Friday, June 7, 2013

WiSh i NeVeR GrOw Up


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Nak dekat seminggu lebih menahan perasaan takut nak luahkan kat sini rasa macam insecure sebab semua orang pun dah jadi stalker setia I kan kan kan terus rasa macam artis tibe-tibe. Eleh. But I really want to tell you thing yang I rasa serba-salah sangat lately which is about moving to Bandar Saujana Putra (BSP). Tahu tak, hari-hari I travelling back and forth to Shah Alam dari putrajaya sejauh 43KM which took almost an hour dan bila dah sampai rumah semestinya dah tak ingat apa-apa melainkan tido!




Sebab tu assignment banyak yang berterabur. Sebab tu sekarang dah pandai ponteng kelas. Time management jadi tunggang langgang. Tidur tak reti nak cukup. Makan tak tentu hala. Main cekup je mana yang dapat. But I'm quite happy sebab 3KG dah terbang pergi mana I pun tak tahu. Jadi atas sebab hidup dalam keadaan huru-hara beitulah I've decided to move ke BSP walaupun I tahu yang I mesti akan menangis sebab tak nak berpisah dengan Aqeel and Amirun especially. Celoteh Hanis Insyairah and Alya Batrisya pun mesti buat I rindu dan senyum sorang-sorang dekat BSP nanti.




Yes. Kalau nak ikutkan, duduk dekat Putrajaya is jauh sangat selesa compare to any other places I've ever stay. Rumah besar, luas, memang kalau nak cakap RM90 per month untuk sewa rumah sebesar ni I bet memang takkan jumpa dekat mana-mana pun. In term of study, seriously, selain daripada rumah dekat Gemencheh tu, rumah ini saja yang I boleh buat assignment dengan buku bersepah di sekeliling sebab bila buat assignment dengan buku bersepah di sekeliling for me is baru betul buat assignment. Bagi I laaa... 




So, ok lah. I told meself to be determine! Once I said BSP, then it will be BSP. Pegang pada janji sebab I'm the who asked to be transfer to BSP at the first place. Jangan menyusahkan orang. I know, I can't effort to take care of everyone's feeling. Memanglah bila I tanya semua teachers dekat sini semuanya vote for me to stay. And definitely kalau I tanya anak-anak I pun diorang mesti akan vote for Teacher Ain to stay. Mujur budak-budak ni kecik dan tak faham apa-apa lagi. Kalau tak for sure I akan kalah dan finally I might decided to stay jugak because the biggest reason is tak nak berpisah dengan ahli-ahli syurga ni semua.




Well, try jadi Ain Nathasha Binti Omar dalam masa satu hari. Then you know how hard I try to put everything as my priority. Itu belum cakap pasal how many times I call mak ayah and adik-adik lagi. Tak tahulah kalau dah kahwin nanti macam mana, tak tahulah kalau dah kerja full time nanti macam mana, tak tahulah kalau dah beranak-pinak nanti macam mana, rasa macam nak cakap dekat anak-anak I sekarang yang dekat tadika ni, 




"Teacher tak nak awak besar. Stay little forever please..."




Bukanlah I nak cakap jadi orang dewasa ni menyusahkan. It's just mencabar. But I guess, hidup ni kalau tak mencabar tak fun lah kot. It's ok. Belajar didahulukan. Tapi gila tetap gila.







Going to miss my little children here. Take care darlings...

Thursday, May 30, 2013

bEdTiMe StOrY - bLaCk FoReSt ChEeSe CaKe



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Hari ni emosi macam tak berapa nak baik sangat. Jadi after balik keje I godek-godek folder dalam thumbdrive and baca tulisan 'angan-angan' sendiri. Walaupun macam entah apa-apa, like ada aku kisah pulak kan. And this is just a part of it. Adalah dalam bab yang ketiga kot. Yang full chapter so far dah sampai 33 camtu la lebih kurang. Jauh lagi perjalanan sebenarnya. Tengah boring sangat. Nak tido pun tak boleh pasal hidung tersumbat aaah annoying sungguh. So, itu saja. Bye!




"UNTITLED"




Lengan bajunya disinsing hingga ke siku. Lalu dia mencapai tepung, mentega, telur dan beberapa bahan lain untuk memulakan kerja. Kaira, gadis berusia lingkungan 20 tahun yang juga merupakan pekerjanya di kedai itu memandang pelik.


“Amboi Kak Hanis, kabut semacam je. Kenapa ni?” Gadis itu menegur.


Dia mengerut dahi memandang majikannya itu, namun tangannya tetap juga ligat meneruskan kerja menyusun biskut-biskut ke dalam balang kecil untuk dipamerkan di hadapan kedai. Hanis yang mesra dipanggil Kak Hanis itu terkebil-kebil memandangnya.


“Hmm, lupa Kak Hanis nak tanya. Kek apa yang ada dekat depan tu Kaira?” Hanis merujuk kepada rak kaca yang menempatkan deretan kek yang dijual dikedainya. Soalan gadis itu tidak pula dijawab.


