Assalamualaikum wbt...
This post, dedicated to my beloved
QUEEN B.
Haha, ambek kau. Kemain besau gambau ^_^
Hai semua. Bukan senang jadi Queen B aka Haajar Mohd Puad ni. Setiap kali birthday mesti kena tinggal. Bayangkan dah tiga tahun kenal, tiga-tiga tahun tulah dia celebrate without S and V (kalau dia celebrate dengan boyfriend dia aku tak tahulah kan). Maknanya, so far perkenalan mereka selama lebih kurang 3 tahun ni, exactly 28th August tu belum pernah disambut. Every year mesti postponed. Kau faham perasaan main postpone birthday ni macam mana? Tak feeling beb. Tak ada kick. Rasa nak kick orang ada. Haa, baru kau tahu susah ke senang jadi Queen B itu...
Sms? Aku tak main la wish birthday pakai kredit. Aku tak pandai tulis short form-mort form ni. Mms? Apa barang setakat send gambar kek. Bau pun tak ada. Post kat wall fesbuk? Sesapa pon boley buat dik. Dokumentari edisi khas macam ni? Ada jumpa dekat mana-mana belog tulis – Weh Ajaa, post ni aku tulis special untuk kau. Amacam? Gempak tak? (muka riak) – sekali kang semua kerabat uitm yang ada belog semua nak dedicate special entry untuk kau Haajar. (frust. tak tahu dah nak pikir idea apa lagi nak kasi wish lain daripada yang lain).
Well. It’s now begin. Macam biasa aku akan bagi warning kepada para pembaca bahawa entry-entry special macam ni memang meleret-leret panjang tinggi lebarnya. Tak payah ukur, kalau aku cakap panjang tu maknanya memang panjanglah. So sebelum kau muntah, baik kau stop sampai kat sini. Pangkah page ni cepat dah pergi main jauh-jauh orang tua-tua nak berburak ni.
Suatu masa dahulu, orang klasik America cakap ‘once upon a time’, aku kenal somebody ni. Macam dalam movie and drama pulak kan, ada la budak baru dalam kelas kitorang ni masuk masa awal sem part ii pre-law. Lepas tu berkenal-kenalan. Senggol-senggolan. Cubit-cubitan. Aku menynyi kau petik gitar ewah-ewah. Kemain kau punya dangdut sekejap. Ok, first sight love memang tak ada. Aku pandang dia macam nak kasi lempang tu ada. Tu dia ‘senior syndrom’. Taklah, she’s just a bit silent and shy and kepantangan aku pulak ialah orang-orang yang sebegini.
So aku approach la dia tanya basic background padahal bukan nak ambik tahu sangat pun. Saja nak suruh dia bercakap. Then aku still ingat dia lukis cartoon dekat test pad and passed it to me during klas Madam Hidyati. (teruk grammar aku ni haish). Nampak sense nya di situ kan. Kesian la budak baru tu asyik berdua je dengan Cik Yana. Oh dengan Cik Fara sekali. Memanjang je diorang tu bertiga. But slowly they managed to adapt dengan kanak-kanak riang yang lain yang originally dalam kelas tu termasuklah Hani, Lydia, Fara, Bella, Ezzy, Umi, Linda, Onie, Ocha, Tikah dan lain-lain. Syukur Alhamdulillah. (muka satisfied)
Then masuk part 3 memang the best semester ever. Haajar jadi sebahagian daripada aku dan Hani. Mahsuri yang dia tak pernah-pernah nak jejak dulu da jadi tempat lepak setia dia. Baik tennis court, dining hall, koop, kerusi batu, bilik study, bilik tv, bilik aku kau jangan cakap. Memang hampir jadi warga Mahsuri dah budak ni. Outing ke CS, VM, almost every week. Tu belum cakap penang lagi. Nak pergi Tesco pun eksaited. Nak dinner dekat kedai makan depan UiTM tu pun teruja. Haa, macam tu la aku punya feel setiap kali spent time dengan budak ni.
Bab makan jangan susah hati. Semua yang masuk perut aku akan masuk perut dia jugak. Maknanya kitorang tak pernah ada masalah sembelit. Eh, maknanya kitorang tak pernah ada argument dalam bab makan. Dan maknanya kitorang ni sangat kawan rapat. Dan maknanya kitorang banyak kongsi rahsia. Dan maknanya jugak, sudah tiba masanya untuk aku reveal rahsia budak ni. Ngahahaha (gelak kejam)
Ok first. Orang mungkin nampak dia macam sombong at first (same as my 1st impression dulu). Tapi actually Haajar ni manja orangnya. Suka act cute bak kata orang korea buat ‘aegyo’ sebab she thinks she naturally is. Dan sayangnya I hate to say – YES SHE IS. (puas hati kau?) Whatever and however, walaupun dia manja, tapi I must say she’s the strongest one di antara kami (aku, hani, beliau). Like in term of arguing about everything, kalau cakap berdasarkan fact dia memang akan menang. Tapi kalau cakap mengarut dan merapu, ooh that’s me. Dan air mata dia pun susah nak tengok melainkan kalau dia menangis sorok-sorok daripada aku (atau senggugut). Maknanya dia memang kuat kan? Whatever it is, Haajar, kalau air mata kau pernah tumpah disebabkan aku, dari hujung rambut sampai hujung kaki aku mintak ampun mintak maaf ye. Nak aku nyanyi lagu maafkan kami macam bujang lapok tu ke?
