Wednesday, December 23, 2009

i JuSt LoVe ThEm... sO wHaT..?

Lately, perubahan profil picture dekat facebook, ym, wallpaper hp n my bubbly Beno, sering mengundang tanda tanya dari teman2 seangkatan tentera... (chewah, banyak la kau punya tentera..)

Haha.. Yela, apa x nya, gambar aku dengan si Nadia, adik member baik sehati dan sejiwa aku (konon la tu), si azim tu haa... Alaa, azim... Nak tau apa diorang tanya? "Anak kau ke tu?" "Bila masa kau kawin weh?" "Alalala, comelnye budak kecik nih..." Haa, kalau yang tu x pe la... Tapi soalan yg sebelum2 tu haa... Hadoi, macam mana x kontroversi, dik? Pastu, dapat pulak dekat sapa2 yang kenal si azim tu. Mula la keluar ayat standard... "Wah, ocha dengan adik ipar!"

Kuang hajau tol angkatan tentera ni... Sudah, dok sini diam2. Akak nak bagitau something kat korang ni. Achelly..., kalau korang nak tau..., akak ni memang pantang dengan budak kecik... Bukan pantang alergik, gatal2, bersin hidung sampai merah2 hape kejadah sume tu... Tapi pantang jumpa, faham x...? Kalau nampak je budak kecik, mata bulat, pipi tembam, terkedek2 depan mata akak ni, automatik rasa macam nak sambar... Macam kau pegi mega sale kat shopping komplex la kan... Diskaun sampai 90 percent... Giler kau x nak ambek, weyh...? Tambah2 lagi kalau ada stok yg macam gummy2 bear tu... Dah la montel, gummy-gebu, putih melepak pulak tu... Eeei, maunya kau x rasa macam nak gigit2...??? Pastu dapat pulak yang baru nak blaja bercakap tuha... Potpet-potpet depan kau pon kau rasa bahagia, kan? Cuba kalau mak kau? Bahagia apa kebendanya...

Pastu, bila budak tu lasak giler ganas sampai tendang sepak terajang kau, notty2 comel la kononnye kan, sume action dia yang hampir2 menjerumus kepada kriminal, ok aku salah eja, criminal... Hah, action dia yang hampir2 criminal pon kau akan cakap, "Olololo, cumelnye..." Then after tu mula la kau pon nak join sekaki, dua kaki bahasa pelat dia kan... And terus la otomatik keluar ayat cmni "Alaa, geduang2, tumel2 tayang bulat muchuk2 akak ni, meh tini nak tayang tikit, ah" Muuuah... Pap, hambek kau, air liur bertempek kat pipi jadi extra foundation.

Ok, cukup... tang ayat2 pelat tu, akak x sampai ke situ lagi ok. Jap, nak sambung sikit lagi... Pastu, bila kau pegi mana2 and nampak anak sapa2 yang kau ketegorikan cumel, zuup! rasa macam magic je bila kawan2 kau tengok hp kau yang senyap kat dalam beg tu tiba2 berbunyi 'klick3' entah berapa belas ratus kali ntah. Kau pedulik apa anak melayu ke, anak cina ke, anak india ke, anak orang asli ke... asalkan kau berkenan. Sepupu2 ke, anak buah ke... Even anak jiran2 tetangga yang selalu main basikal depan rumah kau tiap2 petang tu pon kau nak snap sebanyak2 yang mungkin... Sengal...


Ni gambar Nisha, my niece ni haa...
suke sangat menari 'mak inang'
siyes, ntah mana dia blaja ntah, aku pon x tawu.
cak ngah la y ngaja nih...

Yang ni, Najwa...
Selamba je snap walaupon x penah jumpa.
Xtau la apa relationship dia dengan aku.
Tapi rasanya ade kena mengena sedara jugak kot.
yg ni, giler kamera. Kalau korang tengok posing dia,
toksah cakap ah.. akak yg tengok ni pon boleh maut...

Hah, yang ni pulak, my faveret sweetheart, Adam,
selalu main basikal depan rumah aku dgn kakak dia,
gambar ni time dia kurus,
but recenty, Masya-Allah badan dia...
GEMOK!

Kalau yang ni, kau memang patut mengaku x kenal
Becoz, bukti sangat jelas menunjukkan,
kau ambik gambar dia curi2 time shopping kat tesco.
haha, kantoi...
tapi geram punye pasal...
(yela, sape suoh buat ballet dancing dpn aku?)

Ini pon x tau sapa.
Aku tergoda dengan kecomelan dia time pegi melaka dengan kawan2 maahad after spm dulu. Waktu ni, aku n the gang naik bot keliling bandar melaka. X abis2 dok usha budak ni.
Haish, rambut dia... Aset mahal tu weyh...!
rasa macam nak pinjam je...

And this notty2 boy, aku snap time bawak Nadia makan aiskrem kat McD hari tu. Asyik terkinja2 je kejenya, kan dah kena usya dengan kak ocha...haha.
Padan muke kau rainbow shoes's boy

Sudah la weyh... aku x larat nak menaip lagi dah... Yang aku tahu, i just really enjoyed being a sister. Eldest sister for my siblings and sister for everybody... Senang cerita, sikap ke'kakak'an ni memang x boleh dipisahkan la dari aku. Sampaikan kawan2 aku pon aku bantai panggil adik... Aaah, pedulikkan dia lahir bulan jan, feb, mac, apr, may atau jun... Teragak aku nak panggil kau adik, aku panggil je la...

So, what? Kalau lepas ni korang tiba2 nampak aku jadi pengacara 'tom2 bak' ke, 'kelab disney malaysia' ke, 'nickelodeon' ke... Jangan buat2 terkejut pulak ea... Itu orang panggil, 'natural talent' laa.. Hah, mana tau, kot nak lagi best, tibe2 korang tengok aku jadi pengacara 'mari mengaji' macam kat tv 9 tu ha... X pun aku ganti tempat wardina, jadi story teller kisah2 nabi dekat budak2 kecik ni sume macam rancangan tv 'kisah2 anbia' dulu tu ke, kan... Wah, baiknye ocha... Amin la cepat, weyh. Bila lagi nak tengok aku mendedahkan hasrat hati aku yang suci dan murni ni...?

Dan sekarang, adik2 suma boleh la bukak page lain.
Kerana enry ini sudah tamat...
Terima kasih daun keladi.
Lain kali saya bagi kasih ubi keladi pulak.
(sebab tadi pasar dah tutup)

Tata semua...=)

No comments:

the history

Followers