Assalamualaikum hey guys,
Live dari kelas Bahasa Melayu Komunikasi semester 3D, di Kenanga 2, bilik 102. Sekali lagi mereka buat aku sakit mata dan rasa berdosa teramat berada di sini,
Satu: Pakai tudung tapi berlengan pendek yang sangat pendek. Pendek yang macam baby-t. Baju atas punggung. Ketat lagi. Aku pulak yang rasa berdosa. Tuhan, ampunkan dosaku kerana tidak menegur mereka.
Dua. Aku nampak juraian-juraian rambut daripada tudung singkat mereka. Aku tahu memang mereka tak bertudung di luar. Tapi sekurang-kurangnya tutuplah aurat sebaik mungkin untuk menuntut ilmu. Aku rasa berdosa sangat sebab melihat tapi tak menegur.
Tiga. Aku mendengar suara lantang itu sekali lagi bergema di dalam kelas. Bergossip dan ketawa. Nyaring dan kuat. Aku tahu itu juga aurat yang seharusnya tidak diperlihat dan diperdengarkan kepada bukan muhrim. Tuhan, apa yang aku buat ni. Sekali lagi aku melihat kemungkaran itu tapi aku tidak mencegahnya.
Aku buat perangai gila-gila lagi hari ni. Masa lecturer belum masuk, aku duduk luar kelas dan sandar dekat pintu tak mahu kasi mereka keluar kelas. Kawan-kawan perempuan memang selamba bertepuk-tampar dengan aku, tetapi bila aku sengaja nak kenakan kawan lelaki yang sorang ni, dia pun bertepuk-tampar lengan aku juga, aku terdiam. Apa yang aku buat ni?
Aku duduk tempat aku balik, aku check diri aku dari atas sampai bawah. Aku pergi kelas memang sopan. Tapi kenapa bila aku keluar aku tak begitu? Padahal dekat luar tu paling banyak dosa yang boleh aku dapat. Tuhan, kenapa aku sangat lemah mempertahankan maruah diri aku. Kenapa aku tanamkan azam untuk menjadi solehah sedangkan aku tidak istiqamah melakukannya? Apa hijab yang menghalang semua ini ya Tuhan?
Ocha, kau mesti tabah. Tuhan tak suka orang yang lemah, faham!