Saturday, December 29, 2012

WaRmiNg Up uP Up


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Lamanyaaa tak update belog. Kesian baby saya ni dah bersawang mawang bawang kerana diabaikan selama seminggu. Alah, tak update seminggu je pun. Ape?




So, Alhamdulillah, mummy semakin baik... Aku bukan Alhamdulillah refer to her health condition (itu memang Alhamdulillah sangat-sangat), but its more to her emotional state sebab dekat rumah aku tu kalau korang nak tahu, dia ada macam satu spirit tau. Spirit ni macam mambang la. Mambang air, mambang angin, mambang tanah, mambang tuan tanah kedaun segala macam mambang lagilah. Dan mambang-mambang inilah merupakan punca disebalik tabir kemalangan yang berlaku kepada mak aku hari tu. Sebalik tabir macam mana? Nanti jumpa aku sila interview eh.




Dan sebab terlalu lama bercuti daripada blogging, kepala otak aku agak tepu dan beku untuk menyusun ayat buat para pembaca tersayang. (muntah). Jadi, sebagai warming up, aku cuma nak cerita pasal outing with tomato and beruang last week. Last tu Krismas tau. Orang ramai gila keluar pergi shopping complex. Tak pernah-pernah aku masuk dalam waiting list bowling dan Johnny  tapi hari tu aku terpaksa bersabar dan menjadi orang beriman sebab bukan selalu dapat ber'reunion walaupun dengan adik-beradik sendiri.




Ditambah pulak dengan mambang-mambang yang ada dekat rumah masa tuu, memang siapa pun takkan dapat rasa tenang dan takkan dapat duduk diam dekat rumah. Mummy yang tengah sakit kau jangan ceritalah hebat dia punya sabar macam mana? Dan understandingnya mummy, dia yang halau kitorang pergi berjimba. Sebab dia tahu betapa kitorang tiga beradik sangat stress dan tension dan pressure dan tidak tenang dengan kehadiran mambang di rumah itu. Arrrggghhh, tulis pasal mambang, tiba-tiba stress datang balik.




Jadi, tataplah gambar kenang-kenangan supaya hilang gundah dihati, galau dijiwa, what a blissful moments with you tomato and beruang ^_^ Sukew nyew hew.












Kelaparan, kerakusan, kegelojohan












Tiba-tiba rasa nak makan tomyam pulak (telan air liur)




Kesimpulannya, sementara mak ayah dengan adik-adik ada depan mata ni... Alololo, macam nak taching pulak. Ok, cukup sesi warming up untuk hari ini. Mambang dah tak ada dekat rumah lagi. Syukur! It's a freedom ^_^ Boom syakalaka.


Friday, December 21, 2012

KeTiKa Dia DaTaNgKaN uJiaN


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA RASULULLAH SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT





Tuhan kadangkala menguji. Tuhan mahu lihat bagaimana kita menerima, bagaimana redha hati hamba-hambaNya dengan setiap apa yang Dia direncanakan. Each and everything He gives to us wouldn’t come without hikmah. Cuma kita tidak tahu sama ada lambat atau cepat tirai hikmah itu tersingkap. Kerana masa inilah tahap keredhaan manusia itu diuji Allah. Semakin cepat dia redha dengan ujian Allah, semakin cepatlah Allah tunjukkan hikmahnya. Kerana Allah itu dekat. Kerana Allah itu sentiasa bersama kita.




"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat..." - Al-Baqarah (186)




Tetapi kadangkala manusia juga lupa. Dia merasakan kesusahan dan ujian yang diberikan Allah kepadanya adalah sia-sia. Tak mendatangkan apa-apa melainkan kemudaratan, kesusahan bagi dirinya. It’s getting worse kalau manusia itu tidak sudah-sudah menyalahkan diri sendiri.




“Kalau aku tahu nak hujan, dah lama aku bawak payung.”




“Kalau aku ikut cakap dia, mesti tak jadi macam ni.”




Aku Islam. Aku muslim. Tapi aku lupa. Tuhan sudah berjanji bahawa Dia tidak akan memberikan kesusahan atau ujian kepada hamba-hamba-Nya melainkan dosa-dosanya diampunkan. Maha pengasih dan penyayangnya Allah, Dia timpakan ujian, lalu dia mengangkat darjat hamba-hamba-Nya. Jadi, jangan sesekali ber'kalau-kalau'. Sebab itu dalam rukun iman diletakkan 'percaya kepada qada' dan qadar'. Supaya kepercayaan itu menjadikan diri kita lebih beriman.




Jadi, aku selalu ingatkan diri sendiri. Pesan pada hati, tabah dan sabarlah dengan setiap ujian yang Allah berikan. Dia bukan beri saja-saja. Mesti akan ada hikmah di sebalik setiap kejadian itu. Dan aku mengaku, ketabahan dan kekuatan aku bukan datang dengan sendiri. Family, kawan-kawan, suami dan anak-anak, merekalah insan yang paling banyak memberi support kepada aku. Terharu. (sapu-air-mata)




Dan nak dipendekkan cerita, Alhamdulillah, Mummy semakin baik. Syukur yang teramat sangat sangat sangat sangat sangat sebab tak injured kat mana-mana. Tolonglah. Setitik darah keluar dari tubuh badan dia pun aku tak rela. Terdetik seketika dalam hati, betapa kuatnya iman orang lain yang diberi ujian yang lebih berat daripada ni. Jadi Allah tahu, tahap kemampuan aku cuma setakat ini sahaja. Muhasabah diri. Yakin. Dan bersyukur sekali lagi kerana realitinya bukan seperti perkara-perkara buruk yang aku bayangkan.




