Assalamualaikum wbt...
Now let me tell the details. Tempat saya bekerja sekarang ni dekaaat sangat dengan rumah. Jalan kaki tak sampai pun sepuluh minit. Kalau naik kereta apatah lagi. Macam gedik bila fikir-fikirkan tempat kerja dekatlah ya amat tapi pergi kerja naik kereta, ehem... itu semua pasal office hour saya tamat pada jam 2 setengah pagi. Maka saya harus sayangkan diri saya dan sayangkan keselamatan saya dan ikut nasihat emak saya supaya bawak kereta pergi kerja.
Then. More details. Saya bekerja dekat kedai makan sebagai pencuci pinggan merangkap pembantu abang-abang tukang masak sebab saya yang paling hampir dengan diorang. At first mak tak kasi saya kerja. Muka dia seriously like 'apa-anak-aku-kerja-basuh-pinggan-ni?' masa saya dapat mesej daripada Abang Hafiz, merangkap bos saya dan tuan punya Restoran Hafiz Tomyam tu. Tapi saya tak kisah. Why not merasa the phrase yang selalu bila pergi restoran and cakap 'kalau-tak-de-duit-nak-bayar-haa-pergi-kau-basuh-pinggan-kat-belakang'. Sumpah nak tergelak pun ada jugak kadang-kadang.
Yelah, Gemencheh ni bukan ada Hypermarket pun even bajet-bajet nak jadi salesgirl ke. Shopping Center apatah lagi. Kepci, McD, Pizza, ada la dalam 25 minit kalau naik kereta haaa bayangkanlah (bak kata Kak Ain). And it's just nothing to me. Memang la bukan bandar besar tapi at least tak la sampai kategori kawasan pedalaman. Haaa, begitulah nak cerita pasal lokasi tempat kerja saya. Dan kerja-kerja yang katanya bermula pukul 3.30 petang dan berakhir 2.20 pagi itu adalah seperti berikut...
1. Masuk kerja, the 1st thing yang saya capai is periuk nasi. Sukat pakai gayung okei. Sekali masak tu adala dalam 3 gayung. So lepas ni, kenduri-kendara kalau nak cari pakar masak nasi dalam kuantiti yang banyak, orangnya di sini. And, Abang Apis akan suruh simpan air basuhan beras yang pertama tu untuk dimasukkan dalam ramuan sup. Secret recipi yang pertama. Ok dah. Habis.
2. Lepas masak nasik, saya akan take over udang dulu. Tak tahulah berapa kilo, tapi yang pasti plastiknye agak besar dan gedabak. Maka sekarang dah boleh dapat title 'pakar-pancung-kepala-udang' dalam masa yang singkat. Lepas siap udang, kerjakanlah apa yang ada di depan mata. Kalau ada kerang, basuh kerang,.kalau ada ayam, takuk ayam. Secret recipe yang kedua, tulang dan kulit ayam yang tak digunakan sebagai rencah, akan dibuat air rebusan untuk sup ayam. Sekian terima kasih. Yang pasti saya akan avoid sotong untuk menjaga kesucian baju daripada dinodai dakwat haiwan itu (walaupun pakai apron) dan juga ikan siakap sebab makhluk tu sangat tajam dan merumitkan.
3. Lepas siap segala lauk pauk, of course dah basuh dan simpan dalam freezer. Then either saya akan kerjakan ikan bilis atau pipih cili padi. Kalau dua-dua tu tak ada, maka goyang kaki saja sementara menanti customer masuk. (Tapi goyang kaki itu jarang berlaku.) Fine. As a dish washer, adalah tugas saya juga untuk tadah air sabun dan air bersih dalam EMPAT BESEN BESAR sebelah sinki tu. Dua besen untuk pinggan dan dua besen lagi untuk cawan. Satu besen kecik untuk para sudu dan garfu waaah very the systematic kan kawan-kawan.
4. And bila nasik dah masak, once again, it's my duty to fill up the rice tank. Ada ke tangki nasik di situ? Tak tahulah nak panggil apa. Yang penting bekas tu gunanya untuk isi nasik. And bila sudip dan senduk abang-abang tukang masak di dalam tu dah berlaga, saya akan mula mengira-ngira berapa ramai customer yang datang. Dan juga mata akan sentiasa menjeling pandang bill dekat dalam. Banyak ke orang order? Makan ke bungkus? You know the feeling when you really wish to avoid something. Of course kalau boleh nak semua customer yang datang semua nak bungkus je makanan tu. Tak payah makan kat kedailah. Betapa tak baiknya perangai.
5. Done. Begitulah sampai matahari dah bertukar jadi bulan. And another thing, sepanjang duty tu kadang-kadang abang-abang tukang masak kat dalam tu jerit, "Ain, air satu!" maknanya, saya kena tadah air paip sebaldi dan bawak masuk dekat tempat masak tu. Air tu tujuannya untuk masakan yang berkuah-kuah macam sup ke, tomyam ke, the rest I don't know. And kadang-kadang bila nasik dah nak habis, you know it's time for the 2nd trip untuk tanak nasik. Sometimes sampai 3,4 kali dalam sehari. Depends pada customer. That's why saya cakap, memang dah expert daaaaah. Masa ni baru la terlintas, orang melayu ni tak ada benda lain ke nak makan? (Memang soalan gila.)
6. Ada lagi. Kadang-kadang abang-abang tu akan cakap macam ni "Ain, tolong ambik daging dalam peti", "Ain, tolong ambik air limau", "Ain, tolong ambik cendawan", "Ain, tolong ambik isi ayam", "Ain tolong ambik ais bawak sini", kesimpulannya, Ain jadi assistant abang-abang tukang masak walaupun abang-abang tukang masak memang dah ada assistant kat dalam. (Pengsan).
7. Lastly, tepat pukul 1. The rest of pinggan mangkuk atau cawan saya tak akan usik lagi dah. Berapa ramai customer datang pun saya dah tak pedulik. Because it's time for me to sental segala periuk kuali chef-chef di dalam tadi dan kasi clear all the equipments. You know, sudip, senduk, tapis, tangki nasik tadi tu semua, like my dearest boyfriend yang harus saya date setiap hari. Dah clear. Masa untuk balik!
Maka, it's all about the schedule. Nanti part II, saya sambung lagi. Banyak benda lagi nak reveal. Tapi untuk hari ni, ini saja. Ok bye. nak pergi kedai. Dah berapa hari dah singgah Yee Fong (kedai magazine dekat rumah) tapi masih tak ada Cosmopolitan or Cleo edisi Julai. Apasal lembab sangat ntah nak publish. Bosaaaaanggg!!!
No comments:
Post a Comment