Saturday, May 8, 2010

BuKti yg AkU DaH mULe BoRiNg WaKtU cUti SeM Ni...


Ini tag yang aku rembat dari 'somebody's blog'. Punyelah boring nak mati, haaah, ocha punye kesengalan pun mulalah nak keluar... Nih, nih, dia dah keluar dah...~


~5 names that people call me~

1. Puan Sri Ocha Septriasa Natasha Omar
(Dah kahwin dengan Tan Sri lah katakan)
2. Miss Mesmerize
(Bweek...!)
3. Darling, Sayang, Honey, Sweetheart, Intan Payung
(Hahaa, secret la, siapa yang panggil tu~)

4. Jessica Szohr


(Spotted. Owh, macam mana diorang bleh snap gambar i and husband ni?)


5. Ok lah, actually, Ain, Aina, Tasha, V, Ocha, Anne dan Along

(Macam lebih daripada lima je ni. Aah, pedulik hape aku.)


~5 Important dates in my life~

1. I Muharam
(Pergh, poyo x abis-abis!)
2. 28th February
(Besday Bunda ye)
3. 15th October
(Kembar hari, ayahanda and nurul)
4. 31st August

(National Day, petriotik ni weh...~)
5. 19th July
(Marine Day, Japan. Pheew..~)


~5 things that I did yesterday~

1. Mesyuarat dengan Datuk Najib and Barrack Obama dekat Blue House
(Bagi sesiapa yg x tahu, Blue House tu dekat Korea ye)
2. Hantar husband dekat air-port
(Dia outstation daa~)
3. Shopping dekat Bangkok.
(I dah kamceng sangat dengan mak cik - mak cik seller kat sana tuu~)
4. Jemput anak-anak dekat rumah mak mertua dekat Paris.

5. Merasmikan majlis pelancaran produk ‘Simply Ocha'.
(Poyo lak aai...~)


~5 Ways to be happy~

1. Makan ais-krim dengan anak-anak.
(Sweet mummy, kan?)
2. Menghabiskan duit husband.

(Shopping laa, ape lagi...)
3. Memporak-porandakan dapur rumah dengan mencuba resipi yang tak pernah wujud dalam dunia ni.
(Mujur hubby x marah. Yang penting perut dia kenyang, kan yaaaang~)
4. Main permainan extreme.
(Roller coaster, bungee jumping, sky diving, tu suma biasa daah.)
5. Ambik wudhuk, bentang sejadah, berteleku, muhasabah diri, baca al-quran.
(Terbaiklah ocha...~)


~5 Favourite Movies~

1. Pirates of The Caribbean
(Sebab ada Jhonny Depp yang hot tuu!)
2. Kungfu Dunk

(Sebab Jay Chow sangat cute... Isn't he?)
3. Evolusi KL Drift 2
(I suke gangsters dia)
4. Ketika Cinta Bertasbih
(Onestly, each and every part of this film aku sukee!)
5. Dhoom 2
(Sangat action and ada style.)


~5 Hobbies~

1. Menanam pokok kaktus dalam akuarium.
(Unik, kan? Try la weh~)
2. Mengira bintang dekat balkoni rumah sebelum masuk tidur dan masih mengira bintang tersebut dalam tidur.
(Mengigau la tu, konfirm!)
3. Kira berapa banyak jumlah kalori, protein dan karbohidrat yang aku masak setiap hari untuk anak-anak dan suami.
(Agak-agak la ocha)
4. Online Facebook, sambil tulis belog, sambil chatting di Yahoo Messangger, sambil bergayut di telefon, sambil masak di dapur dan lauk aku pun hangus.


(Chantik di situ...~)

5. Join mak mertua chatting dan gossip dengan kawan-kawan veteran dia disamping meminta petua memikat hati suami.
(Pheew, kalo husband i dapat tahu, mesti kene perli memanjang nih...!)


~5 Favourite Peoples~

1. Ayahanda dan Bunda
2. Mak dan ayah mertua
3. Adik beradik kandung dan adik beradik tak kandung.
4. Rakan taulan.
(Geli lak aaai ayat)
5. Of course my Darling husband.

(Dapat laki ensem macam ni, sape tak sayang woi!)


~5 places for vacation~

1.Mekah - Nak bercuti dan beribadah dengan ayahanda dan bunda.
(Solehahnyee...hihi.)
2. Teringin sangat nak bercuti kat bulan. Dan cakap dengan husband I, “Darling, tengok tu, cantik sungguh langit, bagai bumi dipagar bintang, kan?”
(Paaang, senget mulut kena lempang dengan laki aku. Mengabihkan duit yo bercuti kek bulan nih.)
3. Venice - Espero estes tienido un buen dia, me amor.
(Waah, dah pandai cakap Italy dah ni, yunk. Bila nak honeymoon kali kedua?)
4. Anak-anak mesti suke kalau I bawak diorang pergi Disneyland.


(Yela tu. Tibe-tibe diorang cakap, “Mummy, I want to go to National Library laaah.”)
5. Jalan-jalan tepi pantai dari selat Melaka dan pusing balik ikut pantai kat sebelah Laut China Selatan pulak.
(Pergh, adventure, kan?)


~5 Reasons I answered the survey?~

1. Aku dipaksa.
(Owh, tidaaak!)
2. Suami cakap, kalau tak jawab, aku kena tidur luar.
(Sayang, sampai hati u buat i macam ni...)
3. Sebagai suri rumah sepenuh masa, aku mempunyai banyak masa untuk membuang masa.

(???)
4. Tag ni macam best je, kan. That’s why laa...~
5. Suka hati aku la, haish...!


~Persons to be tagged by me~

- Yang ni, aku nak abaikan je ye... Dah, tutup blog ni, Bye...!