Detail story about my mom, boleh kelik entry ni Tragedi Disember yang Tomato tulis dekat belog dia. She’s the one yang berada di tempat kejadian dan tahu how to describe the real story. Deep inside, I really am thankful she was there besides my mom. Thank you sister.





Si Kancil masa dekat balai polis. Now dah masuk workshop. Tapi apapun, awak kancil yang sangat berjasa. Terima kasih kerana masih mampu melindungi ibu saya daripada cedera.




Pernah terdetik dalam hati aku, kenapa mesti langgar dekat bahagian driver? Kenapa mesti kereta emak aku yang orang tu langgar? Kenapa benda ni berlaku masa aku tak ada dekat rumah? Tetapi, iman yang nipis ini berkata, sedarlah Ain Natasha, alam ini bukan milik kita. Semua ini bukan aturan kita. Kau yang berkuasa atau Tuhan?




Aku redha.
Ya Rabb, terima kasih kerana masih mengizinkan aku menatap senyumannya.

Thursday, December 20, 2012

RoKoK : sCeNt AnD sMeLL aNd sTuPiD


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




Smell. It can be odor, it can be fragrant, it can be stinks, it can be whatever as long as it can be smells. And as for this woman, she can't really smells everything. Allergy of smell. That might be the reason why she keeps dizzy, can't breath and almost like to faint. She can't smells blood. Pening. Rasa nak pitam. She can't smells perfume or deodorant. She can't smells smoke. And the latest fact. She can't smells durian. Pening sampai boleh meroyan. Kak long, kau sila percaya.





Gambar tak ada motif. 
Just represent smells or something like that :P




All these facts tergerak dalam hati nak tulis sebab aku tak faham kenapa aku sangat sensitif dengan bau. Semalam aku pergi jalan-jalan dekat pasar malam seksyen 7, durian berlonggok tepi jalan. Aku rasa macam nak lempang je pakcik jual durian tu sebab bau-bau durian tu sangat mengganggu ketenteraman aku nak gossip dengan Ayu. 




Masa nak naik bas rapid pulak, ada sorang budak perempuan ni dok sebelah aku dengan bau wangi yang teramatlah... Tuhan saja yang tahu betapa aku perlukan bantuan pernafasan ketika itu. Lalu aku pun keluarkan losyen. Sapu dekat tangan. Lepas tu buat-buat sapu muka nak cover punya pasal kan. Memang dua-dua benda, perfume dan losyen itu wangi. Tapi bagi aku, wangi perfume dan wangi losyen itu sangat berbeza. Sebab tu selama 22 tahun hidup ni, aku tak pernah pakai perfume dan juga deodorant. Pakai losyen je. Ini fakta. Nak percaya, percaya. Tak nak percaya, sudah.




Itu belum cerita lagi masa aku pergi supermarket kat rumah hari tu. Ada la sorang brader ni line up dekat cashier depan aku tu dok mintak menatang yang setan suka tu apa tu nama dia? Rokok. Haaa, betul la rokok. Yang ada tulis cap garam ke apa entah tu kan. Padahal dia tak merokok pun masa tu. Tapi obviously bau badan perokok ni kita boleh tahu. Nasib baik que dekat cashier lain panjang. Nak cepat punya pasal, aku bertarung nyawa jugak tahan nafas menunggu brader tu blah dari situ.




Dan itu highlight kita untuk hari ini. Punyalah panjang intro rupanya nak cakap pasal rokok. Pedulikah aku? Langsung tidak. Rokok, perokok, merokok. Whatever terms are, aku sangat benci dengan perkataan itu. Dan orang yang mengamalkan menatang tu. Dan orang yang membeli menatang tu. Dan orang yang menjual menatang tu. Dan orang yang ada kena mengena dengan makanan feveret syaitonirrojim tu. Benci. Tak suka. That's it!




"The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful"




Clearly stated. It is prohibited. HARAM. Sebab dia memudaratkan. Sebab tu orang-orang yang merokok ni bagi aku jelas sekali tak ada otak nak fikir (maaf-sebab-bahasa-kasar-sikit-tapi-aku-memang-geram-sangat-dengan-orang-begini). Menatang tu clearly bahaya, tak ada faedah, dah la beracun, membawa maut, tapi nak jugak sedut. Aku tak la rajin sangat nak state apa jebon yang ada dalam menatang rokok tu jadi aku letak gambar ni saja kalau pandai baca maka fahamlah maknanya tu.




Binatang pun tak makan benda-benda ni. Manusia pulak yang makan. 
Haish, pelik campur kagum pun ada.




Ok, aku bukan la nak emotional sangat pasal orang merokok ke apa. Tapi kalau merokok tu bunuh diri dia sorang-sorang, tak apalah jugak. Ini orang-orang sekeliling pun dia bunuh sekali. Memang aku tak boleh nak kompromi sangatlah. Lagi-lagi kalau ada budak kecik bawah umur yang tak tahu apa-apa. This syaitonirrojim's habit could be their example in future faham tak cik abang? Ye, you got your own right to do anything you want. However, the fact that it cause harms to others, sorry to say, whoever you're, lecturer, police even ustaz sekalipun, you're stupid.












Sebab Tuhan dah cakap dalam Al-Quran, "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan - Al-Baqarah (195)" - Jadi sudah terang dan nyata rokok itu membinasakan tubuh manusia dengan macam-macam penyakit. Sakit itu, sakit ini. Kanser itu, kanser ini. Kalau perintah Tuhan pun dia tak faham, apatah lagi fatwa-fatwa ulama. Orang biasa macam aku ni, lagilah tak jalan. Jadi, jangan marah kalau aku panggil orang yang merokok itu stupid. Walaupun aku bukan lawyer, tapi masih boleh lawan hujah kalau rasa diri tu di pihak yang benar. Sebab aku ada fakta lagi.




