa. Wokeh bebeh. Thats all just now. Till then, see u..~



p/s: TUHAN, Kau kekalkanlah senyuman dan ketawa itu dibirnya selalu. Semua orang sila cakap amin...!

~Amin~

Monday, May 10, 2010

~PeRiBaHaSa~

bagai kaca terhempas ke batu

bagai kucing kehilangan anak

bagai mencurah air ke daun keladi


Maksudnye...?
Cari sendiri dalam kamus...!



p/s: apahal tetibe je aku nih... :P

Saturday, May 8, 2010

BuKti yg AkU DaH mULe BoRiNg WaKtU cUti SeM Ni...


Ini tag yang aku rembat dari 'somebody's blog'. Punyelah boring nak mati, haaah, ocha punye kesengalan pun mulalah nak keluar... Nih, nih, dia dah keluar dah...~


~5 names that people call me~

1. Puan Sri Ocha Septriasa Natasha Omar
(Dah kahwin dengan Tan Sri lah katakan)
2. Miss Mesmerize
(Bweek...!)
3. Darling, Sayang, Honey, Sweetheart, Intan Payung
(Hahaa, secret la, siapa yang panggil tu~)

4. Jessica Szohr


(Spotted. Owh, macam mana diorang bleh snap gambar i and husband ni?)


5. Ok lah, actually, Ain, Aina, Tasha, V, Ocha, Anne dan Along

(Macam lebih daripada lima je ni. Aah, pedulik hape aku.)


~5 Important dates in my life~

1. I Muharam
(Pergh, poyo x abis-abis!)
2. 28th February
(Besday Bunda ye)
3. 15th October
(Kembar hari, ayahanda and nurul)
4. 31st August

(National Day, petriotik ni weh...~)
5. 19th July
(Marine Day, Japan. Pheew..~)


~5 things that I did yesterday~

1. Mesyuarat dengan Datuk Najib and Barrack Obama dekat Blue House
(Bagi sesiapa yg x tahu, Blue House tu dekat Korea ye)
2. Hantar husband dekat air-port
(Dia outstation daa~)
3. Shopping dekat Bangkok.
(I dah kamceng sangat dengan mak cik - mak cik seller kat sana tuu~)
4. Jemput anak-anak dekat rumah mak mertua dekat Paris.

5. Merasmikan majlis pelancaran produk ‘Simply Ocha'.
(Poyo lak aai...~)


~5 Ways to be happy~

1. Makan ais-krim dengan anak-anak.
(Sweet mummy, kan?)
2. Menghabiskan duit husband.

(Shopping laa, ape lagi...)
3. Memporak-porandakan dapur rumah dengan mencuba resipi yang tak pernah wujud dalam dunia ni.
(Mujur hubby x marah. Yang penting perut dia kenyang, kan yaaaang~)
4. Main permainan extreme.
(Roller coaster, bungee jumping, sky diving, tu suma biasa daah.)
5. Ambik wudhuk, bentang sejadah, berteleku, muhasabah diri, baca al-quran.
(Terbaiklah ocha...~)


~5 Favourite Movies~

1. Pirates of The Caribbean
(Sebab ada Jhonny Depp yang hot tuu!)
2. Kungfu Dunk

(Sebab Jay Chow sangat cute... Isn't he?)
3. Evolusi KL Drift 2
(I suke gangsters dia)
4. Ketika Cinta Bertasbih
(Onestly, each and every part of this film aku sukee!)
5. Dhoom 2
(Sangat action and ada style.)


~5 Hobbies~

1. Menanam pokok kaktus dalam akuarium.
(Unik, kan? Try la weh~)
2. Mengira bintang dekat balkoni rumah sebelum masuk tidur dan masih mengira bintang tersebut dalam tidur.
(Mengigau la tu, konfirm!)
3. Kira berapa banyak jumlah kalori, protein dan karbohidrat yang aku masak setiap hari untuk anak-anak dan suami.
(Agak-agak la ocha)
4. Online Facebook, sambil tulis belog, sambil chatting di Yahoo Messangger, sambil bergayut di telefon, sambil masak di dapur dan lauk aku pun hangus.


(Chantik di situ...~)

5. Join mak mertua chatting dan gossip dengan kawan-kawan veteran dia disamping meminta petua memikat hati suami.
(Pheew, kalo husband i dapat tahu, mesti kene perli memanjang nih...!)


~5 Favourite Peoples~

1. Ayahanda dan Bunda
2. Mak dan ayah mertua
3. Adik beradik kandung dan adik beradik tak kandung.
4. Rakan taulan.
(Geli lak aaai ayat)
5. Of course my Darling husband.

(Dapat laki ensem macam ni, sape tak sayang woi!)


