Tuesday, February 1, 2011

tErKiNi TeNtaNg MeSiR


Sebelum balik cuti hari tu lagi aku dah dengar-dengar pasal krisis dekt Mesir ni. Semuanya thanks to kawan-kawan yang berada dekat Jordan dan Mesir yang update latest situation dekat group page Facebook. (Dalam hati cakap, ada guna jugak fesbuk nih.) Ya. Sangat berguna bagi mereka yang ada keluarga, saudara-mara dan kenalan-kenalan di sana. 



Macam aku. Jangan tanya. Adik beradik aku terlalu ramai di sana. Humaira, Fatihah, Hafizi, Sya'rani, Izzat, Faizal, Fakhrurradzi, Firdaus dan yang duduk di Jordan macam Kak Mun, Shaliza, Azmu. Maaf kalau ada yang aku terlupa. Tapi serously nak cakap, aku tak sangka seteruk ini rupanya krisis mereka. Macam manalah keadaan dan perasaan keluarga mereka agaknya. Aku yang setakat nama 'BEKAS-RAKAN-SEKELAS' ini pun dah rasa gelisah mengenangkan diorang. Ya Allah, selamatkanlah kawan-kawan Ocha di sana. Serius aku sangat takut.



Dan ini, petikan group posted in Usratul Usman yang baru aku update tadi.






17 hours ago. Nampak ketinggalan di situ. Tapi yang pastinya, kerisauan itu masih ada. Macam mana nak rasa perasaan tu? Bayangkan saja kau orang yang berada di sana. Apa kerajaan Malaysia buat ni? Ramai student kita di Mesir yang masih tersekat dekat sana, boleh bayangkan tak kalau apa-apa terjadi? Takkan dah terjadi sesuatu baru nak bertindak? Kalau ada yang balik ke Malaysia pun itu atas usaha mereka sendiri. Kerajaan? (Aku pejam mata berdoa. Bersangka baik pada kerajaan sendiri.)



Dan ini, kopipes daripada blog Encik Arif. Tak tahu siapa, tapi yang pastinya aku turutkan juga permintaan tuan blog ini di hujung penulisannya. 






[Update] Terima kasih kepada semua atas kerjasama menyebarkan entri ni. Rasanya pihak-pihak tertentu sudah mula menunjukkan inisiatif mereka. Usaha macam ni walaupun nampak mudah, tapi dalam jangkamasa panjang dan kuantiti yang besar dapat memberikan impak yang diharapkan. Semoga semua perancangan untuk membantu rakyat kita berjalan lancar dan semoga mereka semua selamat di sana. Insya Allah.

Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.

Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

So what can you do now?
  1. Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
  3. Share this on Facebook.


The latest story tentang keadaan di sana, boleh tengok mana-mana akhbar online like this atau boleh juga surf blog khas untuk keadaan di Mesir di sini. 





p/s: Haajar, baru aku faham perasaan masa kakak kau telefon hari tu. Kepada kawan-kawan usratul usman yang membaca dan berada di Malaysia, sama-sama kita doakan adik-beradik kita di sana ya.

No comments:

the history

Followers