Friday, May 7, 2010

sOaLaN

Jangan tanya kenapa aku

SETIA...? Mencintai dia pon

aku tak tahu kenapa...~




Ok, dah. Bye!

BoLEh OcHa JaGa DiOrAng...?

Tak sanggup dah nak butakan mata, pekakkan telinga bila tengok berita-berita kat TV, radio, surat khabar, internet and semua-semua yang boleh dipanggil berita terpampang cerita pasal ni. Pasal apa yunk? Pasal kes BUANG BAYI...!





MasyaAllah, First of all, ocha tertanya-tanya di sini, si pembuang bayi ni, manusia ke? Tolong jawab semua. Ocha confused ni. Even haiwan pun tahu sayang anak kan? Mak kucing tu, kalau ocha nak usya anak-anak diorang pun diorang marah tau. Mulalah mengiau, tunjuk gigi yang x berapa nak taring tapi konfirm sakit kalau kena gigit or kena cakar tu.


And Ocha tertanya-tanya lagi. Dah penat-penat kendong anak tu sembilan bulan sepuluh hari dalam perut, sampai masa bila dah beranak, dah keluar ANAK KANDUNG yang cukup sifat, sempurna serba-serbi, dah jadi wanita suci dah, bersih dari dosa lepas anak tu keluar, tapi masih tak sedar-sedar diri lagi, masih jugak nak tambah dosa, dosa membunuh, membuang anak. Astaghfirullah al-azim...


Ocha tak fahamlah, kenapa anak kecil tu perlu dibuang? Perlu dibakar? Perlu di campak dalam sungai? Dalam tong sampah? Obviously, this is not a human. Dah berzina, dah buat maksiat, dah terlanjur, isyhhh... Suka-suka hati je. Diorang ingat diorang ni main game? Cuba kalau diorang yang kena buang macam tu, kena bakar, kena campak dalam sungai, kena campak dalam tong sampah..? Owh, pandai nak terkial-kial mintak tolong, pandai merayu-rayu, mintak belas kasihan... Tapi dengan anak sendiri, macam best je buat semua tu, kan?


Tak tahulah macam mana nak cakap. Jari ni tak reti nak gambarkan betapa kejamnya sifat binatang-binatang ni. Apa salah anak kecil tu? Si kecik tu kalau dijaga elok-elok, diberi didikan agama yang cukup, insyaAllah, syurga balasannya nanti. Ini tidak, dahlah dosa berzina tu berat-seberat-beratnya, nak tambah lagi dosa membunuh? Bagus sangat la tu... Complete package i guess..~


Oh, plez. Dunia sekarang ni dah nampak sangat 'akhir zamannya'. Bunuh-menbunuh, maksiat, penzinaan, pergh, macam dah lali je dengar kat TV hari-hari. Ni semua puncanya terlalu ikut hati, ikutkan nafsu, setan bermaharaja lela, dah tak geti nak kawal iman kat dada tu. Nak kahwin tak mampu, kan. Jalan terbaik nak puaskan nafsu, beginilah. Dah puas, dah tanggung akibat, ambik jalan mudah. Owh, how simple it is.


Hei, daripada kau jadi pembunuh, dapat pekej penginapan dekat neraka entah berapa puluh ribu tahun tu, lebih baik kau bagi anak kecik tu kat aku. Bagi kat Cik Ocha ni haa. InsyaAllah, ringan sikit hukuman kau. Apa kejadah? Ingat aku tak mampu ke nak tanggung anak-anak ni? Hei, aku kalau dah kahwin, dah dua, tiga orang anak agaknya. Tak ada beza pun. Tapi tolonglah jangan buang diorang. Pleez...~ I just can take it ~



p/s: some people dare to call themselves human while being inhuman

Wednesday, May 5, 2010

kEsiMpULaN EnRtY bAChELoR KeLmaRiN

Hai, akak tau laa, tak pernah dibuat orang entry bersambung-sambung macam ni, kan. Sebab hari tu akak cakap kita fikirkan kesimpulan entry tu lain kali, so, inilah 'lain kali' nye.

Baiklah, just make it simple, akak cuma nak cakap, jadi BACHELOR memang tak senang dan perjalanan untuk mencapai kesenangan itu amat berliku, mencabar dan sukar untuk dilalui. Nak dapat gelaran degree holder, disamping menyandang status single bachelor, memang pekej yang terbaiklah setakat ni. Tapi bachelor yang single tu akak tak kisah dan tak pedulik sangat pon. Cause there's a lot of stuff which more important than dat, owkey..~

Well, apa-apa pun semua benda yang susah tu akan ada kemanisan dihujungnya. Have faith on Him, and everything will be fine.. ;)

sWeEt TaG FrOM cIK YaNa..~

Apa yang anda buat kalau member anda tikam belakang?
- Tanya dia, kenapa belakang aje? Depan, kiri kanan atas bawah tak nak tikam?

6 orang di hati anda?
- My Bunda, My Ayahanda, My Sayang, My Heart, My Darling, My Sweetheart.

Anda rasa anda COMEL?
- Tak comel, tapi SWEET...~ (Aku tau kaw orang mesti nak muntah, kan?)

Single or taken?
- Super single..!

Blog yg anda suka?
- No discrimination. Belog sendiri laaah ;)

Adakah bilik anda kemas setiap hari?
- Kalau kemas bagi aku, mungkin bersepah bagi kau. Ngahaha.

Lagu terakhir yang anda dengar?
- No idea. Ntah hape2 punye siaran radion ntah yang aku dengar nih!

Last text mesej?
- "Ni yang nak marah ni. Asyik... (hihi, sensor2)" -From Bunda-

Last fon call?
- Encik Mastermind. - Cian dia fenin ;(

Hari terakhir anda menangis?
- After balik dari Terminal One Seremban last thursday. (Hwaaa, handphone rusaaak..! Kena anta kat kedai, repair...!)

