Friday, January 27, 2012

KiTe BaHaGiA SanGaT dUdUk RuMaH sAmPai TaK aDa MaSa NaK uPdaTe BeLoG

ASSALAMUALAIKUM WBT


Cuba teka, kite update entry ni dari mana? Seriously this is live dari Gunung Angsi ok. Macam ada sangat line kan so kite boleh tulis je, tak boleh nak upload gambar sowi. Dan itu bermakna juga kite dah habis final lalala kite tahu ketinggalan sangat orang dah nak start praktikal baru nak bagitahu fine.




But anyway, this so old story. Hari last final exam hari tu, kitorang hang out dekat Papa John and lepak-lepak overnite dekat rumah Kak Jaja (she's Lydia's cousin) and juga celebrate birthday Hani in advance. 




So there you go, gambar ni kite dah upload lame, so tak ada kena mengana dengan line dekat Gunung Angsi ni ok.
























AND HAPPY BELATED BIRTHDAY HANI




























Actually, yang siap bawak towel semua tu bukan apa, ingat boleh mandi swimming pool malam tu. But unfortunately, kitorang lambat sangat. Swimming pool boleh mandi sampai pukul 10 malam je. Fine then, jadi kami cuma mampu melepak tepi kolam je sambil makan kek dan main killer game.




Macam dah tak pandai nak tulis belog lagi. Haha, Gunung Angsi sangat...

Saturday, January 14, 2012

i LiKe YoU tHe BeSt CiNgGu Yaah


Assalamualaikum u people



Ok cukup enuf cakap pasal exam pasal final pasal finance hew aku mula meluat apa masalah institusi pendidikan kerajaan ni nak suruh orang belajar benda yang orang tak mahu dan yang tak ada kena mengena dengan bidang kursus aku. Kalau aku dah pilih course bahasa tu suakan sajalah aku dengan segala tatabahasa semantik linguistik ini gedik dok suruh aku tekan-tekan kalkulator tu apasal. Kalau aku memang suka subjek tu aku tak pilih bahasa ni hoih. Pfft. 




Heeee, sorry u ols. Nak cakap aku meroyan boleh dipersilakan.




So after balik dari study week hari tu aku rasa jalan-jalan cari makan aku mula kembali aktif macam zaman dulu kala. Minggu pertama exam boleh cakap setiap hari keluar makan dekat seksyen 7. Pergi subway, wong solo, ada sekali tu aku keluar makan dengan fara couple and the gang. Tapi sumpah rasa nak menyumpah orang malam tu sudah lupakan saja. Barang yang lepas jangan dikenang. Ada yang meroyan lagi kang.




Oleh sebab jalan-jalan cari makan minggu lepas tak gigih nak snap gambar, maka saya bawakan khas kepada anda malam ini jalan-jalan cari makan versi final dan versi typical sangat setakat makan kfc sekyen 7 tadaaaaa...




Haajar cakap dia suka gambar ni. Bukan sebab aku comel tapi sebab scene belakang tu dia cakap cantik macam dalam iklan komersial. Well aku kan memang duta KFC ajaa.




Gab untuk paper last aku agak panjang so aku pun merajinkan diri caption setiap makanan yang kitorang makan malam tu. Caption atas sekali tu lupa pulak nak highlight tapi semua orang nampak kaaan guys!




The burger is mine actually tapi saja paksa ajaa makan jugak sebab kau nampak tak ayam yang dah tak rupa ayam dalam pinggan dia tu so bagi nice sikit alololo ajaa dan zinger sangat secocok kan. Dua-dua omel rawr.




Iklan. Saja nak tunjuk hasil tangan seni saya masa grup discussion menuju finance hari tu.
Finance lagi. Aaarghhh (meroyan)




Dan juga nak tunjuk malam aku makan KFC tu aku pergi ambik gambar passport untuk renew license aku. 




Remember my entry about getting my first license 2 years ago? Kalau ada yang nak review boleh kelik sini. Thanks to daddy yang bayar untuk hidupkan lesen sampai 3 tahun teghoih. Nah, mana ada tulis P lagi dekat lesen aku. Lalalala, pakai cream apa kulit bertambah cerah selepas dua tahun?




