Saye ni, bukanlah jenis yang gile online. Hari-hari mau online. Bukak mukabuku, bukak belog, download lagu, baca paper, main game, shopping online, study online, ok yang last tu tipu.
Sebab itulah sekarang ni bila cerita hari rabu, dia post hari sabtu. Punyelah lama nak tunggu. Tapi bukan sebab malas, cuma disebabkan sudah mula memberi komitment kepada kerjaya dan rumah tangga. Komitment pada suami dah lama hilang. Biasalah, dah bercerai talak tiga hari tu baru je pergi mahkamah syariah. Takmau komen lebih-lebih. Eyemore dah habis dah tak boleh nangis lagi dah.
Inilah, kolej punya cerita. Bakal menjadi pelajar tahun satu semester dua julai nanti. Recently, masih terkapai-kapai mencari tempat berteduh. Of coz sebab tak dapat kolej. Itupun lagi mau tanya. Apa punya susah MELATI ni nak bagi sebijik bilik kat aku. Puas aku hamparkan setinggi pujian, bak bintang dilangit, bak bulan mengambang, bak gunung everest kuasa lima itupon lagi mau kedekut ka?
Sudahnya aku tibai je borang mawar tu. Syhhh, kalau rahsia aku kantoi korang aku cari sampai lubang rabbit. Sebab syarat nak apply kolej lain musti buat rayuan kat kolej sendiri dulu ye. Kalau gagal jugak barulah boleh menadah muka seposen kat kolej lain. Tapi aku yang tak geti nak tadah-tadah muka ni, selamberland je auta itu pakcik kolej. Kantoi lagi. Aduuuh...
Sekarang borang dah rembat, tunggu slip gaji ayah dan dengan baki masa yang masih ada ni, marilah saya bawak anda semua ke lokasi pengambaran drama bersiri Korea FULLHOUSE. Excited kan semua!
Okeh ini dia...
Secara telus dari hati yang suci dan murni, memang haram tak pernah dengar nama lokasi penggambaran ni before. Biasalah, selama ni shooting JJCM dekat kawasan pedalaman je. Tiba-tiba hari ni gatal nak buat dekat Sunway Pyramid. Siapa tak tahu Sunway Pyramid tu kat mana mintak maaf la yo. Tak dapek den nak menolong ea...~
Hos utama. (Di rumah)
Rakan hos, Hunny Bunny.
Dengan rambut kembang ala Gu Jun Pyo.
Shumel dan kiut bersatu dalam pekej ini.
psst.. dah puji nih, birthday present kasi vavavoom yer..:P
Menu utama
Ikan Dori Blah blah blah.
(Maaf tak hafal pulak tajuk menu nih)
Chicken blackpaper hapa kejadah ntah nama santapan Cik Hunny nih.
(Maaf la. Masih tak kuat ingatan lagi.)
Tapi dua-duanya air yang sama. Ice Lemon Tea.
Straw je lain-lain kaler. Harap maklum.
Semuanya enambelasringgitsembilanpulohsen satu set.
Hos ketiga yang juga merupakan hos wajib ada, sayangnya tiada. We wish u were here siti noor haaajar blair. Tapi tak apalah. Anda juga seronok menikmati makanan arab di rumah, bukan.
Aaah, aku tak kira. Next JJCM kau mesti ada. Kalau tak aku saman kau kerana melanggar kontrak. Kayalah aku nanti. Wah, wah, wah, ana kaya, ana kaya. Ni yang tak sabar nak saman kau nih weh...~
p/s: Tiba-tiba di penghujung rancangan, selendang dah jadi tudung. Ajaib.
2 comments:
wahai cik tasha..hihi..ye ye nnt len kali i jd host balik..time tu suami i xbg kuar coz dia baru habis outstation n minx i temankan..hihi..nmpk gatal nye di situ..nnt suh cik hani blanja kat situ for ur birthday yerk...
anyway nk kata satu persamaan full house n teppanyaki ialah:
ice lemon tea dia mcm dlm bekas yg sama...n hilang satu bekas ice lemon tea coz i xda kat sana..huhu
huhu, absalutely.. same kan? dah la comey2 je sume. deco pon cute, masuk je situ terus dgr lagu bof.. aiseh, i felt imin luv..huwahaha. lagi gatal!
Post a Comment