List 5 warna kegemaran?
- Merah, Kuning, Black, White, Silver.

Orang terakhir anda ber YM?
- Sya’rani. (Egypt mari, fuuh~)

Game yang anda paling suka?
- Cooking academy. (Ok, tolonglah gelak.)

Adakah anda peminat MCR?
- Siapakah? Nama baru Datuk K ke..?

Adakah anda rasa anda hot?
- Hot and spicy ke? Ok, I’m the spicy one.

Wallpaper laptop yang anda gunakan sekarang.




Cerita pasal gambar.
- Itu Nadia. Orang 1st yang aku bawak keluar after dapat lesen.

Bila kali terakhir makan pizza.
- Entah. Lama dah mengidam ni, tapi tak dapat-dapat jugak.

Lagu terakhir anda dengar.
- Selamat pengantin baru. (Huwaa, apa kejadah?)

Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag.
- Tengah berfikir, nak cuci rambut ke tidak time mandi nanti. ;P

Selain nama sendiri anda dipanggil.
- Ocha Septriasa. (Err, nak muntah pergi dekat longkang sana ye..)

Apa perasan anda bila jawab TAG ni?
- Lapar. Nak makan Aiskrem McD, please...~

Anda rasa TAG ni best?
- Best, sebab tengah boring.

Ok TAG lagi 10 orang?
- Tak mau.

Berikan 5 sebab anda harus disayangi.
- Tak payah sayang ah, sebab aku tak sayang kau pOoOoNnNn...~ ;P




p/s: Tibe-tibe time pi es, baru nak tag orang, kan. Okeh, sila jawab wahai Nurul Jannah, Kak Eyjaz, Cik Beha, Kak Chik, Ncik Mastermind, Pak Cik Cokolat Panas, My Cobra Alya, Fay Yeyo si Rumet, Tiara Pembalut Kelas, dan semua yang link ocha dalam belog merekaaa.. huwahaha, ini PAKSAAN okeh!

Monday, May 3, 2010

BuKaN sEnAnG JaDi BaChELoR

bachelor -

1- a man who has never been married.
2- a person who holds a first degree from a university

bachelorette -

1- a young unmarried women.


that's a definition given by

Compact Oxford English Dictionary for Students
(Huwaaa, dah buleh ambek MUET (lagi sekali) dah ni)

MOTIF...? Haish, mana ada aku tulis blog saje-saje je nak buang mase. Ada la sebab nye. Dah terang-terang terpampang dekat title. Bukan senang jadi BACHELOR. Means that, bukan senang jadi penuntut IJAZAH, dan bukan senang jadi orang BUJANG (Based on the definitions above yer). Or in other word, bukan senang jadi penuntut IJAZAH yang BUJANG...hahaha. (Ada makna tu, ada makna)

Yaaa, aku memang sengaja gedik nak tulis mende ni. Tapi bukan sebab aku dah tanak jadi BACHELOR lagi dah. Sayang kot title BAHCELOR tu. Tak payah choose either one. Dua2 title pon sayang..~ Apa kata kita renung sejenak, kenapa aku kata 'BUKAN SENANG JADI BACHELOR NI'

BACHELOR yang definition 1.

- Dia akan susah sebab kalau BACHELOR, means BUJANG, means SINGLE, means TAK ADA BOYFRIEND/GIRLFRIEND, hahahaha (additional definition, from Ocha Septriasa Kopak Dictionary), maknanya, mesti kau akan bosan, kan? Kau la, bukan aku. Mesti rasa macam sunyi je. Tak ada tempat nak manje2, nak cuit2, nak sayang2, nak cintan-cintun (wawawa, aku dah geli dah ni).

- Lepas tu, bagi yang rasa susah la ea. Haa, mesti kau akan rasa x bestnye hidup single sebab cemburu tengok orang dating, jalan-jalan, pegang-pegang tangan, buat maksiat. (Hoi2, orang buat maksiat pun kau nak jeles ke?)

- Lepas tu, kau akan rasa susah sebab... Haa, sebab kau tahu bahawa fakta ataupun kajian menunjukkan, orang yang mempunyai pasangan ni, mempunyai hidup yang lebih panjang. Sebab dia kurang stress, boleh berkongsi masalah, ada tempat untuk meluahkan perasaan. Dan sebagainye laaah~ Buktinya...?

Tiada bukti secara saintifik. Nak percaya, percaya. Tanak percaya, sudah..~



Daaaan. Untuk BAHCELOR definition yang ke-2 tu pulak.

- Yelaaah, dah nama pon BACHELOR in (bla3) Degree korang punye course la tu kan, haaa, maknanya dah konfirm-konfirm laah kepala hotak korang sentiasa fenin, krem, jem, nak pikir assignment, nak pikir exam, nak pikir assessment, presentation, group work, masalah kawan-kawanlah, nak pikir duit belanjalah, makan minum lagi, shopping, dating... Haa, susah ke tak susah tu? (Ocha tengah gelak dalam hati. Tak tahulah apasal.)

- And nak dapat title BACHELOR yang kedua ni, laaaagi la susah. Paling kurang pon dua tahun. Ada yang tiga tahun, ada yang empat tahun. Especially bila dah tahun akhir. Boleh mati rasanya disebabkan 'title' tu punya pasal... Lagi susah dari definition yang pertama tadi, sebab perlukan pengorbanan dari semua aspek. Mental, fizikal, duit, masa, tenaga, emosi, perasaan... Huwaa, mula la nak taching nih...~

- Dan aku kata susah, sebab...