Ok kita patah balik cerita KFC tadi. Malam kitorang lepak tu is actually hari selasa malam rabu. Haajar just finished her paper aku tak ingat paper apa. But me is the one yang ada paper 1st thing in the next morning hari rabu tu tapi sungguh berperangai tak senonoh lepak KFC tanpa rasa bersalah, main hujan, usya boys over flower area Shah Alam ni, bet dengan ajaa siapa lagi cepat sampai dc bila dia ikut jalan mawar and aku ikut jalan luar hewhewhew sesungguhnya aku sangat yakin dengan paper organizational behavior yang aku jawab keesokkan harinya itu. InsyaAllah A for that. F for finance. Finance lagi. Aaarghh. (terus meroyan)




tajuk entry ambik lagu ni lah. cuba play kalau nak tahu best ke tak.




Haajar, those precious moment,
keep in ur heart oweys tau. 
Thank you so much. 
I love U cinggu yaaah.




Sekian. Bye!




Missing him? 
I think so...
Dia cakap SAY NO TO COUPLE.



Ok haajar, kita clash skarang jugak!

Friday, January 13, 2012

DeDiCaTeD tO My 'BeLoVeD' FiNaNcE



Assalamualaikum wbt...



Aku baruuuuu je habis paper finance tadi. Taip perkataan 'baru' dengan sangat ghairah sebab nak cakap effect finance tu sangat menusuk kalbu umpama pisau toreh getah yang diasah oleh atok aku subuh-subuh sebelum beliau pergi menoreh waaaaah sejak bila atok aku menoreh getah.




Sekian, finance sangat susah. Seriyes aku lagi sanggup pergi menoreh getah dengan atok aku daripada jawab paper finance tadi walaupun aku dah jawab paper tu dan walaupun atok aku bukan penoreh getah kan dah cakap tadi hoih. 




Kau tahu perasaan sedih, kecewa, menyesal, sakit hati, geram? Kau tahu semua tu? Perasaan itu 5 jam yang lalu. Tapi mujur si ajaa yang very the telepathy belikan sundae dan McChicken  rasa macam nak commit suicide daripada tengok result huruf ‘f’ dalam slip result tadi terus bertukar kepada rasa pasrah saja sebab semuanya dah berlaku. Tapi tak boleh nak nafikan dalam hati aku masih cakap damn, seriously I hate it.




Sorry aku tahu buruk sangat bila anak dara tulis ayat macam tu. Tapi memang aku tak boleh simpan dah. Dah tak larat lagi nak nangis. Stok air mata pun dah habis. Maka tak ada tempat yang paling best untuk aku luahkan selain daripada belog ini. Bukan tak usaha tapi aku rasa kalau kau ajar kura-kura tu finance pun dia lagi cepat pick up daripada aku kot.




Life is so unfair. Kura-kura mahukah kau menjadi manusia? Kita bertukar jom~




Pesanan untuk Nizam (tiba-tiba), sem depan kita duduk kelas finance sama-sama ok. Kalau boleh nak duduk perindu sama-sama sekali tapi memang tak panjang umur aku nanti ok sebab effect gila finance tadi tak habis lagi sem depan kau akan tahu. Nizam kau standby jela untuk ke syurga itu.




Sekian, memang satu semester ni entry aku untuk subjek finance jeee~




MAK, NAK KAWIN...!

Wednesday, January 11, 2012

MaRiLaH bErTaBaH HaTi BeRsaMa SaYa



Assalamualaikum semua. 
(muka tabah tekan huruf-huruf keyboard)



Sekian, aku rasa tamatlah riwayat pointer kebanggaan aku selama ini. Semester ini penamatnya. Kau tunggu sajalah bila aku umunkan keputusannya nanti.  




Memang sem ni aku rasa macam dah zombi habes dah bersengkang mata studi siang malam buat assignment bagai nak arwah tapi bila tiba saja final, masa inilah aku rasa adalah lebih baik aku duduk di rumah menjadi suri rumah siapkan breakfast keluarga setiap pagi, hantar anak-anak pergi sekolah, tunggu suami balik kerja sambil lipat baju sambil layan hindustan depan tv dan hujung minggu menghabiskan duit suami pergi membeli-belah. Mulia sungguh cita-cita aku setiap kali musim final menjelma.




Tapi dah lebih separuh perjalanan aku berjalan maka tak guna menyeluk pekasam separuh lengan (hebat peribahasa aku). Makin nak sampai hujung makin aku rasa penat. Masa nilah semua orang mula tunjuk belang masing-masing wah baru nampak the true color each and everyone people around me sungguh tidak kusangka tuan hamba sebegini rupa mahu saja aku cakap ayat begitu kepada mereka yang berkenaan. 




