Friday, May 27, 2011

ToLoNg JaNgaN TiRu PeRaNGai maCaM Ni yE pUaN2


Assalamualaikum wbt...


Mood hari ni suddenly changed 360 degree Celsius bila teringat tomowow is friday and hari yang khabar-khabarnya SUJU nak datang perform dekat Putrajaya sempena Hari Belia tu. Seriously gedik pulak rasa tiba-tiba nak join my beruang masuk scout sekolah dia yang pergi camping dekat sana (dan konfirm minggu depan dia balik rumah dengan muka bangga cerita pasal abang-abang korea tu dekat aku.) Siapkan kayu besbol nak hentak mulut dia kalau dia berani cakap pasal tu nanti. Kau tunggu beruang!




Seriously jugak aku tak nak mention pun pasal konsert tu dalam belog ni. Nasib baik ada Zura (which I used to mention about her dalam entry dolu-dolu) sebab pinjamkan hard disk dekat aku petang tadi dan segala space sudah kembali merah! Tahniah diucapkan dan YEAY hambek kau haaa melalak-lalak aku dengan dia bergossip sambil makan kerepek pisang cakap pasal Kyu Hyun dengan abang Heechul dia tu. Oooh sengal juga kau rupanya. Ingatkan nak bawak aku ke jalan keinsafan, sekali dia sogok segala folder SUJU kat dalam external dia masya-Allah tak cukup nafas aku nyah. Kau tengok ni...





Haaa tudia nampak tak nampak tak?
Jangan lupa kelik gambar untuk tumbesaran.
(tu ada lagi dekat desktop tak muat nak masuk dalam hardisk akak yang petite ni)




Macam mana tak gila bila rakan sebaya yang jadi pembekal industri hiburan tempatan korea TERBESAR rumah dia jarak lima minit je ulang alik. Tadi aku pergi lepak rumah dia pun nampak tengah dok gigih donlod ntah apa lagi cerita ntah. Lepas tu kang keluar gossip bukan nak tanya pasal kawan-kawan sekolah lama ke, pasal UiTM ke, result bila nak kuar ke, memang cerita segala pasal Seoul semata. Habis dah keluar Shinee, Fx, SoShi, 2 pm, Beast, 4Minute ya Allah kau cakap kumpulan mana aku tak sebut dengan makcik zura tu tadi.




Tu pun ada lagi movie yang aku pesan suruh bawak kat rumah aku hari sabtu ni pasal dia terlupa copy dalam hard disk tadi. Astaghfirullah apa nak jadi budak-budak zaman sekarang ni hoish hoish hoish!




p/s: kan dah blur bila sebut nama Sharnaz Ahmad. nak salahkan siapa tuu...

Wednesday, May 25, 2011

JhOnNy DepP, sHaHeZy SaM, rEmY iShaK, McAvoY AtaU aArOn AzIz?


Assalamualaikum wbt...




Chukaie mida, omedeto gozaimaz (hari tu cakap tak pandai tulis sebab cuti lama sangat, takkan cakap bahasa melayu pun dah tak reti) so sebelum ada yang makan penampar aku translate teghuih dalam bahasa kebangsaan iaitu TAHNIAH kepada pelajar diploma yang telah menerima keputusan peperiksaan masing-masing. Berjaya ke tak berjaya ke TAHNIAH jugak. TAHNIAH sebab dah berusaha waaah cakap macam pakar motibasi ngko.




p/s: kepada student degree, keputusan anda (kite) dijangka keluar pada 2 julai 2011. 
*tertakhluk kepada terma dan syarat. tenkiu.



Dan kita cakap dengan lebih lanjut tentang peperiksaan itu pada bulan Julai nanti di lain rancangan ok. Hari ni, berbekalkan keboringan yang terlampau, saya mengendap beberapa thriller movie yang hot dekat wayang sekarang walaupun actually tak tahu sama ada mereka benar-benar hot atau tidak. 








POTC. Hero movie ni walaupun kipas-susah-mati masa dulu-dulu tapi sejak ramai sangat skandal dengan abang korea sekarang tak tahu kenapa I really don't feel like to watch it. Padahal masa awal-awal tahun dulu bila keluar promo kat tv kemain semangat lagi pakat-pakat dengan beruang nak pergi time cuti sekolah nanti. Tapi bila fkir-fikirkan balik kau ni beriya nak tengok ke tak? Berbaloi ke tak berbaloi ke berbaloi-baloi? Kang tak teruja kang tak best jugak. Dah la sengkek lagi nak membazir. Memang stok nak kena potpet dengan mak.








Atau tunaikan hasrat makcik Nurul yang nak sangat dating dengan Shaheziey Sam tengok KONGSI. Yang dah tengok tu tak nak 'KONGSI' dengan saya ke?








