Thursday, July 29, 2010

UnTuK EnCiK bEnO MemOnaLeiZe AiMaN

Maafkan saya Encik Beno MemOnaLeiZe AiMaN aka Ben,

Kalau selama ni saya selalu sisihkan awak,
saya selalu ketepikan awak,
padahal awak la perkara terbaik
yang pernah muncul dalam hidup saya.
Saya tak dapat bayangkan
macam mana saya nak teruskan hidup ni tanpa awak.
Selama ni awak la yang selalu tolong saya.
Siapkan assignment saya,
teman saya tengok movie,
jadi orang tengah antara saya dengan kawan-kawan saya,
semuanya awak.

Maafkan saya encik Beno,

Kalau selama ini saya kasar dengan awak.
Saya buat awak macam tak ada perasaan.
Macam awak tak bernilai.
Padahal awaklah harta termahal yang saya ada.
Saya belum bersedia untuk cari pengganti awak.
Awak adalah yang terbaik bagi saya.
Terlalu banyak kenangan manis yang saya simpan dengan awak.
Dan saya mahu kenangan itu terus ada antara kita.

Maafkan saya Encik Ben,

Saya tahu saya selalu sakitkan awak.
Dua tahun sudah cukup lama untuk awak lepaskan
segala kesabaran awak dengan saya selama ni.
Tapi saya mohon, tolonglah jangan sekarang.
Janganlah luahkan kemarahan awak itu sekarang.
Saya janji saya takkan berkasar dengan awak lagi.
Janganlah tinggalkan saya plezz.
Saya tak mahu kehilangan awak.

Ben,

Kalau awak dah tak sayangkan saya lagi,
tak apalah.
Saya terima andai itu keputusan awak.
Mungkin,
sampai di sini saja jodoh kita.
Saya terima segala ketentuan.
Mungkin dari awal lagi
semuanya memang salah saya.

Tulah, sapa suruh tak jaga laptop elok-elok...



Beno, kalau kau nak talak aku pun, tunggu la sampai habis sem dulu. Kalau kau tak ada, macam mana aku nak buat kerja sekolah? Cikgu marah nanti...

No comments:

the history

Followers