Ok secondly. Orang mungkin nampak dia pendiam. Tapi dia sengal sebenarnya. Tak kenal memang tak tahu. Tapi kalau melawak tu bukanlah melawak style nak masuk raja lawak. Dia suka bergurau. Suka cari gaduh. Bercakap benda yang mengarut yang merapu-rapu yang tak wujud macam contoh bila part dia menokok-tambah cerita aku, memang sengal storyline tu jadinya. Suka loyar buruk. Mengutuk-ngutuk orang pun ye jugak. In short, she has a lot of humor inside (yang tak semua orang nampak). Dan tu yang buatkan she’s fun to be with. Dan antara orang yang selesa untuk aku luahkan perasaan atau mengadu atau merungut atau apa-apa saja.
Third. The biggest reason yang merapatkan kami is KOREA! Memang tak dinafikan similarities ini yang buat aku eksaited dan dia eksaited dan kitorang akan sama-sama eksaited bila berjumpa. Obviously sebab ada point nak cerita dan teruja. Maka relationship tu jadi gila! Daripada dia gila dengan Jae Joong DBSK dulu, bawak ke Thunder MBLAQ, Akanishi Jin, sampailah Chansung 2PM recently. Dah tahu sekarang siapa yang bertanggungjawab dengan ke’obsess’an aku selama ini? Ya, BELIAU orang! Ok Haajar, oppa 2PM ada kirim video happy birthday dekat kau. Diorang kirim salam. Nah!
haha, kagum tak dengan aku?
Baiklah, fourth. Pulau pandan jauh ke tengah, gunung daik bercabang tiga. Aku tak tahu apa motif aku berpantun sebenarnya. Tapi secret yang keempat ni aku nak cakap yang dia satu-satunya feeling detector yang paling canggih di abad ini. Sekali scan je dia dah tahu perasaan orang. (detector yang canggih ke atau aku yang tak pandai sorok perasaan?) – Apa-apalah. Yang penting she’s the first yang akan tanya samada aku ok atau tak everytime aku rasa uneasy. Tak tahulah mana dia belajar ilmu tu. Saya jadi protégée awak belajar ilmu psycho tu boleh?
Now, fifth. Secret yang paling aku nak cakap sangat-sangat selama ini. Haajar, kalau aku lelaki, sumpah dah lama aku tackle kau habis-habisan. Aku rasa macam nak lempang je pakcik yang kau kipas-susah-mati tu pasal tak nampak ke’comel’an kau ni dan ke’lembut’an kau ni dan ke’suwit’an kau ni dan ke’romantik’an kau ni dan ke’gila’an kau ni dan ke’sengal’an kau ni dan bermacam-macam ‘ke’ lagi yang kau sorokkan. (Ini bukan kipas-susah-mati untuk kau). The fact n truth. Sebab exclusive dalam entry ni je aku cakap lepas ni tak ada dah. (kau merayu pun aku takkan cakap live depan kau lepas ni)
Maka actually aku susah nak feel tulis benda ni sebab dah lama tak tatap hidung arab kau tu sayang. Dah lupa angle dia berapa darjah. Tapi setakat ini, itu saja yang aku nak reveal. Dah berjela-jela entry sebelum ni yang ada mention pasal kau tu kalau rajin back-to-back sendirilah ye. Sebab dah berpisah 4 bulan ni buat memory aku berkarat sikit. Dah la gambar habis hilang semua. Betul-betul harapkan sisa pictures dalam fesbuk album tu haa. Tu pasal la habis berterabur entah bila kurun punya pose aku letak. Bantai jela eh... Janji ado.
Sekian, itu saja.
Kepada cik adikku sayang,
Miss Haajar Mohd Puad:-
Kepada cik adikku sayang,
Miss Haajar Mohd Puad:-
(aku letak purple sebab kaler fave ko)
“Aku dah tahu dah apa perasaan kau bila sambut birthday without aku and Hani tahun-tahun sebelum ni. Itu yang aku rasa 19 Julai hari tu. Walaupun ada orang lain yang celebrate, tapi tak sama macam korang. Selama cuti ni, selama itulah aku tak JJCM dengan siapa-siapa melainkan dengan beruang dan tomato. Aku mungkin nampak macam ignore dengan semua perkara sekeliling. Tapi aku rindu sangat-sangat dekat korang berdua. Kejap. Aku rasa speech aku dah lain macam sikit ni.”
Mic checking, 123, hello hello.
-Haajar, happy 21st birthday sayang. Standard
p/s: Terima kasih selalu teman aku jogging.
p/s: Terima kasih selalu teman aku movie-ing.
Amin ya Rabb
p/s: Terima kasih selalu teman aku shopping.
p/s: Terima kasih selalu teman aku movie-ing.
p/s: Terima kasih cuz oweys there beside me.
Tuhan, jagalah sahabatku ini sebaik-baiknya,
Lanjutkan persahabatan ini hingga ke akhir hayat kami,
Limpahkanlah kasih dan sayangMu kepadanya kerana dia selalu menjagaku,
Amin ya Rabb
4 comments:
OKAY SUMPAH I NAK CAKAP...I LOVE U MY LALING..... :) TERHARU...HUHU
bestnya punya sahabat begini :)
kan?? she is so sweet.. :)
I LOVE U MORE la syg.. susah nak cakap MORE tu setakat tulis kat sini je..
p/s: baru tau i sweet kew? kui3.
Post a Comment