Wednesday, September 21, 2011

KaKaK sENiOr DaH PoTPeT PaSaL sUbJeK Dia. HaBeS Laaa.



Assalamualaikum wbt


Pernahkan saya mention azam semester ni tak nak pergi kelas pakai pakaian kasual means tak mau pakai seluar sebab nak jadi wanita melayu terakhir? Ada kan kan kan? Tapi kalau tadi saya pergi kelas pakai jubah tapi dalam pakai seluar jeans sebab hujan ribut (memang serius ribut ok) dan konon nak memudahkan perjalanan (kaki) la kononnya. So azam tu valid lagi ke tidak u ollz rasa?




Tengok tu asal Rabu je hujan asal Rabu je hujan. Bukan mengeluh tu cuma meluahkan perasaan bahawa, kesulitan dan kesukaran itu  muncul setiap kali nak pergi kelas Arab je (hari rabu) kenape ek? (cakap slang Johor). Serius memang nyaris nak ponteng tadi dengan alasan hujan ribut yang memang serius ribut. Apa maknyanya tu? Ketahuilah wahai muslimin dan muslimat sekalian bahawa setat dari minggu depan saya akan terlebih-lebih solehah sebab kelas arab saya sudah bertukar ke group B. U know what is that mean? U know who is in that class? U know how crazy I’m gonna be? Apa-apa pun, kepada warga Shah Alam dan Lembah Kelang, selamat meredah banjir kilat dan GANBATTE KUDASAI. Motif cakap macam tu? Tak tahulah pasal lepas kena hujan wire short so paham-paham la u ollz.




Then meet my roommate. Syamimi Hanun, our future accountant. 


Yang duduk paling dekat dengan saya itu haruslah rumet. Sebelahnya Leeya future Computer Scientist, and Roy, also future accountant jugak. Saya? Tak nampak masa depan lagi. Sekian.


(Iklan kejap nak mengumpat pasal rumet.)



Mimi tu dah part 5 and currently tak ada dekat bilik sebab pergi dating dengan boyfriend dia tak tahu dekat mana. (Jangan risau, dia balik nanti saya tanya.) Well, rumet kali ni obviously tak ada sebarang komen sebab dah nama pun request nak sebilik so kalau ada jarum yang patah tu buat apa nak pakai lagi kan? (Tak faham apa kaitan) Cume she makes me feel somehow Hani Afiqah is still my roommate cuz they got few similarities there. Nak taching ke? Oooh please jangan buat begitu dikala hujan-hujan begini u ollz. I dah puas meratap bila nak dapat rumet yang masa asasi tu lagi.



Ok, kita sambung topik yang ada kena mengena dengan tajuk.



Sedikit rungutan tentang beberapa subjek yang saya ambil semester ni. Apparently Finance bukanlah subjek yang saya nanti-nantikan selama ini. Kelas teori saja dah blur inikan pulak kelas praktikal di mana saya harus berkawan baik dengan Cik Kalkulator. But mujur Sir saya orang Negeri Sembilan dan handsome. Secara tak langsung saya sebagai class rep (plis jangan histeria) saya ulang lagi, sebagai CLASS REPRESENTATIVE, adalah manjadi kewajiban saya untuk selalu keep-in-touch ala-ala secretary pun iye, kepada Sir Faizal yang handsome itu. (I don’t care even he’s married). Ok tak sopan. Mintak-mintak Sir Faizal tak jumpe blog saya ni. Amin.




Then subjek Bahasa. For this sem, I got Semantik teach by Puan Noriza yang potpet-potpet best punya tu and satu subjek lagi tak tau apa nama best dia tapi something to do with Debate by Encik Mail atau nama komersialnya Prof Madya Ismail Abdul Rajab. (Tu diaaa) Apa debat-debat? Dah pencen daripada Law ingatkan tak ada dah nak main cari-cari evidence, facts, indication ni suma. Sekali hambek kau asal masuk kelas je kena belagak jadi diplomat. Memang sah la menyimpang daripada cita-cita asal nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Nak buat macam mana? Lepas ni, meet me at PTAR anytime ok. I should be available there. Geli punya ayat. Sejak bila hang kaki PTAR?




Ok last ni last. Subject Management or depa dok panggil OB je senang short form untuk Organizational Behavior subject. Ini memang tak boleh lari lagi daripada jadi class rep jugak pasal Dr. Norzanah sendiri sendiri yang point anak Melati dia ni yang over bunyi kat dalam kelas. Ha’ah. Betul la tu saya ni anak Melati pasal dia pengetua Kolej Melati. Memang kebetulan yaw tapi nak buat macam mana. Dr. Norzanah cakap. Love at the first sight. Geli lagi kan ayat saya.




Dan Bahasa Arab setel kan tadi? Part yang bakal gila once dah masuk kelas B tu u ollz buat-buat tak baca jela. Then CITU? Nothing to say. Obviously ustazah itu best dan rock. Itu yang kita mahukan. Tazkirah yang kena dengan zaman kontemporari ni so tune dia lain macam sikit. Maka bila kena dengan flow hati dan jiwa dan raga saya maka insyaAllah di penghujung sem nanti azam ketiga akan tercapai. InsyaAllah, tuan hamba doakan hamba, hamba doakan tuan hamba juga. Sama-sama kita berdoa untuk satu sama lain. Dan sekian, wabilahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.




Kita kembali ke sri pentas.

No comments:

the history

Followers