Aku single. Wah, tibe-tibe. Kau apahal Ocha?

Sekadar gambar hiasan. Iklan kejap.
Tak weh. Bunda call tadi. Borak-borak. Tanye khabar, usik mengusik, ewah. Tiba-tiba masuk topik favourite beliau. Tak weh, topik feveret aku. Biaselah, nak gedik dengan siapa lagi kalau bukan dengan bunda sendiri.
Aku realize, bunda ayahanda sentiasa update aku dari jauh. Apa aku buat semua diorang tahu. Termasuklah bab berpasang-pasangan ni. Hoih, alasannya aku dah dua puluh? Haruskah? Wajibkah?
Taklah, bunda ayahanda tak pernah desak or kasi aku sesak nafas konon macam aku dah tiga puluh tahun plus plus, risaulah kot-kot tak merasa dapat menantu (fyi, aku anak sulung) or maybe depa risau kot aku jadi anak dara tua tak laku ke. Even adik perempuan aku tu, dari form 1 lagi dah ada balak amboi, amboi, amboi. Timber weh, timber. Nasib baik bukan Justin Timberland. Jadi bila ayahanda bunda tengok aku agak ‘lain’ dari adik aku or sepupu-sepupu perempuan aku yang dok ber’balak2’ tu, aku suspek, diorang mesti curious ni.
Serius, aku paling risau dengan ayah. Mungkin angka 51 pada umur dia, buatkan dia rasa tua dan mungkin sudah sampai masa untuk dia dapat menantu. Ayah, kenapa ayah kahwin lambat sangat? Duuh, kadang-kadang aku terfikir dapat ke aku nak sambung master nanti? Entah-entah lepas degree, dapat kerja, terus kahwin. Kahwin dengan siapa? Haa, itu kau kena tanya gossip girls la. Kerja diorang bergosip 24 jam dengan aku. Jadi boleh la dapatkan maklumat terkini dari them allz.
And Bunda pun kadang-kadang macam tu. Walaupun bunda yang paling memahami, tapi kadang-kadang bila duduk-duduk kat rumah tu, borak-borak, santai-santai, terkeluar jugak ayat yang boleh kasi aku telan air liur bagai nak rak. Mak oih, along baru dua puluh. Jangan kasi ceq rasa tua sangat la noh. Toksah dok cakap pasai kenduri kahwin, pelamin, mak mertua semua complete. Aai mak, macam menghalau je...:P
Jadi sekarang, aku rasa aku sudah boleh buka pintu. Pintu apa? Pintu suka hati. Abah hang. Weh, pintu hati la. Maybe dulu kalau orang datang aku buat tak tau, buat-buat tak faham, siap halau dengan penuh sopan-santun lagi. Tapi sekarang, aku sedar, angka dua di depan ni membawa makna yang sangat besar bagi aku. Aku tak boleh la duduk goyang kaki sahaja tunggu jodoh datang. Kalau tak cari mana nak jumpa. Walaupun mungkin belum benar-benar terbuka, tapi aku rasa aku sudah bersedia.
BOYFRIEND means commitment. Aku tak nak bercinta untuk suka-suka, untuk buang masa, untuk test market, weh, banyak kerja lain yang lebih ber’pahala’ dari itu.
Jadi kalau ada yang terjentik rasa di hati tu, insya-Allah timbang-timbang la atas beam balance. Lagi-lagi kalau ada ciri macam oppa kat bawah ni. Tak payah fikir lagi, I'm yours. Ok. Chiou...~

Oppa, sarang hae
p/s: Oh my, how he knew that i really love ice cream?
2 comments:
hello cek ocha sarangheyo........... pa lagi.. mak ayah dah bg greenlight...p r bg hint ckit kat mana2 mmat yg berkenan di hati,,bek ko kahwin awal2 ocha..nnt ank ko xrasa mcm ko skrng atau ko xrasa mcm ne parents ko rasa skang... cek ocha kalau dah kna kahwin next year pun kami snggup kawan gan kamu tau...hehehe
woih cek ajaa... ngeri ouh aku baca komen ko. dah2, aku lupe nk pi es kat bawah tu "MY GOSSIP GIRLS ALSO SINGLE AND AVAILABLE". Oit, i'm not the one yang akan kahwin dulu antara kita bertiga. i bet for it..! really~ (dgn muke penuh konfident)
Post a Comment