Monday, August 30, 2010

aKu BeNci BiLa...


Aku benci bila;

Komander kembara dah jadi macam komander kesat. “Kamu jangan tarik muka dengan saya boleh tak? Saya tegur untuk kebaikan... bla, bla, bla.” Aku tahulah memang salah aku pakai serkup hitam. Kesalahan kecik tu kau sampai nak ceramah aku and buat perangai annoying depan aku. Kau tak payah nak harap aku bermanis muka sangatlah ok. Dah, sekarang kau sila masuk dalam list ‘anti’ aku. Lantak. Ada aku kisah?


Aku benci bila;

Orang pandai bodek-bodek aku minta tolong itu dan ini tapi bila aku nak minta tolong... “Akak dah bagi kertas tu dekat A. Kalau dia tak bawak akak tak tahu...” Ayat nak bagi kat aku macam nak cakap “That’s not my problem.” Bengong la. Softcopy kau ada, kertas kau ada. Kalau memang nak tolong orang, macam-macam inisiatif ada. Tak mau tolong cakap straight kan senang.


Aku benci bila;

Weekend. Sekarang dah duduk Shah Alam dan semua dah dekat dengan rumah so boleh balik rumah tiap-tiap minggu tingalkan aku. Aku pun dekat jugak tapi taklah sampai nak balik tiap-tiap minggu sampai aku rasa weekend in Shah Alam is nothing. Boleh list week yang mana satu aku have fun? Kejap, aku semak diari.


Aku benci bila;

Time aku nak keluar and semua orang sibuk dengan urusan masing-masing, angkat tangan like ‘please don’t disturb me”, tapi bila aku sibuk nak buat kerja, assignment, time tu laa semua orang nak ajak aku keluar and buat aku serba salah jugak nak keluar.


Aku benci bila;

Orang nak dapat nama bila sesuatu benda tu hasil titik peluh aku. Yang susah, yang payah, yang jerit perih semua aku, tapi pergi canang kat semua orang dia yang buat. Tak payah jadi parasit sangat la ok.


Aku benci bila;

Orang salahkan aku atas kesalahan diri sendiri. Please, don’t blame it on me when u yourself put me aside.


Aku benci bila;

Jatuh cinta dengan orang yang kawan baik aku sendiri suka. Aku bukan benci kawan aku, tapi aku benci diri aku sendiri yang bengong sangat pergi gedik nak suka orang yang sama. Setia kat sorang sudah la ocha.


Dan aku juga benci bila;

Aku terpaksa tulis macam ni untuk luahkan perasaan aku sendiri. Aku bukan jenis yang sanggup explode hati orang depan-depan macam aku tak ada perasaan. Especially orang yang aku sayang bagai nak mati. Tapi bila orang tak boleh nampak hati aku, ini saja aku rasa cara yang paling mudah untuk bagi orang nampak.



Laser tak laser sangatlah kan.



2 comments:

Alia Rahman said...

lek lu laling...
salam sygku ocha...
komander mn yg bt u naik hangin ni b g taw i...
bia i luku skit...
ahaks...
bia ayat kt laser tp bkn mulut kt k...
b urself...
chayok2!!!

Unknown said...

hihi, ade la komander yg tertentu.. tapi rasa mcm semua pon dh termasuk kategori tu..haha. xpe ea ayat keser..? yes, be myself la ni yunk.. tanks..hihi. chaiyok2 jugak!

the history

Followers