Miss Diary,
Ya, memang aku sedang emosi.
Sebab Miss Diary tak tahu apa yang aku mahu.
Sebab Miss Diary tak tahu apa yang aku harap.
Sebab Miss Diary memang tak tahu apa-apa...
Miss Diary,
Aku tak mahu dia teruskan hari-hari mendatang dengan perasaan itu.
Aku tak mahu lihat riak wajah dia setiap kali dia sendirian.
Aku tak mahu tinggalkan dia keseorangan.
Aku mahu lihat senyum dan gelak ketawa dia.
Sebab aku mahu itu sahaja...
Miss Diary,
Tahukah kau, sakit dia sakitlah aku,
Pedih hatinya pedihlah hati aku.
Menangis dia, menangis juga aku.
Sebab kau harus tahu
Dia, sebahagian daripada aku...
Miss Diary,
Sampaikan pesan pada Tuhanku yang Maha Mendengar,
Moga Tuhanku tabahkan hatinya,
Moga Tuhanku kuatkan jiwanya,
Moga Tuhanku tenangkan perasaannya,
Sebab aku tidak mampu melakukan semua itu untuknya...
Miss Diary,
Sampaikan lagi pesanku pada Tuhan,
Supaya tunjukkan dia pilihan yang benar,
Jalan yang terbaik untuk dilaluinya,
Insan yang benar-benar layak untuk bersamanya,
Sebab aku tak layak menentukan keputusannya...
TUHAN, janganlah Kau berikan ujian yang tidak mampu dipikul olehnya. Andai beban itu mampu Kau alihkan, aku pohon, alihkanlah ia dibahuku...
p/s: jangan cakap macam ni sayang...
No comments:
Post a Comment