Wednesday, July 6, 2011

mOTiVaTe DiRi sEnDiRi - SaYa BuKaN MaNja aTaU cENngEnG (season finale)


Salam everyone...



Nak tahu, I used to complain about almost everything masa mula-mula bekerja dulu. Badan sakitlah, tangan pecah-pecahlah, penat, mengantuk, sakit hati with all people around macam tak wujud langsung anasir positif dalam diri ni. Seriously, it's really hard for a 21st years old girl yang tak pernah bekerja seumur hidupnya. And seperti yang pernah saya cakap sebelum ni, first week bekerja memang disaster. Rasa macam hilang tenaga batin. HILANG TERUS.




Macam contoh bila buat kerja lambat dan kerja lambat siap sedangkan kerja yang lain bertambah-tambah maka tension pun bertambah. Faktor itu boleh digunakan sebagai alasan untuk mintak berhenti kerja kalau saya benar-benar MANJA dan CENGENG. Kedua, mungkin kalau masak nasi terlebih air dan nasi jadi lembik (even masih boleh dimakan) atau masak nasik tapi periuk senget so nasik jadi hangit dan boss keep asking you why why why maka itu pun boleh dijadikan reason untuk berhenti kerja kalau saya benar-benar MANJA dan CENGENG.




Ketiga, it's normal kalau kita pergi ke mana-mana takkan ada semua orang yang akan suka atau berpuas hati dengan kita. For example kalau saya disuruh buat kerja yang bukan sepatutnya saya kena buat, ok fine. Tapi kenapa orang tak pernah terlintas at least tolong ringankan kerja saya? Kejam kan? Sebab itu fikiran orang yang MANJA dan CENGENG yang tak pandai nak berdepan dengan cabaran. Why not kerja lebih sikit. Saya set mind begitu dan positif sajalah. Berhenti kerja semata-mata masak nasik lembik? Not worth it. Ish ish ish...




Keempat. Ramai orang mungkin tak tahu benda ni. Even besties saya sendiri sebab benda ni tak pernah berlaku depan mereka. Saya ada haemophobia dan phobia yang agak ekstrem terhadap serangga yang lembik-lembik dan yang tak bertulang macam ulat-ulat sampah ke berengga ke mentadu ke haish whateverlah. Haemophobia tu boleh tahan lagi sebab takkanlah hari-hari nak berlaku pertumpahan darah kan. Just hari tu tangan Kak Ain terkena pisau and masyaAllah sumpah rasa gelap dunia macam nak pitam tengok darah dia. (Kalau darah aku sendiri tu lain ceritalah.)




Tapi pasal fobia ulat tu saya agak susah nak terima. Bayangkan kalau tiap-tiap hari kau akan jumpa seekor makhluk itu di tempat kerja no matter how the situation is. Kadang-kadang jumpa dalam plastik udang, kadang-kadang jumpa dalam plastik cili, kadang-kadang dekat bawah sinki, apa tak ke berderau jantung dibuatnya. It's even a nightmare kalau makhluk itu boleh muncul dalam pinggan lauk kau. (Dan masih hidup dan bergerak-gerak.) Haaa, silap hari bulan boleh putus nyawa akak ni dik. Kan saya dah cakap tadi, kalau saya ni MANJA dan CENGENG memang konfiirm berhenti kerja lah. KONFIRM.




Jadi kesimpulannya, demi mempertahankan bahawa saya bukan MANJA atau CENGENG, saya tetap teruskan jugak bekerja di situ. Kalau nak melayan karenah badan yang MANJA dan tak biasa bekerja ni, banyak alasan sebenarnya untuk saya berhenti. Baik duduk rumah, goyang kaki berlagak macam princess. Tapi what's life with no challenge? Dah 21 tahun hidup apa yang saya boleh banggakan dengan diri sendiri? Even bukan senang nak bear with the phobias and get along well with peoples around, saya tetap akan cuba. Macam mana nak berdepan dengan dunia kerja yang sebenar nanti kalau small and tiny little things macam ni pun tak boleh handle?




So, mari kita gali sebanyak mungkin positive side dalam diri orang lain. And orang juga akan nampak positive side dalam diri kita. Bukan susah kalau kita betul-betul ada motivasi.




OCHA HWAITING...!!!







p/s: thanks tu Encik L sebab most of the support was from him. cheh kantoi...

No comments:

the history

Followers