Dalam surah Al-Araf (157) - Allah dah berfirman "Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk." Allah kurniakan akal. Maka berfikirlah. Membazir, membahayakan kesihatan, buang duit, buang masa, tolonglah adik, abang, pakcik, janganlah merokok. Sayanglah diri awak tu sikit. Allah dah bagi badan elok sihat walafiat, awak nak musnahkan nikmat sihat tu. 




Jangan beri alasan ketagih untuk tidak berhenti merokok. Ketagih boleh dirawat. Tak ada benda yang mustahil dalam dunia ni biiznillah dengan izin Allah, insyaAllah. Jadi mantrakan ayat ini "aku-nak-berhenti-merokok" maka kata-kata itu akan menjadi doa, dan Allah SWT tidak pernah menolak kepada hamba yang meminta kepada-Nya. Oh ya. Untuk permulaan, apa kata cuba dengan berpuasa. Puasa dapat menahan nafsu dan maksiat. Dan tidak terkecuali, rokok ^_^








Jadi, kalau ada yang berniat nak berhenti merokok tu, jangan tangguh lagi. Aku membebel ni sebab sayang. Kalau tak sayang, aku tak peduli hidup mati makan minum sakit pening kau. And for record, because daddy is not a smoker, jadi ini termasuk dalam ciri-ciri calon suami jugak. Kalau merokok, maaflah. Aku terpaksa tolak pinangan kau dengan bismillah. Tapi kalau dah jodoh dengan perokok. Tak apalah. Aku pasrah.




"Tuhan, Kau Maha Mendengar dan Maha Tahu. Lindungilah aku dan bakal zuriatku daripada kebinasaan. Amin."




Sumber gambar : www.google.com
Sumber artikel : e-fatwa.gov.my  

Tuesday, December 18, 2012

HoMe-MaDe ChOcoLaTe YaNg GaGaL bErTuKaR mEnJaDi CuPcaKeS YaNg CuTe ^_^


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




Hari tu masa balik rumah tak tahu kenapa rasa rindu gila dekat dapur. Lama sangat tak rasa pegang senduk, pegang periuk, pegang mixer, biasalah sejak asyik berkasih-kasihan dengan Encik Thesis jadi hari tu kepala terasa gatal sangat dok fikir hari-ni-nak-buat-apa-eh? Tiba-tiba dapat suggestion untuk buat coklat yang home-made punya coklat padahal tak pernah buat pun. Maka dengan konfidennya Cik Ocha pun masuk dapur dengan niat nak buat home-made coklat. Memang senang gila. Pakai choco chips, campak cocoa powder sikit konon tak nak buat manis-manis la kan then campak planta sikit sebab dalam recipe bilang begitu.




Tapi oh please jangan gelak. Home-made chocolate saya berakhir dengan kegagalan. Tak tau la salah acuan ke atau salah recipe ke sebab dah sejuk lama gila dalam peti ais pun coklat tu tak reti nak keras-keras. Dah la puas aku hentakkan acuan tu dia tak nak keluar-keluar jugak. Aaargghh, dengan muka tension yang teramat maka aku pun korek balik coklat-coklat dalam acuan tu and cairkan balik. Mesti korang tak faham kalau tak keras kenapa nak hentak? Keras maksud aku dia bukan keras macam coklat bar tu laa. Kalau tekan-tekan pun boleh tenggelam jugak jari alkisahnya. Nak buang rasa sayang, dah la rasa sedap macam coki-coki. Jadi aku manfaatkan dia jadi chocolate ganache kalau tak tahu apakebenda ganache tu dia ala-ala topping tapi versi cair sikit laa gitew...




Amboi panjang mukadimah. Jadi disebabkan recipe home-made coklat tak jadi, maka kita kena sentiasa ada back-up plan. Maka dengan ganache itu, aku pun merajinkan diri untuk buat cupcakes dengan niat untuk treat adik-adik kesayangan aku dekat Melati iaitu Izzah dan Husna yang dah banyak bersusah payah untuk Kak Ocha mereka ini. Niat itu penting tau. Jadi bila kita niatkan yang baik-baik, maka hasilnya alhamdulillah...




Beginilah jadinya...





oooh sukanya tengok mereka duduk diam dalam cup polca dots begitu.









Ditambah pula dengan hujan petang semalam. Lepas tu pekena dengan teh o. Daddy geleng kepala je tengok aku leka susun heart-heart atas coklat tu semua. Lepas tu anak-anak pun sibuk nak deco cupcakes sekali ambik kau asal masuk dapur je terus feeling masak untuk anak-anak, kemain.




Haha, so untuk minggu kedua stay dekat Melati, Kak Ocha semakin sibuk dengan kelas yang walaupun tak banyak tapi melihat assignment yang mendatang rasa nak deman tiba-tiba. Jangan demam, please jangan demam, please jangan demam ~




Dan Alhamdulillah akhirnya selamat tiba di Melati pagi tadi.
Alhamdulillah, glad they love it. 
Next week ada request cheese cake pulak amboih korang, kemain tau.
InsyaAllah kalau ada masa Kak Ocha buatkan ye.




Baiklah. Masa untuk fokus. 




Jum study!





p/s: lepas ni cuba lagi buat home-made chocolate. mesti jadi. mesti. mesti. mesti!


