Saturday, July 17, 2010

aLaHai aBaNg PoLiS


Percaya atau tak sebenarnya aku anti-polis. SANGAT anti itu tidaklah. Tapi lebih banyak tak suka daripada suka. Nak percaya atau tak itu kau punya pasal. Aku sendiri pon tak tahu kenapa tapi memang aku tak suka dengan polis Malaysia ni walaupun hakikatnya atok aku dulu polis, pak-pak sedara aku polis, kawan-kawan aku pon ada yang jadi polis. In fact, aku sendiri pernah bercita-cita nak jadi polis. Biasalah masa ambek law dulu bila rasa macam tak qualified nak jadi lawyer so polis memang tersenarai sebagai cabang cita-cita aku dah full stop.



Itu cerita pasal zaman muda-muda dululah. Actually aku di rumah hari ni. Pagi-pagi pergi market mak suruh beli cili kering, beli santan kelapa, abang santan kelapa siap mintak nombor telefon lagi tapi sorry la abang, handphone abang tu tash skrin tak? Kalau ada saya boleh bagi dah full stop lagi la ok.



Aku terus berjalan. Nampak seorang pakcik tua, atau lebih tepat aku kira seorang atok tua atok memang tualah weh, dia naik motor dan tak pasal-pasal ada sorang abang polis gagah perkasa ni tahan dia. Pukul sembilan pagi weh apa ke haram jadah polis tu buat road block dekat pasar? Sorang-sorang pulak tu. Paling-paling pon letak la kon dengan palang yang ada tulis “awas, pemeriksaan polis” ke hapa ke yang patut, kan. Barulah komersial nampak la hebat sikit sampai aku boleh cakap “waaaah, bagus gila polis ni pagi-pagi dah menjaga keamanan negara menjaga lalu lintas seorang diri pulak tu.”



Aku tengok muka atok tua tu macam dah cuak. Perlahan je motor dia bila polis tu tahan. Nak patah balik memang tak sempat la kan. So, nampak sangat atok tua tu bermuka confident menghulurkan tangan untuk berjabat mesra dengan abang polis gagah perkasa yang menjaga keamanan negara tadi. Tak tahu apa polis tu tanya tapi nampak macam serius. Kesian aku tengok atok tua tu weh. Atas alasan apa polis tu nak tahan dia aku pon tatau. Setakat nak pergi pasar beli sayur, beli lauk, beli roti canai nak bawak balik rumah sarapan, tak pasal-pasal je kena saman. Yela, kena saman la weh. Tak pakai topi keledar, tak ada lesen memang la kesalahan undang-undang jalan raya dah aku nak full stop lagi.



Abang polis tu pon satu. Kalau iye pon nak saman orang, saman la mat-mat rempit ke, budak-budak sekolah bawah umur ke, orang tua yang gagah perkasa ke, ini atok tua tu. Dah la tua, tak berdaya, nak bertegang urat pon tak mampu apatah lagi nak jerit-jerit kasi abang polis gerun sama dia. Kesudahannya, (aku rasalah), abang polis pon bagi alasan dia kesian dekat atok tua tu nak pergi pasar so dia pow sepuloh ringgit pon cukuplah. MUNGKIN. Mungkin itulah yang abang polis tu cakap sebab atok tua tu nampak macam hulur sesuatu tak pastilah apa aku bukannya nampak tapi rasa macam rasuah. Uiks? Takbaiklakauniochaitufitnahdowh.



Aku tak berani nak konfirm la. Tapi kalau itu bukan sesutu yang baik, itu pasti rasuah. Ooi cik abang polis ooi, tahu tak kau buat aku semakin anti polis? Itu rasuah la woi, RASUAH, RASUAH. Kau nak kembung perut ke makan harta atok tua tu? Atok tu dah tua-tua pon larat cari rezeki halal at least duit yang anak-anak dia bagi tiap-tiap bulan, kau tak malu ke tak sedar diri tu gagah perkasa tapi tak reti nak cari harta halal. Eh, kau sila jawab depan Tuhan di akhirat nanti...!



Cuba cari rasionalnya. SEORANG polis tahan seorang atok TUA. Depan pasar. Pukul SEMBILAN pagi. WITHOUT PROPER PROCEDURE. Road block hape tu weh...?


AKU RASA MACAM NAK KELUAR KERETA KASI FLYING KICK KAT POLIS TU. KURANG AJAR GILA ORANG TUA PON TAK ADA CONSIDERATION KE????? TAK ADA DUIT NAK BREAKFAST PERGI MINTAK SEDEKAH LA. TAK PAYAH NAK POW ORANG TUA. NO MANNERS PUNYA MAKHLUK.



p/s: No wonder la ayah tak kasi aku jadi polis dulu... Sekarang baru along faham ayah. Yo..!

No comments:

the history

Followers