Saturday, January 22, 2011

cHiNta HaTi SaYa




















Gambar-gambar di atas yang aku tayangkan ni bukan sebab aku nak bercakap pasal adventure tak adventure kitorang sambut Thaipusam dekat Bukit Cerakah. Bukan juga nak bagitahu sengal tak sengal otot tulang empat kerat kitorang naik basikal atau berapa kilo lemak yang telah dipecahkan pada hari itu. Entry ini jugak bukan sebab nak eksyen kitorang masuk rumah empat musim yang sekarang ni tengah winter konon-konon masuk rumah tu bila hembus nafas boleh keluar asap kat mulut tak tak. Bukan tu tujuannya. Entry ni tak ada kena mengena langsung dengan jjcm yang aku selalu tulis dan buat kau orang annoying dengan makhluk bernama Ocha ini baiklah aku takkan buat begitu lagi.


 Soooow,

 me and birthday girl...
 

...and birthday girl and me


"Ada cerita nak kongsi kat sini."



Sebab sebenarnya aku mahu tulis sesuatu khas untuk si BestFriendForever walaupun orang cakap mana ada istilah BFF tu semua tipulah mustahillah sampai kau kahwin dah beranak pinak nanti takkan dapat korang nak keluar sama-sama lagi macam ni tapi satu je aku nak cakap. ADA AKU KISAH? Biaq pi la dengan hasad dengki kau melihat kebahagiaan aku dan rakan-rakan aku nak sakit hati apasal? Haaa kan dah teremosional dah...


Jadi sebelum aku bukak segmen ‘OCHAMEMBEBELPANJANGLEBAR’ di sini, ingin aku warning, entry ini teramatlah panjang. Jadi sebelum kau orang muntah membaca, baik kau orang pangkah page ni dan pergi main jauh-jauh. Then barulah I’ll start my ‘MEMBEBEL’. 


Cerita ni tentang seorang budak kecik pendek montel yang aku jumpa masa Jun 2008 macam apa punya stail pun aku tak tahulah nak cakap bila nampak dia masa tuh. Ke hulu ke hilir ke depan ke belakang waktu minggu orientasi dekat UiTM Merbok suatu masa dahulu cheeewah ayat. Tapi part yang paling aku ingat ialah baju kurung biru corak abstrak yang ala-ala boleh kasi hypnotized mata aku kalau tengok lama-lama tuuu. Jadi keyword di sini, baju kurung biru corak abstrak yang boleh kasi mata aku hypnotize.



Seminggu kemudian. MMS dah habis, bukan kredit aku habis tak boleh mms tu short form untuk Minggu Mesra Siswa lah. Dan masa tu masing-masing kusyuk hangkut barang dari F4 pergi F1 maksudnya dari blok Mahsuri Empat ke Mahsuri Satu dan sepanjang perjalanan ulang-alik tu aku ternampak budak kecik pendek montel yang pakai baju kurung biru boleh kasi mata aku hipnotized tu lagi dok gendong bantal sebanyak-banyaknya sampai aku nyaris fikir adakah bantal itu berjalan sendiri sebab langsung aku tak nampak muka siapa yang membawanya. Okeh kuang hajau! Tapi siyes part ni yang paling aku ingat ada seekor teddy bear pink terselit antara bantal tu. Jadi, keywordnya Teddy Bear Pink! PINK PINK!


OMG yang maksudnya OHMYGUCCI, bila aku dah naik bilik, rupa-rupanya teddy bear pink itu dah tercatuk diam-diam dalam bilik aku. Tapi mujur bukan katil aku. Dan macam mana itu berlaku? Keywordnya, itu adalah takdir cinta kami. Hamoih ayaaaaaaat lagi. Ok. Cukuplah aku ceritakan macam mana aku boleh perasaan budak kecik pendek montel itu. Nak tengok siapa yang aku maksudkan, ini dia...


Budak kecik pendek montel tiga tahun yang lalu.




Tengok, sikit punya suci dan murni gambar masa Asasi Part One sampai Hani pernah mention dia takut nak kawan dengan aku. Tapi lama-lama bila dah kantoi perangai aku yang serupa hampas ni barulah kimia itu bergabung dan bersatu kerana masing-masing punya perangai pun rupanya sama hampas juga. 






See. Nampak perbezaannya? Mana muka suci masa part one kau cakap!



Seperti contoh, masa part 3 tu, bila hanya dua kepala yang mendominasi bilik, barulah tahu betapa liat rupanya kau nak bangun pagi dan betapa malasnya kau nak kemas cadar kasi tegang sampai orang tengok pun takut nak duduk. Masa tu jugak barulah tahu kau kalau makan tak ada cili api memang tak kick dan kalau botol sos cili tu sekali tuang dalam mulut pun kau boleh habis. Masa tu jugak baru tahu kalau bab makan memang masing-masing hantu dan kalau keluar hujung minggu, kepala masing-masing automatik boleh bersatu.



 Tak percaya jugak aku tak tahulah.

FYI which means four your information hebatnya part 3, masa itulah terdetik dalam hati aku, ‘DIA-KAWAN-AKU-SAMPAI-MATI’. Ok, tak mahu cerita bab Haajar lagi walaupun sepatutnya kepala yang bersatu itu bukan dua tapi tiga. Sebab ini Edisi Birthday Girl, jadi saya harus letak satu heroin saja faham ye Haajar. Tunggu birthday kau nanti aku buat dokumentari macam Majalah Tiga pulak.
  