Monday, December 17, 2012

aNaK aYaH ^_^


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS RASULULLAH SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT



Jujur, aku tak pernah sangka pada usia 22 tahun macam ni aku masih terima pemberian daripada mummy and daddy. Bagi aku, umur macam ni adalah umur untuk aku memberi kepada mereka bukan menerima daripada mereka. Tapi words "Anak-ayaaaaah" (dengan nada paling lembut) yang selalu ayah sebut, buatkan aku rasa betapa aku ni manja sangat dengan ayah. Sampai aku rasa berat betul nak ulang alik Shah Alam sorang-sorang naik bas or KTM kalau bukan ayah yang hantar atau jemput aku. Bukan tak pandai berdikari, tapi sebab dah selalu dimanjakan begitu.




Daddy tak pernah beri izin untuk aku duduk rumah sewa sepanjang aku belajar di Shah Alam. Bahaya kat situ, bahaya kat sini. Pastikan dapat kolej every semester. So, nak tak nak, aku harus aktif join kelab itu ini untuk pastikan dapat Kolej dari sem satu sampai nak habis Januari nanti (walaupun-terpaksa-menumpang). That's why, masa aku dapat praktikal dekat TV Al-Hijrah dengan RTM hari tuu, daddy langsung tak bagi because the reason that I have to stay at rumah sewa sampai macam tu sekali ingat tak ingat tak? Ok, so bila dapat PPD, legaaa...




Tapi dilahirkan sebagai anak sulung sedikit sebanyak membuatkan aku rasa macam ada kesedaran secara automatik bahawa aku tak boleh terlalu selesa dengan kesenangan yang mak ayah berikan kepada aku. Memang mak ayah tak bagi aku kerja walaupun aku dah cakap kelas aku semester 6 ni ciput je. Kata mereka, yang sikit itulah yang harus difokuskan. Ya, aku faham mereka sangat mengambil berat tentang masa depan aku, tapi aku masih ada sedikit perasaan memberontak dalam diri. Itu yang kadang-kadang bila determination aku datang, kerja kedai makan jadi tukang basuh pinggan pun aku tak kisah walaupun mummy menentang habis-habisan.




Sebab aku ada satu prinsip dalam diri iaitu aku tak akan penuhi kehendak sendiri dengan hasil ttitk peluh mak ayah. Sebab tu kalau aku ada aim nak beli apa-apa, aku akan ikat perut buatlah apa saja asalkan aku dapat dengan duit sendiri. To ask from mummy and daddy, tidak-sama-sekali. Macam tu jugaklah kalau nak kahwin nanti. Aku plan nak bukak satu akaun khas untuk kahwin saja. (Tapi belum buat lagi la, baru rancang je).




So dalam akaun itulah aku akan menabung untuk belanja kenduri, katering, hantaran, photography, baju pengantin semua, termasuklah jugak untuk beli perkakas rumah baru lepas kahwin nanti. Maknanya, selagi tak mampu nak saving, jangan kahwin. Dan jangan duduk rumah mak ayah lepas kahwin. Sebab itu harta mak ayah bukan harta sendiri. Itu prinsip aku. Korang jangan buat muka terkejut cipan sangat aku lempang kang...




Berbalik cerita anak yang manja tadi. Kadang-kadang bila terlalu dijaga, pergerakan kita pun rasa tersekat. Belum aku bukak cerita pasal balik rumah sampai lewat malam lagi. Pergi dating, lanyak kereta daddy sesuka hati, belanjakan duit macam air, honestly, mummy and daddy tak pernah ajar aku benda-benda macam tu. Sebab sentiasa ditatang bagai minyak yang penuh, mereka jarang lepaskan aku keluar rumah sorang-sorang. Tapi satu yang aku bersyukur, sebab mereka hantar aku ke sekolah agama, maka aku tahu betul dan salah, halal dan haram, pahala dan dosa. So, nakal-nakal aku pun, aku tak jahat ok. Aku masih pandai jaga diri. Aku masih dara ^_^ Amboih...




So, begitulah panjangnya mukadimah aku untuk up kan mummy and daddy. Demi untuk mengukir senyuman di wajah mereka, kadang-kadang kita tak mintak pun sesuatu benda tu. Tapi kalau menerima pemberian itu boleh membuatkan bibir mereka tersenyum gembira, maka I'm more than happy to receive those beloved gifts. 








Starting with Encik Nokia yang aku panggil Nokia Butterfly (betul ke butterfly?). Hadiah daddy masa form 3 dulu. Ye, form 3. I got my first phone few days sebelum nak PMR ok. And followed by Encik Ericsson yang walaupun tak bentuk butterfly tapi ada gambar butterfly dekat situ oh comey comey comey memang masa tu mengidam sangat nak handphone flip dan tadaaa pari-pari daddy jadikan ia satu kenyataan. Dan berkhidmatlah beliau selama tiga tahun since aku masuk Shah Alam. Sangat terhutang budi dengan awak Encik Eric. So semalam, saya dapat sorang lagi kawan baru nama dia Encik Qobi.








Now say hi to Encik Qobi dan kembarnya Encik Corby. Sorry tomato kau kena cari nama lain untuk handphone kau tu sebab nama Corby tak glamer dah la sama kaler hahaaa sister sangat kan. See, my daddy yang sangat fair and square walaupun aku tak mintak, dia tetap belikan untuk aku sebab alasannya, apa yang adik aku dapat, aku pun mesti dapat. Begitu jugak kalau aku dapat, si tomato pun mesti akan dapat. Ya ampun, mana nak cari daddy macam ni zaman sekarang?




Itu pasal kalau aku list kan sifat-sifat daddy untuk cari calon suami, konfirm sampai ke tua aku tak berlaki. Nak cari suami yang ada ciri-ciri macam ayah aku is impossible ok. Jangan berangan la nak jumpa in real life. Dalam mimpi boleh. Ok. Pergi tido dan jumpa bakal suami dalam mimpi sekarang.