Tolonglah faham weh, aku tak tahu kenapa setelah bermuhasabah diri sebentar tadi the only word yang aku mampu cakap is, I'M LOST...! Hilang sudah nyawa aku walaupun ada 3 lagi musuh yang aku nak perang wah tergamak aku cakap paper-paper final aku sebagai musuh. Sorry paper, I gurau je. Please be lenient to me besok. Jaebal~ 




Seriously they're killing me. And I'm dying. And I want nobody nobody batchu tak tak tak (tak tak tu sound effect tepuk tangan) See the effect of organizational behavior and finance on me? Sir Faizal... Joesonghaeyo. Please don't fail me please please...




gambar pun sadis




p/s: ayat emosi sebab belum ada diari 2012 untuk meluahkan perasaan. sabarlah wahai pembaca yang budiman... hujung minggu ni aku pergi kedai buku okei.

Monday, January 9, 2012

iNi BuKaN pUiSi


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Jam sekarang 827 malam,
perut kenyang baru lepas berbuka puasa tadi,
alhamdulillah kuey teow kungfu ma faveret dah masuk perut,
plus dengan durian, roti canai beberapa cubit,
tu pun tak habis makan lagi ada dalam polisterin,
tapi bukan ada point pun cerita pasal makanan semua tu,
mukadimah,
yang boring,
macam selalu...




lepas tu aku bukak laptop,
bajet nak online kejap,
macam biasa pesbuk, beutifulnara, utusanonline kejap,
itupun sebab nak tengok waktu isyak pukul berapa,
nota ob dekat sebelah,
suku page pun tak siap,
bukan pasal aku malas,
tapi sebab aku tak rajin,
ayat apa tu?




lepas tu aku tukar fikiran,
aku rasa macam nak study finance,
sebab subjek itu sangat scary yuno,
tapi hajat aku itu masih tidak berkesempatan,
sebab aku masih lagi online di sini,
dan rumet aku dari tadi main game,
kadang-kadang aku dengar dia menyanyi,
tiba-tiba aku pun rasa macam nak join sekali,
tapi azan isyak dah berkumandang,




maka aku tukar fikiran lagi,
ocha pergi isyak sekarang dan mula study,




sekian...




Saje letak gambar dengan Tok Mad, MB kesayangan I ni,
kan semalam N9 menang piala sumbangsih lawan Kelantan,
jangan marah u ols.
(taken last year, during my cousin's wedding)




p/s: entry ini bukan puisi. bye!

Friday, January 6, 2012

sHe'S gOiNg To ReMaiN...


Assalamualaikum dan salam jumaat dan selamat berfinal (lagi)



Biasalah, sekarang semua orang dah switch on mode hibernate. Aku jangan cakap nak tukar mode, switch on pun tak lagi. Bukan tak ada kesedaran tapi memang tak pernah ada kesedaran. Bukan tiba-tiba tak pandai susun ayat tapi selama ni memang tak pernah tahu macam mana nak susun ayat maafkan saya Nek Mah (panggilan manja mentor kesayangan) sebab dah dua tahun masuk akademi bahasa pun masih tak berganjak carta perosak bahasa terunggul. Jadi macam mana nak buat tu? Bertapa sendiri dalam gua. Bye!




Ini entry ketiga Januari. Nak cakap pasal azam tahun baru, tak payah nak budak-budak sangat setiap tahun pun nak azam baru. Orang buat semua nak ikut. Cuba buat apa yang orang tak buat. Aku azam setiap lima minit kau mampu? Lepas tu mentang-mentang tengah musim final sekarang, semua orang nak update tips-tips-menjawab-peperiksaan, tips-tips-membuat-nota-ringkas, aku bagi tips-bagaimana-meniru-dalam-dewan-tanpa-dapat-dikesan-pengawas-peperiksaan kau nak? Haa tu muka macam nak nanges tu apasal. Sentap la tu.




Ok, aku ringkaskan khutbah. Sebenarnya, aku nak wrap up sikit pasal semester ni. Benda paling biasa nak cakap, semester ni aku sunyi sekejap daripada skandal se'fakulti', se'kelas', se'kampung', se'mentor', oh Nizam excluded. Dia kawan baru aku semester ni. Nak kenal, terbang kejap belog dia. Gossip girl pun jarang bertemu. Masing-masing vvvvvip sangat sebab tu sibuuuk memanjang tak ada masa nak jjcm dah aku pencen lah macam ni.




