Friday, June 17, 2011

SeLePaS 3 MiNgGu


Assalamualaikum wbt


Laporan ini bersiaran secara langsung dari dapur Cik Bedah.



  • Fisrt of all, saya sekarang sedang bekerja di sebuah kedai makan ataupun kalau nak komersial sikit orang panggil restoran laa. Sebab sangat penat at first sampai laptop pun dah jadi jeruk dalam bilik memang terbengkalai habis pada minggu pertama dan kedua. Begitu juga dengan cik diari yang dah jadi pekasam. Tapi sekarang dah pandai nak balance sikit, maka kesian dekat belog yang turut terbengkalai, maka saya HAPDETLAH!


  • Sejak dah bekerja, sekarang dah tak dapat main badminton dengan mak petang-petang. Dah la adik-adik sume dah balik asrama. Tapi mak cakap takpe since dia sekarang dah pandai sumbat hard disk dekat dvd player and layan Super Junior dekat tv gabak dekat hall tu. Fine. Nampaknya dah ada geng nak gaduh sebab nak menangkan fave member SuJu masing-masing.


  • Oh yes, cakap pasal SuJu lagi (sorry kalau annoying), yang beriya nak emo pasal tak dapat pergi konsert sempena Hari Belia kat Putrajaya hari tu, kan dah cakap si beruang tu pasti akan menggodam telinga akak ni. Tapi mujur, the fave tak datang sebab shooting untuk movie terbaru yang bakal reveal hujung bulan ni (waaah, tahu segala). Yang pasti itu bukan KyuHyun yang digembar-gemburkan sebelum ini. Of course the precious one tak boleh reveal kepada masyarakat.


  • And semestinya operasi untuk ber'movie tak dapat dijalankan sebab bila dah mula bekerja tak tahu apasal mood berjimba macam tak dapat dikesan. Tapi beruang keluar dengan rakan-rakan beliau hari tu tengok KL Gangster. Kemain dia gula-gulakan akak dengan Aaron Aziz macam la aku heran sangat. Maaflah dik, akak kau ni dah bertukar 360 darjah jadi hantu korea.


  • And beberapa minit tadi, baru buat course registration. Result exam pun dah check. Akibat meng-ignore mesej Mrs.Dz semalam dan akibat tak terlalu memikirkan result itu I mean Alhamdulillah sebab tiada sebarang rasa berharap. Tapi rupa-rupanya kali ni punya result serius buat mata terbeliak memang sumpah tak percaya. Nak cakap macam mana pun tak tahu. Ish tibe-tiba tak pandai nak express perasaan sendiri. Anyhow, ALHAMDULILLAH lagi sekali. Rasa macam ada orang baru cakap "Would you marry me" sambil hulur aiskrim sundae tapi ada diamond ring kat tengah-tengah. (Cheh, berangan propose diri sendiri bajet macam gantlemen.)




  • And finally, siapa tak solat jumaat lagi sila berbuat demikian. Pesanan ikhlas dari pihak penaja kopi cap tupai ekor berbulu.




p/s: bila rindu nak jjcm dengan gossip girl, maka buat jjcm dengan rakan sekerja padahal restoran yang sama je hari-hari...

No comments:

the history

Followers