Beno saya sudah pulih. Jadi hari ini wajib gembira. Tak kisahlah walaupun terpaksa menanggung kos perubatan sebanyak tigaratustigapuluhtigaringgit yang penting Beno kesayangan saya kembali sihat. Sebab tu teruja nak kongsi kegembiraan ni. Baiklah, sekarang masa untuk ucapan daripada Datin Paduka Hajah Sri Akira Kenzo kepada teman-teman istimewanya...
"Wahai kawan-kawan yang cumel, Cik Hunny Bunny, Cik Honey Bee dan cik yang tak lama lagi nak tua sikit, Mrs.Jae, terima kasih saya ucapkan di atas kesudian, keprihatinan dan kebaikan hati anda semua yang sudi meminjamkan laptop kepada saya seminggu yang lepas. Terima kasih daun keladi, daun kelapa, daun kesum, daun ketumbar ambik la semua daun yang kau nak. Kalau ada apa-apa masalah teknikal atau kerosakan pada laptop anda yang berpunca di atas kecuaian jari saya yang tak berbedung ni, boleh tuntut dalam masa lima saat. Ok masa dah tamat. Tak boleh kelim lagi dah. Bye."
Beno yang sudah kembali bermaharajalela di atas meje study. Meow~
Chop, chop. Sebelum berpisah, nak buat sesi meng'kerek'kan diri dengan rakan gossip kejap. KHUSUS UNTUK RAKAN GOSIP SAHAJA OKEH! dengan ucapan,
"Weh rakan gosip, tergamak korang balik last week tinggalkan aku. Benchinya. Dah la tak ada geng, lepas tu tambah-tambah benchi bila terpaksa kerah keringat nak jawab dua test dua hari berturut-turut. Oh my. Korang ni memang sangat menguji kredebiliti aku sebagai anak cucu cicit hang tuah. Mujur aku ada adik beradik tiri untuk menumpang kasih walaupun hanya sementara. Nah. Harap korang jeles dengan paparan gambar-gambar ini."
Sebab tiba-tiba terkenang waktu berbuka puasa bersama adik beradik tiri, adik beradik tumpang dan adik beradik tipu hari tu. Yela, saya ni anak pungut. Hidup sebatang kara je.
Hidup sebatang kara tapi mewah dengan kfc dan float kfc. Oh My Gucci, lapar pulak post entry ni siang-siang hari.
Introducing, kak Fira and kak Wahida. Dok telan air liur lagi tengok limaketulayamgoreng dalam satu pinggan. Dua pinggan dah sepuluhketul, tiga pinggan pulak dah... OK, tau la semua orang A1 matematik.
Kak Yuyu pulak dengan muka sungguh bernafsu tak sabar-sabar nak terkam ayam itu semua.
Dan kak Ani dengan aksi nak cucuk-cucuk pipi kasi nampak kurus sikit walaupun dah memang kategori kurus terlampau. Cukup kak Ani, cukup, cukup!
No comments:
Post a Comment