“Kek kat depan?” giliran Kaira pula terkebil-kebil. Dia tergesa-gesa berlari keluar dari dapur itu mendapatkan kek yang dipamerkan di dalam sebuah rak kaca berhawa dingin berhampiran kaunter di ruang utama kedai.


Hanis menuruti langkah gadis itu keluar dari dapur. Dia membongkok di sebelah Kaira memerhatikan satu demi satu nama kek yang dipamerkan.


“Black forest cheese ada tak?” Hanis seakan bertanya kepada gadis itu. Namun gayanya yang kusyuk memerhatikan rak empat tingkat itu menampakkan dia seolah-olah bercakap sendirian.


“Tu. Ada lebih kurang 2,3 slice je lagi.” jari Kaira menunjukkan kek yang diletakkan pada tingkat kedua sebelah kiri sekali.


Hanis menghela nafas. Kedengaran agak berat dan dalam. Dari posisi agak membongkok tadi, dia bangun meluruskan pinggang. Kaira tercengang-cengang memerhatikan tingkah laku majikan yang dianggap seperti kakak sendiri itu. Black forest cheese? Urgent sangat ke sampai Kak Hanis gelisah macam ni?


“Kak Hanis nak kek tu sebiji?” soal Kaira apabila melihat gadis itu diam seakan berfikir dengan agak lama.


Hanis sekadar mengangguk perlahan. Sempat dia melarikan pandangan di sekitar kedai. Petang-petang begini memang tidak ramai pelanggan. Cuma terdapat dua orang lelaki di suatu sudut kedai sedang menikmati minuman petang dengan empat ketul brownies coklat bersaiz sederhana. Masing-masing berpakaian formal. Mungkin melibatkan urusan kerja agaknya. Entah. Dia malas mahu peduli.


Kaira pula bertaut pandangan dengan teman sekerjanya, Susan yang sedang mengemaskan meja pelanggan yang baru sahaja keluar sebentar tadi. Gadis sebayanya itu memberikan isyarat mata kepadanya merujuk kepada Hanis. Kaira mengangkat bahu. Bunyi loceng pintu yang kedengaran, menandakan ada pelanggan masuk ke kedai mereka itu, membuatkan Kaira dan Susan menoleh hampir serentak. Hanis yang masih diam berfikir turut menoleh ke arah pintu masuk.


“Auntie Hanis...” Seorang kanak-kanak perempuan berumur lingkungan enam tahun berlari-lari anak mendapatkannya.


Adrianna yang muncul dari belakang sekadar memberi isyarat untuk pulang sebaik sahaja memastikan anak kecil itu selamat bersama Hanis.


Hanis mengangguk seraya mencapai tangan kanak-kanak perempuan itu.


“Lily tak nak ikut Auntie Anna?” gadis itu bertanya kepada Lily yang sedang meletakkan beg sandang bewarna ungu lembut bergambar kartun kesukaannya, Tangled, di salah sebuah meja di dalam kedai itu.


“Auntie Anna nak pergi airport kan?” gadis kecil itu bertanya kembali sambil mencapai tangan Hanis.


Hanis tersenyum lalu mengangguk.


“Tak naklah. Lily nak buat cuppies.” Lily menggoyang-goyangkan tangan Hanis membuatkan gadis itu tertawa perlahan.


“Ok, Lily nak buat cuppies apa?” soal Hanis lagi.


Lily kelihatan berfikir sejenak. Hanis juga mengelamun seketika. Cuppies? Kek?


“Alamak, Anna!” Hanis seraya berlari mendapatkan pintu masuk kedai cuba mencari kelibat Adrianna di luar.


“Aaahh...” Gadis itu mengeluh berat melihat Altis milik kawan baiknya itu baru sahaja meluncur keluar dari simpang jalan utama.


Telefon bimbitnya dikeluarkan lalu mendail nombor gadis itu.


“Yup.” Adrianna menjawab dihujung talian.


“Aku lupa nak cakap tadi, black forest cheese yang kau pesan tu tak ada.” ujar Hanis sambil menapak kembali masuk ke dalam kedai.


“Tak ada? Buatlah.” selamba Adrianna menjawab. Gadis itu terkekek-kekek ketawa mengusik.


“Kalau boleh buat, tak adanya aku telefon kau ni. Now your option. Nak tukar dengan kek lain atau nak aku beli je?” soal gadis itu lalu mengambil tempat di hadapan Lily. Kanak-kanak itu mengeluarkan sebuah buku dan pensel warna lalu melakar sesuatu di atasnya.


“Hmmm...” Adrianna berjeda agak lama.


“Itulah, lain kali tempah awal-awal. Ini tidak. Birthday hari ni, hari ni kau cakap.” Hanis terus mengomel. Jarinya turut mencapai beberapa batang pensel warna Lily dan turut sama mewarna bersama gadis kecil itu.