Dah 2 tahun aku dekat Shah Alam. Kalau ambik diploma lepas spm dulu mesti dah naik pentas dah pegang skrol dah campak-campak topi dah pegang jambak bunga dan sebagainya. Kalau. Sekarang aku dah masuk tahun akhir ijazah. Tak lama lagi la maknanya tu. Harapan ada nak sambung master, insyaAllah (kalau ada rezeki). Kalau ada rezeki lain, aku kerja dulu. Nek Mah suruh cari pengalaman. Kalau jodoh sampai dulu,  Nek Mah suruh kawin dulu. Aku rapat dengan Nek Mah kau jangan tak percaya walaupun dia pensyarah aku tapi dia mentor aku merangkap advisor aku merangkap mama aku merangkap semua aku nak merangkap. 




Tapi yang pasti, sebelum aku pegang skrol ijazah nanti, 




i'm going to remain single
(berani nak cabar aku?)




except that I'm still secretly dating him.
sekian. fishily.

Tuesday, January 3, 2012

My BeAr WeNt To NaTioNaL sErViCe



Assalamualaikum wbt dan selamat ber'final', 
sari berita utama.



Yesterday, my little beruang went to National Service. In Malay, depa panggil Program Latihan Khidmat Negara. Yang aku beriya sangat harap dapat pergi lepas SPM dulu tapi tak dapat so bila my dearest beruang tu dapat pergi maka I'm the first body ready in the morning perasaan macam hendak pergi menuntut kemerdekaan di London yuno.




So, he's the one that I'm talking about. Lepas daftar and get ready with everything, he took the chance to say goodbye on his facebook sambil tunggu rakan sebaya yang lain. Untuk keterangan lanjut boleh check status dia dan tengok apa dia tulis.




Untung dia, sebab ada dua kawan sekolah dia pergi ke kem yang sama. Tapi dua-dua girls, so along rasa kau kena make new friends jugaklah beruang. No choice.




Maka dikesempatan ini, along nak ucapkan selamat ber'khidmat untuk negara'. Semoga impian kau nak dapatkan 6 packs itu tercapai dalam masa 3 bulan ini. Dan semoga juga kau menjadi orang yang semakin berguna, semakin beriman dan semakin berwawasan. Jangan tunjuk setan depan kawan-kawan. Jadi diri baik-baik. Jangan curang dengan Faizah. Hanya itu pesanan dari kakakmu ini. Sekian terima kasih.




Then right after that, aku terus pergi rumah mak teh nak ambik buah manggis. Makteh yang ajak. Jadi permintaan itu tidak boleh dihampakan.




Itu rumah makteh. View dari atas pokok manggis. Nice tak?




That one yang sangat menggoda maka tangan I cepat je nak raba.




Bawah tu kereta daddy dengan tomato yang tengah dengar mp3 dekat driver seat tapi aku tahu korang tak nampak so no point. This is true story, I'm the one who captured this view. Please jangan sebarkan berita buruk ni kepada orang lain especially ibu-ibu yang sedang mencari calon menantu untuk anak lelaki mereka. Je~bal (orang korea cakap 'please').




Ok, back to normal, daddy gait rambutan...




And I'm the one yang tukang kutip rambutan...




Maka bila disatukan, jadilah berdua bersatu macam lagu forteen (geli) maka bolehlah jual dekat tepi jalan selonggok seringgit pasal semua rumah ada rambutan so semua orang dah tak heran dengan rambutan aku walaupun selonggok ni aku jual seringgit.




Kesudahannya, sampai ke Melati juga pagi tadi.




p/s: berani update belog malam ni sebab besok paper CITU. (pandang rendah citu nampak...)

Monday, January 2, 2012

aKu PeRGi PaNgKoR MiNgGu LePaS, KaU pErGi MaNa?


Assalamualaikum wbt


As I promise, hari ni, 2.1.12 (saja update tarikh cantik) I’m going to nag about my vacation last week. Memang nak nagging habis ni so I warn you siapa-siapa yang rasa ada banyak benda lain yang berfaedah selain menebeng depan homepage cik ocha ni sila bye!