DIA TAK SENANG LAA~

Hek eleh, belajar mana ada yang senang dik. Kalau senang, dah lama Nenek akak dapat title 'Ijazah Sarjana Muda (bla, bla, bla, bla)' tau.. Dan mesti nenek akak tu dah lama kerek belagak buat muka sombong riak dan takabbur dengan akak sambil menayang-nayangkan sijil ijazah kebanggaan beliau tu. Eleeeh...~



Dah3, banyak benda lain akak nak kaji ni. Kesimpulannya? Haa, nanti2 la kita fikirkan ye. Kalau akak tak larat nak fikir, lu fikirlah sendiri. Eh jap2. Ni bukan trademark Nabil tu tau. Akak pnye peminat punye trademark. Pinjam kejap. Nanti pulangkan balik. Haha. (Gelak dua harkat je, k. Dah. Semua pergi balik!)


p/s: Masih nak berkempen supaya join 'KELAB SINGLE' saye...~ Lai, lai, lai.

Friday, April 30, 2010

Ini LuaHaN SaYaNg DaRi sEoRaNg KaWaN uNtuk KaWaNnyA


Untuk kawanku,



Aku tulis entry ni, memang semata-mata untuk kau. Sebab aku tahu kau baca blog aku. Kau yang dulu pernah mintak nak jadi bestfriend aku, nak kongsi semua masalah dengan aku, tapi sekarang apa dah jadi...? Kau cakap kau nak berubah. Nak jadi orang yang baru. Kau cakap dengan aku, kau dah tak sama dah macam ‘kau’ yang aku kenal waktu sekolah dulu. Dan setiap hujung ayat kau, akan ada perkataan, ‘Trust me’. Yes, I trusted you. Aku lupakan semua ayat-ayat bisa yang kau pernah cakap kat aku dulu. Aku padamkan semua peristiwa-peristiwa sakit hati yang kau pernah buat kat aku. Sebab kau kawan aku.




Semua orang pun pernah buat salah. Salah aku hari ni, sebab terlepas cakap, terlaser tangan menaip status dekat 'muka buku' itu terhadap kau dengan sangat JUJUR. Memang. Kata-kata aku memang tak pernah berlapis. Aku tak pandai cakap bohong. Sebab bila aku bohong, bermakna aku berlakon dan hipokrit. Bila aku berlakon, lakonan aku tak jadi, tak real, tak macam lakonan Fasha Sandha, sebab aku pemalu. Bila aku pemalu muka aku akan jadi merah. Jadi kesimpulannya, bila muka aku merah, bermakna aku bohong. Aku tak suke ah muka merah-merah ni. So, lebih baik aku terus terang, cakap straight to the point, tanpa kiasan walaupun aku tahu ramai yang akan sakit hati.




Kalau kau mengaku kau kawan aku, kau akan kenal sifat aku. Kalau kau mengaku kau kawan aku, kau takkan terasa dengan kata-kata aku walaupun kata-kata itu menyakitkan hati kau. Kalau kau mengaku kau kawan aku, kau takkan gelabah nak serang aku balik, sebaliknya kau akan fikir buruk baik apa yang aku cakap tu. Kalau kau mengaku kau kawan aku, kau akan tahu betapa aku sangat sayang dekat kau. Tapi kau tak pernah fikir semua tu, kau straightly gelabah dan terus delete aku dari friend list kau kat dalam ‘muka buku’ kau.




Kawan,




Aku tak pernah benci kau. Aku tak pernah dengki dekat kau. Aku tak ada niat pun nak sakitkan hati kau. Aku cuma nak kau sedar apa yang kau buat tu salah. Apa yang kau buat tu menyakitkan hati orang lain. Apa yang kau buat tu sangat-sangat melampaui batas. Aku pernah tegur kau, dan kau cakap kau faham dan kau akan berubah. Tapi tak. Kau tak faham dan kau tak berubah pun. Bahkan kau makin melampau sampaikan the whole entire world ni pun kau nak bagitau pasal hal masalah kau. Masalah kau pun apalah sangat. Setakat cinta kau kena reject dengan seorang perempuan. Bukannya reject sampaikan dia baling kau dengan telur ayam ke ape ke, tolak cara paling baik dah tu. Lembut, sopan santun, lemah gemalai lagi.




Tapi bila aku cakap kau ni spesis yang tak faham bahasa, mulalah kau nak cakap aku ni laser. Wanita berhati suci dan nurani yang tak memikirkan perasaan orang lainlah. Wanita yang kejamlah.




Perempuan tu dah cakap kan, jangan la tergopoh-gapah sangat nak bercinta-cinta ni. Kawanlah dulu. Ini baru kenal dua hari dekat ‘muka buku’ dah terus mintak couple. Hey, build a relationship, is not just a blink of your eyes, ok. Kau cakap kau faham. Fine. Korang kawan. Then, bila perempuan tu bagi extra attention sikit dekat kau, kau dah mula perasan. Konon-konon perempuan tu dah jatuh sayang dekat kau. Terus kau mintak couple balik. Terus keluar ayat geli-geli geleman kau tu. Ibarat dah macam laki bini pulak. Padahal laki bini pon kadang-kadang tak cakap macam tu. Nampak tak apa salah dan silap kau sekarang? Nampak tak weh? You are too much...!




Aku bukan sengaja nak sakitkan hati kau. Serius. Aku tak pernah cakap kasar-kasar dengan kawan-kawan aku. Aku panggil sayang, darling, dear, honey lagi ada ah. Kalau aku cakap pon, diorang langsung tak pernah ambil hati. Nak taching buat ape, dah memang perangai aku macam ni. Kalau memang aku ni kategori ‘wanita berhati suci dan nurani yang tak memikirkan hati dan perasaan orang’ macam kat atas tu, sumpah aku cakap, sebijik kawan pon tak akan lekat dekat aku. Tapi kau boleh nampak sendiri, kan? Kawan-kawan yang aku sayang, yang selalu bagi support kat aku, ada je sekeliling aku. Kiri kanan depan belakang, atas bawah pon ada. Just give and take. Kau tegur, aku terima. Aku tegur, kau terima.




