Assalamualaikum wbt...
Actually, di musim-musim perayaan exam begini, aku tak kuasalah nak bercakap pasal orang. Dalam erti kata lainnya aku tak kuasalah nak mengumpat. Onestly, sumpah aku tak tergamak. Apatah lagi nak tulis panjang-panjang sebab yelah kalau dah satu perkataan aku menyakitkan hati orang tu dapat satu dosa kalau berpuluh-puluh ratus perkataan wah wah wah jutawan dosalah aku ni. Nak-nak lagi kalau mengumpat kawan sendiri. Kawan tu pulak title BFF. Pergh, pekej dosa yang cukup lengkap di situ kaaaaan yes yes.
Yelah. Jerit yes lagi. Kau tahu malam ni saja entah berapa gelen air mata aku tumpah disebabkan seorang kawan. Bukan seorang sebenarnya. Adalah dua tiga orang yang berperangai begini. Sampai tergerak dalam hati, berat mana pun dosa mengumpat kawan aku ni nanti, aku relakan saja asalkan diorang tak teruskan dengan dosa yang lebih besar dari ini. (ada ke dosa yang lebih besar daripada mengumpat?) Entah. Aku pedulikan semua itu sebab aku menulis ini kerana mahu membela meruah dan harga diri kawan-kawan aku aichecheeeh ayat.
Benda ni bukan baru. Sejak dua tiga tahun sejak aku mula-mula jumpa dioranglah senang cerita. Dulu, sangat susah nak nampak dia bergaul dengan lelaki. Bercakap-cakap, beramah mesra memang tidak ada dalam senarai perangai dia. Aku respect gila dia sebab dia sangat pelihara diri dia seolah-olah diri dia tu berlian yang paling mahal dalam dunia ni yang tak ada siapa pun mampu miliki over tak ayat aku? Okeh tapi sekarang...
Tak tahulah nak cakap macam mana. Lelaki ni datang dia melayan. Lelaki yang pulak ni datang dia melayan. Kawan lelaki kepada laki kawan dia pun dia melayan. Kawan lelaki kepada kawan dia pun dia melayan jugak sampai terdetik dalam hati aku ‘kenapa kau berubah macam ni?’. ‘Kenapalah kau murah begini?’ Selantang-lantang aku, segedik-gedik dan over react aku ni, tak adalah pulak sampai sanggup merendahkan harga diri. Apa kau fikir tak ada orang nak kat aku ke? Eh, aku tengah mengumpat pasal kaulah bukan mengumpat pasal diri aku. Itu nanti aku cerita kemudian.
So the point is, aku sedih yang teramat sedih sekarang. Sebab aku tengok kawan aku ni macam ketagih sangat perhatian dan kata-kata manis daripada lelaki. Macam mana nak tolong ek? Aku menangis setiap kali memikirkan hanyutnya perasaan dia ni. Belajar entah macam mana. Tiap-tiap malam online chatting dan komen sepanjang-panjangnya cakap benda-benda yang langsung tak berfaedah. Ber ‘abang-sayang’ dengan lelaki yang tak pernah jumpa, yang tak kenal hati budi, secara terbuka pulak tu yelah kat facebook semua orang boleh baca kan, padahal apa ikatan halal yang dia ada dengan lelaki tu? Bukan bercakap sebab aku cemburu atau apa. Tapi aku kesian dan sedih. Sebab begitu rendah dia letakkan harga diri dia. Dia seolah-olah jadi perempuan yang begitu mudah diperdaya dan digulakan dengan kata-kata manis.
Berubahlah sayang. Aku dah tak sanggup lagi nak tengok kau terus berperangai begini. Kalau kau baca entry ni, aku harap kau terasa. Dan kalau kau terasa, aku harap kau berubahlah. Aku menulis dan mengata pasal kau ni sebab aku TERLALU SAYANG pada kau. Aku tak mahu kau terus berperangai macam ni. Buruk tahu tak? Buruk ya amat. Aku tak nak kau tunjukkan betapa lemahnya kau menjaga maruah dan harga diri kau. Dan yang paling utama, aku tak nak kau terus hanyut dengan khayalan dunia ini yang kau rasa indah tapi azab kat akhirat nanti. Peliharalah diri kau tu sayang sebelum kau betul-betul datang insan yang selayaknya. Lepas tu kau tulis ayat geli-geleman apa pun dekat facebook tu lantak kaulah aku dah tak nak peduli hal rumah tangga kau lagi masa tu.
Sebab kau berdua dah halal kaaaaan. So, itu jelah. Sekian...
p/s: ya, aku memang suka mengumpat. tapi kau tak rasa ke mengumpat aku itu untuk kebaikan?
No comments:
Post a Comment