Thursday, September 30, 2010

I'm TaLk aBoUt LoVe!



Kadang-kadang bila hati terjentik rasa yang bukan-bukan, automatik otak pun akan fikir yang bukan-bukan. Eh, jangan nak beluw sangat ye. Semua ini datang dari dalam hati lantas menghantar isyarat pada jari untuk menekan kekunci. Malu nak luahkan. Sangat malu.

Tapi tanyalah siapa-siapa pun, tipu kalau semua orang mengaku mereka bahagia menjadi single duapulohempatjam. At least dalam satu hari, sekurang-kurangnya pasti akan terdetik dalam hati dia seminit, 'bilalah aku nak ada boyfriend', 'bilalah aku nak ada girlfriend.' Lepas tu dah, dia buat dono, huha huha dengan kawan-kawan, fokus pada studi balik, sambung basuh kain, atau terus tido. Kan weh?

Motif nak cakap, dalam tempoh duapulohempatjam bagi individu yang single tak sama dengan tempoh dupulohempajam individu yang berdua lebih baik. Cheh, bajet nak setuju dengan lagu acha septriasa. Tapi kau orang pun individu juga. Bebas untuk berfikir. Buatlah apa saja kesimpulan pon like ada-aku-kisah? Ya, maaf. Saya hormat pendirian anda.

Ada orang cakap, jodoh itu seperti jambatan. Membantu kita menyeberang untuk sampai ke gerbang cinta sejati yang berkekalan, aicheh ayat aku. Maksud ayat tu macam ni la. Kalau panjang jambatan tu, lambat la jodoh kau. Kalau pendek jambatan, cepat la sampai kad jemputannya nanti. Tunngu jela abang posmen tu kat depan rumah kalau tak sabar sangat.

Jadi, jangan risau. Semua orang ada destinasi cintanya sendiri. Semua orang ada jambatannya sendiri. Cuma kita tak tahu sama ada jambatan itu panjang atau pendek. Kalau nak tahu sangat, pegi ambik pembaris, ukur sendiri.


Ini jambatan saya yang panjang dan jauh dan bermakna jodoh saya masih jauh. Masih underage jadi tak boleh bercinta masa kecik-kecik nanti cikgu marah.


Ini jambatan awak. Sebab awak tak payah jalan jauh-jauh sekejap je dah sampai dah jumpa jodoh. Jadi awak dah besar nak bercinta cikgu pun tak marah, malah lagi galakkan.



Jadi kita sambung lagi. Puan Azita, pensyarah Malay Cosmology saya pernah cakap dalam kelas, ala-ala beginilah ayat beliau.

"Kalau kita perasan, anggota tubuh kita ni semuanya berpasang-pasangan. Kita ada dua telinga, dua mata, dua tangan, dua kaki, pendek kata semua anggota yang tepi-tepi ada pasangannya. Tapi bahagian yang tengah cuma satu, tunggal dan ganjil. Itu sebabnya kenapa Allah jadikan kita berpasangan supaya pasangan kita itu akan melengkapkan anggota tubuh kita yang tunggal itu."

Dah, jangan fikir terlampau banyak anggota 'tunggal' tu. Ambik 'mulut' je sebagai contoh. Kalau tak percaya lagi, pergi bukak tafsir al-quran, nah, ni dalil, surah Adz Dzaariyaat (51): 49

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah."

Biarlah lambat jodoh kita sekalipun asalkan kita mendapat Mr.Right yang betul-betul right daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman, yang haram jadah, yang menghabihkan boreh yo di kemudian hari nanti.

Lagipun, kita selalu tersilap dalam mentafsir kehidupan ini. Kita selalu ingat, aku-konfirm-bahagia-kalau-dapat-dia-ni. Tapi bila kita benar-benar dapat 'dia' yang kita nakkan sangat-sangat tu, macam-macam masalah join sekaki. Mulalah nak menyesal, main tarik-tarik rambut, tarik-tarik muka, nasib baik tak main tarik-tarik tali.

Jadi sebelum I stop memberi ceramah motibasi ini, ingatlah, semua insan layak merasa kebahagiaan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan kita itu dalam setiap sujud dan doa kita. Bukankah Tuhan kita Maha Mendengar, kawan-kawan.

Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

CERAMAH DAH TAMAT

Dipetik dan dikupas dan dimodified dan diubahsuai dan direnovate dari SINI. Jangan malu-malu, kelik saja untuk maklumat lanjut. Terima kaseeey...

p/s: Untuk 'my sayang', cinta juga boleh berkomunikasi melalui fikiran. Kita boleh menghantar isyarat cinta dan gelombang kasih sayang tu melalui gelombang fikiran kita. Lakukan secara berterusan dan jangan berputus asa. Insya-Allah, cintamu itu akan berjaya. So, please try this at home. Arigatok!

No comments:

the history

Followers