Kawan,




Baca tak enrty aku yang tajuk dia ‘Tak semua yang kita nak kita dapat’..? Aku dah cakap dah dengan kau. Biarlah kita susah payah nak dapat sesuatu itu kerana kita akan lebih menghargai dia dan kita akan lebih menyayangi dia bila kita dapat nanti. Sebab kita tahu susah dan payah nak dapat, kan? Yelah, macam biasa, kau memang setuju dengan semua kata-kata aku. Dan macam biasa jugaklah. Tak pernah pun kau nak ikut cakap aku. Kau nak perempuan tu, kau nak jugak. Kau tak fikir perasaan dia. Dia tak sedia ke? Dia tak suka didesak ke? Dia memang betul-betul ada hati dekat kau ke? Mana As-sobarul minal iman kau? Mana sifat-sifat percaya kau pada ketentuan jodoh Allah? Mana keyakinan kau pada janji Allah yang semua benda dalam dunia ni diciptakan berpasang-pasangan? Mana weh? Itu semua nafsu. Godaan syaitan pada orang yang lemah menjaga hatinya.




Kau selalu cakap kau terima teguran dan nasihat aku, siap ucap terima kasih lagi, puji konon akulah kawan terbaik yang kau pernah ada, tapi haram jadahlah kau nak ikut nasihat dan teguran aku tu semua. Weh, aku ni jarang bagi nasihat kat orang tau. Bukan sebab aku tak sayang kawan-kawan aku. Cuma bila nak dibandingkan, dah memang confirm la diorang lagi baik dari aku. Nak bagi nasihat apa lagi? Lagipun aku sedar. Yela, aku ni siapa. Memang tak layak digelar kawan yang baik. Dahlah tak pandai bagi nasihat. Nasihat nak bagi pelingkup hidup orang pandailah. Haa, mintak lagi nasihat aku. Kan dah lingkup hidup kau sekarang.




Aku pun pernah reject cinta orang jugak. Tapi taklah sampai orang tu kena cop sebagai manusia tak faham bahasa jugak.




p/s: Meh la masuk fakulti aku. Akademi Pengajian Bahasa. InsyaAllah, kau akan jadi manusia yang tahu berbahasa nanti~



Wednesday, April 28, 2010

KaLaU DaH SaYaNg...~

Adik-adik sekhalian... Apa habaq? Tau yang akak dah habis exam dah ni? Ok, tadi tak tau, sekarang dah tau, kan... Haah, ni kita story sedikit cerita cinta. Amboi, mentang-mentang dah habis exam, dah habis bergelumang dengan buku-buku ilmiah (hiperbola lak ai ayat aku), so now, kasi la chan akak jiwang-jiwang sikit ea. Alaaa, nak habaq pasai bakai abang ipar hangpa suma jugak..:) Bukan oghang lein...~


Tulah, ingat nak intro macam ni...


Semenjak dua menjak ni, akak ni dah buleh dikatakan menjadi ‘part time match maker’la pulak. Semuanya gara-gara rakan taulan yang masing-masing nak resign daripada single club yang akak teraju nihaaa. Gelenyaa sangat masing-masing nak bercouple, haaa, silalah, akak tak halang pun. Siap hulurkan tangan, ringankan beban lagi. Akak la tukang bagi no phone, tukang bagi idea mengayat, tukang bagi khidmat nasihat konon-konon pakar perunding cinta la nih... Hebat, kan? Ok, tepuk tangan semua...


Tapi korang tak tahu apa akibat, kesan dan effectnye dekat akak, dik. Nak berkenal-kelanan, nama akaaak yang naik. Example,


“betul ke (ocha) cakap kau ni bla, bla, bla... ?”


Lepas tu, nak keluar dating pun, nama akaaaak yang naik lagi. Segan nak mengaku nak pegi dating depan member, depa pon belasah la cakap macam ni,


“Äku nak pergi jumpe (ocha) kejap.”

-Padahal nak jumpa orang lain.-



Haaa, apa effect dekat akak? Daaah kena fitnah. Orang lain pon mula fikir akak ada skandal pulak dengan beliau yang berkata tadi. Lepas tu fitnah tersebar. Mulalah semua orang nak call, nak mesej, nak siasat pasal cerita hot and spicy and controversy nih dengan nada dan reaction yang suspicious and curious ya amat. 


Wartawan melodi pon buleh pencen, akak rasa.


Anyway, terima kasih kepada beliau yang memberi statement itu. Saye suke laaaah. Bukan senang nak masuk front page paper macham ni...;)


Haaa, dok ceghita pasal beliau buat paaa? Tadi kata nak jiwang-jiwang, kan? Haa, tulaa. Dah panjang sangat intro, sampai terlupa pulak nak kembali ke pangkal jalan. Baiklah, nak dijadikan cerita, dalam banyak-banyak orang yang dengar statement palsu tu tadi, ada la seorang insan yang menjadi kesayangan ‘President Single Club’ nihaa... Beliau pon terínflluence agaknye, langsung la ‘ter’salah sangka dengan akak, dik. Sedih, geram, kecewa, toksah dok cakap la. Orang kalau dah sayang, mana buleh tahan... Orang date bertiga, dia habaq date berdua. Oooouch, taching nih, taching...



Tapi akak masih je sabar dan tahan. Walaupun mulanye agak emosyenel, kan. Never mind laa. Akak sayang dia. Tuu yang tak tergamak nak marah lebih-lebih tu. Aish, suwit tak akak...? hihi. Okeh, semua boleh muntah sekarang..!



Dan lepas tu, konon-konon cuba la nak put him aside. Nak beralih kasih. Separuh mati ni dok cuba menggedikkan diri dengan teman seangkatan di sini. Alaaah, paham-paham la di sini tu di mana. But in the end, I’ve decided to choose the one yang akak ‘put aside’ tadi and x buleh buat apa laaa. Marah kea, geram ke, benci ke, meluat ke, hujungnya tetap SAYANG...~



Haa, sudah, pegi main-main jauh la semua orang. Fairy tale dah tutup. Akak nak chiow ni, ada mesyuarat tergempar Single Club. President mesti punctual. Nanti orang tak suspek pulak... So, buboi..!



nobody loves me,
ocha ni stok nak kena sumpah je
ok, curse me now..!


Tuesday, April 27, 2010

DoNt SuE Me pLeaSe...~

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 -

Perbuatan, ucapan, perkataan atau penerbitan yang boleh mengancam negara, boleh dikenakan tindakan ISA.

Akta Hasutan 1948, Seksyen 2 -

Setiap perbuatan, ucapan, perkataan atau penerbitan adalah menghasut sekiranya ia mempunyai 'kecenderungan menghasut'.

Akta Fitnah 1975 -

Kenyataan palsu memburukkan reputasi seseorang dengan mendedahkannya kepada kebencian, penghinaan dan cemuhan adalah fitnah.

Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Media 1998 -

Bertujuan mengawal untuk kebaikan jangka masa panjang pengguna komunikasi dan media bagi memastikan keselamatan maklumat dan rangkaian boleh dipercayai serta berintegriti.

Akta Hakcipta 1987 -

Akta ini bertujuan melindungi hasil literari, hasil drama filem, hasil muzik dan hasil kesenian. Penerbit, pengarang atau pencipta mana-mana hasil itu mempunyai hak ekslusif mengawal penerbitan, pengedaran, penyiaran dan sebagainya dalam apa juga bentuk termasuk di Internet.


Hahahahaaa.... Semua orang dengar sini ye. Akta-akta di atas ni, walaupun nampak bosan dan rasa macam perlu disishkan je, oh no, no, no. That is not a good idea. I’d suggest to all of you, pleez take it seriously. Bukan apa, sebab bila aku fikir-fikirkan balik, memang benda ni tak boleh diambil ringan sebenarnya. Because, ia melibatkan keselamatan, maruah dan juga reputasi seseorang individu itu. Even sebelum ni dah pernah dengar dan tahu ada kes-kes berkaitan blog yang menulis isu-isu sensitive ni kan, tapi aku tak pernah sensitive pun terhadap blog aku sendiri. (Haish, tak ada kesedaran langsung ocha ni)


Entah la, bila semak (bukan semak samun belukar tu ye), haa, entry-entry lama dulu, sometime ada juga timbul perasaan bersalah, serba salah, serba serbi, serba boleh... hek2, itu bukan. Dan lagi, ada jugak rasa geli geleman, loya, mual, seram sejuk, (lain macam je ni...) Haa lantaklah, tak kurang juga rasa geram dan sakit hati dan sengal. Boleh la tu since most of my entries in this blog memang temanya ‘sengal’ ek..? Memang kena tema la bak kata orang tu..~


Okeh, so kita patah balik kepada akta-akta di atas tadi.


Kepada sesiapa yang baca belog ni, kepada sesiapa yang terasa, kepada sesiapa yang rasa macam ‘pechiew’ ‘poom’ kene tembak sebijik tepat kat batang hidung dia segala entry-entry yang berunsur sinikal, sindiran, perlian aku tu... Huwahahaha, padan muka kau..!


(Ok, semua orang boleh angkat senjata dan bunuh tuan blog ni!)


Sudah la, sudah la tu... Aku minta maaf la weh. Aku bukan apa, blog ni sekadar luahan perasaan dan isi hati aku je. Aku mana ada kakak or abang nak bermanja. Aku mana ada boyfriend nak pujuk rayu cintan cintun bagi dia geli geleman dengan ayat-ayat aku sume. Aku mana ada diari nak merepek panjang-panjang macam ni. (Ada tu ada, tapi diari akademi fantasia laaa).


Lagi, aku mana ada teddy bear nak cakap dengan dia sorang-sorang. Harapkan blossom power puff girl yang cikinit tu jelaaa. Itu pon dah berapa kali dia hentak kepala dia tu kat dinding dah sebab tak larat dah nak dengar aku merapu meraban depan dia lagi.


Jadi, inilah satu-satunya medan terbaik untuk aku kongsi isi hati dan isi perut aku nih...


Lepas baca akta-akta kat atas tu, korang jangan la saman aku ye. Aku mana kaya nak bayar saman korang. Nak beli tempe pon tak cukup duit. Apatah lagi nak beli susu anak-anak yang demand nak susu Dumex Mamil Gold tu.. haish...~


Dan lagi, korang mana ada actus reus dengan mens rea nak dakwa aku, kan? hihi. Suke-suke hati je nak saman orang...~ Ex-prelawrian ni tau, oh pleeez~


p/s: Tengah cari orang kaya sebab nak kawin dengan dia sebab konfirm ramai yang nak saman aku lepas ni..~

Saturday, April 24, 2010

i HaVe A DaTe..!

Ok, i went to TS last week, eh bukan. Yesterday jee... With 'somebody'. After all the burden of LINGUISTIC which probably going to be the worst result through this semester have been release, straightly, i went to Berjaya Time Square, nobody else. Just both of us...~

So, kalau ade gambar, entry mesti akan jadi pendek. And all these pictures, i specially dedicated to my beloved girls, B AND S, yang awal-awal dah refuse bile i ajak naik roller coaster dekat Cosmo World tu.