Ataupun bertaching-taching tengok filem melayu ala-ala hindustan bak kata orang-orang yang dah pernah tengok?







Ke nak tengok X-Men? Yang bakal coming soon ni walaupun tak berapa nak tengok sangat melainkan si beruang mengeliat ajak pergi tengok?








Maybe KL Gangster sebab Aaron Aziz pernah menjadi kekasih gelap suatu ketika dahulu?




Waaaah, banyak aku punya suatu ketika dahulu. Padahal acheli bukannya nak sangat layan movie-movie ni. Saja nak keluar lepak-lepak, jalan-jalan, makan-makan and window shopping dengan sesiapa yang percuma yang I mean freeeeeee...!!! Kau nak join? Ok, turun seremban sekarang!




p/s: Kang penat-penat beratur beli tiket wayang lepas 2,3 minggu tup-tup dah tercangak kat Astro First. What's the function of cinema?

Monday, May 23, 2011

mEnGaLaH PaDa cUti


Assalamualaikum wbt.



Alaaa, baru dua minggu missed blogging takkan dah rindu. (Ini gedik namanya) Fine. Dah tak larat nak cuti lagi dah. Buat apa pon tak senang sekarang. Bukan tak cari kerja, tapi tak ada yang sudi nak hire. Patutnya aku mengaku jela dekat doktor tu nak kerja full time boleh jugak merasa jadi misi boleh cucuk-cucuk orang hoi jadi jujur pun susah. Nak mintak kerja jadi guru ganti time-time macam ni lah tak ada cikgu yang nak beranak. Cammana nak buat ni hhmmm (bertafakur lapanbelas jam)




Conclusion yang terbaik. DUDUK RUMAH. Sampai effectnya pegang pen pun dah tak pandai kalau tak takkan diari seminggu kosong tak bertulis. Nak tekan keyboard ni pon rasa kekok eh mana huruf 'K'? Owh, kat tepi rupanya ingatkan sebelah 'S' tadi. Tak sangka, movie baru dalam hard disk sampai semua space pun merah ingatkan boleh spare untuk empat bulan rupa-rupanya dua minggu dah khatam. Sekarang sila mengalah pada cuti. Sebab dah tak tahu apa nak buat, kembali lah blogging wahai Ocha.




Tapi as starting, kite kena jawab dulu siapa dia the most adorable member in ShInEe as I stated dalam entry saya 'suke' sejarah tapi saye lagi suke shinee dulu... Fine. Sebab dah bergaduh dengan Kak Ani pasal berebut  si leader Onew tu, saye pilih Min Ho laaaah. (Walaupun orang tak tanya kau suka siapa member group ShiNeE? kan kan kan itu sekali lagi namanya gedik.)




Kau pon adorable jugak. Cuma pendiam sikit. 
Walaupun muda tapi kau matured. Demi unnie, kite mengalah. 
(Kak Ani kalau baca ni sila terharu.)




Tapi tu lama punya cerita dah. Baru-baru ni, seriyes baruuuu lagi datang penyakit ni. Obsess yang keamatan dengan Kyu Hyun. Pasal dia sorang, habis satu group dah aku TERminat. SUPER JUNIOR. Ye, gedik sikit bagitahu nama kumpulan ni. Dah berkurun lama orang ramai histeria kau baru nak terkial-kial. Memang saye ni tukang loading biasalah. Tapi yang ni konfirm tak kan gaduh dengan Kak Ani pasal dia minat leader je. Semua group, semua leadeeeeeer je yang dia nak. So dengan yakinnya Kak Ani tak minat Kyu Hyun. Tapi kalau kau minat jugak jangan bagitahu aku nanti aku paaaang kau karang.







Kau tahu sejak bila aku suka dia? 
Sejak tengok video ni. Stop dekat minit ke-55. 








Actually tak ada reason. Tapi he looks like 'something'. Gedik lagi. Ok tak nak kena curse oleh itu bye!





p/s: Al-Fatihah untuk mangsa tanah runtuh yang terkorban dekat Hulu Langat kelmarin.

Monday, May 9, 2011

HoLiDaY sMeLLs LikE...


Assalamualaikum...


Kalau saya cakap cuti semester EMPAT BULAN sudah bermula, adakah itu bermakna saya juga akan cuti berblogging? Baiklah, nanti saya fikirkan. I actually have a lot to say but the mood is just not in the air. Dah kata pun kalau balik rumah berbau cuti, masuk bilik berbau tidur, lalu dapur berbau lapar, nak keluar rumah pun berbau malas. So kepada anda yang bakal merindui saya....




p/s: eeeer, ada ke siapa-siapa nak rindu? ok bye!