“Sorry lah beb. Kes banyak minggu ni.” ujar Adrianna lagi.


“Banyak pun takkan sampai lupa birthday abang sendiri?” Hanis ketawa perlahan.


Adrianna turut ketawa memikirkan bagaimana kalam-kabut dia seharian ini. Ibunya menelifon mengingatkan dia membuat tempahan kek dan restoran. Balqish pula menggesanya untuk ke lapangan terbang bersama kerana keretanya masih diservis. Dalam perjalanannya menjemput Lily di sekolah tadi, ketika itulah dia baru meminta Hanis menyediakan kek tersebut.


“Ok kalau macam tu kau beli jelah. Nanti aku bayar. Aku rasa Mahfuz tak kisah makan kek apa pun. Yang beriya nak black forest cheese tu ibu aku sebenarnya.” ujar Adrianna lalu ketawa lagi.


Mendengar kata-kata gadis itu, Hanis ketawa kuat. Lily memandang pelik ke arahnya. Siap mengerutkan kening lagi.


“Sabar jelah. So pukul 8 dekat Pearl Restaurant?” gadis itu bertanya sekadar untuk memastikan.


“Yup. Ok beb, polis kat depan. Aku tak pakai hands free ni. Bye.” Adrianna menggelabah mematikan taliannya.


Hanis sekadar tersenyum lalu kembali menumpukan perhatiannya kepada Lily yang leka menyudahkan kerja-kerja mewarnanya tadi.


“Lily, apa kata kalau hari ni kita tak payah buat kek. Auntie Hanis bawak Lily jalan-jalan nak?” soal Hanis tersenyum-senyum memandang anak kecil itu.


“Nak!” ringkas dan lantang sekali bibir mungil itu menjawab.


Hanis tersenyum girang lantas memimpin tangan Lily dan mencapai beg tangannya di dapur sebelum melangkah keluar.




* Sekian, sebarang cadangan amatlah dialu-alukan walaupun aku rasa korang mesti tak faham apatah lagi nak bagi cadangan kan kan kan. Whatever. Yang penting aku tak ada kena mengena dengan cerita ini. Ok bye! - Now dah mengidam nak makan black forest cheese cake. Delivery service apa nombor dia weh?





Monday, May 27, 2013

My gRaTiTuDe To all Of yOu - PaRt II


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Entry ini saya tujukan khas kepada sesiapa yang ada kena-mengena dalam hidup saya, yang ada cerita di sebalik perjalanan yang saya tempuh semasa belajar dahulu. Sorry for did't mentioned you guys in my previous entry like my precious bestfriend Jannah, Nurul, Zura, kawan-kawan sekolah rendah, menengah, kawan-kawan sepanjang di UiTM Merbok, UiTM Shah Alam, Geng Puaka, oh yaaa, teachers and lecturers, thank you so much for the supports. Kawan-kawan PPD yang cool always like keep in touch sampai sekarang ni. Never dream to get 'A' for my practical subject. And saudara-mara kat kampung, jiran-jiran tetangga, kawan-kawan sepermainan. Minta maaf la kalau ada yang tak sebut lagi tuu. Anyhow, you guys are meant so much to me. 




And this is for you...








p/s: makan sayur banyak-banyak okeh...^_^ (tibe-tibe)

Friday, May 24, 2013

aFtEr YeaRs Of ExaMs aNd SLeEpiNg iN cLaSs



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




"Now the time has come"




Baiklah, amaran awal buat para pembaca. Entry ini adalah entry bergambar sempena hari graduation (G-Day) yang saya janjikan previously. Bukanlah semuanya gambar semata tapi kebanyakannya memang gambar laaa. Dan entry ini amat sangat terlalu sungguh dan memang panjang gila gila gila. Jadi, kepada yang rasa-rasa dia tengah sibuk dengan meeting ke, busy nak buat homework ke tengah kejar deadline or what-so-ever dan sebelum korang pulak jadi gila, adalah dinasihatkan agar korang tidak membuang masa membaca post aku ini. Nanti dah ada masa lapang baru bulih. Ok, sila skrol bawah lagi...





Bawah lagi please...








Ok. So ceritanya, four and a half years ago, these are the girls yang aku kenal sejak bergelar pelajar universiti. Kalau baca belog aku masa zaman-zaman tahun 08-09-10-11-12-an muka-muka ini adalah sangat tidak asing lagi. Mereka membuatkan zaman asasi aku sangat bahagia sebab dioranglah kawan gaduh kawan gedik kawan gelak kawan gila semua yang bermula huruf G kalau boleh aku nak taip kat sini. 




Actually ramai lagi. But since masing-masing dah berpisah ke kampus UiTM cawangan lain so tinggal ini sahaja yang dijadikan teman gosip sehari-harian. Alhamdulillah, semuanya grad on time. Walaupun 'kolar' aku saja yang warna kuning meaning that aku tak sama fakulti dengan diorang, tapi budak-budak law tak sombong ok sebab mereka masih nak berkawan dengan saya ^_^ - Sebab aku ugut kalau tak datang photoshoot aku tak nak mention nama dalam belog...hahah.




