Assalamualaikum wbt..
Para pembaca yang dikasihi, ini memang personal punya post. Tak payah susah-susah komen sebab nak jadikan pengganti diari saya yang putih suci itu yang tertinggal di rumah saja.
Minggu ni, supposedly aku nak siapkan jahit baju kurung yang aku beli hari tu untuk naik sem baru. (gedik asal bukak sem je semua nak baru). Tapi dah terlajak dekat Shah Alam 4 hari so tak tahu apa cerita sama ada sempat siap ke tidak. Okey, masuk sikit point nak cakap, benefit cuti 4 bulan ni ialah dah pandai jahit baju kurung (YEAY!)
Hari isnin starting the journey to Shah Alam dengan beraya kat rumah Nurul sebelum menghangkut makcik tu ke Melaka untuk raya dekat rumah Haajar pulak. Lepas tu singgah rumah bekas bakal mak mertua dekat Seremban dan barulah tergedik-gedik bertolak ke Shah Alam. Sempat singgah Tesco Extra beli selipar toilet dengan ubat gigi sebab lupa bawak jugak. Dan ambik kunci bilik dan selamat berkemas. Ok cukuplah tak larat nak explain panjang. (Memang sumpah mood tengah malas ni.)
Day 2, aku bangun pagi-pagi (tak la pagi sangat pasal dah nampak matahari) dan pergi standby depan pejabat Melati jaga kaunter untuk sambut adik-adik baru. Muka memang manis habes. Memang kencing manis siapa pandang lama-lama. Siap kalau ada mak cik-mak cik yang terlebih ramah tu, kena keluar ayat manis pulak memang boleh diabetis la orang ramai kalau tengok aku hari tu. Lagi-lagi yang datang tu dengan abang pergh... Bajet chiyut macam actress korea tak usah cakap. Dah tahap nak meninggal pasal detect kadar gula merenyam yang keterlaluan dalam badan. Dah. Tamat riwayat hari dua. (Dengan sangat penat jugak yaw.)
By the way, petang tu sempat cabut pergi Jabatan Agama Islam Selangor hantar si Nurul (yang kat bawah ni) ambik contoh lafaz taklik untuk lampiran dalam tesis dia.
Muka bangga tak sudah dapat maklumat idaman.
(Semoga tesis kau cemerlang dik. Amin.)
Dan aku pulak ambik borang untuk kursus kahwin ^_^
ok bye!
Day 3. Eh aku lupa nak cakap yang aku jumpa Linda. Dia jadi PM handle adik2 ni punya orientasi dekat Melati. Harus eksaited kejap the moment I met her yesterday. Macam jumpa Taylor Swift teruja ya amat. Ummi pun ada tapi dia dekat Mawar. So aku kirim salam saja. And I met my Sis Tiya as well. Abang MPP APB mujur belum nampak batang hidung lagi. Kalau tak mesti dah lama masuk wad gila.
Ok. Lupa nak cakap jugak. (Nampak sangat otak dah biol asyik nak lupa segala dengan alasan penat padahal tak buat kerja pun.) Aku sempat melayan Pak Li dengan depa ni semua semalam. Penat + Lapar = RAKSASA RAKUS pun muncul
Cik Nurul
Cik Roy
Cik Alia
Dan sudah tentu aku.
(Tak sanggup nak letak gembar sebab memang sebijik raksasa real woih)
Nak sambung lagi untuk day 3 tadi. Mujur orang tak ramai hari ni. Pasal semalam dah penoh blok 4A so hari ni mak cik- mak cik dan pak cik-pak cik TERPAKSA menghangkut barang-barang anak mereka pakai tangga pasal hari ni depa kena penuhkan blok 3B yang tak ada lif tu.
Cakap pasal bilik. Don't worry to all my dearest fwens yang tak belum dapat kolej. Blok 4A memang di reserve untuk student lama. Blok 3A pulak di reserve untuk student yang berjaya dalam permohonan rayuan. Level bawah setiap blok di reserve untuk student OKU dan student yang sakit dengan syarat ada surat sakit daripada doktor. Nak buat surat sakit sendiri pon boleh kalau dah terdesak bebenau tak dapat bilik kan. Bilik air ground level luas yaw...
Dan tomorow aku nak pulang ke kampung halaman semula. Tak tahu kenapa tiba-tiba rasa homsik. (Dan mengada). So tak jadi stay sampai hari jumaat. Lagipun nak hantar Nurul balik KUIS. Then mummy pesan singgah Nilai 3 beli kerusi malas yang style vintage yang macam ni..
Tapi bukan kaler corak lagu ni la kau nak bagi mak aku rembat dengan mop letak kerusi ni tengah-tengah hall?
So sampai kesudah pun holiday aku memang rasa tak cukup.
Sekian. Lintas langsung daripada Wartawan Cik PA Melati Computer Club.
Bersama jurukamera Roy dan Jurumekap Ayna.
(Diari dah jadi entry akhirnya. Aku memang terer tulis karangan pasal tu tak pandai-pandai twitter sampai sekarang.)
P/S: Joinlah MCC kalau nak senang duduk kolej. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment