Thursday, September 23, 2010

tOp TeN FaVoUriTe mEnU JjCm - edisi aSaSiAn

Tahu tak macam mana 'Geng Jalan-Jalan Cari Makan' boleh wujud? Sebab asasian UiTM Kedah semua ada potensi untuk menggantikan Maria Tunku Sabri dan Serina Redzuan dalam JJCM di TV3, mana tahu suatu hari nanti tiba-tiba terfemes pulak keluar kat tibi jadi hos sebenar haaa, korang tak tahu. Seriyes, thanks to Sungai Petani dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya sebab memang tak ada kerja lain kau dan engkau waktu bergelar asasian dulu melainkan makan-makan-makan-makan-makan kan? Nampak, berapa banyak perkataan makan tu? Maknanya memang banyak makan laa.


With that, check this out, TOP 10, menu-menu dan lokasi-lokasi JJCM feveret sepanjang wujudnya kanak-kanak riang yang bergelar asasian undang-undangan uitm kedahan, sebab aku tiba-tiba kelaparan petang ini jadi gambar-gambaran nostalgiaan yang lalu sangat menggamit seleraan disamping menggamit memorian macam lagu memori daun pisang pulak dah jadinya ni... 'Saksikanlaaaaaaaah..... aaah.....'


RANKING START WITH 10. JADI, dipersilakan...


TEN: Desserts
LOKASI: Mana-mana lah.


ABC. Memang feveret.



SUNDAE McD. Senjata rahsia kalau merajuk.



ICE-KIMOO. Pon boleh jugak.



TAKO-TAO. Laaaagilah suka.



PRETZEL AUNTIE ANNES. Ajaa's favourite.




NINE: McDota Fried Chicken.
LOKASI: Tengah-tengah ceruk bandar SP.





McDota ni nak kata ala-ala kepci and McD pon buleh la. Main menu, ayam goreng. Strategik ya amat punya lokasi sampai dah ujung-ujung sem baru tahu wujudnya beliau. Sob, sob. That was the first and the last time we go there. Bye-bye McDota. Aku tahu aku takkan jumpa kau dekat mana-mana tempat selain SP lagi lepas ni. Melainkan kalau kau dah buat francais kat Shah Alam, insyaAllah kami shooting di sana lagi. Kau jadi tempat kesembilan dalm ranking sebab kau paling tak femes. Daaa~




EIGHT: Roti Canai.
LOKASI: Pelita Nasi Kandar



Sebab tak ada gambar roti canai semata-mata jadi terpaksa upload gambar sisa-sisa kuah kari dengan model ala-ala artis seperti di atas. Uncle-uncle mamak pasti merindui kami semua. Lama suda tidak melepak bersama bukan? Tapi Shah Alam tak ada Pelita. Yang ado? Barra. Khalifah. Kayu. Dahan. Ranting. Tunggul. Katakau.



SEVEN: Nasi putih + Lauk-pauk.
LOKASI: Tepi jalan, depan masjid.
(taktau nama sebenar tempat)




Ini, tak ada ayam goreng, tak ada roti canai. Ada baik kau order nasi putih dengan lauk-pauk pelbagai jenis sebagai menu. Of course sangat jarang makan macam ni sebab bila nampak segala senarai menu terus akan jadi rasa tamak haloba kalau boleh semua makanan pon kau nak order. Tomyam, ikan tiga rasa, sayur goreng, telur dadar, sotong goreng tepong agak-agak bila lagi kita nak makan macam ni ye rakan-rakan?



SIX: Kuey Teow Kung Fu, Karate Kid, Hong Kong, Kantonis
Lokasi: Semua kedai yang ada menu di atas.



Dulu macam addicted gila nak makan menda alah ni. Asal kuar je mesti order beliau. Mana-mana pergi la. Sampai pergi queensbay pon nak order jugak padahal punyelah banyak menu yang lagi munasabah dari itu. Penat oow, datang jauh-jauh. Sekali kungfu jugak pilihan sanubari kau. Haa, gila taksub kan?



FIVE: Tomyam Kung
LOKASI: CS Sg.Petani (selalunya laa)





Kadang-kadang makan je kat kedai tu. Kadang-kadang bungkus bawak balik lepas tu panaskan kuah dia dalam rice cooker sampai berbau harum satu bilik. Sebab murah dan banyak dan sedap, sebab tu selalu tergedik nak beli. Memang kegemaran saya tanpa kompromi.




FOUR: Steamboat.
LOKASI: Jhonny' Restaurant. QB.




Ini boleh jadi feveret no.4 kalau dompet masing-masing tebal okeh. Memang suke. Semua orang pon suke. Kecuali part nak menyepit bahan-bahan pakai chopstik besi masuk dalam mangkuk steamboat. Nyaris-nyaris I nak pakai tangan tapi masih boleh la sikit-sikit ye tuan-tuan puan-puan sekalian. Yang kehijau-hijauan tu pon menu wajib kalau makan Jhonny's. Like cinta pandang pertama. Fisrt time makan terus kau suka. Nee...



THREE: Secret Recipe.
LOKASI: Village Mall oweys.





Satu slice kek mesti ada

Ice-Lemon-Tea pon wajib order.

Itu sahaja feveret menu dulu-dulu kalau pergi secret recipe. Sampai masing-masing pon ada feveret cake. Yang ni Ajaa punye, yang ni Ani punye, yang ni aku punye. Ok, dah.



TWO: Hotmas yang Bajet Hot
LOKASI: Hotmas la. Dekat dengan Village Mall.


Bab ayam meng'ayam' ni, memang feveret saya dan rumet,


Manakala, bab claypot meng'claypot' atau sizzling men'sizzling' pulak, feveret ajaa.


Bila sampai part kedai feveret, bertambah lapar pulak rasa. Feveret I ini. Sungguh. Tapi Haajar mungkin tidak. Sebab selalu ada problematic event dengan menu yang dia order. Tak faham aku. Tak kisah la ye ajaa. Yang penting, Hotmas memang sangat fofuler masa asasian dulu kan. That's why aku ajak kau. Dan thats why jugak dapat top ranking no.2. Bangga la hotmas tuu.


TOP RANKING, PALING HEBAT BERMUTU GAYA DAN KEUNGGULAN

ONE: Pizza Hut
LOKASI: VM, CS, tu biase...


Super supreme memang satu KEWAJIBAN.


Garlic Bread itu satu kebiasaan.


Kenapa dapat ranking nombor satu, sebab makan kat pizza hut paling banyak sepanjang tempoh mengasasikan diri. Kang post gambar banyak-banyak kang, meninggal pulak semua orang tengok. Ok, baik stop sampai di sini. Bye!



Punye taksub dengan makanan, sampai poster gambar makanan pon nak ambek. Perangai.

No comments:

the history

Followers