Congratulations girls!!!








Finally we made it. Walaupun scroll tak sama, but I feel happy cuz we're still together untill the end. Even not together all the time Ya Allah kalau nak cerita krisis-misis memang tak payah cakaplah. Tiga tahun dekat Shah Alam ni rasa macam mencabar sangat nak harung sekali bila dah sampai G-Day rasa macam eh eh, biar betul kita nak grad? Seriously, I had so much bitter-sweet moments with you guys. Siapa tak jemput aku datang kenduri kawen dia nanti aku ban nama korang dalam belog aku. Hek eleh, nak ugut lagi. Oh ya, from left silakan...



LAWYER LYDIA, LAWYER NADZIRAH, MISS OCHA (InsyaAllah doakan aku jadi lecturer suatu hari nanti), LAWYER EZZY, LAWYER FARA, LAWYER HANI, LAWYER LINDA and LAWYER HAAJAR (like the best gosip mate ever!)








Fine, semua orang lawyer aku je tak...hahah. 
This is kehendak Allah. We never know future anyway.




So, itu kira girls group yang kira paling senior dalam hidup aku la. Yang bawah ni, lebih kurang 2 or 3 tahun kot like sejak aku mengaktifkan diri join MCC dekat Melati dulu tak yah ceritalah malas pulak nak bagitahu 2,3 kali so kena jadi follower belog aku yang setia baru faham cerita setiap entry I okeh. TQ.





Nak bagitahu from left jugak ke? Ok, from left MISS YAYA (baru grad hari Isnin hari tu - congrats darling), MISS ROY, MISS NAJWA, MISS OCHA (lagi), MISS YATT and MISS MIMI. And nak bagitahu, kitorang semua sebaya tapi Yatt dah grad tahun lepas. Aku dengan Yaya baru grad hari tu. Roy, Najwa and Mimi next year sebab diorang budak akaun so diorang lagi hebat so diorang kena belajar lama siket la kan kan kan...








Tapi harus mention Cia jugak, sebab tolong snapkan gambar kitorang hari tu. Aku kalau setiap kali keluar dengan diorang ni memang tak jadi orang normal dah. Tak kisahlah. Yang penting thank you dear for being there celebrating the moment. 




Kalau macam nilah dia punya celebrate, hari-harilah aku nak grad! Hahah - Dengar cerita ada orang tu mengidam sampai termimpi-mimpi. Haaa, inilah DOMINO yang dijampi tuuu :P








Well, tak cukup dengan diorang, on my way nak balik Putrajaya petang tu sempat lagi menyinggah photoshoot dekat depan dataran Putra ok like it was part of my plan jugak sebenarnya nak bawak gadis-gadis di atas tadi ke sana tapi memandangkan banyak sangat kekangan and banyak sangat reasons yang sampai so aku dengan selamba badak redah berani mati je posing sorang-sorang apa kau ingat aku dengan badak tu bestfriend ke? Dah la sorang-sorang, mula-mula memang niat nak cancel je niat photoshoot dekat Putrajaya tapi tak tahulah ada pari-pari datang and made my wish come true oh taching taching rasa nak nangis tibe-tibe.








Yang penting scenery kat belakang tu. Even hari-hari lalu jambatan ni, tang mana pulak aku nak tangkap gambaq pakai jubah konvo weh? Jadi kesimpulannya, thank you Dr. M for established such a beautiful government administrative centre amboih kemain aku skeaping memanglah beautiful sangat sampaikan bila dah hari-hari lalu Alamanda, hari-hari lalu kompleks kerajaan kubah kaler hijau tu, lalu masjid Putra and aku pun macam "biaq-betui-aku-dok-kat-sini-la-ni."




Terima kasih jugak Dato' K.




And sebab aku dah penat nak taip, so next pictures, which I save the best for last gitulah kononnya. 




Selain girls di atas tadi, mereka inilah juga buah hati pengarang jantung saya yang oweys bagi sakit jantung, bagi darah tinggi bagi bunga-bunga cinta dan segalanya. My dearest tomato and bear yang tiba-tiba buat aku rasa nak nangis masa taip perenggan yang ni Oh Allah, kau jagalah hati kami bertiga agar sentiasa tetap dengan-Mu dan sentiasa menjadi penyejuk hati Mak dan Ayah kami. Janganlah pesongkan hati kami dengan melakukan kejahatan sehingga mengguris hati kedua ibu bapa kami.








To tomato and bear, congratulations for what you have achieved so far. I'm so much proud of you. Along nak korang datang konvokesyen hari tu sebab along nak korang tahu, senyuman mak ayah yang korang tengok masa tu buatkan penat belajar bertahun-tahun dari pergi tadika mak hantar jalan pimpin tangan sampailah sekarang pergi Shah Alam drive sorang-sorang, eh eh rasa macam penat belajar hilang macam tu je sebab dapat tengok senyuman mak ayah.




