Monday, July 5, 2010

OpENiNg Of 2nD sEmEsTeR

Seronok.. At last, the 3 of us ‘REUNION’ akhirnya... VSB macam biasalah lagi mau tanya ka...? Kesal, sebab tak ambik gambar bertiga waktu lunch semalam. Even teringat nak capture pon, tak tergamak nak keluarkan kemera sebab masing-masing tengah kebuluran, jadi saya ambil tender jadi kameraman amatur sajalah.




Kan dah kata masing-masing kebulur. Sorang pon tak nak fokus pandang kamera buruk I nih.


Ok, 1st day pergi kelas, nothing much. Setakat 1 kelas je apa nak cerita. Lainlah kalau kelas start pukul lapan sampai pukul enam tanpa henti itu memang nak mati post belog tiga hari tiga malam punye cerita pon takkan habis. Disebabkan fikiran masih sarat dengan YAMASHITA, TOMOHISA, YAMAPI, TOMAPI, TOMOPI, TOMO-KUN, (tak ada kena mengena dengan tomok ok) jadi that's why subjek-subjek macam Malay Cosmology, Constructive Analysis, Sociolinguistics dan sebagainya itu tak ada ruang nak masuk dalam kepala batu inilah, kau jangan tanya makhluk apa subjek itu semua aku belum buat ice-breaking dengan diorang lagi.


Daaaan..... tabiat bangun lambat pon masih lagi susah nak kikis. Apatah lagi kalau masih CUTI dari sebarang kewajipan rukun islam. Mujur, kesedaran masih bersisa, jadi bangun awal jugaklah.


Cerita pasal rumet? Waah, saya sangat berbangga, terharu, excited, gumbira macam nak lompat-lompat atas katil kerana dapat bersama si bunga Lily tercinta. Lepas ni bolehlah main sorong-sorong troli kat tesco beli barang dapur sama-sama macam sem 3 kat Kedah dulu. Lepas tu berebutlah nak offer kad tesco masing-masing sebab nak tambah point. Jangan tanya apa motifnya, saya masih menyiasat ni, ok.


Then every night lepas ni bolehlah bersiap sedia dengan request “Hani tolong pilihkan baju nak pakai besok.” Lepas tu bila nak makan, dah tau dah mana nak campak segala cili padi dalam pinggan saya ni. Tambah-tambah lagi bila puasa nak dekat, rasanya kena sediakan satu alarm ala-ala bom nuclear letak kat telinga supaya senang Cik Lily tu nak bangun sahur. Kalau tak, around pukul 9 pagi pon mulut dia dah berkicau “Tasha nak makan apa ek berbuka nanti?”


(Pssssst... Dia tinggalkan saya sorang-sorang dalam bilik ni. Bila dia balik nanti, siaplah!)


Ok, habis mengumpat pasal rumet. Lepas tu Cik Lavender tu, yang kalau rasa-rasa nak tolong I masak spaghetti ke, bubur ayam (segera) ke, bihun goreng (perencah segera) ke, cucur (Adabi segera) ke waktu berbuka bulan puasa nanti, pandai-pandai la turun ke bilik bawah tanah ini yer. Nak harapkan makcik Ocha yang dah tua kerepot ni menapak naik ke tingkat empat tu, mintak maap la bebanyak. Eh, dah, dah. Ni siapa yang start cerita pasal spaghetti, bihun hapa kejadah semua ni haaa?


Ok, mak cik mintak diri dulu. Sebelum tu, terimalah ucapan sepatah dua kata, sempena perasmian semester baru ini dari mak cik...


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...!!!

SERONOK DAPAT JUMPA AWAK SEMUA



(Gambar tak ada motif.)

Saja nak promote choco chip yang Cik Lavender buat nih. Mana tahu raya nanti boleh buat bisness. Huuu, kayalah makcik!

No comments:

the history

Followers