Tuesday, May 3, 2011

sUpEr ScRuMpTiOuS eGg TaRt I eVeR EaT (over sangat tajuk)


ASSALAMUALAIKUM =)


Saya baru habes paper marketing tadi. Tomorow ada translation pulak tapi saye tak pedulik nak online jugak! Dan semestinya kalau Kak Ani melihat perangai begini seharusnya saya dibebel seperti semalam. Baiklah Kak Ani, Ain online sekejap je sebab nak update perkara penting ni lepas ni Ain tutup ok, PROMISE!




Hai-hai-hai, perkara pentingnya bukan apa, nak bagitau betapa sedapnya TART TELUR ciptaan KFC. Haish, bunyi macam geli kan. KFC? Tak ada tempat yang lebih komersial ke kau nak promote tart telur haaa? Habis tu nak buat macam mana dah memang sedap aku makan pun sampai menangis-menangis terharu tak pernah makan egg tart SEDAP GILA begini kau bagi aku makan ni seumur hidup pun aku sanggup okeh melampau.




Actually hari tu saye keluar pergi KFC Seksyen 7 dengan somebody. Nak rahsia ke nak reveal? Okei nak rahsialah. Tujuan utama yang memang topic sentence nye nak makan DINNER PLATE macam tamak gila kan. Kau orang kena faham perangai orang mengidam macam mana. So, saye beli dinner plate macam bahagia sangat bila nampak tiga ketol ayam elok cantik dalam pinggan putih cap kepci sekali tak habes macam dalam gambar di atas tu kena gelak dengan rakan sebaya yang duduk di depan.




Dan begitu juga dengan tart telur yang saya ceritakan tadi. "Rasa macam nak belog pasal tart ni lah. Sedap gila kan kan kan." saya bilang begitu. Lepas tu rakan sebaya tu bilang, "Perlu ke?" Okei, saya derhaka. Lantak kau lah rakan sebaya. Aku nak post jugak tak kira.




Tapi actually egg tart ni lama dah keluar. Pasal dah LAMA GILA TAK MAKAN KFC maka beginilah jadinya seperti orang gayat tak sudah. Orang lain dah naik muak ke hape ntah boo-boo-boo malulah Ocha jadi manusia zaman batu begini. Haish, jom sorok muka dalam laci jom jom.





Anyway, thanks kepada tukang delivery saya yang kebetulan menyewa di Seksyen 7 itu kerana sanggup menghantar pesanan satu set tart ini keesokan harinya. Walaupun rupanya tidaklah sempurna akibat jalan-jalan berliku yang perlu awak lalui (barangkali), tapi saya hargai segala susah payah awak itu tau. Thanks banyak-banyak, awak buat hari saya sangat bahagia. (Sumpah geli aku baca ayat ini sendirian.)








Kalau siapa yang dah makan tu diam-diam sajalah ye. Tak payah nak annoying sangat dengan post ini sebab ini bukan belog kau. Tapi kepada siapa yang belum pernah rasa, SERIOUSLY RECOMMENDED. Pergilah dapatkan di cawangan KFC berhampiran. It's SUPER SUPER SUPER JUNIOR SEDAP. (Tulis dengan penuh harapan agar KFC memberikan diskaun kepada saya lepas ni kalau nak makan dekat sana sebab dah tolong promote.) Memang nak makan selipar punya niat.




p/s: mungkin jugak sebab aku memang tak pernah tak suka produk KFC. so cammane tu?

No comments:

the history

Followers