Eh, sekejap dah weekend. Perasaan di hati tak perlu nak ceritalah, of cos seronok, teruja, excited. Kau tak suka weekend aku pedulik hape weh? Oleh kerana aku sangat malas nak buat bedtime story hari ni. Kau pon bukannya rajin bace sangat kan? Jadi tapayah cakap banyaklah, kang habis kredit siapa mau top up?
Memang kalau perasan semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak ni memang aku sangat rajin meng’upload’ gambar. Biasalah, hobi baru. Tak hobi pon, kena buat jadi hobi jugak sebab dah kena paksa sampai 'orang tu' letak dekat wall mukabuku macam ni ‘UPLOAD CEPAT’ kalau tak upload Spain kalah... Huwahaha, jadi demi Spain yang tersayang, mission impossible pon jadi possible lah weh.
Sekarang boleh la kau cuci mata. Lagi-lagi bila gambar dah tak update kat facebook. Sebab biasalah stalker bersepah-sepah. Majlis Daerah pon tak larat nak kutip stalker yang bersepah-sepah tu. Itu pasal la semua gambar pon dipalang-palangkan. Dah pandai letak watermark sekarang. Biasalah kan dah majuuu.
Yosh, aku sukalah, kali ni JJCM memang cukup ahli, cukup forum perdana dan meggi cukup rasa, haa statement dah gile dah tu. Itu semua pasal aku gembira sangat sangat la weh, even destinasi Thai Thai yang dicadangkan dalam minit mesyuarat lepas tak di terima, tapi takpe. Hati tak kecik. Cuma menusuk ke kalbu siket la. Ye saya mengaku, part ni tak gembira.
Dan aku faham sangat la perangai masing-masing bila dah tak nak makan kat Thai Thai tu, jadi destinasi penggantinya memang susah nak decide la kan. Suruh lat tali lat tam plom masing-masing pon nak bantah cadangan bernas aku. Last-last semua buat muka konfident...
Konfidential. Konon-konon seriyus, tekun dan penuh komitment nak pilih tempat makan la ni. Bajet. Haa, carilah restoran mana kau nak. Carik, carik...!!!
Hampir sepuloh jam lapan belas saat berfikir nak makan dekat mana, akhirnya masing-masing pon bermuka pasrah bila I cakap "Weh, makan pizza sajalah." Tengok, senyum pon macam tak sudi.
Bila menu dah nampak macam ganjil, memang tak la pizza tu cap Pizza Hut Ni yang nak emo tibe-tibe ni, kan. Semua request aku asyik kena reject je. Dah la nak makan pizza fish and shrimp tak tercapai-capai. Nak makan Thai Thai pon tak dapat restu. Tapi sukelah, SUKA, SUKA..! Nak ambek gambar pon tak berapa nak segan tak macam Full Haus tu kan.
Dan lokasi (kalau kau nak tahulah...)
Sebab tak capture mana-mana logo Papa John, jadi aku tunjuk ini sajalah. Kang tak percaya pulak. Sekali pekej dengan receipt tu weh. Nasib baiklah limapulohtigaringgit tujuhpulohsen. Ingatkan sepuloh ringgit tadi. Mujur sangat tak keluar makan dengan cik abang kat sini, kalau tak memang nak kena gelak la nampak nombor dua angka macam ni weh. Sebab cik abang I tak main dua angka dua angka ni. Paling-paling pon, ok dah, aku diam.
Lepas kenyang, baru afdhal nak mulakan aktiviti extreme. Kalau dulu main boling dengan geng Melati, buat flying fox dengan geng kembara, panjat twin tower sampai tingkat 20 dengan geng sorang-sorang, naik roller coaster dekat kosmo world pon sorang-sorang weh taklah dengan cik abang bila masa kau skodeng aku ni? Haa, ada kau nampak aku buat keje extreme meng’extreme’ ni dengan geng jalan-jalan carik makan aku? Ada? Ada? Ada?
Fine, sekarang kau akan nampak..
KAU AKAN NAMPAK WEH!
Okeh, riak muka tak perlu dijelaskan kenapa. Kalau siapa cakap main ice-skating for da first time adalah senang, itu pembohongan yang sangat besar. By the way, my dear B and S memang terbaik dari ladang. Bila teringat balik, (walaupun malu sebab banyak kali jatuh kat tengah-tengah orang ramai itu) sumpah buat aku gelak tak habis-habis.
Especially, bila first time pijak ais and masing-masing nak konker palang kat tepi tu. Then tak boleh bla bila Ajaa kena sound dengan abang yang keje kat situ suroh dia ikat tali kasut sampai atas =) Lagi tak boleh lupa time Ani menjerit-jerit tarik baju aku dan aku pon terjangkit jugak penyakit jerit-jerit dia tu. Semua rasa macam lawak gila bila tengok diri sendiri terkedek-kedek pegang tepi palang tu padahal orang lain selamberland macam angin berpusing-pusing rasa nak sumpah semua orang jadi bodoh skating macam aku pon ada jugak. Okeh itu melampau.
Lepas skating, sesi modelling la. Sebab masing-masing nak pujuk hati yang bengkek tak seronok dan enjoy sangat skating tadi, oleh itu terimalah, duta terbaru auntie annes...
Dengan kiwi banana dia tu. Teruja ye ani...?
Dah, dah. Lupakan skating. Nanti kita ungkit lagi cerita tu bila anak sulung aku dah masuk akademi luncur ais tu nanti. Sekarang aktiviti bershopping, mintak-mintaklah semua perasaan tensyen tadi hilang...
Okeh, obviously memang sangat hilang! (Sebab beg plastik dia yang paling besar, kan)
Jadi, kesimpulan hari ini, satu tamau skating lagi. (Mungkin nak kalau boyfriend ajak tapi dengan syarat boyfriend kena tahu skating laa). Dua bila dah dapat anak WAJIB hantar pergi kelas skating. Tiga, lepas ni jangan gelak kalau tengok orang taktau skating. Empat jangan ingat mat rempit taktau skating. Lima MAJULAH SKATING UNTUK NEGARA...!
p/s: Arigato muchas muchas to me amor B and S. Mungkin korang tak perasan, tapi deep inside my hati aku sangat HYPER HAPPY dan ENJOY hari itu. Thanks for those sweet and candy memories. Ni bukan nak bodek, tapi I really can't stop loving both of U...!
No comments:
Post a Comment