Friday, December 17, 2010

ExCiTeD kEjAp

Bismillah.. 

Fuuh, fuuh, kasi hilang habuk sawang labah-labah hape kejadah semua ni macam tak percaya dah hampir sebulan aku tak blonging. Bukan sebab aku berpaling tadah mahu kongsi rahsia hati dengan diari idaman saja tak tak semua ni sebab laptop aku sangat manja tak boleh keluar dari bilik mesti statik di situ kalau tak dia padam mati meninggal dunia Innalillah... Jadi apa kena mengenanya? Pasal bilik aku kalau nak buat 3g kau jangan mimipi. Harus keluar ke ruang tamu tu dah jumpa line baru best online. Kesimpulannya, laptop manja tak mahu keluar bilik jadi aku tak boleh online dan tak boleh update belog. Arachi?


Tengok tu dia salahkan laptop. Bila masa laptop tu dapat kasih sayang dia pun tak tahulah. Asyik nak menyumpah seranah lansung tak mendapat belaian manja macam mana dia tak meragam. Jadi open sem, aku harus bersedia untuk pokai pasal dengan yakin dan pasti maintenance untuk makhluk ini bukan seratus dua ratus ye.


Lagi satu, disebabkan duduk dalam bilik tak boleh online dan tak tahu perkembangan semasa, maka ketajaman bahasa dan minat dalam blog mulai pudar. Kalau tiba-tiba teringat lagu Rossa tu boleh la nyanyi sekejap. Aku kasi chan. Ini tak tahulah mungkin dalam sehari dua ni bakat belog aku mungkin kembali pulih. InsyaAllah. Sekurang-kurangnya lantaklah dia. Ada jugak entry bulan disember kan weh kan. Jadilah tuuu buat pengubat rinduuu...~



p/s: dedicated lagu ni untuk gossip girl saya dengan ucapan maaf zahir dan batin sebab lama sangat bertapa. mish youuu :D

No comments:

the history

Followers