Assalamualaikum wbt...
Pertama kali dalam hidup, aku rasa teramat bizi sampai on the way nak balik kelas pun boleh terhuyung-hayang macam orang mabuk tapi bukan sebab mabuk tapi sebab mengantuk. Bila dengar dari mulut orang 'kau ni tak ada masa untuk diri sendiri' Alaahai, what the hal cakap macam tu bro? Gua ok ape. Gua sempoi je. Setakat ni tak pernah lagi missed kelas - Alhamdulillah - Apatah lagi lepas dengar kata-kata Sir Faizal yang cute semalam, rasa lagi bersemangat tak mau ponteng kelas Finance dan kelas-kelas yang lain.
Pasal Sir Faizal yang cute tu cakap, dulu masa dia belajar, ada sorang classmate dia umur 75 tahun. Memang ketegori tua la. And Sir Faizal yang cute panggil dia Pak Ungku. Nak pendek cerita, Pak Ungku ni sangatlah komitment in pursuing his Master padahal logiknya dalam umur macam tu nak buat apa belajar beriya-iya sangat kan? Just to gain knowledge katanya. Sampaikan at the end of his day (which is hari Jumaat), lepas walikan anak perempuan dia lepas asar, dia terus berkejar pergi kelas pukul 6 and malam tu Pak Ungku menghembuskan nafasnya yang terakhir. Lepas tu semangat aku terus berkobar-kobar naik. Tak paham ayat macam pening...
Semalam je berkobar-kobar. Hari ni dia dah malas balik. Habis tu camne? Sampai seriyes serba salah gila dekat gossip girl. Dah la kolej masing-masing tak tahu apa cerita. Aku nak tolong macam mana pun takde idea. Tu, dok gatai tiba-tiba sem ni jadi class rep sampai balun dua kelas sekali. Dah upgrade responsible dah kat situ. Dengan MCC punya program lagi. Dok take care adik-beradik kat bilik depan ni, adik-beradik kat Bangi nun, sampai adik-beradik gossip girl depan mata pun terabai. Sentap you cik Hani kirim salam rindu semalam. Nampak sangat lama tak bergossip.
Kalau aku ni kaya dengan masa memang dah berjuta entry dah aku post. Memang harus korang takkan nampak bahawa semester ni aku dah pandai bewajah hipokrit. Kalau aku letak semua gambar-gambar ceria dan bahagia tu padahal dalam hati macam Tsunami dua kali ganda korang mesti tak boleh nak detect. Konfirm tak boleh punyalah.
Itu belum kira lagi macam mana penat dan terkejar-kejar setiap hari. Turun naik Cempaka Kenanga Melati padahal dah dua minggu berturut-turut puasa enam and followed by puasa ganti macam nak putus nyawa dah rasa berkejar ke sana sini lepas handle kelas nak berkejar balik bilik nak masak untuk adik-beradik seriyes ini bukan cerita tipu weh. Sampai telefon mak pun seminggu sekali apa cer?
Ok, maghrib dah nak masuk. Selamat berbuka puasa semuaaa...!
Itu belum kira lagi macam mana penat dan terkejar-kejar setiap hari. Turun naik Cempaka Kenanga Melati padahal dah dua minggu berturut-turut puasa enam and followed by puasa ganti macam nak putus nyawa dah rasa berkejar ke sana sini lepas handle kelas nak berkejar balik bilik nak masak untuk adik-beradik seriyes ini bukan cerita tipu weh. Sampai telefon mak pun seminggu sekali apa cer?
Ok, maghrib dah nak masuk. Selamat berbuka puasa semuaaa...!
P/S: Entry live dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah with baby Akher, adik baru Beno ^_^
2 comments:
paham sgt pasal penat ni...
paham.. tapi tak tahan..
Post a Comment