 Dah, tak payah nak buat muka macam tu.




Dan walaupun kadang-kadang terasa hati tersentap-sentap terlepas cakap apa semua itu biasalah. Suami isteri pun mana ada yang aman damai sentiasa inikan pulak kawan-kawan. Cuma masa kat Kedah dulu agak kurang sesi sentap-menyentap ni. Kat Shah Alam je dia berleluasa sikit. Okeh, bab tu dah banyak kali tulis dalam blog jadi hari ni kita cerita happy-happy sahaja.





Ada beberapa benda yang aku nak share tentang Birthday Girl ini. Kalau ada yang lupa aku ni bekas Mahadiah, haruslah kau orang tahu aku ni tak pernah kawan dengan orang yang free hair. So Hani is the first free hair’s friend of mine. And she’s also the first roommate that I had. She’s the only girl yang gunakan panggilan ‘kite’ dengan aku sampai sekarang. Dan dengan dia jugak, aku langsung tak kisah nak tunjukkan semua kekurangan diri. Hani langsung tak berkira dengan aku. Kalau keluar, she’s the best fashion advisor after my mom. (Refer gambar di atas) 


Dan yang paling aku adore, dia sangat gempak dalam study. Perangai hampeh macam mana pun, pointer tetap first class. Tapi itu langsung tak buat dia pandang rendah dekat aku walaupun result aku ni tak setaraf dia. Aku pun walaupun kadang-kadang rasa rendah diri gila bila kawan dengan dia, tapi aku tahu dialah kawan yang akan ketawa dengan aku dan juga kawan yang akan pinjamkan bahu untuk aku menangis. Dan aku memang tak silap... 

She really is!!! (muka kagum!)

Hani, ada masanya buat aku annoying juga. Haruslah mengaku. Mana ada manusia yang perfect. Tapi dia sangat lembut hati dan percayalah bila aku kata dia lembut hati, MEMANG HATI DIA BETUL-BETUL LEMBUT bukan maksudnya kau tikam dada dia rasa organ dia tu lembut ke tidak, maksud aku kalau bab taching mentaching ni memang dia agak mengungguli carta. Dan aku pun mana boleh tahan nangis bila teringat betapa susah dia nak handle dia punya love story. Dahlah, aku rasa macam nak menangis betul-betul so kita tukar cerita lain.


Makanya, selepas tiga tahun aku habiskan masa dengan dia, apa yang aku boleh cakap, aku betul-betul tak boleh kehilangan dia. Sebab tu bila masuk Shah Alam aku jadi agak selfish bila tengok orang lain rapat dengan dia. Chop, Haajar tak termasuk. Maksud aku orang lain tu ORANG LAIN LAA. Itu sebab aku rasakan tahun pertama degree memang agak mencabar. Part one dan part two sangat susah nak adapt dengan suasana dan terima hakikat bahawa aku harus kongsi Hani dengan orang lain. Sumpah sangat susah dan perasaan tamak sangat berleluasa ketika itu. Hikmah Tuhan aku tercampak kos lain rupa-rupanya amat besar. Kalau tidak aku rasa hari-hari aku akan heret Hani dekat kelas sama-sama.



 
Dan bila masa yang menentukan segala-galanya, aku rasa semua yang berlaku memang betul-betul berhikmahlah. Dan ujian Tuhan selama ini, adalah sangat bermakna dalam hidup aku. Masing-masing dah besar, dah boleh fikir dan aku pun tak mahulah jadi macam budak-budak hingusan lagi. Aku dah ikat hati aku dengan nama itu. Jadi biarlah dia pergi ke mana dengan siapa pun, aku langsung tak kisah dan langsung tak peduli sebab aku tahu hati dia juga ada nama aku amboih dah macam orang bercinta dah aku dengar.



Sekarang cukup segmen kita sampai di sini. Ambik kau tulah siapa suruh tak bagi warning dekat aku tadi. Jadi in conclusion, 


“Sempena birthday hanee yang ke 21 ni, kite doakan semoga Allah panjangkan usia Hanee, murahkan rezeki Hanee. Hanee dah besar dan 21 tahun dah boleh mengundi dah so haruslah berperangai seperti 21 tahun walaupun kebarangkalian itu agak tipis kan budak kecik. Dan jangan lupa, walau apa pun yang berlaku, harus ingat bahu kita sentiasa ada untuk Hanee menangis dan jangan sesekali ingat kite kawan untuk ketawa sahaja ok. Sekuat mana pun dugaan yang datang ingatlah Allah sentiasa bersama kita dan jangan sesekali berputus asa dalam hidup ye sayang..."


Dan ini budak kecik itu beberapa hari yang lalu. Tiga tahun kemudian





Tuhan, jagalah sahabatku ini sebaik-baiknya,
Lanjutkan persahabatan ini hingga ke akhir hayat kami,
Limpahkanlah kasih dan sayangMu kepadanya kerana dia selalu menjagaku,




p/s: suatu hari nanti, kita akan bukak balik entry ni dan tunjuk dekat anak-anak kita. masa tu kita gelak kuat-kuat okeh!

2 comments:

effy said...

okkk..ble ak bce entry ni ak yg nangis gak kott..sgt2 toucing..she must be proud 2 have sum1 like u sha..

ocha said...

alololo, thank effy.. That's because i truly in love with her...:D (ayat kontroversi lagik.

the history

Followers