Dan sebab bertahun-tahun diorang bekorban dan bersusah-payah untuk kita bertiga, jadi along nak korang belajar rajin-rajin and jangan buat mak ayah berhenti berbangga dengan kita. Nak jadi orang berjaya, it's really a thousands miles of journey. So, don't ever give up, don't ever stop. Redah je apa yang datang. Pertama sekali, because of Allah SWT and secondlly because of our beloved mummy and daddy. 




To bear, finish your diploma on time. InsyaAllah ada rezeki nanti along try apply jadi lecturer dekat politeknik kau...hahah. And for Tomato, always believe in yourself. Along doakan yang terbaik untuk kau. Rezeki Allah tu di mana-mana. Along doakan kau lulus interview degree Sabtu ni. Meh sini along jampi meh-meh...




To my best boyfriend




And to my best girlfriend



Thanks for always be there for me. Like all the time. Together with me in happy and tears. Allah sahaja yang tahu betapa bangganya along lahir sebagai anak mak dan ayah. Well, I don't know how to say it but truly deep inside my heart, I'm always grateful to have you as my mom and dad. Bajet mak dengan ayah baca belog ni and paham sangat aku speaking..lalala.




Ok, lauk gulai maman mak hari tu sangat terbaik. And pertama kali tengok ayah pakai baju batik sekali pandang macam MB nismilan. You're so ensem la daddy. Nanti along nikah ayah pakai ensem-ensem macam ni lagi tau. Eh, dah konvo laaa. Dah boleh nikah la kan daddy kan... :D





Ya Allah, jagalah kami, peliharalah kami, panjangkanlah kebahagiaan ini hingga ke akhir hayat kami.
Amin ya Rabb.




Gambaq paling mahal sekali dalam entry ni.
Sekian terima kasih.
(Sambil kesat air mata sebab dah seminggu tak balik rumah.)
Mengada tak?

Tuesday, May 21, 2013

"G-Day" - ThE TeaSeR


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Rushing for class. 


Rushing with a lot of things. 


But I wont let the moment to be stored in this big device like siapa nak tengok, tengoklah. Aku cuma nak share the happiness. So, the very coming soon, as soon as I get free time, silalah tahan mata dengan 4-day-photo-shoot-pictureSSSSS like once I put a lot of 'S' there so you know what it means.




Bantal muchuk never out of frame. 
Prof Fat da panggil. Ok, bye!



Monday, May 20, 2013

MaiN GeRai-gERai Jum!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Last week memang minggu yang sangat busy (I guess). Sebab everytime masa terluang and everytime bila dapat tidur, aku rasa macam energy yang aku dapat tu macam cukup-cukup je untuk move on to another day. Memang mengejar duniawi sangat. Semuanya duniawi. Pergi kerja, pergi kelas, kejar deadline, sampai buku yang pinjam dekat library hari tu pun dah terlajak seminggu daripada tarikh pulang. Ambek kau besok standby jela kena bayar denda.




Dan because of last week sebenarnya my very-very-very special day. Hari konvokesyen yang pertama kali seumur hidup macam nerves nak kahwin okeh aku rasa. Dan sepatutnya memang niat asal nak post dan update pasal hari konvokesyen tapi sebab aku rasa tunggu sampai basi dululah baru update boleh tak? Aku nak update cerita main gerai-gerai dekat tadika hari tu dan semestinyalah mereka sangat comel serius aku tak rasa gambar konvokesyen aku lagi penting daripada mereka...hahah. Suwit kan aku?








Ini gambar hari Isnin tau. Masa ni baru nak intro kan anak-anak dengan name of fruits, what colours, what shapes, what tastes, healthy and unhealthy, memang nak ajar benda-benda ni boleh makan masa satu hari. And memang sangat fun sebab nak bagi budak-budak pandai sebut 'guava' dan 'honeydew' dan 'pineapple' dan 'mangosteen' adalah sangat mencabar tapi seronok gila. Nyanyi lagu banana pun best. Alah, dengan diorang ni segala benda pun best...








Some of the real fruits. Yang lain-lain tu introduce pakai gambaq je. Tak mampu nak cari pineapple dengan mangosteen. Ini pun dah cukup untung dah yuno.



 




Yang ni pulak hari Khamis punya lesson. We ols ajar mereka main jual-beli. Masa ni bagi intro dekat diorang dulu cara-cara nak beli macam mana. Let say sebiji grape harga seringgit, then berapa baki duit kalau bagi RM5. Sebiji grape harga seringgit hebat tak?








Yang ni masa Kak Zai tengah briefing healthy dengan unhealthy food. "Who like to eat cikedis?" And once Teacher Ain raised her hands yang lain pun raised sekali. Sangat sesat dan menyesatkan ajaran beliau. "Anak-anak teacher, cikedis is not good for your health tau." - Then cover line. "Siapa makan cikedis nanti dia tak strong." Ok, terus semua orang serbu kedai fruits je. Tak nak makan cikedis dah...