Tapi aku tetap berdoa semoga dijodohkan dengan seseorang yang ada sifat-sifat penyayang ayah. Bukan apa, aku nak anak-anak aku rasa apa yang aku rasa sekarang ^_^




Oh ya. TQ SO MUCH DADDY. I LOVE YOU I LOVE YOU I LOVE YOU I LOVE I LOVE YOU I LOVE YOU I LOVE YOU I LOVE YOU I LOVE YOU dah cukup sepuluh kali belum?





Ok, I LOVE YOU ^_^

Sunday, December 16, 2012

LaLaLa ~ Oh MuMmY DaDdY



IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




Having mom and dad is one of the biggest gift from Allah SWT for me. Alhamdulillah. They're healthy and happy. Seronok tengok wajah mak ayah tersenyum lebih-lebih lagi kalau kita adalah reason bagi senyuman mereka itu. Sebab apa kena buat mereka tersenyum, sebab mereka adalah orang yang sentiasa sayang dan cintakan kita tanpa kita perlu risau cinta tak terbalas ke, cinta bertepuk sebelah tangan ke, cinta dikhianati ke, sebab PARENTS WILL NEVER DO THAT TO US! So, bear in mind adik-adik, tak ada cinta manusia yang paling best di muka bumi ni melainkan cinta daripada ibu bapa.




Jadi kalau rasa-rasa dalam hati tu ada niat nak bahagiakan orang lain, fikir balik, sudahkah kita bahagiakan ibu bapa kita? Correct. Kalau ibu bapa pun kita tak boleh nak bahagiakan, please, jangan sesekali berangan jauh nak take care pasal orang lain. Sebab orang yang paling care tentang kita pun kita tak peduli, apatah lagi orang lain. Jadi, semak dulu senarai di bawah ni kalau semuanya dah lulus dan sentiasa diamalkan, maka silakan, teruskan niat untuk berkasih-kasihan itu. Tapi mesti di jalan yang baik ye.




“Your Lord has ordained that you must not worship none but Him, and that you must be kind to your parents” [Al-Isra 17:23]




Pertama sekali, be kind to your parents. Be kind kalau dalam bahasa melayunya ialah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Mesti biasa dengar ayat kat atas tu kan. Nabi pun bersabda dalam riwayat Ibnu Mas'ud yang bermaksud, apakah perkara yang paling disukai Allah SWT ya Rasulullah? Maka Nabi pun menjawab, solat pada awal waktunya. Lalu aku bertanya lagi. Kemudia apa ya Rasulullah? Rasulullah menjawab, berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Lalu aku bertanya lagi. Kemudian apa ya Rasulullah? Rasulullah menjawab, jihad di jalan Allah ~ Riwayat Bukhari dan Muslim. (harap betulkan kalau saya silap)




Kedua, jangan sesekali meninggikan suara di hadapan ibu bapa. Cakap gunakan bahasa yang sopan. Treat them like king and queen. Walaupun jarang jumpa, tapi boleh call kan? Lalala, jangan cakap tak ada handphone ok. Penipu sangat namanya tu. And lagi satu, jangan lupa senyum masa bercakap dengan mereka. Yup. Walaupun dalam telefon. Dan jangan jadikan sibuk sebagai alasan. Even ayat ringkas macam ni pun dah cukup;




"Mak ayah sihat?"




"Alhamdulillah, sihat. Kau bila nak balik rumah jengok mak ayah ni?"




Tuut tuut tuut
(talian terputus)




Ok, kidding. Serously jangan buat macam tu, tak cium bau syurga nanti. So ketiga, kena sentiasa dahulukan ibu dalam setiap perkara. Ingat lagu Your Mother by Yusuf Islam? Kalau hayati lirik lagu ni satu-satu sumpah boleh meleleh air mata. Jadi dengan pengorbanan ibu kepada kita (based on that song's lyric), wajar sangat untuk mendahulukan ibu kita berbanding bapa. Eh, tapi tu tak bermakna kita boleh ignore ayah kita oh no no no. They too, are super awesome. So, kena treat dua-duanya equally ye wahai anak yang baik.




Keempat, tunjukkan betapa kita menghargai ibu bapa kita. How? Bagi kad masa birthday atau anniversary ke. Atau tolong mummy masak dekat dapur ke. Atau urut kaki kaki ayah ke. Atau at least, send mesej 'I LOVE YOU' dekat diorang ke. Kena ingat, setiap yang kita lakukan walaupun kecil, tetapi kalau niat kita ikhlas kerana Allah, ganjarannya you know how much will it worth. Sebab bila kita menggembirakan hati ibu ayah, samalah dengan kita menggembirakan Allah SWT. So, kalau ada niat nak belikan hadiah untuk mak ayah yang tertangguh tu, jangan lengah-lengah lagi. Pergi beli sekarang. (Aku pun ingat nak belikan bakul baju untuk mummy once gaji dah masuk nanti. Nazak sangat aku tengok bakul baju tu. Kesian mummy.)




Yang kelima, sedekahkan al-fatihah kepada mereka setiap kali selepas solat. Tak kiralah sama ada ibu bapa kita masih hidup atau sudah meninggal dunia. Doakan kesejahteraan mereka itu sudah semestinya menjadi tanggungjawab kita. 




“Be humble and merciful towards them and say, ‘Lord, bestow Your Mercy upon them as they cherished me in my childhood’” [Al-Isra 17:24]




Itu doanya. Pendek je. Kalau itu pun malas nak recite setiap hari tak tahulah. So, kalau tanggungjawab yang mudah macam ni pun kita tak buat, lupakan sajalah nak buat kebaikan-kebaikan lain yang vavavooom kononya di mata manusia tu. Useless. Apa guna buat kebaikan melambak-lambak kalau ibu bapa sendiri pun kita tak peduli? Jadi, tanya diri sendiri. 