Motif gambar? Kanak-kanak stress memang selalu buat aksi terencat macam ni sebab tu kena bawak depa pi holiday sebelum final exam




Guys, I tell you, this is my first visit to Pangkor. So there’s a lot to tell and a lot to write. Masalahnya sekarang I’m not really excited to tell about it. Dah seminggu dik, dah nak basi punya cerita of course tak feel dah nak pot-pet. Tapi sebab dah janji, ikutkan jela nanti ada orang ternanti-nanti pulak. (geli)




Yooooosh (dengan aksi sedang bertapa atas katil sekarang ni) “wahai semangat, kuseru padamu marilah berdamping denganku untuk menaip entry ni, marilaaah, marilaaah, marilaaaaah!” Memang sangat tak bertamadun. Ok story about Pangkor, aku pergi last Christmast dengan geng MCC oh macam karangan sangat bila baca balik. Dah la last Christmast konon sangat ayat kau.








(Ya Allah, pegi 3 hari tapi beg macam nak jadi rakyat Pangkor terus.)




Fine, everything was fun and memorable. Untuk bilik, aku kategorikan sebagai just nice. Minus for tempat solat yang sempit dan kurang selesa dan juga roomate yang snoring sampai pikul 3 pagi sampai aku kena call geng sebelah suruh bukak pintu no further comment lah. Shower and heater just fine. But the best is of course the air-conditioner sampai 23 degree celcius apa tak heaven berlingkar dalam comforter time hujan di pagi hari dan juga astro walaupun aku taklah heran sangat nak layan bola malam-malam kan.




That's my room and one of the roommate.




And since it is Pangkor, of course seafood sangat kena dengan tekak semua orang. Our main dish for 2 days, lala masak sambal. 2nd nite ada barbeque. Breakfast yang nice. Plus lepak makan jagung bakar, burger dengan teh tarik. And the rest as you can see...




1st day breakfast ni.




2nd day breakfast ni. Roti canai fyi kalau ada yang tak boleh detect gambar tu.




1st dinner. See the lala yang mendominasi pinggan?




2nd dinner. Malam barbeque. We got ketam, ikan, ayam, kerang and sosej sambal.




That one yang I cakap kitorang merayap malam-malam minum teh tarik tadi.



p/s: Last day punya lunch tak ada gambar nak letak. But sure thing is I got a better treatment sebab jadi orang last beratur and geng yang lain dah habiskan lauk lala sambal as I said earlier, then they gave me sepinggan lala yang depa reserve tu. Heaven!




Then I went to shopping. Alone. (sebab tak best la survey 1 kedai je kan). Seriously time ni I wish there’s gossip girls by my side. Loser sangat shopping sorang-sorang kalau korang nak tahu perasaan aku masa tu.




Tapi masa ni dah tak alone lagi dah.




And sudah semestinya kalau vacation dekat pantai, harus spent time dekat pantai the most. No komen lagi. Harap jangan muntah la tengok gambar-gambar lepas ni.




Masa game for the first nite.




Day 1. Masa ni baru nak ice breaking dengan pantai. Tak berani nak cecah air pun lagi semua orang.




Sekali dah bagi can, banana boat terus kau.




Then, trying hard to swim. It's actually after terjun dari banana boat tu.




We did snorkeling.




Naik bot sambil round-round pulau.
(pakcik bot sangat best - dia drift atas laut beb)




Tengok sunset.
(yang memang dah tenggelam masa ambik gambar ni)




Last day main volleyball, frisbee, sukaneka and picture tu masa tengah aerobik. 
Me and Siti again of course.




And this one for you dear.
(ada macam Harry Potter tak pakai topi sambil pegang tongkat magic begitu.)




Dan begitulah sampai balik UiTM. Sekian, kita cakap pasal tahun baru next time ok. I tak ada masa nak KLMJ sekarang. Anyway, thanks for reading. Azam sem baru saya hari tu baru tercapai satu. Satu lagi tak tahu macam mana. I depend on you FINEL.. Eh silap tekan. FINAL, I count on you.




Tengok gambar ni, please jangan muntah. Bye!



p/s: those pictures, credit to my Queen B for lending me her gojes camera. love dia.

