Kalau aku nih mak orang la, konfirm dah lama kena maki dengan anak sendiri “Apalah mak ni, kitorang punye birthday dua minggu lepas mak baru nak wish hari ni...” cheh, kurang ajar punye anak, itu nasib baik aku wish. Sekali aku tangan karang.
Eh, eh, itu kalau aku jadi mak orang la. Tapi nasib baik tak jadi kenyataan lagi. Anak yang bukan anak orang pon aku tak terjaga. Nih, nih... Encik Belog ni, umur dia sudah satu tahun dua minggu yer, fyi.
“Minta maaf la cyg mama tak perasan tak tengok kelender masihi. Hari-hari dok kira rejab, syaaban, ramadhan tak tahu bila nak habis ganti puasa. Dok pikir nak beli kain baju raya lagi, kain langsir, kain kusyen, kain cadar, kain selimut haish segala macam kainlah nak beli. Manalah mama sempat nak ingat birthday-birthday ni semua.”
Tapi u all sangatlah comel. Sudah satu tahun dua minggu mana tak comel. Kalau tengok kanak-kanak yang dah umur satu tahun baru nak start berjalan tatih-tatih jatuh bangun jatuh bangun kepala terhentak kat kaki kerusi pon dia boleh gelak-gelak lagi, haaa macam tulah belog aku nih. Kawaaai bukan? Nak fugure yang lebih jelas? Sila lihat kanan. Yang ada kembar dua ekor dalam telur atas kereta api itu anak akulah tu. Jangan tanya siapa bapak dia. Sudah mangkat. Aku jandalah weh!
Sebab anak aku ni bukan anak orang, jadi dia tak banyak songeh. Wish cepat ke, wish lambat ke, janji wish. So, HAPPY BELATED BIRTHDAY TWINS! Teruskan usaha anda. Teruskan membelog. Eh, tulis belog baik apa untuk kesihatan. Oleh itu, sekian terima kasih. Mana tuan rumah? Saya nak minta diri... Ciaou...!!!
No comments:
Post a Comment