"Ada tak lima perkara dekat atas tadi aku buat dekat ibu bapa aku?"




Kalau ada, silakan kalau nak beragih kasih kepada yang lain. Agih bukan alih ye. Sebab itu tandanya kalian dah cukup bertanggungjawab dan boleh diharap dan dah boleh beralih ke satu lagi fasa kehidupan (special dedicated to abang-abang dan kakak-kakak yang berniat nak dirikan masjid di luar sana). Tapi jangan lupa, ini saja masa yang kita ada untuk tunjukkan kasih sayang kita kepada ibu ayah kita. Jangan sampai bila mereka dah tak ada di dunia nanti baru nak menyesal. So, don't stop giving love to them. Sekian. Thanks for reading. Itu tandanya awak anak yang baik ^_^




Obvious sangat gambar raya.
Anyway, mummy daddy, saranghae ^_^
(ouch k-pop)


Saturday, December 15, 2012

IsTeRi = MaNaGeR = PA = MoTiVaToR = cHeF = FaShiOn AdViSoR = NuRsE = tEaChEr


Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah SAW
Assalamualaikum wbt




Sebab hari tu dah cerita pasal ciri-ciri suami yang baik, ok aku insaf sekejap. Dok list senarai kemain panjang, berangan nak laki perfect gitu yuno padahal tak pernah nak chek diri sendiri. Jadi kali ni, special dedicated to all ladies di hadapan entry ni, marilah kita muhasabah diri. Jangan demand sangat nak suami yang perfect expect them to be independent without us, kalau bukan kita yang nak manage mereka so what's the point dia kahwin dengan kita right?




Ok, so first and foremost, be smart! Smart bukan semestinya intelligent. Be smart maknanya, kena tahu siapa suami kita. Apa yang dia suka, apa yang dia tak suka. Tahu macam mana nak ambil hati dia kalau dia tengah sedih, tengah down, tengah moody dan sebagainya. Juga kena pandai macam mana nak up dia depan orang lain. For sure! Sebab dia suami kita. Takkan nak up suami orang lain pulak kan? Ok. So sekarang dah tahu macam mana nak jadi smart, jadi lepas ni kalau nak merengek tu kena bertempat. Jangan 24 jam nak attention daripada cik abang je. Kesian dia.




Secondly. Isteri yang baik ialah Manager yang baik. To be precise, dia adalah financial manager yang baik. And to be precise jugak, aku sedang berusaha k.e.r.a.s untuk mencapai tahap ciri-ciri yang macam ni. Kenapa dia keras? Sebab belum ada the real feeling lagi. Okeh, sudah-sudah-sudah. Kena jadi financial manager yang baik bukan apa, kesian suami bersangkak-sangkak cari rezeki, isteri dok perabih pergi shopping. Jangan begitu eh ladies. Support ekonomi keluarga. Walaupun kat luar kerja biasa-biasa je, tapi dalam rumah tangga, harus jadi financial manager yang hebat okeh! Encik Suami mesti lambat kena heart attack.




Yang ketiga, isteri kena jadi Personal Assistant (PA) kepada suami. Kalau term yang islamik sikit selalu orang sebut, isteri ni merupakan sayap kiri suami. Sayap kiri tu assistant la. Dan assistant yang baik pulak ialah assistant yang pandai jaga makan minum suami, siapkan pakaian suami, uruskan rumah, benda-benda yang remeh-temeh tu. Sebab tu dipanggil assistant. Sebab selama ni bukan suami tak tahu buat, cuma itulah function berkahwin. Supaya lebih terurus. Macam bos. Dia memang boleh handle company besar. Tapi kalau tak ada assistant, tak organize sangatlah kerjanya. Ok tak analogi aku? Ok Kan.




Keempat pulak, isteri kena jadi Motivator. Jangan fikir suami je yang kena bagi support kat kita. Kena tahu, tanggungjawab suami ni besar. Dia bertanggungjawab terhadap keluarga dia. At the same time, bertanggungjawab terhadap isteri dia. Kita la tu. At the same time jugak, dia bertanggungjawab terhadap kerja-kerja dia. Jadi, kena pandai bagi motivasi, kena pandai tenangkan emosi suami, kena sentiasa ucapkan kata-kata semangat untuk suami walaupun bidang dia tak sama dengan bidang kita. Bunyi macam susah, tapi tak mustahil kalau kita tahu macam mana trick nak jadi motiator tu ^_^




Yang kelima, memang syarat kalau nak jadi isteri yang best ialah kena jadi Chef. Angkat tangan siapa lelaki di luar sana yang tak agree! Memang bukan semua lelaki dijodohkan dengan pakar memasak. Tapi kepakaran itu tak jadi masalah selagi si isteri tahu basic memasak. Aku pun masak tahap diploma je. Tak sampai Master pun. Tapi jaminannya, suami aku memang takkan kebulur. Itu konfirm. Dan kena tahu jugak tips-tips memasak yang best. Nak secret recipe? Boleh la pergi mana-mana outlets SR yang bersepah dekat Malaysia ni. Ok tak klaka. So, yang tak berapa nak pandai masak tu, boleh asah bakat dari sekarang. Mummy u ols kan ada...




