Gokusen 2. Drama jepun yang aku tengok baru-baru ni. Apa maksud dia entah aku pon tatau. Yang aku tahu aku sudah jatuh cinta sama Yabuki Hayato ketua kelas 3-D stok budak-budak tak ada masa depan tak ada wawasan sampah masyarakat hapa kejadah semua tuh. (Kriteria prince charming wajib ada!)
Perkenalkan, Yabuki Hayato.
Biasalah ocha, kalau buat preview cerita of course sebab cerita tu SANGATBESTNAKMATI ataupun HEROHENSEMGILE. Dan sambil tu promotlah boleh kasi declare kat semua orang macam ni, HOI HOI MAMAT TU BALAK AKU KAU JANGAN KACAU DIALAH. NAK MATI KE? Ok, faham ye tuan-tuan semua. Dah mamat lain boleh ambik yang atas tu sila ambik jugak kalau mau mati! (Gila dasyat!)
IKLAN SEKEJAP. NAK REPLY MESEJ OBAMA.
Cerita pasal Gokusen 2. Drama ni sangat comel. Cerita pasal sorang cikgu nama dia Yamaguchi Kumiko. Berasal daripada keluarga Yakuza stok mafia-mafia kalau kau tak tahu Yakuza tu apalah ye. Kemudian dia dapat offer mengajar kat sekolah Kurogin hapa nama ntah dan jadi guru kelas 3-D. Dan jumpa budak-budak setan yang macam setan ni. Ada jugak Gokusen 1 dan 3. Tapi aku tak rasa macam nak tengok pun sebab biasalah casting dah lain mana ada YABUKI HAYATO lagi. Dah la tak hensem mana ada selera nak tengok plus antara ketiga-tiga gokusen ni pon, Gokusen 2 la yang rating paling tinggi. Ok, roll~
Yang tengah tu Yamaguchi Kumiko. Nickname, Yankumi. Paling kanan tu atok dia. Dua orang kat sebelah tu geng cikgu-cikgu dia kat sekolah. Dan juga budak-budak setan yang dimaksudkan tadi.
Salah satu scene masa diorang rancang nak sabotaj cikgu diorang. Of coz Hayato yang jadi kepala. Nampak tuh yang kat tengah-tengah tu.
Perangai sume masing-masing macam hantu itu sebablah saja kasi muka tachap kiut-kiut macam ni. (Oh hantu, kiutnya awaaak...!)
But mostly budak-budak setan yang macam hantu ni cuma lima orang saja. Nih, nih.
Dari kiri, Odagiri Ryu, YABUKI HAYATO, Takeda Keita, Hyuuga Kousuke and Tsuciya Hikaru. Cheh, ayat macam ambek gambar kelas pulak. Eh, eh, fokus pada CAPITAL LETTERS ya!
Daaan, dan antara lima orang tu dua orang ni yang paling kamcheng.
YABUKI HAYATO and Odagiri Ryu
Hot stuff bukan??
Kalau berminat, boleh ambek yang KANAN SAHAJA, sebab KIRI TU AKU PUNYA. SILA REFER STATEMENT CAPITAL LETTERS KAT PERENGGAN ATAS ATAS ATAS TADI KALAU MASIH TAK FAHAM BAHASA MELAYU SAYA! Terima kasih.
Saya tahu anda juga menyimpan perasaan, tapi eh, tolong, tolong, ENCIK YABUKI HAYATO SAYA PUNYA OK. Nampak muka dia dah semacam? Itu maknanya dia tengah tension sebab dari tadi saya asyik mengumpat dia saja. DAH, DAH, makcik nak tutup kedai ni. Tadi CSI datang, dia berjaya bongkarkan satu MISTERI NUSANTARA. Sebenarnya...
Sebenarnya...
Sebenarnya... Sebenarnya...
DRAGON BALL ADA LAPAN BELAS BIJIK.
huwahahahahahahahahaha!!!
Tak, tak. Encik CSI tu bagitahu, sebanarnya, beliau bukan Yabuki Hayato. Tapi...
Eh, Eh. Ada aku cakap aku suka Akanishi Jin ke? Tak ada kan? Ok, yang ni kalau kau nak ambik silakan. Jangan risau aku tak pakai capital latters. Aku tak minatlah Akanishi Jin ke Jin Akanishi ke, anak jin ke, bapak jin ke, seluar jin pon aku x minat. Yabuki Hayato jejaka idaman kalbu itu hanyalah mimpi semata-mata. Sekian terima kasih. Akhir kata dari saya, ambiklah Jin-jin di atas. Ambek, jangan tak ambik!
p/s 1: siapa rasa-rasa dalam hati dia cakap 'alah, orang dah lama tau cerita nih...' HOI, HOI, ADA AKU KISAH...???
p/s 2: Samalah macam aku minat Captain Jack Sparrow, bukan Jhonny Depp. Aku minat Joe bukan Aaron Aziz. Aku minat Fang Shijie, bukan Jay Chow. Aku minat Rahul, bukan Shah Rukh Khan. Aku minat Gu Jun Pyo bukan, err, tatau apa nama ic dia. Ok bye!
No comments:
Post a Comment