Tuesday, July 27, 2010

aFiLiAsI kUmBaNg vs bUnGa


Psst.. pertama kali aku nak puji lecturer dalam belog ni. Madam Noriza namanya. Berikan tepukan gemuruh semua...


Wuhuu, sebab dia sangat best okeh. Tapi jangan tanya kenapa aku cakap best. Aku pon taktau sebenarnya. Mungkin sebab dia suka bagi lecture sambil pot pet-pot pet dengan sangat lawak plus banyak bagi tips-tips kebahagiaan rumah tangga, weh, first time aku salin semua cerita merepek-repek lecturer dalam note book aku okeh. Itu pun sebab aku rasa cerita merepek itu juga adalah silibus untuk aku. Macam aku cakap merepek-repek dalam belog suka cerita meleret-leret tapi ‘meleret’ dia tu versi lecture la. Ada input dan bermanfaat tak macam aku tak ada input dan tak bermanfaat. Kau tak boleh dengar pot-pet dia kan, so aku cerita di sini sajalah.






Teringat hari tu Madam Noriza cerita pasal kumbang dan bunga. Bunga si perempuan, kumbang of course lelaki la. Jangan kata tak ada kena-mengena dengan subjek. Adaaa... Terus terang la ye, sebelum ni aku tak sedar afiliasi kumbang dengan bunga ni sangat dekat dalam hidup kita. Yang aku faham perempuan tu bunga sebab bunga tu cantik, menarik tertarik kau memang da bomb dan kumbang pulak memang semulajadi sifatnya suka dekat bunga so setakat itu sahajalah akal fikiran aku ni. Cetek, bukan?



Tapi Madam Noriza bagi description dengan lebih detail lagi. Nak tahu? Ok baca.



Bunga itu cantik. Perempuan pun cantik. Walaupun ada yang tak cantik, tapi kebanyakannya memang cantik. Ada yang besar, ada yang kecil. Ada yang harum ada yang busuk. Ada yang boleh dipegang, ada yang tak boleh dipegang. Ada yang segar, ada yang layu. Ada bunga asli, ada bunga tiruan. Perempuan pun macam tu.



Ada yang cantik, ada yang huduh. Ada yang berisi ada yang ramping menawan. Ada yang dara ada yang tidak, eh betul la weh. dah tak suci layu la. Ada yang susah nak tackle ada yang senang nak bawak ke hulu ke hilir. Ada yang single ada yang not available. Ada yang yang melayu asli ada yang mat saleh celup rambut karat-karat semua benda pun nak fake. Plastic surgery sana, botox sini. Haa, dah nampak persamaan, kan?







Kalau kumbang pulak, memang dominan dengan lelaki sebab kumbang obviously haiwan yang paling suka duduk dekat bunga. Ada kau nampak lalat suka dekat bunga? Nyamuk? Belalang? Mentadak? Mentadu? Mentimun? Memang taklah mentimun tu hidup kat laut weh. Orang suka petik bunga simpan dalam rumah buat hiasan. Tapi mana ada orang suka simpan kumbang. Nak buat hiasan apa dah la tak cantik tak harum. Macam manusia la. Lelaki memang suka semua perempuan. Kalau boleh nak simpan semua buat stok bini. Ada kau dengar perempuan simpan lelaki?



Lagi kau pon tahu kumbang memang suka hisap madu bunga. Samalah macam lelaki suka rosakkan perempuan. Taklah semua suka buat macam tu. Mana yang spesis kumbang tak bermoral tu, memang laa. Ada kau dengar Aminah rogol Ali? Ada? Ada? Sumpah Aminah itu memang ganas! Dan ada kumbang yang berbisa, ada yang jinak, ada yang beracun ada yang tak, tapi mostly memang tak menariklah kalau nak dibandingkan dengan bunga, kan.



Jadi, itu contoh sajalah. Nak describe asal usul dari mana orang tua dulu-dulu dapat idea dapat ilham cipta beribu-ribu simpulan bahasa, peribahasa, pepatah, perumpamaan, bidalan, bla, bla, bla semua tu. Sebab semuanya berkait rapat dengan manusia cuma dalam deskriptif yang lebih lembut dan berlapik kata saja. Padahal sama. Biasalah orang melayu memang bersopan santun kan?



Jadi motif entri kali ini? Entah.



Ocha...... bab merepek merapu ni dia memang suka. Lagi-lagi bila kelas Madam Noriza batal hari ni, sebab tu la tiba-tiba teringat lecturer kesayangan. Fine. Masa dah tamat. Baca buku laras undang-undang sekarang Ocha!




p/s: Kau memang kumbang durjana!

No comments:

the history

Followers