Dapat pulak tukang jual hensome macam artis k-pop gini kan. Sangat berduyun la orang datang beli fruits. That is Shimir and Faza. The so called senior at the school. Sebab yang menjual hari tu is only 6-year-old je. Sebab dah pandai pintar dan pintas kan...








From right honeydew, lepas tu honeydew yang warna oren tu (taktau nak panggil apa), grapes and papaya. Semuanya seringgit sepotong. Seriyes kalau jual kat luar macam ni copek kayo eh. - Terjemahan: Cepat kaya.








Sebenarnya gambar ini adalah pada sidang penghabisan stok. Dah aku dok kat gerai buah je, maka gambar buah jela yang ada. Padahal banyak lagi gerai dekat kitchen and upstairs. Macam menyesal pulak tak ambek gambar semua gerai hari tu. Gasaklah. Yang penting ado.








Dan yang ini pun penting. Hari tu teman Si Aqeel reading storybook dia. Suruh tidur tak mau. Ok, readinglah Aqeel, teacher temankan. Habis satu buku dia hadap yuno. Buku jawi pulak tu. Hebatkan anak I. Sekian terima kasih. Mummy (tak official Aqeel) pun hebat sebab besok test tapi bulih update blog instead of studying at 2AM! Bye!



Saturday, May 11, 2013

CaKaP paKai GaMbaR Je


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



(Senyum dulu sebab tak tahu nak tulis ape - hee :D)




Baiklah. Memang sebenarnya I don't know nak tulis ape. So I've decided to post the latest pictures of me lately. Not me really. Banyak sangat benda nak cakap sampai lastly tak tahu nak cakap macam mana. Anyway, tenkiu sebab sudi buang masa dekat sini. Awak memang suwit. Seriyes. Ok, bye!




 #1: Wanna let you know, this is the current place I'm staying. Bukan rumah, tapi hostel. 
RM90 sebulan. Orang rumah, 5 orang. Berminat nak join the club, contact me? (Ini serious ok.)




#2:  Future doctor. Encik Hazim Silmy yang paling banyak tanya dalam kelas. Yang every time mandi I know what he's going to say; "Silmy tak nak syampu rambut." And I'm always ready with my script, "Ye, teacher tahu nanti Silmy tak nampak kan?".




Ok, sekian terima kasih la sebab jadi part-time model teacher. Lain kali suruh mama jemput balik awal sikit tau.




 #3: Alhamdulillah, lepas hajat mengidam. Nak feeling ala-ala rumah only when you go to pasar malam ok.




#4:  Last Tuesday, I went to Shah Alam untuk ambek jubah konvo for next Tuesday. And Encik Fish telah dipaksa jadi tukang fitting walaupun obviously he's not really fit with that cloak. Tak apa. Sekali sekala eh Fish. I lebiu bantal busuk muah muah!




#5: Back to tadika. My favorite subject: art and craft. Today, we ols buat kad for Mother's Day. Help students create their own card for their mum. Hari tu buat egg shells using the real egg shells (Tak faham la tu). Then buat Earth using coloring flour. Then buat sports jersi by rolling ping-pong ball with water color. Mana nak dapat kerja yang enjoy macam ni? Jadi sila apply kerja dekat Alif Ceria sekarang. Kami kekurangan teacher and teacher assistance okeh. Tenkiu ^_^




#6: The happy faces for mum.




#7: Nak bagi my happy face for Mummy Day jugak. But these (few) things has stopped me for a while. Kau ingat senang ke nak study pasal American Education System? Malaysia punya pun aku tak tahu apa benda. Tu yang gigih sangat mesej BFF time dalam kelas tuu.




#8: Countdown for HARI JUBAH. Excited for rehearsal sekali bila masuk dewan rehearsal pun dah habis. Tahniah kepada diri sendiri. Siaplah kau nanti menggelabah tak jumpa jalan yang lurus. Harap baby Kak Azna tak due early la ye! Takut jadi tragedi hari konvokesyen pulak nanti...hee. Gurau je Kak Azna. Anyway, tahniah semua!




p/s: Monday I got test. Should I care or what?


Wednesday, May 1, 2013

He'S mY sOn. He'S aQeeL


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




This is seriously nothing but an entry about my bias little hero I used to tell before named Aqeel Rasikh. Tapi sebelum tu, nak ucap dulu kepada semua "SELAMAT HARI PEKERJA". Tak sangka tahun ni merasa sambut hari pekerja sebagai seorang pekerja even it is not cuti for me at all kau faham tak berapa banyak benda aku nak kena submit nanti. Maka secara literalnya this is not a holi-day (taip entry sambil menangis.)




Tapi tak apalah, mari mulakan May dengan positif. Walaupun I'm a bit sedih sebab tak lagi mengajar kelas Aqeel. Dah la last week dia tak datang seminggu sebab demam. Then, bila dia dah datang this week, tup-tup Kak Zai asked me to teach the four-years-old children and obviously aku memang tak akan dapat spend banyak masa dengan Aqeel dah. I mean, tengok dia depan mata like giving full attention to him... Hmmm...




