Monday, November 30, 2009

aTtEnTiOn To "LELAKI"...


(I've read this article a few minutes ago. And I was thinking, "A'ah, kan... betol jugak" Thus, by applying hadith Rasulullah, -sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat- I copied this article n y not we think about it tgether...) sharing is caring maa...:D

"BERAPA RAMAI LELAKI BOLEH JADI IMAM?"
-guys, boley jawab ke?-

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. "Jangan diperbesarkan nanti diorang kecik hati" - see, punya baguih org p'puan ni jaga hati lelaki...




“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!” Begitulah kata seorang lelaki kpd seorang gadis.





Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.


“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya si lelaki lagi dengan penuh semangat.


“Sedang belajarlah ni, tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan.” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. -await dok geleng kpala pulak?-


Yelah, bagi si lelaki tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. So, kalau dah begitu gamaknya wanita pun patut buat macam tu jugak, rite...?


Ok, syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan 'hendak memikat suami, perlu pikat seleranya' sering diguna pakai.


Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. -Siapa mengajar maen game lagi penting...?"


Itulah lelaki, kalau tidak tahu memasak, disuruh belajar dan bila dah belajar, perlu handal. Kalau handal tu bukan setakat masak untuk keluarga sendiri je, kalau boleh kena terer memasak untuk tiga pasukan bola. -What?-


Yes, begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? -Of course!-


Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.


“Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” rungut gadis yang lain. Betul juga. Berapa kerat je lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.


Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. -Owh, kalau macam tu lingkup la rumah tangga kau.-


Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


"So, guys... Apa tunggu lagi? Yang perempuan pegi masuk dapur skrg, n lelaki pegi bentang sejadah cepat!...:D"

2 comments:

indamood said...

betul2..ak sgt la agree ngn citer ko ni..
well, mmg ak x terror LAGI bab dapur ni. (mengaku)..

tapi plz la jgn kate prempuan kne dok corok dapur lagi.mmg btul org kate sepandai mane pon, at last kne ke dapur gak.

dan yg plg pntg psal bab menjadi imam ni..
sifat ni pntg utk bakal suami ak..hoho sbb confirm bapak ak akan sruh menantu die naik jd imam..

well guys, mmg ptut belajar jd imam.
to be fair prempuan pun mmg patut blajar masak gak.nnt laki lari woo.!

Unknown said...

HAHA... aku pon sgt la stju dgn post aku ni linda... lelaki ni, kalo nak suruh diorang list kan ciri2 wanita idaman, sume nak perfect belaka... tapi diorang x tau perfect listing diorang tu match ke tidak dgn ciri2 yg diorang nak tu... haish, menyampah pulak kadang2...

the history

Followers