Aku memohon bantuanMu, wahai Tuhan!
Daripada sekeping hati yang cintakan kebaikan dan bercita-cita agar mengecapi kemanisan iman, daripada sekeping hati yang bimbang akan berjauhan daripadaMu Allah, yang bimbang hati akan menjadi gelap, yang bimbang keburukan2 akan mencacatkan lembaran amalan hasil daripada pandangan nakal para pemuda dan pemudi yang menjadikan diri sebagai ikutan kerana tidak patuh sepenuhnya suruhanMu, meskipun hati cuba dipenuhi dengan kebaikan, meskipun segala kebaikan yang kulakukan, daripada kepingan hatiku ini, aku mengharapkan kebaikan untuk teman2ku. Kuatkan semangatku. Aku memohon bantuanMu, wahai Tuhanku! Bantulah aku menghadapi diriku sendiri dan godaan-godaan di dunia ini. Aku bertawakkal kepadaMu, wahai Tuhanku. Engkaulah segala-galanya bagiku. Tiada Tuhan bagiku selainMu. Maka perelokkanlah seluruh hal ehwalku, ya Allah...
Tuesday, November 17, 2009
aT tHiS MoMeNt...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment