Sunday, April 3, 2011

NaK PaKsa jUgaK koRaNg JoiN mCc


Assalamualaikum semua,


Okeh attention, attention please. Cik Ocha ada pengumuman penting di sini. Penting kepada sesiapa yang rasa-rasa nak mengekalkan taraf anda sebagai warga kolej Melati eh eh ini bukan nak bagi announcement tapi nak bagi ugutan walaupun kat atas tadi dah cakap nak bagi pengumuman tapi kan macam ntah apa-apa atas tulis lain bawah tulis lain. 




Sebenarnya kan acheli, (ayat apa ni?) aku just nak ugut kau orang supaya sem depan, marilah beramai-ramai kita mengimarahkan dan membanjirkan dan menyemakkan Melati Computer Club or nama galamernye MCC yang dah setahun lebih aku join ni. Ni nak reveal satu rahsia kat hangpa. Seriously, masa awal-awal masuk dulu aku rasa macam ntah apa-apa kelab ni. Setakat jaga lab dua minggu sekali pergh tiada ciri-ciri adventure di situ. Itu pun masuk dengan niat saja suka-suka hati memang haram nak terlintas untuk bergiat aktif.




Tapi semuanya di tangan Tuhan (wah, tibe-tibe nak syahdu). Memang segala yang berlaku adalah di atas kehendakNya. Eh patah balik tajuk utama. Ok aku sebenarnya nak ajak korang masuk ataupun dalam bahasa Melayu rasminya, MARILAH MENYERTAI KELAB KOMPUTER MELATI. Sebab antara faedah-faedah (kalau kata ganda itu maknanya plural dan maknya banyak faedah la) yang kau orang boleh dapat ialah;



First. Tugas dia tak susah. Duty 2 minggu sekali itu pun dua jam satu sesi. Duduk dalam lab air-cond. Boleh online percuma. Print murah. Apa lagi korang nak?


Lab besar, komputer sume standard windows 7, besar gabak terpampang depan mata, kalau tak nak online pun boleh je lepak kat sofa tengah-tengah tu or meja study kat tengah-tengah tu jugak, dah la selesa gila. Apa lagi yang tak cukup? Apa lagi? Apa lagi?




Kedua. Yuran tak mahal. 15 ringgit je korang dah boleh dapat all those facilities. Ish, rasa macam nikmat sangat hidup. Tak ada broadband or wireless pun takpe asalkan lab MCC bukak tiap-tiap malam. Jadi pastikan lab sentiasa bukak!




Ketiga. Baju dia sangat cute ok. First time aku kena interview dulu, rasa macam adore gila tengok semua AJK yang interview aku tu pakai baju ni.




Dan akhirnya ia menjadi milik aku...haha. (Muka bangga)




(Tapi selepas bayar RM35). Dan bila dah naik pangkat jadi AJK, maka baju dia dah kaler lain. Bukan diskriminasi tapi specialities. Tapi itupun after bayar lagi RM35. 




Abaikan kulit wajah yang cerah masa part 1 tapi gelap gelita masa part 3.
Mungkin perubahan hormon sedang berlaku. (ayat nak kasi sentap sendiri)


Ok jangan cerita pasal facial, kita cerita baju saja. Nampak macam baju Melati kan? Bezanya baju MCC ada strike kat lengan dia Melati tak ada. And FYI, MCC yang design dulu baju kaler oren hitam tu and Melati yang ikut. Ish!




Tapi and tapi and tapi kalau nak best lagi, 
baju korporat begini laaa!!!




 gambar kandid yang tak senonoh sebab ini je yang nampak baju full.




dan ini pun boley la eh.
Yang penting kau orang nampak design dia yang semat tu kan?




Tapi, SILA SERAHKAN RM70 KEPADA BENDAHARI KALAU TAK KELUAR KAU DARI MCC. Ok tipu. Sumpah semua orang pun adore baju ni jadi RM70 tu rasa berbaloi sangat.




Fourthly. Siapa yang join program MCC, HARUS akan dapat sijil. Onesly event sebelum ni tak pernah dapat pun tapi sekarang dah banyak improvement maka MCC ni boleh dikatakan sebagai kelab yang semakin diiktiraf oleh UiTM (Muka bangga sekali lagi).








Kelima. Dan selain dapat sijil, kau orang juga akan dapat saguhati MCC. For example button ni every event pon akan dapat. (InsyaAllah bergantung pada bajet.)








Keenam. I naik pangkat dengan watikah perlantikan ye. Bukan diorang suka-suka hati pick orang. (Nak cakap dia layak la tu. Geli sekejap.)








Ketujuh. Kupon korang gerenti akan penuh kalau join kelab ini. Apa kau orang tak mahu dijamin kolej pada masa akan datang? Maka marilah join MCC.








Kelapan. Kalau rasa berkomitmen dan mahu dapat service best lagi, korang boleh apply untuk naik pangkat dan jadi AJK. Tak kiralah kau nak pegang portfolio apapun, bergantung kepada kekosonganlah ye. Dan another specialities is KORANG AKAN DIJAMIN DAPAT KOLEJ. Waaaah, orang lain tak tahu dapat kolej lagi atau tidak sem depan, tapi aku dah boleh pilih roommate sekarang. Sowonok ke tak sewonok tu?




Sembilan. Lepas dah naik pangkat, of course korang lagi banyak kerja. And don’t ever think it as a burden sebab makin korang banyak kerja, makin banyak korang terdedah dengan the real world of job bila dah grad nanti. Korang akan hebat buat surat rasmi, hebat buat report, hebat jadi master of ceremony, hebat jadi program mastermind, leader, aerobic conductor and THE MOST IMPORTANT is, we gonna be more RESPONSIBLE.








Actually banyak lagi benefits yang aku tak cakap, tapi rasa macam penatlah pulak. So lastly, aku cuma nak highlight kat sini, dalam banyak-banyak benda yang aku dapat sejak join MCC ni kan weh kan, aku rasa the most precious thing is my social skill yang semakin berkembang which is dapat ramai kawan-kawan daripada macam-macam fakulti like accountancy, applied sc, food tech, computer sc, art and design, admin sc, corporate sc dan ramai lagilah. Semakin banyak social network kita, semakin kita peka dengan orang lain. Itu saja hipotesis yang aku boleh buat. Sekian.




Antara barisan ajk mcc yang pening.






Jadi, kalau sem depan aku cakap, WEH-INTERVIEW-MCC-DAH-BUKAK and korang masih ralat jugak nak pergi, memang itu ALASAN SEMATA.




p/s: Ehem ehem. Lecturer saya cakap, kalau pointer hebat, sijil bertingkat tapi tak ada social skill, tak ada gunanya.

the history

Followers