Aku nak buat pengakuan sikit ni. Kawan-kawan, harap jangan terlalu terkejut sampai rambut tercacak atas kepala okeh. Ni nak bagitahu, kalau sesiapa yang kenal pakcik bluehippo tu, beliau kirim salam. Weh seriyes ni. Aku kamceng dengan beliau dah sekarang kau jangan tak percaya pulak. Kalau duduk sebelah dia pun, tak ada bezanya, sama je saiz. Haa, take point take point. Itu yang aku cuba nak sampaikan tu sebenarnye. Tak tahulah manusia jenis apa ni asal masuk dapur je melantak, asal melantak je masuk dapur. Dapur tu kalau tak berasap kau jangan percayalah. Dengan adanya aku di rumah, nescaya, wajib habis gas di dapur melainkan kalau rumah aku pakai dapur kayu. Makanya, kayu yang akan habis.
Cuma sekarang ni aku bukan nak cakap apa benda yang aku melantak atau apa benda yang aku masak untuk orang-orang dalam rumah aku melantak. Tak tak. Aku cuma nak cakap perasaan ingin berdiet tu ada. Sentiasa ada. Tapi pada masa yang sama perasaan ingin makan pun sentiasa ada. Makin meningkat setiap hari, aaa canne tu? Jadi kalau nak excercise kau jangan mimpilah. Aku punye alasan kau dengar sini okeh.
1st sebab aku tak ada sport shoes sekarang. Aku tak tahulah kalau gossip girl aku baca post ni atau tidak tapi yang pasti, sila sampaikan mesej aku ini kepada diorang okeh. Kau cakap, aku nak Girls-Day-Out-JJCM-Versi-Shah-Alam-Season-3 SEBELUM, sebelum hari sabtu minggu pertama ya. Sebab aku tak ada kasut nak pergi koko kembara ari sabtu tu nanti. Dahlah elergi terlampau pada setiap komander, sekurang-kurangnya ada kasut baru nanti bersemangat waja la sikit aku nak melangkah ke padang kawad tu. And kau cakap dengan gossip girl tu, kalau diorang tak nak, tunggu la detik 12 malam, nescaya aku rembat kasut diorang. Percayalah. Tolong sampaikan ye. Terima kasih.
Alasan pertama aku dah bagitau. 2nd reason. Haa, kau tahu kenapa? Tak tahu kan? Ni aku nak cakap. Even aku ada sport shoes pun, kau expect aku nak jogging ke mana? Taman perumahan aku ni kecik je. Tak sempat peluh pertama nak menitik, dah habis pusing satu taman dah. Baik tapayah kan weh kan.
Dan 3rd alasan. Kau jangan harap aku set alarm semata-mata untuk bangun pagi pergi jogginglah ye. Kalau kat UiTM mungkinlah aku punye alarm ter’set’ secara semulajadi. Tapi kalau kat rumah mintak maaflah. Selagi mak aku tak gegar bilik aku dengan batang sudip dia, tak ada maknanya anak dara ini mahu melangkah keluar dari bilik. Uish, malu dow cerita perangai buruk sendiri depan orang ramai. Bila aku cakap macam ni mesti korang fikir ‘apa-kau-ingat-kau-buat-public-speaking?’
Jadi sebelum aku kantoikan keburukan diri sendiri dengan lebih lanjut, moleklah kiranya aku berundur diri dahulu. Kepada sesiapa yang ada tips-tips untuk memikat hati suami menurunkan berat badan tanpa perlu excercise, silalah kongsikan bersama ye. Tak baik weh kedekut ilmu. Tuhan marah. Aku mintak diri dulu. Terima kasih kepada penaja kita pada hari ini, ubat nyamuk cap elefen. Anyeong...
Sebagai alternatif untuk menggantikan excercise, aku jadi petani moden setiap petang. Kalau kau tak percaya, kau memang kawan sejati aku.
No comments:
Post a Comment