Yup, mende alah tu memang menguji denyutan nadi dan kekuatan jantung dan juga paru-paru semua orang. Tapi, yang menguji itulah yang best.

Hahaa, aku tau... Depa cuaklah tu. Sebab tu tamau setuju dengan cadangan bernas aku ni... hihi~

Seriously, u're so rugi la darling..

Sebelum ni banyak gambar, kan? Tapi I dah delete sebab nanti suami I marah sebab expose kan diri di khalayak ramai. So, sebab I tak nak masuk neraka, I tak nak ingkar perintah suami ah... ;-)

I've got a lots of fun there. Lepas ni, rasa macam nak ajak geng USIM pulak datang sini laa.. Ajak My Mastermind, My Nurul, My Bib, (if you willing dear), and all those Mahadian yang rasa macam nak jadi gile macam aku.

Anyway, gambar dekat kids playground je yang banyak gambar sorang-sorang. Kalau post gambar dekat roller coaster and all those adventures play tu, haaa, kantoi la i keluar dengan siapa... Hihi, Sorry, not available...


p/s: Tapi bila fikir-fikirkan balik, i prefer Genting Theme Park laa.. Berbaloi-baloi kot drp Cosmo World nih.. peace..! Rindunye nak pergi sana lagiiii.....

Thursday, April 22, 2010

x sEmUa YaNg kiTa NaK kiTa DaPaT

Salam semua...

Semoga semua best hari ni, sihat walafiat, tanpa dijangkiti sebarang wabak penyakit berjangkit or else, tutup belog aku ni dan pegi bukak page lain. (Kui2, takut berjangkit punye pasal an) Haah, tengok muke korang pon da tau. Mesti mushkil macam mana aku boleh je dok buat karangan untuk entry kali ni. Padahal exam x abis lagi ni, obviously. Laptop pon x de, absolutely. Broadband pulak x dapat dikesan, so badly. So, diam2 suda. Aku x de masa nak mengarang esei tentang bagaimana aku dapat menaip ini semua kat korang.


Apa yang aku nak cakap di sini, pasal situasi aku sekarang yang agak critically, emergency, privacy, ecstasy, eeeh, yang hujung tu bukan, sebab achelly, tiba-tiba je tadi aku agak rajin memuhasabah dan mentadabburkan diri masa tengah tunggu abang kedai makan kat DC (Dataran Cendekia) tu siapkan daging masak kicap yang aku order. Haish, almost satu jam tu yunk, so, marilah kita beribadah sikit ye.


Masa tengah dok tadabbur tula, tiba-tiba je terngiang kata-kata seorang sahabat aku yang berbunyi macam ni,


Ashiya Mizuki (bukan nama sebenar): Ocha, kau ni best la. Semua yang kau nak, semua kau dapat.

Ocha: Eh, kenapa kau cakap macam tu?

Ashiya Mizuki (bukan nama sebenar): Yelah, kau nak kaluar mana-mana, mak kau bagi je. Kau nak datang sini (tempat dirahsiakan), Nakatsu Suichi Kun (bukan nama sebenar) sanggup je nak bawak kau. Kau nak beli handphone tu.

Ocha: Handphone..? Nih...?

Ashiya Mizuki (bukan nama sebenar): Haa, yang tu, tu, (sambil jeling2 handphone kat tangan aku), kau dapaaaaat jugak beli. Jeles aku weyh...~

Ocha: (Kelip-kelip mata sambil diperhatikan oleh encik kelip-kelip)


Motifnya di sini..? Tak ada motif. Cuma nak cakap, sebenarnya, x betul apa yang awak cakap tu, cik Ashiya Mizuki (bukan nama sebenar). X betul la statement tu. Mana ada aku dapat semua yang aku nak. Tipulah. Semua orang pon x dapat apa yang diorang nak. Tak ada seorang pon aku rasa dalam dunia ni yang mampu penuhi semua kehendak dia. Mesti at least ada satu benda yang dia takkan dapat. Benda apa? Haa, ini yang kita x tau ni.


SEMUA BENDA YANG AKU DAPAT yang kau nampak tu, kau tau berapa lama aku tunggu dia bha...? I mean, in term of materials, yang bukan setakat pegi jalan2 cari makan tu. Haa, kalau yang tu, x perlu la nak tunggu sampai setahun doblas bulan 365 hari, baru nak pegi jalan-jalan cari makan, kan. Yang aku maksudkan ni, yang bab-bab kebendaan ni. Susah woo nak dapat tu semua. Yang kau tahu, aku dah dapat, tapi berapa tahun berapa bulan berapa hari aku bersabar untuk dapatkan benda tu, kau tak tahu, kan.


And juga, instead of materials, masih banyak lagi impian, hajat, keinginan dan kamahuan aku yang masih tak tercapai. Kau mana tahu sebab aku tak cerita dekat kau. Aku nak kawen dengan Johnny Depp, tapi tak dapat. Kau tak tahu, kan? Francesc Fabregas yang dok merajuk sampai balik peghancis tu, x dapat2 jugak nak pujuk dia balik sini. Haa, kau tak tau jugak, kan? Takkan aku nak bermadu dengan bini Datuk Shah Rukh Khan pulak khaaan... Walaupun dia datuk, tapi mak aku confirm x restu aaah (sebab dia dah ada calon menantu pilihan...hihi).


Haa, aku nak kereta Ferrari yang kaler merah tu, pon x dapat2 jugak. Aku nak jadi baker yang paling terer mengalahkan baker kek secret recipe disamping menjadi penulis novel yang paling best but low profile di Malaysia ni, haaa, yang tu insyaAllah akan jadi kenyataan... Tapi kau tetap tak tahu, kan? Agak2nye, besok aku buleh tubuhkan francais macam secret recipe tu ke? Haaa...