Dan seterusnya, kena jadi Fashion Advisor jugak. Maksudnya samalah macam kena make sure suami nampak kemas ke pejabat, rambut pendek, smart je orang pandang. Masa ironkan baju suami tu, matchkan sekali dengan tie dia ke apa, depends la suami kerja apa kan. Contoh je. Kang suami kena puji hensem, isteri juga kembang-kempis. Jadi, kena faham-fahamlah. Oh dan satu lagi. Dah make over Encik Suami, jangan lupa make over diri sendiri pulak. Kalau tahu melawa pergi office, jangan kat rumah pakai t-shirt dengan kain batik pulak. Menyesal dia hadiahkan dress mahal tu.




Yang ketujuh isteri kena jadi Nurse dalam family. Kalau dah sebut family tu biasanya melibatkan anak-anak sekali lah. Tapi kalau tak ada anak pun tak bermakna isteri boleh buat tak tahu tentang kesihatan suami. Tak baik tau. Kena sentiasa alert. Nampak je tanda-tanda suami macam nak sakit tu, haaa, cepat-cepatlah on call. Sambar ubat ke apa-apa yang patut. Macam mana kita nak suami belai kita masa sakit, macam tu jugaklah kita kena belai suami masa dia sakit. Time ni laa nak bermanja-manja kan? Weh, seriyes aku tak tahu macam mana aku boleh cakap macam ni. Apakah?




Ok, last sekali last last last. Isteri yang baik merupakan seorang Guru yang baik. Jangan salah faham. Bukanlah seorang lelaki tu perlu kahwin dengan cikgu, atau ustazah atau pensyarah atau sebagainya. Memadai dengan seseorang yang berilmu supaya ilmu itu boleh diturunkan kepada anak-anaknya nanti. Tahu ilmu agama, semestinya it's a necessary. Sebab itulah Rasulullah bersabda;




"Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."








Thanks to abang gugel.
Tak tahulah kenapa suka sangat ambek couple ni sebagai example ^_^




So, tak payah cakap banyaklah. Guideline dah ada. Tinggal nak ikut atau tidak je. Kalau tanya aku pasal 8 ciri-ciri tu, konfirm la TAK SEMUA-nya ada. Kalau ada, dah lama aku announce I'M MARRIED kat u ols. Tiba-tiba rasa macam nak tengok we got married pulak. Ok, bye!

Wednesday, December 12, 2012

aDa YaNg CeMbUrU RuPanYa


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt 
^_^





Ketika hayatnya sebagai anak, dia membuka pintu syurga untuk ayahnya. Ketika hayatnya sebagai seorang isteri, dia menyempurnakan agama suaminya. Ketika hayatnya sebagai seorang ibu, syurga di bawah telapak kakinya. Jika setiap orang tahu status sebagai seorang wanita dalam Islam, mesti lelaki juga mahu menjadi wanita. - Sheikh Akram Nadawi




First of all, credit to Saudara Syafiq Ibrahim for sharing such a beautiful article and made me realized how much that I appreciate myself and all muslimah in this world, Alhamdulillah ^_^ Nak baca belog beliau, boleh kelik sini, Diari Si Introvert. Best sangat. Boleh jadi leka belek-belek semua entry dia. Ok, sebab hari ni tak rajin nak tulis belog sendiri, maka kita share artikel daripada belog orang lain eh. Semoga bermanfaat!




Tajuk dia,


"Muslimah Itu"




Kadangkala ada rasa cemburu yang sedikit. Cemburu dengan mereka. Cemburu kepada kaum hawa. Mereka ada sinar yang tiada pada lelaki. Mereka istimewa. Mereka berbeza dengan kaum adam dalam pelbagai segi. Ya, diulang mereka sangat bertuah lagi beruntung dijadikan di muka bumi ini.


Kaum hawa, mereka ramai. Ramai menghadiri ke kelas untuk menangkap lambakan ilmu. Tiga per empat kerusi di dewan kuliah milik mereka dan majoriti antara mereka punya sepasang mata yang tertacap penuh fokus di layar skrin putih. Dibantu oleh tangan yang menangkap sebanyak ilmu dengan pena di muka kertas. Sebaliknya, lelaki satu per tiga ada yang tewas dibenam adrenalin yang perlahan. Kesat-kesat mata mengantuk.


Mahu ke kuliah agama,  lelaki perlu berfikir sejenak. Mahu ke kelas tambahan biologi, lelaki perlu berfikir sejenak. Mahu ke senamrobik untuk mendapatkan markah ko-kurikulum, lelaki perlu berfikir sejenak.


"Ada, ramai perempuan laa. malu plak nak pergi"


Untuk mendapatkan kerja part time bukan mudah bagi seorang lelaki, perlu keras sahaja kerjanya. Merayu-rayu untuk mendapatkan kerja di kedai-kedai. Perempuan sahaja yang berbeza, mudahnya diberi peluang. Tarikan kedai. Pelaris jualan. Bikin komersial.


Saudara dan saudari sekalian,


Ketahuilah, zaman kini media massa gemar mempromosikan wanita di skrin elektronik mahupun paparan akhbar. Para artisan memuja kaum wanita dalam baris lirik yang bermelodikan cinta. Iklan atau komersial yang jika dihitungkan ramai wanita yang menghiasi produk-produk. Rancangan televisyen tidak kurang juga menampilkan barisan wanita; Wanita Hari Ini, Soal Wanita , Safiyyah , Bella , Solehah dan lain-lain.


Mereka selalu disayangi sehingga sentiasa dipuji dan dipuja. Mereka dipuji kerna tarikan yang ada pada mereka. Dipuja kerana lambang cinta manusia sejagat .


Mereka dilayan penuh dengan rasa lembut. Tika seorang lelaki berminyak mahu duduk di hadapan bersebelahan dengan tempat pemandu, pak cik teksi itu mengeluarkan jari jemari kasarnya ke muka lelaki berminyak, membentuk tiga jari .


"Ladies first !" tegas pakcik teksi. 


