Monday, January 10, 2011

A Magnolia Sherbet A Day Make Our Friendship Yummy!

Kalau ada sesiapa yang dalam kepala tu terlintas apasal dok tetiba hang nak yummy-yummy friendship ni ocha oouih, haa ni aku nak habaq mai la sikit pasal peraduan nuffnang kat website depa tu. Biasa la since peraduan Repunzel hari tu kempunan nak masuk and kalau masuk pun macam la nak hadiah ps3 dengan perfume tu dan itu pun kalau menang la...


So, I take for granted la kali ni sebaik saja nampak iklan seperti yang di bawah...



Okeh close up sikit...





Nampak tu nampak tu, Lift Your Senses with F&N Magnolia Sherbet. Tu tajuk post blog dia. Tapi tak ada kena mengena pun dengan belog ini melainkan war-war tentang peraduan tu haish sejak bila pula rajin memperaduankan diri ni. Tak pe. Kita try and error. 




Since baru-baru ni baruuu je makan si sherbet baruuu tu dengan cik ani yang berambut baruuu (saje nak letak baruuu jugak dekat situ tak tahu kenapa) dan terbacalah iklan peraduan sherbet yang tak baruuu di website nuffnang tu, nampak sangat tak bukak website mereka sampaikan dah jatuh the oldest post dekat home page. Okeh, okeh, cut it off. Jadi marilah saya perkenalkan anda semua kepada si sherbet ini.





Bukan model ni yang nama Sherbet. Tapi Si Kecik kat tangan beliau tu haa. Sherbet ye, Sherbet nama dia. Model yang pegang Sherbet tu Hani Afiqah ye, Hani Afiqah nama dia.






Dan itu Ocha ye. Ocha nama dia




Okey, puas dah godek-godek nak perisa apa nak kaler ape nak berapa cawan nak beli ke tidak tapi sebab dah termengidam sejak baca Cleo Haajar hari tu terus cakap dalam hati HARUSBELI HARUSBELI, nanti tak pasal-pasal dia buat sketsa Batu Belah Batu Bertangkup dekat dekat rumah sebab kempunan nak Si Sherbet haa, macam mana nak buat tu? Jadi kita harus elakkan dengan membeli secepat mungkin. Alaa, RM2.50 satu. Beli, beli, jangan malu-malu.





Maka dia ambik. Nampak kat tangan tu, nampak tak nampak tak? Siap letak mark 'XOXO' kalau mengaku tak nampak jugak memang nak kena paku mata kau. Oh dan iklan shushi tu sila abaikan. Tak beli pun.






Jadi, memperkenalkan inilah dia perisa idaman kalbu. Mangosteen aaaww aaaww. Aaww aaww tu sebab bila masuk mulut sekali, dia terus masuk mulut berkali-kali rasa macam takjub dan terus takjub dan terus takjub dah macam orang gayat tak pernah makan ais-krim punya perangai.






Dan takziah kepada Hani kerana harus pasrah dengan ketakjuban perisa Melon itu. Not bad apa. Tapi best lagi mangosteen kan? Maka Mangosteen menang, yeay! Tak perlu berteka teki. Harus tahu sebaik tengok muka beliau.



Dan haruslah juga tidak bersifat tamak untuk membeli semua perisa yang ada. Jadi di sini saya lampirkan sekali bahan bukti perisa lain yang terdapat dalam pekej F&N Magnolia Si Sherbet ni selain Melon dan Mangosteen yang saya dan Hani makan tadi, 





Di atas sebelah kiri, perisa Lychee dan bawah sebelah kanan perisa Orange. Dan sebab Mangosteen dan Melon dah jadi tuan rumah so tak payah perkenalkan mereka lagi. Tunggu bila dah beli Lychee dengan Orange, baru dia upgrade sikit dengan model-modelnya sekali. Don't worry. Siapa berminat nak jadi model, boleh mesej saya dinombor yang tertera nama saya pada telefon anda. Sekian terima kasih.





Laluan iklan penutup...


Si Sherbet bersama gelang cap yang tak cukup quota. Mana lagi satu mana? Mana?






Dan juga close up tuan rumah agar penonton semua cakap dalam hati 'OH MACAM NI RUPA DIA SEBENARNYA' instead of cakap 'OH INI KERJA KORANG BERDUA RUPANYA!'





Tweet. Dah omel angat of course la tak tergamak nak buang bekas omel. Apa lagi bila ada kenangan indah sewaktu makan Sherbet bersama BFF sebab tu la letak tajuk Sherbet buat friendship kita Yummy , haa dah faham kan sekarang. Okey saya sahut seruan kerajaan untuk mengitar semula bahan buangan dan buat isi duit shiling untuk kegunaan di hari tua.. Hari tua? Apa tu? Dah la eja syiling pun tak reti.





Sekian. Bye-bye sherbet. Lepas ni boleh tanamkan azam dan bertekad dan berhajat untuk menyunting Orange dan Lychee di taman. Nak bagi cukup pekej bekas duit shiling saye. Alarm tu alarm. Jadi sila faham wahai sekalian model tetap.






p/s: Tak mahu berebut tempat duduk belakang teksi setiap kali pergi JJ Bukit Raja? Solution, jangan pergi Bukit Raja lagi...

No comments:

the history

Followers