~5 places for vacation~

1.Mekah - Nak bercuti dan beribadah dengan ayahanda dan bunda.
(Solehahnyee...hihi.)
2. Teringin sangat nak bercuti kat bulan. Dan cakap dengan husband I, “Darling, tengok tu, cantik sungguh langit, bagai bumi dipagar bintang, kan?”
(Paaang, senget mulut kena lempang dengan laki aku. Mengabihkan duit yo bercuti kek bulan nih.)
3. Venice - Espero estes tienido un buen dia, me amor.
(Waah, dah pandai cakap Italy dah ni, yunk. Bila nak honeymoon kali kedua?)
4. Anak-anak mesti suke kalau I bawak diorang pergi Disneyland.


(Yela tu. Tibe-tibe diorang cakap, “Mummy, I want to go to National Library laaah.”)
5. Jalan-jalan tepi pantai dari selat Melaka dan pusing balik ikut pantai kat sebelah Laut China Selatan pulak.
(Pergh, adventure, kan?)


~5 Reasons I answered the survey?~

1. Aku dipaksa.
(Owh, tidaaak!)
2. Suami cakap, kalau tak jawab, aku kena tidur luar.
(Sayang, sampai hati u buat i macam ni...)
3. Sebagai suri rumah sepenuh masa, aku mempunyai banyak masa untuk membuang masa.

(???)
4. Tag ni macam best je, kan. That’s why laa...~
5. Suka hati aku la, haish...!


~Persons to be tagged by me~

- Yang ni, aku nak abaikan je ye... Dah, tutup blog ni, Bye...!

Friday, May 7, 2010

sOaLaN

Jangan tanya kenapa aku

SETIA...? Mencintai dia pon

aku tak tahu kenapa...~




Ok, dah. Bye!

BoLEh OcHa JaGa DiOrAng...?

Tak sanggup dah nak butakan mata, pekakkan telinga bila tengok berita-berita kat TV, radio, surat khabar, internet and semua-semua yang boleh dipanggil berita terpampang cerita pasal ni. Pasal apa yunk? Pasal kes BUANG BAYI...!





MasyaAllah, First of all, ocha tertanya-tanya di sini, si pembuang bayi ni, manusia ke? Tolong jawab semua. Ocha confused ni. Even haiwan pun tahu sayang anak kan? Mak kucing tu, kalau ocha nak usya anak-anak diorang pun diorang marah tau. Mulalah mengiau, tunjuk gigi yang x berapa nak taring tapi konfirm sakit kalau kena gigit or kena cakar tu.


And Ocha tertanya-tanya lagi. Dah penat-penat kendong anak tu sembilan bulan sepuluh hari dalam perut, sampai masa bila dah beranak, dah keluar ANAK KANDUNG yang cukup sifat, sempurna serba-serbi, dah jadi wanita suci dah, bersih dari dosa lepas anak tu keluar, tapi masih tak sedar-sedar diri lagi, masih jugak nak tambah dosa, dosa membunuh, membuang anak. Astaghfirullah al-azim...


Ocha tak fahamlah, kenapa anak kecil tu perlu dibuang? Perlu dibakar? Perlu di campak dalam sungai? Dalam tong sampah? Obviously, this is not a human. Dah berzina, dah buat maksiat, dah terlanjur, isyhhh... Suka-suka hati je. Diorang ingat diorang ni main game? Cuba kalau diorang yang kena buang macam tu, kena bakar, kena campak dalam sungai, kena campak dalam tong sampah..? Owh, pandai nak terkial-kial mintak tolong, pandai merayu-rayu, mintak belas kasihan... Tapi dengan anak sendiri, macam best je buat semua tu, kan?


Tak tahulah macam mana nak cakap. Jari ni tak reti nak gambarkan betapa kejamnya sifat binatang-binatang ni. Apa salah anak kecil tu? Si kecik tu kalau dijaga elok-elok, diberi didikan agama yang cukup, insyaAllah, syurga balasannya nanti. Ini tidak, dahlah dosa berzina tu berat-seberat-beratnya, nak tambah lagi dosa membunuh? Bagus sangat la tu... Complete package i guess..~


Oh, plez. Dunia sekarang ni dah nampak sangat 'akhir zamannya'. Bunuh-menbunuh, maksiat, penzinaan, pergh, macam dah lali je dengar kat TV hari-hari. Ni semua puncanya terlalu ikut hati, ikutkan nafsu, setan bermaharaja lela, dah tak geti nak kawal iman kat dada tu. Nak kahwin tak mampu, kan. Jalan terbaik nak puaskan nafsu, beginilah. Dah puas, dah tanggung akibat, ambik jalan mudah. Owh, how simple it is.