So, kesimpulan bahasa yang kita dapat di sini. Kita semua sebenarnya buleh dapat semua yang kita nak laa Ashiya Mizuki (bukan nama sebenar). That is only with...


“STRIVE HARD FOR IT!”

Okeh. Chalo beteh. Kabhi Khushi kabhi gham. Ammak!


Nak rasmikan kedai kek nanti aku jemput kau worang sume yer... Doakan jela akak ni, dik. InsyaAllah, mudah-mudahan tak jadi kachang lupekan kulit.


p/s: kalau aku ikut nasihat aku sendiri nih, confirm aku dapat Johnny Depp tu...~ Meow ~

Wednesday, April 21, 2010

mAiNaN JiWa..~

Semanis vanilla d atasnya whipped cream
Selalulah dengan senyummu
Selembut mentega yang cair di bibir
Kau lontar kata-kata manja

Chorus

Apa sebenar yang kau pendamkan
Di dalam hati buat diriku
Yang tidak arif permainan jiwa
Atau sekadar
Mahu mencuba kekuasaanmu
Memukau sukma para wanita
Yang serba naif sepertiku
Apakah sebenarnya
Yang kau pendamkan
Yang kau pendamkan di hatimu buatku

Halus karamel di hidangan jeli
Sentuhan pada jejarimu
Senyaman aroma dari cangkir latte
Perasaan tenang ku dengan mu

Apa sebenar yang kau pendamkan
Di dalam hati buat diriku
Yang tidak arif permainan jiwa
Atau sekadar
Mahu mencuba kekuasaanmu
Memukau sukma para wanita
Yang serba naif sepertiku
Apakah sebenarnya
Yang kau pendamkan
Yang kau pendamkan di hatimu buatku
Yang kau pendamkan di hatimu buatku

Ulang Chorus

Atau sekadar
Mahu mencuba kekuasaanmu
Memukau sukma wanita
Yang serba naif sepertiku
Apakah sebenarnya
Yang kau pendamkan

Apa sebenar
Kau pendamkan buatku dalam permainan jiwa
Yang serba naïf
Atau pun sekadar
Mahu mencuba kekuasaanmu
Memukau sukma wanita
Apakah sebenar-benarnya
Katakanlah
Yang kau pendamkan di hatimu
Buatku


p/s: memang permainan jiwa...~

WiSh U aLL tHe bEsT & GoOd LuCk..!

Sebab masa tak cukup, nak kejar itu nak kejar ini, dan tak ada masa nak celoteh dengan panjang lebar apatah lagi merepek merapu dan meraban...

Maka entry kali ini cukuplah sekadar...
sekeping gambar yang mewakili diri saya,
dengan ucapan...~

Maaf zahir dan batin..
~dari OCHA~


P/S: Zahir batin habah kau...

Sunday, April 18, 2010

HaRi TeRaKhIr KeLaS n kEmBaRa YaNg RoCk..!

I'm lacking and running out of time.. Recently, got a lot of messing stuff in my kepala batu, but still want to 'menekan kekunci ni..!' Aku x pedhulik, x ade lappy pon, x ade broadband pon, cc melati tetap open dari pagi sampai malam...! (Patut di beri pekeliling ni, supaya tutup time exam!). It's ok, since pihak atasan x kuar kan pekeliling lagi, so, apa kata kalau aku nak tayangkan pekeliling aku dulu... Tayangan gambar-gambar hantu yang cumel. Eh, tak, tak,... Depa bukan hantu, aku sorang je... Nah, ambek..!


The last day of LG221,
Whoaaa, rase macam ari raye pulak...!

Memang suke hari jumaat sebab semua orang berpakaian sopan. Kak Mizah tak payah cakap la, dia pakai apa pon semuanya sopan...~ (p/s: Kak Mizah yg tudung labuh tu yer)


Kelas terakhir dekat kenanga. Lepas ni, i akan datang lagi sebagai part ii pulak ok. So, sebab dah tak duduk kenanga lagi, boleh la tukar nama kat fecebook lepas ni...!

p/s: Cik Sri, (tudung putih tengah2), sangat cumel buat gaya mcm tu laaah.. bagi saye A+ untuk academic writing buleh..? Hehehe...~


~Gagasan 1 malaysia...! Yeay...~
Tu saja, sekian terima kasih,

Bye-bye part one...!


Ahhha. And now masuk cerita KEMBARA pulak...!

These are the best part of KEMBARA this semester. Even not as rock as kecak, but still happening... Especially, when i've got the chance to meng'kembara' kan diri buat flying fox dekat menara faveret i, that is 'uitm twin tower' ni haa...!

Again, dia masuk dalam blog i...~
(X pe, sebab i suke fakulti medic, so letak jugak laa)

Nampak tali dekat tiang purple tu? Haa, that was the pile where i was flying like a fox..! And the white one, that is 'Medical Fac' where they did the abseiling.. Tapi aku x abseiling pon. Sebab malas nak beratur panjang-panjang dan panas. (Bukan gayat, ok) Apa-apa pon, GO MEDIC.! (tulis dgn harapan budak medic baca n terus suke aku sebab puji fakulti dia..!)


Muke cuak nak terbang, tapi pura-pura tak cuak...!

And suke KEMBARA yang terakhir ni sebab dapat peluang jumpa anak-anak COBRA i yang dah lama terpisah sejak sekian lama. Macam reunion pulak..!

Heehe, suke laaaah...~

Dan sekian terima kasih lagi sekali.

Bye..!


p/s: X de pi es...~

the history

Followers