Saturday, October 30, 2010

HKL aka JJCM aka ESKIMO haaa, pelik kan tajuk?

  • Terima kasih kepada semua yang membaca entry sebelum ini dan mengakhiri bacaan anda dengan doa untuk Hani Afiqah kesayangan saya. Alhamdulillah, keadaan dia makin baik, nampak segar dan ceria waktu saya dan Haajar dan Syazni dan Ezzy dan Linda melawat dia dekat general HKL semalam. Terima kasih Tuhan atas limpah dan kasih sayang-Mu. Kurniakanlah nikmat kesihatan itu kepada kawan-kawanku selalu... (Siapa mengaku kawan, amin cepat!)


Tak lama lagi, padam la nama tu. Doakan ye. Terima kasih.

  • Aaaaw, skema pulak guna saya-saya-saya ni. Haaa, saya tukar ye? Saya tukar tau? Siyes ni aku nak tukar. Aku nak tukar pronoun ni. Eh, eh, tak sedar dah tertukar dengan sendiri. Rasa magik pulak tangan sendiri taip tapi tak sedar. Macam MAGIKA. Aaaw lagi aaww aaaww...

  • Oh, ok dah, dah. Tuhan dah beri kesedaran pada diri ini. Tuhan dah beri isyarat dalam hati sampai ke neuron otak. Sampai sel-sel otak pun mula berkembang dan saling berhubung macam kanak-kanak dalam Anmun Essential Tom Tom Bak, maka selalulah terngiang-ngiang di telinga macam ada suara halus berbisik mengilai-ngilai cakap WAHAI-OCHA-hihihi-KENAPA-KAU-ONLINE-NI?-hihihi-TAK-RETI-RETI-NAK-STUDI-KE-hihihi-HEBAT-SANGAT-KE-TAK-STUDI-BOLEH-DAPAT-DEAN?-hihihi. 

  • Kenapa ada hihihi tu, sebab kan tadi dah cakap suara tu macam mengilai-ngilai. Tu konon-konon macam hantu pontianak harum sundal malam mak lampir sundel bolong la tu. Amboi, hantu pon nak nama glamer. Konon boleh buat hipotesis semakin glamer nama hantu tersebut, semakin takutlah dalam diri ini dan semakin takut untuk online dan semakin sedar diri pergi baca buku supaya berjaya dunia akhirat, sekian...

  • Owh, pagi semalam makan McD. Tunaikan hajat Haajar saya konon macam orang pregnant mengidam nak makan itu ini jadi wajib tunaikan hajat beliau kalau tak kempunan, nanti bila beranak anak pulak ikut mengidam dah macam keturunan mengidam pulak tu yang kita tak mau tu kan? Sebab tu harus bangun pagi gosok gigi cuci muka dan tubuh badan sume siap-siap pukul lapan bergerak pergi Mekdi PKNS breakfast. Uish, gigih.

  • Ni kalau mak-mak di rumah tahu ni konfirm berkicau mulut apa punya anak dara ni belum kahwin dah pandai biasakan diri sarapan di luar rumah. Nanti dah kahwin, pagi-pagi start enjen kereta cabut pegi drive tru husband masuk dapur je terus kagum waaaah-pandai-sayang-buat-pankek-cantik-comel-comel-macam-beli-kat-kedai-je sekali kantoi nampak paper bag mekdi dalam basket sampah. Haaa, macam mana tu?

OK dah, dah. Ocha, Ajaa, Syazni, Ezzy dan Linda, kami semua berazam lepas kahwin taknak praktik kan perangai macam ni. Jadi please jangan reject kami sebagai calon isteri. Please, please...!!!

  • Dah kenyang, lepas satu setengah jam perjalanan, lepas berhenti dekat tiga stesen minyak tanya jalan, lepas berapa kali jumpa trafic light, lepas berapa kali buang air kecik dan air besar, lepas berapa kali tepek bedak kompek dekat muka berminyak, lepas berapa kali nyanyi lagu kebangsaan dan patriotik dalam kereta, lepas berapa kali... Dah, dah, tak payah nak praktik retorik pengulangan sangatlah. Konon macam ahli politik buat kempen nak raih undian rakyat macam ada orang nak undi kau. Akhirnya... AKHIRNYAAA... Kami sampai juga ke Hospital tersebut. Kagum tak?