Just one thing yang aku suka about jadual baru bulan ni is aku kena jaga budak lelaki for daycare. Luckily Aqeel stay sampai petang. So aku ada peluang nak dekat dengan dia after lunch time. Taking care of him like mandikan dia, watch him pakai baju, watch him fold his own towel (part ni serius comel) and yup, I just watching him sebab anak-anak aku dekat sini semuanya diajar untuk independent. And that was the best moment before I let him go downstairs, drink his milk and naik atas balik untuk tidur.




This is the last face that I will put my eyes on before leaving the Tadika at 2.
Sangat bias kan? I know, I know.




Tapi sebenarnya the moment I take this picture, si Aqeel ni bukannya tidur pun. Tengok bawah ni. Position nak cover line sebab dia tahu aku stand by the door watch him sleep lepas tu dia pusing sebelah sana padahal kawan-kawan dia yang lain semua position sama je tidur.




Alaaahai anakku.




Aku pun tak faham apasal gedik sangat keluar statement macam tu. Anyhow, to my dear Aqeel, teacher doakan Aqeel membesar menjadi seorang muslim yang sihat dan kuat. Menjadi seorang anak yang baik. Menjadi insan yang disayangi oleh semua orang. Menjadi hamba Allah yang taat. Setia kepada Rasul-Nya. Teacher sayang Aqeel.




Tiba-tiba rasa tak sabar nak ada anak sendiri. Oh, apakah...?

Sunday, April 28, 2013

BiLa TiMuR tEnGaH & HoLLyWoOd BeRtEmU


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Ada orang, yang spesis dia kita tak boleh bagi attention lebih. Tak boleh layan lebih-lebih sebab nanti dia jadi over react. Maksudnya dia jadi gayat sampai tak tahu macam mana nak terima attention dan akhirnya pelempang dia dapat. Tak kiralah siapa pun, lelaki ke perempuan ke, orang dewasa ke budak-budak ke. Macam tak ada kena mengena dengan tajuk kan?




Anyway and anyhow, that guy, yang accuse aku 'pukul' dia hari tu, dah kena 'pukul' balik. Pukul macam mana? Macam apa-apa ajelah. Ini cerita orang lelaki aku malas nak ambek port. Lagipun bukan nak cerita pasal dia sangat. Cerita Nasi Arab lagi best okeh!




Tadaaa!!!




I know it's kind of weird bila bercakap pasal makan. Biasalah dah lama tak JJCM. Kalau JJCM pun haruslah dengan rakan gosip sejati tapi taklah lama sangat rasanya baru berapa minggu lepas kita makan Jhonny kan Haajar kan kan kan, dah kau tak payah nak sentap aku makan nasi arab kau punya home made lagi mana aku mampu nak lawan.




Sebab tu bila someone introduce me about this place and believe it or not, masa first time datang makan, sumpah rasa menyesal sebab order satu pinggan and share dua. Mujur ada kebab so then boleh cover balik menyesal tu. Macam bila first time aku makan mi yang kaler hijau dekat Jhonny laaa. Like first time love, dia terus suka and sejak tu kalau makan Jhonny tak pernah miss order mi hijau or nama saintifiknya 'whatever-aku-tak-tahu'. Sama jugak macam mushroom soup dekat Full House. Alahai, banyak sangat first time lover ni macam mana nak selim.




So here, I present to you, dua benda je...





Roasted Chicken




 And aku punya ni tak ingat nama apa. Mandi Chicken kot.
And the watermelon. Yang Dato' K punya dekat depan tu Mirinda Stoberi kalau nampaklah ye.




I don't know how to describe the feeling sebab bila kali kedua makan ni aku dah macam slow motion sikit. Bukan sebab tak sedap, tapi maybe sebab portion dia terlebih kot. Alaaa, after an hour struggling, licin jugak. See... 




Sila mengaku bahawa aku memang hebat.
(walaupun tak sehebat Dato' K yang setengah jam lagi awal)




Ok, sekian dah habis cerita Nasi Arab. To be honest, I don't really like Nasi Arab before. Maybe sebab belum ada yang pernah 'kena' dengan tekak kot. I was like, 'ok laa'. But this time, I think I found another love ^_^ Boleh laaa datang Restoran Saba ni dekat Cyberjaya kalau nak rasa bahagia macam mana aku rasa. Haha, statement. Okeh tomato, standby gaji bulan depan. Kita hangkut satu family datang sini. Amacam? (sambil angkat-angkat kening).




And last but not least sebelum aku melabuhkan tirai entry kali ini (pergh entry aku dah pasang tirai yuno), silalah tonton IRONMAN 3 dekat cinema berhampiran. Macam biasa, supportlah industri perfileman Hollywood. Statement memang mintak maki.




