Wednesday, July 21, 2010

Apa GoSsiP GiRL bUaT LaSt FriDaY...?

Every week memang tak sah kalau tak balik. Biasalah dulu masa duduk Kedah limaenamtujuhlapan jam baru sampai rumah, kalau nak balik pon kena fikir duatigaempatlima kali berbaloi ke tidak kalau cuti pendek-pendek tu buat apa kan? Tapi sekarang balik rumah berapa jam je. Paling-paling pon dua tiga jam dah tercangak tercatuk terkebil-kebil depan pintu rumah macam tak percaya je kau boleh sampai rumah dengan begitu cepat.


Psssst... Sebab tulah mulut mak potpet-potpet asal weekend je balik, asal balik je weekend.


Ya, memang tak ada kena mengena dengan tajuk entry. Langsung tak ada. Cuma terkenang hari jumaat lepas. Bila si gossip girl tak ada kerja. Time orang dengar khutbah jumaat, cuba tengok apa diorang buat dekat kawasan blok melati bawah ni...









Inilah kerja mereka. Buat aksi lapanbelas sssxxx berani-berani je terjun masuk longkang tu semata-mata nak ambik perfume. Weh... komersial la tu masuk longkang semata-mata nak ambik perfume. The body shop punya brand takkan nak relakan masuk ke logi pembuangan begitu saja?


Dah tu Hani, cepat keluar, kontroversi nanti kalau orang nampak...





Ok, yang ini tak tahu nak caption apa. Saja ambik tender photographer tak bergaji.


Dah balik dah mak cik aksi berani tadi. Lepas cuci mencuci botol perfume tu terus buat aksi tak senonoh macam ni. Mujurlah Haajar maintain buat aksi gadis melayu walaupun duduk tak bersimpuh.


Dah, sebab semua orang tak bercita-cita nak jadi photographer macam aku, jadi sekarang dah pandai cari alternatif buat self-timer kat telefon. Maknanya semua orang pon boleh enter-frame. Even aku tak enter-frame dari episod awal tadi. Takpe lah korang, lepas ni dendam akan terbalas. Kalau ada gambar korang lagi lepas ni, mungkin itu atas dasar kasihan. PERCAYALAH!


MUAHAHAHAHAHAHAHA
(Tibe-tibe nak jadi kejam sikit)


No comments:

the history

Followers