Wednesday, May 4, 2011

iMaM MuDaaaa!!! (ExCiTeD maCaM BiaSa)


Assalamualaikum wbt =>


Masih dalam mood peperiksaan eh mood exam eh bukan mood final eh lantak kaulah gila. Aku tibe-tibe teringat rumah yang indah dan permai dan nyaman lagi mengasyikkan kalau melangkah masuk je akan berbau CUTI dan HEAVEN yang tak terkata sebab tu orang cakap RUMAH ITU SYURGAKU. Fine, the point is saya tak sabar nak balik rumah. Bila teringat rumah, so akan automatik teringat Steve McGarret dengan konco-konconya dalam Hawaai Five-O dan juga Imam Muda, feveret show mama.




Maka bila bercakap pasal Imam Muda, saya teringat pulak salah seorang calon menantu dalam program tu which is Abdul Fattah (bukan Fattah yang lain ea Haajar) yang nak kata kawan bukan, nak kata tak kawan pun bukan, macam mana tu? Okei, senang cerita begini, saye kenal dia tapi dia tak kenal saya aicheh bila dah masuk Imam Muda baru nak mengaku kenal kaaaaaan...




Haaa, inilah calon-calon Imam Muda musim kedua.
Cuba teka mana Fattah?




Tak tahu apa cerita sekarang. Hari tu baru nak bukak tirai saja. Pengenalan para calon dalam Imam Muda tu. Macam tirai AF lah lebih kurang. Lepas tu minggu satu lagi dah balik Shah Alam so tak dapat tengok tapi tak ada siapa yang tersingkir lagi. Okei, minggu baru-baru ni pun miss sebab masih di Shah Alam kaaaan. Tak apa, 7hb saye balik...!!! (buat muka ceriya walaupun tak berapa nak ceriyaaa.) Nanti tengoklah balik ulangan.




Oooooh, perkenalkan, ini Abdul Fattah yang saya cakap tadi. 




Dia bukanlah kategori kawan yang betul-betul 'kawan', cuma bila tengok masa pembukaan tirai hari tu mak cakap "Ada wakil Negeri 9, comel budaknya. Sebaya kau." Maka terujalah nak tengok siapa yang mak terbekenan nak buat calon menantu tu kan. Sekali tengok, "LAAAA-MEMANG-KU-KENAL-BUDAK-NI".




Budak yang duduk sebelah aku masa SPM dulu. Nak buat macam mana, walaupun dia bukan originally Maahad, tapi exam sama-same jugak sebab Tahfiz, which is sekolah si Fattah ni kira baru lagi, maka sekolah diorang tak ada nombor angka giliran, means tak ada dalam sistem la kot. Sebab tu calon-calon SPM Tahfiz tu tumpang nombor angka giliran sekolah sayew. Dan sayew kenal la sebab dah nama pun duduk sebelah, lepas tu invigilator kitorang masa tu pun asyik mention nama dia ntah femes bebenau rupanya budak ni. Okei fine.




Dan sebab saye kenal awak, saya sokonglah awak dalam Imam Muda musim kedua ni. Semoga berjaye ye Abdul Fattah. Chaaaiyok! (Ada ke cakap dengan Imam begitu?)





p/s: Apa dia? AF lagi penting? Sukahati kaulah malas dah nak layan...

Tuesday, May 3, 2011

sUpEr ScRuMpTiOuS eGg TaRt I eVeR EaT (over sangat tajuk)


ASSALAMUALAIKUM =)


Saya baru habes paper marketing tadi. Tomorow ada translation pulak tapi saye tak pedulik nak online jugak! Dan semestinya kalau Kak Ani melihat perangai begini seharusnya saya dibebel seperti semalam. Baiklah Kak Ani, Ain online sekejap je sebab nak update perkara penting ni lepas ni Ain tutup ok, PROMISE!




Hai-hai-hai, perkara pentingnya bukan apa, nak bagitau betapa sedapnya TART TELUR ciptaan KFC. Haish, bunyi macam geli kan. KFC? Tak ada tempat yang lebih komersial ke kau nak promote tart telur haaa? Habis tu nak buat macam mana dah memang sedap aku makan pun sampai menangis-menangis terharu tak pernah makan egg tart SEDAP GILA begini kau bagi aku makan ni seumur hidup pun aku sanggup okeh melampau.




Actually hari tu saye keluar pergi KFC Seksyen 7 dengan somebody. Nak rahsia ke nak reveal? Okei nak rahsialah. Tujuan utama yang memang topic sentence nye nak makan DINNER PLATE macam tamak gila kan. Kau orang kena faham perangai orang mengidam macam mana. So, saye beli dinner plate macam bahagia sangat bila nampak tiga ketol ayam elok cantik dalam pinggan putih cap kepci sekali tak habes macam dalam gambar di atas tu kena gelak dengan rakan sebaya yang duduk di depan.




