Entry ni, bukanlah ditujukan kepada kapten jack sparrow seperti yang digembar-gemburkan dalam cerita pirates of the Caribbean tu ye, bukan jugak kepada jack and the bean-stalk (kacang ijau yang melingkau2 naik ke langit tu), mahupun kepada jack and jill atau adik beradik yang seangkatan tentera darat, laut dan udara dengannya. Bukan ea, bukan, sume tu bukan tau..! Dah, lepas ni jangan dok tanye lagi siapa itu jack..~
Jadi, meh sini i nak cerita sikit dekat u all semuwa pasal seorang peniaga petai yang rumahnya terletak di hujung sebuah kampung di kawasan pedalaman di hulu langat shah alam... Lorh, sejak bila pulak hulu langat letaknya dekat shah alam ni... (Hadoi, jap2 i nak check mind map kejap)
Eh, tapi... (dalam gaya tgh lari2 lepas tu tibe2 brek),
Dah title entry nama abang jack, dah konfirm2 la nak ceghita pasal abang jack. Yang dok gedik sangat cerita pasai abang petai ni pasai apa...? Haish, kalau abang jack tu dah tukar profesion jadi businessman petai yang berjaya tu, lain la kan. Tapi dalam entry ni abang jack dengan abang petai tak ada kena mengena. Abang petai jual petai la, abang jack jual benda lain.
So, I tak kira. I tamau cerita pasal abang petai, because i nak cerita pasal abang jack jugak. Kalau u all nak abang petai, pergi caghi dia dekat hulu langat shah alam tu. Dah, pegi2..~ Walaupun abang jack ni manusia yang idup dalam hikayat pada zaman dahulu kala, kan. Pedulik hape i. So, mule2 i start macam ni eh...~
Ada seorang puteri raja. (Apasal masuk cerita puteri raja pulak nih) Diam kau...!
Ada seorang puteri raja. Satu hari ni, dia pergi bersiar2 dengan dayang dia. Pegi PWTC. Naik rapid bus dari istana yuhaitihem dia, ke kl central, lepas tu naik monorail la, nail lrt la (pergh, independant kan?) Itulah, nak pergi ke book fair katanya. Bertemankan dayang nan seorang tu, singular ya, bukan plural. Maka, sebaik sampai di pwtc itu, kelibat seorang putera datang kat dia. (masa tu puteri tak tawu putera itu putera). Ensem...~ Hampir kalah kapten jack sparrow i. Tapi mujur x kalah. Hampir2 je, okeh...~ kena faham statement tu.
Haa, lepaih tu (tiba2 masuk kedah), Okeh, jangan menyampuk...!
Lepaih tu kan, dan dan si putera tu approach si puteri. Ajak dia duduk2 sat, mai sembang2 sambil main chess, (catur putih menang dengan check mate pada minit ke doblas) hebat kan..? Lepaih tu lagi, dok ice breaking hitu hini, bla, bla, bla hapa suma. Aisheyman, sekali bila time putera tu dok itroduce himself, hah hambek kau,
"My name is,
'YANG TERSUNGGUH PALING AMAT MULIA,
TENKIU MAHKOTAK ONION JACK'
(opochot mak hang, terkejut si puteri tiga belas saat...~)
I'm bachelor, I live at bangsar
but my hometown at sungai petani kedah.
And you...?"
Hambek hang, tu diaaaa, terkebil-kebil si puteri. Macam cicak tertelan sekerew. Tak sangka boleh jumpa rakan sebandar waktu mude2 dulu, time study kat sg petani. Ape lagi, si puteri pon tersipu2 malu nak introduce kan diri beliau. Da la muka putera tu ensem hampir kalah jack sparrow, siap offer diri suoh si puteri hangkut dia bawak bakik istana 'yuhaitihem' lagi, haaa, setan banyak niiii... dont, dont, jangan macam ni, jangan, jangan....~
Si puteri masih kuat iman. Putera pelawa ajak lunch dekat hotel tingkat lobi pwtc tu pun dia tolak dengan penuh sopan santun dan adat istiadat. (Weh, nak refuse pon ada adat istiadat ke?)
Dan sekarang, kita ringkaskan cerita, si puteri pun minta diri untuk pulang... Dan si putera pulak, merembeskan hormon gedik dengan meng'offer' diri... Cheh! Lepaih tu lagi, sempat noh, depa bertukaq2 nombor telefon. Tapi x sempat pulak nak mintak emel atau nama dekat dinding facebook, (terkilan macam mati laki tu!). Tapi, tuan puteri pulang jugak bersama dayangnya. Itupun selepas si putera berjanji untuk datang ke istana 'yuhaitihem' pada minggu depan.
Haaa, so sekarang saya kasi bukak ini tawaran, siapa mau ketemu dengan itu putera ONION JACK,~ Nak kan..? Nak kan..? Haaa, tunggu... Hadirin dan hadirat diminta bertenang semuanya. Bawak mengucap. Ucapkan kalimah syahadah. Ucapkanlah cinta...~ (???) Pihak kami tidak dapat memberi sebarang ulasan mengenai ketiadaan gambar putera jack tersebut. So, oleh kerana tidak ada gambar, x dan la nak upload noh...? Nanti dia datang i hambek gambar dia sampai penoh memori kad handphone ni. Mana tahu ayahanda si puteri tu berkenan, boleh la naik pangkat jadi pewaris takhta... huwahaha.
p/s: onion jack? entah2 putera ni bekas komunis tak...?
No comments:
Post a Comment