Saturday, December 31, 2011

ByE 2011



Hi and assalamualaikum peeps. I noe that it’s extremely strange to greet u guys macam ni tapi biasalah mood kalau tengah meroyan aku pun tak boleh nak buat apa. Pengakuan jujur, since I came back to my dear hometown, aku tak jentik satu buku pun. Ones weh ones habes ni. Padahal paper pertama start 4 haribulan and macam bagus je aku layan running man marathon pagi petang siang malam ya Allah tolonglah beri petunjuk dan hidayah kepada hambamu yang sedang dalam kerugian ini. Tsk tsk.




Anyway, my little tomato baru berjinak-jinak dalam blogging. Padahal kakak dia rasa dah macam nak pencen dah ni. Waaah geli tangan aku tulis ayat macam ni sejak bila kau pandai buat kerja lain selain merepek ocha? Sekian, nanti aku bagi link si tomato tu untuk dilawat kalau u ols berminatlah. Sekarang masih dalam proses renovation lagi ok dia kirim salam dekat peminat belog kakak dia yang sedang membaca ni. (muntah)




Since it almost midnite, boleh la cakap besok is tahun depan which is angka umur aku bakal tambah lagi satu dalam masa tujuh bulan yeay dah tua tapi SPR tak daftar-daftar boleh lempang pipi kiri kanan sekarang. Kalau aku wish Selamat Tahu Baru sekarang boleh tak? Sebab aku rasa inilah post terakhir aku tahun ni. Post yang sangat tak bermanfaat dan merepek-repek aku rasa macam nak nanges memikirkan blog aku tak setanding beutifulnara yang menang award tu ataupun blog resepi kelaskaujah macam tiffinbiru tu apatah lagi hanis zalika dan sayasayangiz bagai. Mimpi ngeri kalau itu terjadi. So guy, HAPPY NEW YEAR!




Amaran: Jangan lupa baca doa akhir tahun selepas asar dan doa awal tahun selepas maghrib.




Well, disebabkan exam dah dekat dan saya semakin jauh dari buku, adalah tidak adil kalau saya terus update belog sambil merapu. Aku actually nak post pasal Pangkor vacation yang aku pergi dengan gang MCC haritu tapi memang sah dan konfirm akan ambik masa satu jam runningman bersiaran. But isokey, since my very best friend telah melakukan the most favorable thing towards me, aku akan dedicated something untuk beliau. Di lain post. Promise! Untuk preview...





special dedicated buat gossip girl tersayang,
dengan ucapan,

I LOVE YOU!

Thursday, December 29, 2011

I'm ReTiRiNg


Assalamualaikum wbt



Sekian, saya dah pencen berblogging. Fesbuk pun dah tak aktif, twitter yang dah memang sunyi tu akan bertambah sunyi. Sebarang perkembangan diri saya lepas ni, sms ajelah kalau nak tahu. Itu pun saya akan bagitahu kalau rasa perlu.




p/s: entry memang mintak maki gila.




Hehe, the truth is, belum sampai seru lagi nak update blog dengan aktif macam dulu. Dah tua-tua ni biasalah tulang dah mula reput... Bye!

Tuesday, December 20, 2011

TaK aDa MotiF


Assalamualaikum wbt...



Meninggalkan blog selama seminggu begini bukanlah satu kesukaan bagi aku. Missed satu hari pun kalau boleh aku tak mahu. Tapi nak buat macam mana? Boleh jadi pembawakan budak sampai emosi terlampau seriously aku pun tak tahu apa nak cakap tapi kalau remain silent kang bersawang pulak belog ni jadinya. So sebagai mengimbau kenangan beberapa hari yang lampau, I'm done with SAF I'm done with dinner MCC I'm done with almost part 4 activities axcept for preparing final notes which is benda yang aku paling pasif lakukan semester ni.




Tak tahu mana pergi hormon rajin, sampai belog pun ter'effect' sekali so memang susah la kalau dah mula berperangai macam ni kan. Okei okei panggilan haji kelas sudah tiba. Memang really gotta go now. No worries, any new gossip I'm the first who'll bring it up here. Promise!




Ini gambar masa dinner hari tu.
Nak promote kardigan itu Haajar punya.
(memang oweys be my fashion provider)
Thank you darling.




And during performance with Sofia.
'Gadis seperti aku' tajuk lagu dia. 
Cuba search dekat u-tube then u'll know.
Oooh,, gambar tu sengaja upload yang blur.
Motif? Sebab tak ada gambar yang clear.
Sekian terima kasih.


the history

Followers