Dan begitu juga dengan tart telur yang saya ceritakan tadi. "Rasa macam nak belog pasal tart ni lah. Sedap gila kan kan kan." saya bilang begitu. Lepas tu rakan sebaya tu bilang, "Perlu ke?" Okei, saya derhaka. Lantak kau lah rakan sebaya. Aku nak post jugak tak kira.




Tapi actually egg tart ni lama dah keluar. Pasal dah LAMA GILA TAK MAKAN KFC maka beginilah jadinya seperti orang gayat tak sudah. Orang lain dah naik muak ke hape ntah boo-boo-boo malulah Ocha jadi manusia zaman batu begini. Haish, jom sorok muka dalam laci jom jom.





Anyway, thanks kepada tukang delivery saya yang kebetulan menyewa di Seksyen 7 itu kerana sanggup menghantar pesanan satu set tart ini keesokan harinya. Walaupun rupanya tidaklah sempurna akibat jalan-jalan berliku yang perlu awak lalui (barangkali), tapi saya hargai segala susah payah awak itu tau. Thanks banyak-banyak, awak buat hari saya sangat bahagia. (Sumpah geli aku baca ayat ini sendirian.)








Kalau siapa yang dah makan tu diam-diam sajalah ye. Tak payah nak annoying sangat dengan post ini sebab ini bukan belog kau. Tapi kepada siapa yang belum pernah rasa, SERIOUSLY RECOMMENDED. Pergilah dapatkan di cawangan KFC berhampiran. It's SUPER SUPER SUPER JUNIOR SEDAP. (Tulis dengan penuh harapan agar KFC memberikan diskaun kepada saya lepas ni kalau nak makan dekat sana sebab dah tolong promote.) Memang nak makan selipar punya niat.




p/s: mungkin jugak sebab aku memang tak pernah tak suka produk KFC. so cammane tu?

Monday, May 2, 2011

Up-uP hErE wE Go (ambek tajuk folder picture kau fay) :D


ASSALAMUALAIKUM WBT


It's nothing but a random post about last Saturday macam biasalah bila rasa-rasa perasaan tu tak berapa nak EASY with all people around maka saya akan buat anything untuk bagi dia release. That's why, bila ex-rumet FAY YEYO ajak pergi menara S&T petang tu, maka with no doubt I said yes! Jom weh jom aku memang dah lama tak panjat menara kesayangan itu. Sukew sukew sukew sangat padahal actually sukew sebab mood meningkat hundred thousand degree sebab baru lepas mimpi basah crush saya harap awak faham apa kisah dongeng mimpi yang cuba sampaikan di sini. Bila dah mimpi la namanya, macam-macam yang indah boleh berlaku padahal in reality...




Dah, jangan cakap pasal reality nanti sakit hati.
Anyway, ni la FAY YEYO yang saya cakapkan tadi.
(wah, ayat ni sangat rhythm)



Masa ni dalam lif untuk ke tingkat 20. Can't you see the excitement sampaikan tengok bumbung lif pun teruja ya amat. Oooh, saye dah cukup kurus untuk naik tangga. Jadi, sila gunakan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan.




And I must say

AKU ADORE GILA DENGAN SPECS BIO NERD KAU TU WEH.




Okay, memang dah biasa naik sebelum ni tapi this is the first time aku pergi betul-betul dekat tepi tembok yang kalau pandang bawah result dia like this.




Apa kau tak rasa ngilu ke pada bahagian-bahagian tertentu anggota badan kau hitu?




Aku memang tak berapa nak rasa sangatlah pasal aku tak gayat. Tapi budak kat atas ni DIA GAYAT WOIH PANDANG BAWAH aku nak gelak kang kuang hajau pulak tapi nak buat macam mana dah memang lawak maka aku terpaksa gelak jugaklah kau orang tak faham eh? Tak faham takpe.





Thanks FAY YEYO. Walaupun kau yang request nak naik menara itu but you're the one who did me a big favor. It was so excited buat kerja gila dengan kau petang tu. Arigatou ne...




Because sometimes I do realize that Allah never leave His servant ALONE. Bukan sometimes laaa, I know He's always there for me but when it comes at the perfect time aku rasa bertambah yakin dan kuat untuk hadapi semua dugaan hidup ni.




BIG GIRL'S DON'T CRY!





p/s: Tuhan, please do me another favor. saya nak mimpi basah tu jadi reality... aaii goo, ottoke

the history

Followers