Tak actually, orang Hollywood ni pandai, dia buat sequel story so that bila kita dah tengok Ironman 1 and Ironman 2, maka haruslah kita akan tengok Ironman 3. Macam Twilight kan. Why I'm not eager to watch the sequels because I never watch the first one amboih panjang huraian aku. Jadi the reason to watch Ironman 3 is because I already know Anthony Stark few years ago, kira macam nak follow-up apa cer dia sekarang laaa. Gitu kononnya. And Alhamdulillah, dia dengan orang rumah dia happily ever after dah. Walaupun rumah dia hancur kena bom kan. Tak apalah, kalau dah namanya Anthony Stark bila-bila masa dia nak tegakkan rumah dia buatlah.




Gigih tak letak atas meja study?
(Aku kalau boleh nak letak dalam almari kaca sebenarnya)




So, bila digabungkan pop-corn moment dengan Nasi Arab tadi, maka jadilah dia... Addicted-to-it. And, next on the list... Dah dah dah, sila sedar diri. No 'next on the list'. Quota berjimba dah habis. Save the excitement for graduation day pulak! Ok, bye!


Saturday, April 27, 2013

Oh pLeaSe, I bRiNg No HaRm HeRe...!!!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




In term of my act, aku memang kasar. Cakap pun kadang-kadang kasar. Jadi kalau jumpa aku atau bila gurau-gurau dengan aku, naik tangan tu biasa. Tapi bukanlah sampai tahap nak memukul orang. Aku kasar, bukan gangster okeh. Habis tu yang lembik sangat kena lepuk dengan aku pun nak jadi isu apahal? Bukan aku lepuk dengan kayu besbol ke hape. Dan lagi satu, kalau terkena 'lepuk' dengan aku ke apa tu tolonglah faham, THAT WAS SPONTANEOUSLY OK! UNINTENTIONALLY. Maksudnya di situ, anda telah berada dalam kawasan 'zon selesa' saya. Yang bermaksud 'saya-selesa-dengan-anda'.




I believe that some of my friend tak boleh terima that action. Yelah, apahal sampai nak naik tangan kan? Kalau iye pun mesra, banyak lagi cara lain nak tunjuk. Tapi silalah faham statement dekat atas tadi, when someone did asked me 'kau-apahal-pukul-aku-semalam' aku terus like, 'bila-masa-aku-pukul-kau?'. Sebab aku tak sedar apa yang aku buat dan tak ingat apa yang aku buat. Macam kau jalan-jalan dekat shopping mall, then suddenly kau tertarik dekat dress dekat pintu masuk kedai tu and kau pun jalan dekat and belek-belek kejap and kau blah. So my question, is it something that you want to remember? Haruslah tidak. Kalau macam tu kau harus hafal step nak berjalan laaa gila.




Itu pun nak jadi isu. "Ain-pukul-xxxx-dengan-hadiah-tu-seumur-hidup-xxxx-tak-pernah-ada-orang-pukul-xxx-dengan-hadiah-macam-tu-tak-naklah-bagi-ain-hadiah-lagi". Apakah? Aku ni violent sangat ke sampai dituduh 'memukul' orang dengan hadiah? Bunyi macam apa tu? Lelaki lembik yang gedik dan mengada-ngada. Oh ya, dia lelaki. Yang memag pernah bagi aku hadiah suatu masa dulu dan tak sangka dia simpan ingatan 'tragedi memukul' tu sampai sekarang yang aku sikit pun tak boleh nak recall dalam kepala otak ni. Bila masa aku 'pukul' kau weh? Bila bila bilaaa...!!!!!




Okeh, then the best solution is apa lagi? Apologizing je la kan. "Sorry-Ain-tak-sengaja-and-tak-ingat-pun." Really I told him that. Tak luak apa pun minta maaf dekat orang. Tapi memang tak boleh terima sangat-sangat statement yang dia accuse aku pukul dia tu. Susah la macam ni. Tak ada sapa yang faham 'kekerasan' aku. Apa kau ingat the real me is like a princess ke? Weh, aku main bola dalam rumah dengan adik aku okeh. Aku tak gayat panjat pokok tinggi-tinggi. Aku gait buah kelapa, aku kupas kelapa, aku mesin kelapa sendiri. Aku tak cuak pun naik roller coaster. Aku tahu tukar tayar kereta. Tapi aku pakai baju kurung. Aku pandai masak. Aku pandai menjahit. It's just part of me for being kasar.




Even aku 'naik tangan' pun tapi tak pernah la pulak sampai bersentuh tangan dengan orang. Apatah lagi sengaja nak bertepuk-tampar. Kasar-kasar aku pun, aku tahu halal-haram beb. Habis kau expect aku terima hadiah lepas tu nak tersipu-sipu malu say thanks and tunduk muka sambil kelip-kelip mata? Urgh, I rather suicide...




I tell you what, ini baru namanya PUKUL.




Hei lelaki zaman sekarang ni. Sabar jela aku...




Kang ni makan dia...


the history

Followers