Tuesday, March 30, 2010

ToLoNg BaCa sEpErTi pEmBaCa bEriTa yE..~

INTRO: Tiiit, Tiiiiit....
(Bunyi macam dalam radio RTM sebelum nak start berita tu)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
(nada skema).


Berita disampaikan oleh Sharifah Ocha Syed Omar.

Pada semalam yang lalu, seorang gadis dilaporkan bertengkar dengan seorang kawannya gara-gara berebutkan seorang lelaki yang mereka kenali hanya melalui fesbuk. (Yennaday, ape daaa)


Kedua-dua sahabat baik itu dikatakan saling membelagakkan diri antara satu sama lain dengan mengatakan bahawa lelaki yang baru mereka kenali itu lebih memberikan perhatian kepada diri mereka masing-masing.


Masalahnye sekarang, (pembaca mula emosyenel), lelaki tersebut langsung tidak ada hati kepada kedua-dua gadis tersebut, malahan sedang berbahagia dengan kekasih hatinya sekarang.


Menurut sumber yang boleh dipercayai, (mungkin sumber air bawah tanah), kedua-dua gadis terbabit adalah berasal dari sekolah yang sama, iaitu sekolah yang mengasingkan mereka daripada bercampur dengan jantina yang berbeza. (paham x ni?)


Dan menurut seorang pakar bimbingan remaja wanita, iaitu Doktor Ocha Septriasa Omar, beliau berkata, kecenderungan gadis2 yang berasal dari sekolah perempuan sahaja, terhadap jantina yang berlawanan dengan mereka adalah sangat tinggi. "Senang cakap, depa ni desperate la haish. Tapi desperate yang macam mana? Haa, ini yang kita tak tawu..." ujar Doktor tersebut lagi.


Oleh itu, kerajaan dan kementerian (bukan sama ke?), ehem, saya ulangi... Oleh itu, kerajaan dan kementerian akan memansuhkan sekolah satu jantina di seluruh Malaysia ini, bagi mengelakkan pergaduhan antara gadis-gadis remaja lain pula tercetus.


Hasil temubual bersama Supretendan Inspektor Ocha Amar (eh, sejak bila tukar bapak..?) , beliau berkata,


"Kami khuatir ya, jika kerajaan tidak mengambil tindakan segera, kejadian tersebut mungkin akan berulang dan menular dan mungkin juga akan menyumbang ke arah jenayah yang lebih kritikal seperti contoh menolak kawan mereka ke dalam perigi, lalu lemas dan bertukar menjadi ikan kaloi, lantas diberi nasi melukut dan ditangkap, kemudian di masak, masak lomak cili api dan tulangnya di tanam di belakang rumah lalu tumbuh la pulak pokok beringin yang rendang dan rimbun bersama pekej buaian ajaib yang boleh berbuai sendiri sampai cucur atap." (????? - wartawan yang menemu bual tiba-tiba rasa seram dengan inspektor tersebut dan terus cabut lari.)


Oleh itu sampai di sini sahajalah berita untuk hari ini.

Kesimpulannya,
(tiba-tiba nenek ocha kebayan pulak masuk ke studio pembaca berita)


"Cucu semua, kesimpulannya di sini, nenek nak pesan. Toksah la hangpa dok berkelahi, bertengkaq, bergadoh dengan kawan2 hangpa suma pasai oghang jantan noh. Buat-buat gadoh x pa. Atau pun buat gado-gado laaaagi x pa. Nanti buleh pos sikit kat nenek noh. Lapaq nih... TQ."


Teeet, Teeeeeet...
(Berita tamat)


p/s: Annoying la dengan kau. Nak sangat jantan tu, hambek...!

No comments:

the history

Followers