Nada tinggi bersama oktaf yang buat lelaki berminyak terperanjat. Diulang tiga kali seiring dengan dijatuhkan tiga jari jemari kasar milik pak cik teksi bermisai lalu terus membuka pintu hadapan teksi kepada seorang perempuan yang bertudung merah jambu comel.


Perkara yang sama juga berlaku, apabila pak cik drebar bas lebih mengutamakan perempuan dihantar pulang dahulu selepas habis jamuan malam. Jika difikir kembali rasanya perempuan waktu itu amatlah besar bilangan jemaah mereka. Tiga kali ganda daripada bilangan lelaki. Lebih bagus rasanya jika lelaki yang dihantar pulang dahulu.


'Oh, oh pak cik yang penyayang, kenapa pak cik tidak beri kami (lelaki) pulang dahulu?'

'Perempuan penyambung generasi!'


Perempuan sangat istimewa. Hampir beratus penulisan artikel berkenaan dengan perempuan. Dan yang larisnya selalu bertopikkan perempuan. Artikel-artikel tidak kiralah bergenrekan ilmiah atau tidak ilmiah. Mampu sahaja menambat hati si pembaca. Termasuklah artikel yang dituliskan oleh tuan hamba sekarang. Tuntasnya , perempuan itu eliksir yang punya abiliti untuk merawat luka lara kebosanan manusia.


Saudara dan saudari  sekalian,


Apabila waktu engkau merungut tidak suka melabuhkan pakaian kerna panas hidup di garis khatulistiwa. Aku hairan. Apabila waktu engkau tidak suka pakai stokin kerna takut basah terkena air. Aku hairan. Apabila ditegur bahawa bahayanya penangan manis mulut seorang lelaki dan engkau endahkan. Aku hairan .


Adakah anda tahu yang diri anda sungguh istimewa? Ketahuilah aku sangat cemburu. Hiperbola .


Perempuan secara fitrahnya dijadikan untuk suka akan ilmu. Tidak kiralah matematik, bahasa melayu, english dan biologi juga kuliah agama. Sebelum hendak pergi kelas tambahan biologi kena fikir banyak kali, tidak asing jika merekalah yang memenuhi kerusi majoriti . malah kuliah agama pun mahu diminta buat kelas tambahan juga untuk mereka. Luar biasa !


Khadijah itu memberi semangat kepada baginda, nabi Muhammad usai menerima wahyu pertama. Lihat, di belakang utuhnya seorang lelaki itu membentang empayar yang luas terdapat seorang wanita yang disayanginya. Di kala baginda ragu, Khadijah itulah yang menyelimutkan rasa tenang.


Jiwanya berpegang teguh yang baginda itu manusia terpilih. Manusia yang mencintai umatnya hingga ke alam yang kekal abadi. bersama baginda, seorang wanita yang taat dan setia mendampingi baginda di kala senang dan susah.


Perempuan itu punya kuasa relati. Bisa menguatkan tangan seorang lelaki bagi mengetuai bala tentera dan juga bisa meranapkan kerajaan dihakis korupsi nafsu . berhati-hatilah dalam bermain kuasa, supaya bisa menghasilkan generasi al Fateh yang seterusnya .


Saudara dan saudari sekalian


Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara' (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita. - (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)


Walaupun wanita itu ramai tempatnya di neraka, namun manusia yang terakhir keluar daripada neraka dan manusia yang terakhir masuk ke syurga ialah jantina yang bernama lelaki.


Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:


Sesungguhnya aku benar-benar tahu ahli Neraka yang terakhir keluar dari sana dan ahli Syurga yang terakhir masuk ke Syurga iaitu seseorang yang keluar dari Neraka secara merangkak lalu Allah Taala berfirman kepadanya: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah pun dipenuhi. Oleh itu dia kembali dan berkata:


Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu namun ianya telah penuh. Allah Taala berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah dipenuhi lalu kembali semula dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu tetapi ianya telah penuh.


Allah berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga kerana sesungguhnya ianya untukmu seumpama dunia dan sepuluh kali gandanya atau sesungguhnya ianya bagimu sepuluh kali ganda dunia. Lelaki itu berkata: Adakah Engkau mengejekku atau mempermain-mainkan aku, kerana Engkau adalah Maharaja?


Maka Abdullah bin Mas'ud berkata: Aku benar-benar melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga ternampak gigi geraham baginda dan dikatakan: Itulah Ahli Syurga yang paling rendah kedudukannya. 


(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)


Sumber : manusia yang terakhir masuk ke syurga


Ketahuilah, ingin ku ulang kembali yang aku terlalu cemburu dengan perempuan. Dapat pergi kelas tambahan biologi tanpa fikir banyak kali. Dapat tempat duduk di dalam bas dan komuter. Mudah menangis jika mahu meluahkan perasaan yang terpendam.


Nikmat dan balasan kalian terlalu eksotik dan menyelerakan. Janji tuhan pasti benar. Dia tidak pernah mungkir. Percayalah, yang panas di sini untuk sementara. Menanti sejuk di alam sana. Percayalah, yang perasaan lemah itu bukan binasa di sini, tetapi kekuatan yang utuh untuk naik ke darjat seterusnya .


Percayalah, kerana wanita yang paling percaya ialah wanita yang paling baik. Dan yang paling baik itu akan sentiasa dipayungi dengan rahmatNya daripada teriakan nafsu yang menggila .


Ketahuilah saudara, saudari sekalian. lelaki ini selalu cemburu. Apapun aku bersyukur yang diri ini seorang lelaki.


Honestly, I just really love this writing! Again, nothing to say. Just, Alhamdulillah.

the history

Followers