Thursday, March 18, 2010

oChA, KaLaU kAu NaK bErCiNtA, JaDi SoLeHaH dULu Ya...

Kau tahu tak ocha, tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukannya kau harus membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun kau harus tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang kau mahu bawa itu.

Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, macam tu jugalah dengan cinta suci yang memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, yang kau kena latih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.


Ocha, dalam Islam, cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung.

Ingatkah kau Ocha, Imam Hassan Al Banna pernah mengatakan bahawa:
“Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”


Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman.

Kalau kau sudah tahu diri kau tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?
Dan kalau kau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh, kenapa tidak mencari kurang soleh? Ataupun berusahalah merubah menjadi solehah?

Jika kau berusaha untuk menjadi solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya akan menemukan kau dengan insan yang soleh. InsyaAllah...~

p/s: Entry ini untuk diri saya sendiri. Siapa nak join sekaki pon boley...~

No comments:

the history

Followers