Hei, daripada kau jadi pembunuh, dapat pekej penginapan dekat neraka entah berapa puluh ribu tahun tu, lebih baik kau bagi anak kecik tu kat aku. Bagi kat Cik Ocha ni haa. InsyaAllah, ringan sikit hukuman kau. Apa kejadah? Ingat aku tak mampu ke nak tanggung anak-anak ni? Hei, aku kalau dah kahwin, dah dua, tiga orang anak agaknya. Tak ada beza pun. Tapi tolonglah jangan buang diorang. Pleez...~ I just can take it ~



p/s: some people dare to call themselves human while being inhuman

Wednesday, May 5, 2010

kEsiMpULaN EnRtY bAChELoR KeLmaRiN

Hai, akak tau laa, tak pernah dibuat orang entry bersambung-sambung macam ni, kan. Sebab hari tu akak cakap kita fikirkan kesimpulan entry tu lain kali, so, inilah 'lain kali' nye.

Baiklah, just make it simple, akak cuma nak cakap, jadi BACHELOR memang tak senang dan perjalanan untuk mencapai kesenangan itu amat berliku, mencabar dan sukar untuk dilalui. Nak dapat gelaran degree holder, disamping menyandang status single bachelor, memang pekej yang terbaiklah setakat ni. Tapi bachelor yang single tu akak tak kisah dan tak pedulik sangat pon. Cause there's a lot of stuff which more important than dat, owkey..~

Well, apa-apa pun semua benda yang susah tu akan ada kemanisan dihujungnya. Have faith on Him, and everything will be fine.. ;)

sWeEt TaG FrOM cIK YaNa..~

Apa yang anda buat kalau member anda tikam belakang?
- Tanya dia, kenapa belakang aje? Depan, kiri kanan atas bawah tak nak tikam?

6 orang di hati anda?
- My Bunda, My Ayahanda, My Sayang, My Heart, My Darling, My Sweetheart.

Anda rasa anda COMEL?
- Tak comel, tapi SWEET...~ (Aku tau kaw orang mesti nak muntah, kan?)

Single or taken?
- Super single..!

Blog yg anda suka?
- No discrimination. Belog sendiri laaah ;)

Adakah bilik anda kemas setiap hari?
- Kalau kemas bagi aku, mungkin bersepah bagi kau. Ngahaha.

Lagu terakhir yang anda dengar?
- No idea. Ntah hape2 punye siaran radion ntah yang aku dengar nih!

Last text mesej?
- "Ni yang nak marah ni. Asyik... (hihi, sensor2)" -From Bunda-

Last fon call?
- Encik Mastermind. - Cian dia fenin ;(

Hari terakhir anda menangis?
- After balik dari Terminal One Seremban last thursday. (Hwaaa, handphone rusaaak..! Kena anta kat kedai, repair...!)

List 5 warna kegemaran?
- Merah, Kuning, Black, White, Silver.

Orang terakhir anda ber YM?
- Sya’rani. (Egypt mari, fuuh~)

Game yang anda paling suka?
- Cooking academy. (Ok, tolonglah gelak.)

Adakah anda peminat MCR?
- Siapakah? Nama baru Datuk K ke..?

Adakah anda rasa anda hot?
- Hot and spicy ke? Ok, I’m the spicy one.

Wallpaper laptop yang anda gunakan sekarang.




Cerita pasal gambar.
- Itu Nadia. Orang 1st yang aku bawak keluar after dapat lesen.

Bila kali terakhir makan pizza.
- Entah. Lama dah mengidam ni, tapi tak dapat-dapat jugak.

Lagu terakhir anda dengar.
- Selamat pengantin baru. (Huwaa, apa kejadah?)

Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag.
- Tengah berfikir, nak cuci rambut ke tidak time mandi nanti. ;P

Selain nama sendiri anda dipanggil.
- Ocha Septriasa. (Err, nak muntah pergi dekat longkang sana ye..)

Apa perasan anda bila jawab TAG ni?
- Lapar. Nak makan Aiskrem McD, please...~

Anda rasa TAG ni best?
- Best, sebab tengah boring.

Ok TAG lagi 10 orang?
- Tak mau.

Berikan 5 sebab anda harus disayangi.
- Tak payah sayang ah, sebab aku tak sayang kau pOoOoNnNn...~ ;P




p/s: Tibe-tibe time pi es, baru nak tag orang, kan. Okeh, sila jawab wahai Nurul Jannah, Kak Eyjaz, Cik Beha, Kak Chik, Ncik Mastermind, Pak Cik Cokolat Panas, My Cobra Alya, Fay Yeyo si Rumet, Tiara Pembalut Kelas, dan semua yang link ocha dalam belog merekaaa.. huwahaha, ini PAKSAAN okeh!

