Tuesday, November 23, 2010

dEsTiNaSi VaJeT

Pernah tengok Destinasi Bajet. Aah, lebih kurang JJCM tapi JJCM tu versi orang kaya punya sebab makan itu makan ini duit habis bak air mengalir wa cakap lu. Tapi bila duit dah kekeringan macam cuti sem sekarang ni, cuba terai test buat real punya destinasi bajet dengan kawan anda, limitkan duit, pergi seberapa banyak tempat yang boleh tapi pada masa yang sama seronok. Siapa cakap jalan tak pakai duit tak boleh fun? Sekejap saya tunjuk. Oh, tapi ini tak termasuk duit minyak punya ok.


-          Duit dalam tangan RM50. Pergi sekolah lama, mintak izin Pak cik Guard nak masuk. Pergi asrama lelaki, asrama perampuan, kantin, dataran perhimpunan, kelas tingkatan satu sampai tingkatan lima, pejabat, bilik guru, tengok kolam ikan. Berdiri tepi padang bayangkan macam-macam kenangan pernah ada kat situ dulu. Ooh, ambil gambar untuk kenangan.  Kalau tak, tak ada makna tercegat depan padang sekolah bawah matahari terik. Bajet. Masih selamat. RM50. Seronok tak? Kan seronok tu.








Eh, tapi ni bukan sekolah saya la. Sekolah nurul, saya teman dia saja.



-          Lepas tu, pergi rumah kawan-kawan yang terletak perkampungan yang menarik for ezampel, yang ada sawah padi terbesar di negeri sembilan. Kampong Sungai Dua kat Jelebu tu ke. Lagi best kalau kawan itu buat kenduri kahwin kakak atau abang beliau. Dah jimat bajet untuk lunch. Kenyang dan jimat walaupun bukan set jomjimat KFC. Yang penting, duit RM50 masih suci tanpa dinodai. Seronok ke tak seronok tu.




Sekali sekala datang tempat macam boleh buat shooting filem macam ni, terus rasa gayat tak pernah tengok petak sawah besar-besar.



-          Destinasi seterusnya, pergi air terjun ulu bendul. Singgah rumah kawan-kawan yang kebetulan terletak on the way nak pergi ulu bendul tu. Rasa rindu macam dah terubat. Seronok dapat reunite. Borak-borak, gossip-gosip, eh-kau-tahu-tak-sheikhmuzaphar-dah-kahwin apa kau ingat sheikhmuszaphar tu kawan sekelas kau hah? Ok, lepas tu teruskan perjalanan. Tekak rasa haus. Singgah gerai tepi jalan, beli air kelapa dengan goring pisang. Tolak RM5.

-          Sampai ulu bendul, main-main air. Kalau setakat datang berdua, tak payah nak teruja sangat pergi berenang walaupun anda sangat bernafsu nak menyelam ye. Klik klik ambik gambar saja sudah. Main simbah-simbah air. Kutip batu-batu. Campak batu-batu. Biar orang cakap gila, pedulikan. Yang penting tak keluar duit sesen tapi masih enjoy sakan. Oh, next time saya buat rombongan beramai-ramai. Siapa nak ikut daftar nama siap-siap ok.







Seumur hidup tak pernah dating kat air terjun. Pecah rekod ini first time. Jadi sedikit perasaan bangga tersemat di hati.





-          Seterusnya, singgah Nilai, jemput Cik Jannah cek mek molek. Hari dah lewat petang, pergi Giant jalan-jalan cari makan. Oh, lupa bawak baju tidur nak bermalam. So beli pyjama RM13, lepas tu bertolak ke Bangi, malam ni tido KUIS. Jimat kos penginapan. Jadi tak perlu risau nak tido kat mana lagi dah.




Percutian yang jimat, bukan? Ok, destinasi bajet seterusnya, nanti lain kali. Mungkin bukan Destinasi Bajet tapi Dating Bajet. Haa, macam mana tu? Dail satu tigaratos empatratos limaratos untuk maklumat lanjut. Terima kasih. Kita jumpa lagi minggu hadapan. Bye!



2 comments:

Nurafifah.Safirah.Mohd.Johari said...

nak ikut???
dah dftr name dah...

Unknown said...

Hihi, dah daftar? Bagus2.. aku suke.. Next time kau boleh join aku pulak.

the history

Followers