Sunday, March 28, 2010

BaS RaPiD..~ (x komersial lak ai, tajuk..)



Menariknye gambar intro... Cantik kan? Haa, ini semua al-semalam punye al-pasal. Bayangkan satu rombongan cik kiah budak ni hangkut bawak pegi kl central. Haa, satu rombongan, u... Aww~ Mula-mula tu bahagia lah. Mentang-mentang baru habis test, tambah lagi dah weekend pulak tu, semua nak joli sakan je keja. Hape kau ingat ni merbok ke nak keluar every weekend...? Nak kuar pegi Time Square pulak tu, (tak boleh belah), dah tu bukan ada transport sendiri. Betul2 harapkan pakcik rapid bus tu 'pick up' ahli2 rombongan ni... Haish...~ (Da nama pun rombongan, mana ada rombongan naik kereta, kan?)



Kemudian, (dah naik bas ni) tengah2 termenung, tercangak2, termimpi2 dalam bas tu an, boleh je terlintas dalam kepala batu aku ni nak post sesuatu. Nak pos pasal bas rapid. Nak promote pasal bas rapid. Bas rapid yang selesa. Bas rapid murah. Bas rapid yang laju hampir kalah formula 1. Bas rapid yang anggun bergaya. (habah kau!) Dan ocha pon berkempen,



"Marilah semua warga kota, marilah kita mengimarahkan pengangkutan awam kita"
(Pengangkutan awam? Geli lak ai ayat, heh.)



Yelah, baguih apa bas rapid ni. Dah la murah, sekali naik singgit, dua kali naik dua hinggit, tiga kali naik tiga hinggit, (Walaupun sekali naik nak ke kl central tu dua hinggit setengah, aah, lebih kurang la tu..~) Lepas tu, selesa. Ada penghawa dingin, (apasal poyo sgt nih?). Sampai boleh tido2, senget2 kepala kat bahu orghang sebelah, nak mimpi putera raja kapur sekapur sireh pon boleh. Silakan, sila sila. Sebab kalau naik kereta sewa abang gemilang yang 60 hinggit setengah hari tu pon belum tentu ada air-cond, tau. Dan sah2 kau tak dapat tido bila kaki kau asyik bengkok je dok tekan pedal minyak. Lepas tu, radio pon stok nak hentak kat dinding.



Naik bas rapid, bukan setakat radio, video pon ko boleh tengok. Tak payah bengkok2 kaki, nak lurus kaki, nak silang kaki, nak main teka silang kata pon boleh. Walaupun kadang2 rasa bagai nak mati asyik dok tengok Kan-Cheong Kitchen 8tv tu sepanjang masa, kan. At least, ~boleh laaa~, Apa susah. Tamau tengok sudah. Tak yah dok langut2 kepala tu. Pasang ear-phone dengar mp3. Abis ceghita.




Haa, bahagia kan...? Lepas tu hambek kau, semangat sangat dok kempen2 kat oghang, "Jom naik bas rapid, jom naik bas rapid." sekali bila sume orang dah sahut seruan kau... Hah, hambek la, sepanjang masa kau kena sexual harassment dalam bas tu. Intentionally ke, unintentionally ke, tak tawu la kan. Ape kes? Kalau dah macam sadin tak cukup space. Mampat gile sampai rasa nak halau semua orang dalam bas tu turun. Heh, bus without benefit. Macam nak mintak balik je duit tambang kat pak cik ensem yang bawak bas tu.



"Pak cik ensem, boleh tak pulangkan duit tambang bas saye tadi? Saye bayar sama je dgn orang lain, tapi diorang duduk 1st class, saye duduk double down class. Siap kena sexual harrasment lagi tu. Boleh la pak cik. Kalau tamau pulang semua pun, bagi la discount. Student rate. Please...~"


muke tensyen walaupun duduk upper class..heh~

Achik kau..~ Baru tahu azab tak azab naik bas rapid macam tu. Tambah2 lagi kalau tiba2 dia bersatu dengan genetik siput atau kura2 atau labi2 dan suku sakat yang sekaum dengannye. Haa, best kan pakcik tu dapat pahala free, dosa akuuu jugak berganda-ganda dok kutuk2 dia dalam bas. (Tak baik tau, ocha, Kalau dia mati, sapa nak bawak bas? Dah tak boleh balik yuhaitihem...hmm~)



Sekarang, izinkan saya, menarik balik kempen saye tadi.



"Toksah la dok naik bas rapid tu. Mahal nak mampos. Secret recipe pon lagi murah. Dah la panas. Sampai banjir ketiak kau. Deodorant cap ape pun yang kau pakai, sume tak berkesan punye. Cayolah cakap den nih. Lepas tu, lambat. Terhegeh2. Tergedik2. Terkinja2 (ade ke bas terkinja2?) Xpe, yang penting niat saya, nak tarik balik jugak kempen nih! Jangan naik bas rapid lagi ea, jangan tau. Biar saye je naik. Saye dah biasa pegi kelas lambat2 ni. Peluh2 pon dah biase dah. Sebab tu memang tak pakai ubat ketiak hapa kejadah sume tu. Haa, toksah naik ea, terima kasih~"



p/s: Jangan sahut seruan ocha tu...~ Dia bukan kerajaan. So, sahutlah seruan kerajaan, bukan seruan ocha. TQ.

2 comments:

sopi nurhaliza said...

Hape yang ko meghepek meghaban nih??? Cess betoll!!! Xde bendenye aku nak ikut seruan sengal ko... Wakakak!!! Don't marah2... Joke2 only ek... Heheheh...

Unknown said...

cheh, aku laaagi tamau ikot seruan ko sopia.. (eh, bila masa kau seru aku, heh?)

the history

Followers