Monday, May 3, 2010

BuKaN sEnAnG JaDi BaChELoR

bachelor -

1- a man who has never been married.
2- a person who holds a first degree from a university

bachelorette -

1- a young unmarried women.


that's a definition given by

Compact Oxford English Dictionary for Students
(Huwaaa, dah buleh ambek MUET (lagi sekali) dah ni)

MOTIF...? Haish, mana ada aku tulis blog saje-saje je nak buang mase. Ada la sebab nye. Dah terang-terang terpampang dekat title. Bukan senang jadi BACHELOR. Means that, bukan senang jadi penuntut IJAZAH, dan bukan senang jadi orang BUJANG (Based on the definitions above yer). Or in other word, bukan senang jadi penuntut IJAZAH yang BUJANG...hahaha. (Ada makna tu, ada makna)

Yaaa, aku memang sengaja gedik nak tulis mende ni. Tapi bukan sebab aku dah tanak jadi BACHELOR lagi dah. Sayang kot title BAHCELOR tu. Tak payah choose either one. Dua2 title pon sayang..~ Apa kata kita renung sejenak, kenapa aku kata 'BUKAN SENANG JADI BACHELOR NI'

BACHELOR yang definition 1.

- Dia akan susah sebab kalau BACHELOR, means BUJANG, means SINGLE, means TAK ADA BOYFRIEND/GIRLFRIEND, hahahaha (additional definition, from Ocha Septriasa Kopak Dictionary), maknanya, mesti kau akan bosan, kan? Kau la, bukan aku. Mesti rasa macam sunyi je. Tak ada tempat nak manje2, nak cuit2, nak sayang2, nak cintan-cintun (wawawa, aku dah geli dah ni).

- Lepas tu, bagi yang rasa susah la ea. Haa, mesti kau akan rasa x bestnye hidup single sebab cemburu tengok orang dating, jalan-jalan, pegang-pegang tangan, buat maksiat. (Hoi2, orang buat maksiat pun kau nak jeles ke?)

- Lepas tu, kau akan rasa susah sebab... Haa, sebab kau tahu bahawa fakta ataupun kajian menunjukkan, orang yang mempunyai pasangan ni, mempunyai hidup yang lebih panjang. Sebab dia kurang stress, boleh berkongsi masalah, ada tempat untuk meluahkan perasaan. Dan sebagainye laaah~ Buktinya...?

Tiada bukti secara saintifik. Nak percaya, percaya. Tanak percaya, sudah..~



Daaaan. Untuk BAHCELOR definition yang ke-2 tu pulak.

- Yelaaah, dah nama pon BACHELOR in (bla3) Degree korang punye course la tu kan, haaa, maknanya dah konfirm-konfirm laah kepala hotak korang sentiasa fenin, krem, jem, nak pikir assignment, nak pikir exam, nak pikir assessment, presentation, group work, masalah kawan-kawanlah, nak pikir duit belanjalah, makan minum lagi, shopping, dating... Haa, susah ke tak susah tu? (Ocha tengah gelak dalam hati. Tak tahulah apasal.)

- And nak dapat title BACHELOR yang kedua ni, laaaagi la susah. Paling kurang pon dua tahun. Ada yang tiga tahun, ada yang empat tahun. Especially bila dah tahun akhir. Boleh mati rasanya disebabkan 'title' tu punya pasal... Lagi susah dari definition yang pertama tadi, sebab perlukan pengorbanan dari semua aspek. Mental, fizikal, duit, masa, tenaga, emosi, perasaan... Huwaa, mula la nak taching nih...~

- Dan aku kata susah, sebab...

DIA TAK SENANG LAA~

Hek eleh, belajar mana ada yang senang dik. Kalau senang, dah lama Nenek akak dapat title 'Ijazah Sarjana Muda (bla, bla, bla, bla)' tau.. Dan mesti nenek akak tu dah lama kerek belagak buat muka sombong riak dan takabbur dengan akak sambil menayang-nayangkan sijil ijazah kebanggaan beliau tu. Eleeeh...~



Dah3, banyak benda lain akak nak kaji ni. Kesimpulannya? Haa, nanti2 la kita fikirkan ye. Kalau akak tak larat nak fikir, lu fikirlah sendiri. Eh jap2. Ni bukan trademark Nabil tu tau. Akak pnye peminat punye trademark. Pinjam kejap. Nanti pulangkan balik. Haha. (Gelak dua harkat je, k. Dah. Semua pergi balik!)


p/s: Masih nak berkempen supaya join 'KELAB SINGLE' saye...~ Lai, lai, lai.

the history

Followers