  • Siapa cakap tak ada GPS tak boleh jumpa jalan? Ni, bukti. Dah sampai pun HKL. Dah jumpa pun Hani Afiqah Mohamad Jamal. Pak cik Jamal pun dah jumpa. Isteri pak cik Jamal pun dah jumpa. Lupa nak interview nama. Tak apalah. Biarlah rahsia. Aicheh.




Gambar bukti 1



Gambar bukti 2



Gambar bukti 3



Gambar bukti 4



Gambar bukti 5


  • Dah percaya kan kan kan. Bagus. Ini baru contoh kanak-kanak independant. Harapan bangsa dan negara. Sebab sanggup pinjam kereta sewa Melati al-maklum la tak ada siapa simpati nak dermakan kereta hatta sehari dekat kami. Dan tak siapa pun nak sedekahkan kompas dengan map dekat kami. Oouh Tuhan, terima kasih kerana membantu kami dan permudahkan urusan kami. Ini betul-betul insaf punya ayat ni. Jangan gelak!

Lepas tu, dah tamat waktu melawat, balik Melati, Shah Alam, dan bermulalah sesi JJCM versi duo OCHADANHAAJAR. Hani, awak kat hospital, duduk baik-baik, kasi sihatkan diri dulu. Dah boleh senyum lebar, dah boleh gelak kuat-kuat, dah boleh gurau-gurau cuit sana cuit sini, dah aktifkan dirimu baru boleh JJCM versi trio ok.


  • Owh, tanak merepek banyak. Sebab macaroni prawn dengan spaghetti meatball dah selalu nampak. Ini je yang pelik. Jadi harus display.



Ni nama dia Strawberry Marshmellow Cheese yang dah lama display tapi tak rasa nak makan sebab ingatkan tak sedap sekali bila dah makan...




terus rapatkan bibir macam ni, cakap Eeemm-sedapnye-sedapnye-sedapnyeeee....!!!





Haajar pun rasa macam nak print out gambar ala-ala model dia ni lepas tu advertise satu kampus promote Strawberry Marshmellow Cheese dekat semua orang ntah-ntah orang lain dah naik muak telan kek tu kau je gayat baru first time. Kan dah kena. Haa, salah siapa tu?


  • Jadi kesimpulannya, semua kek Secret Recipe memang sedap dan jangan pandang rendah pada kek Secret Recipe walaupun nampak huduh, nampak tak macam delicious mouth-watering dessert, nampak macam kecik padahal kemain liat nak habiskan siap main tolak-tolak piring cakap kau la habiskan nanti aku bawak pergi tasik Shah Alam, yang sorang pulak cakap kau la habiskan nanti aku bawak pergi JJ. Eh, kau la, kau la, eh, eh, eh, nasib baik abang Secret tu tak buat aksi tiba-tiba datang konon nak selesaikan masalah cakap macam ni, biar-abang-jela-yang-habiskan-kek-you-allz. Haaa... Bulat mata kau masing-masing.



  • Eh, dah habis? Haa, dah habis dah pun. Masing-masing pun tarik nafas lega sebab dari tadi suma dok cakap dalam hati Bilalah-Ocha-ni-nak-berenti-merepek-ni kan kan kan. 



Ye, I nak berenti la ni. Haa, tu JJCM dah habis. Akhirnya pergi JJ tak pergi tasik Shah Alam. Maghrib-maghrib tak elok buat maksiat tepi tasik jadi lepas bayar harga sweater kuning dan lepas bayar harga jeans yang dia 'TER'beli dua helai tu, Haajar pow McFlurry Milo dan kami blah. 



  • Dah lama tak post JJCM aka Jalan-jalan Cari Makan kan? Sebab tu curi masa jugak hari ni walaupun SEDAR aka aku sedar diri la weh besok ada killer paper Sosiolinguistik nak jawab dekat Dewan Annex ala-ala antartika punya air-cond tu. Haa kau jangan terkejut  pulak kalau nampak aku macam orang eskimo dekat Menara Saas tu besok. Kalau keluar akhbar metro tajuk dia tulis 'GEMPAR-ORANG-ESKIMO-MUNCUL-DI-UITM-SHAH-ALAM haaa, itu aku la tu.





No comments:

the history

Followers